|
[Negeri Sembilan]
Rumah Borak Negeri Sembilan #57
[Copy link]
|
|
kalau lagi rajin, Tari tanam apa kat umah?
skit2 ada lah, serai, pandan ....
|
|
|
|
|
|
|
|
brapa harga tiket wayang?
|
|
|
|
|
|
|
|
matt tahu yg sha tanam kat pasar kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
dh ramai yg tanam kan, kita sokong la petani2 kita
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerang Thai Style Pedas Masam
10 biji Cili Padi Merah kalau nak kurang pedas boleh kurangkan atau nak lagi pedas boleh tambah lagi.(Ditumbuk halus)
5 biji limau nipis atau ikut suka masam dan ambik airnya
5 biji bawang putih dicincang halus
2 sudu kecil gula pasir
1 biji Tomato dibuang bijinya dan dipotong kecil-kecil
Daun Ketumbar dicincang halus
Timun kecil potong 2 dan rendam dahulu dalam air (hiasan)
1 sudu kecil Ajinomoto atau Maggi cukup rasa
Semua bahan dicampurkan sekali letak tepi.
Kerang 1 kilo dicuci bersih direbus sekejap separuh masak, dan buang kulit sebelah sahaja.
Kemudian dah siap kerang curahkan semua bahan-bahan tadi atas kerang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pizza kuali
Masak atas api,tak perlu oven..
Resepi utk 2biji pizza
Tepung gandum 2cawan
Air suam 1/2 cawan
Mauripan 1sudu kecil
Minyak masak 2 sudu
Gula 1 sudu
Secubit garam
Masukkan tepung,minyak dan garam..yis dibancuh dengan air suam brsama gula..setelah naik buih sikit masukkan bersama tepung tadi..Uli tepung sekurang2nya 5 minit, bila dah x melekat kat tangan,tutup dgn tuala,rehatkan setengah jam.
Bahan topping
Sos pasta tradisional-jenama bebas.
Sos cili
Bawang putih(cincang halus)
Bawang besar(didadu)
Garam dan lada hitam
Isi ayam/daging ramly
Boleh letak macam2 topping,
Hot dog/lada benggala/cendawan butang/nanas/tomato/seafood
Cheddar n mozarella cheese
Tumis bwg putih,bawang besar..bila dah wangi..masukkn sos pasta dan sos cili..masak sekejap dan perasakan garam dan lada hitam-ketepikan.
Step by step
Selepas setengah jam,doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk2 doh tu biar angin dia keluar.
Bahagi doh pd 2 bahagian.Bentukkan doh,bila dah elok bulat dan leper,letak atas kuali. Isikan bahan2 toping tadi ikut kesukaan anda..
Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk.
Cheese tu ambil masa 3-4mnit utk cair ye..
Resepi doh ni blh buat donut,roti puri dan pau..
|
|
|
|
|
|
|
|
PUDING SUSU MANGGA
Bahan² Puding Mangga
1 paket serbuk agar² (10gm)
4 cwn air
1 cwn gula
1 tin susu cair
2 cwn isi mangga yg siap diblend
Caranya
~satukan serbuk agar², gula dan air
~masak sehingga larut
~satukan mangga yg diblend tadi dgn susu.. sebatikan
~tuang ke dalam periuk agar² dan kacau sebati
~didihkan dgn api perlahan
~tutup api kemudian tapis
~biarkan wap panasnya hilang
~tuang ke dalam acuan
~sejukkan
Bahan Sos Kastard
1 tin susu cair
1 cwn air
3 sdb tepung kastard
3 sdb gula pasir
1/2 sdt garam
1 sdt esen vanilla
|
|
|
|
|
|
|
|
KUIH KETAYAP
▪2 cwn tpg gandum
▪1 biji telur (tak nk letak pn bleh)
▪2 sudu B minyak masak
▪Sedikit garam
▪Sedikit pewarna hijau
▪2 1/2 cwn santan cair + air pandan
-Bancuh semua bhn diatas kemudian blender hingga halus
-Panaskan kuali non stick yg disapu dgn sedikit minyak
-Tuang sedikit adunan kemudian lenggangkan.
-Bila dh masak angkat kulit ketayap dan isikan inti kelapa..kmudian gulung kemas2
INTI KELAPA
▪1 biji kelapa parut
▪1/2 cwn gula merah
▪2 sudu B gula pasir (ikut la nk manis mana)
▪1/2 cwn air
▪2 helai daun pandan
▪1 sudu B tpg gandum (biar inti tk berderai)
▪Secubit garam
-masak gula bersama air dan daun pandan hingga gula larut..tapis air gula
-masukkan kelapa.kacau hingga air kering dan klapa masak.last
masukkan tpg gandum..kacau sebati
*kalau suka inti warna hitam masukkan sedikit kicap pekat..
|
|
|
|
|
|
|
|
ok nnti mama tgk
lom masuk lubuk lagi
jap lagi mama masuk sana
|
|
|
|
|
|
|
|
PUDING JAGUNG CINCAU TANPA KASTARD
Bahan - Bahan
12 gm agar - agar tali
3 1/2 cawan air
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar pes berperisa jagung
Sedikit cincau
Sedikit gula batu ( kalau tak letak pun tak apa )
Secubit garam
Cara - Cara
1. Blender jagung krim dengan 1/2 cawan air. Ketepikan.
2. Potong cincau kecil - kecil. Ketepikan.
3. Bersihkan agar - agar tali. Masak agar- agar dengan
3 cawan air hingga semua agar - agar larut.
4. Masukkan gula pasir dan gula batu. Kacau hingga gula pasir dan gula batu larut.
5. Masukkan susu cair, susu pekat, pes perisa jagung, jagung krim yang telah diblender dan secubit garam. Kacau sehingga mendidih.
6. Basahkan loyang/acuan. Masukkan sedikit cincau yang telah dipotong kecil tadi. Baki cincau simpan dahulu. Tuang semua agar - agar ke dalam loyang/acuan tadi.
7. Agak dalam 10 hingga 15 minit, letak lagi sedikit cincau. Tekan sedikit cincau ke dalam agar - agar. Agak dalam 10 hingga 15 minit kemudian, letak lagi cincau ke atas agar -agar sehingga habis. Tekan - tekan sikit supaya cincau tenggelam ke dalam agar - agar. Sejukkan.
8. Apabila Puding telah sejuk, simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam..
9. Keluarkan loyang/acuan dari peti sejuk. Keluarkan puding dr loyang/acuan.
10. Potong ikut suka. Sedia untuk dihidangkan.
Nota
1. Sukatan bahan-bahan bergantung kpd selera atau citarasa masing2.
2. Kalau tak suka jagung, boleh tukar kepada sirap. Maka akan terjadi Puding Bandung Cincau.
3. Fungsi gula batu ialah untuk Puding kelihatan berkilat dan tidak berair.
|
|
|
|
|
|
|
|
in sya Allah
x pn mama google je
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|