CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: aFViRGo

♫ HoMe oF MiLaNiaNS ♫ Jom Request Malu Malu @ Radio ERA

 Close [Copy link]
 Author| Post time 31-1-2011 11:09 AM | Show all posts
Jom request Bebas Jom!
http://www.muzikfm.com.my/pilihan.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2011 10:35 PM | Show all posts
Kredits to Mangga online

Mila Takut Hilang Populariti
Ditulis oleh wahida othman    Isnin, 31 Januari 2011 16:58   




Kilauan bakatnya masih kelihatan biarpun kini sudah terlalu ramai bakat baru hadir memeriahkan gelanggang muzik di Malaysia ini.

Biarpun status popularitinya berada di paras stabil sahaja, namun ia cukup membanggakan gadis ini, kerana sekurang-kurangnya jenama Mila Jirin masih lekat di ingatan peminat-peminat seni.

Melahirkan album terbaru berjudul,Mila Jirin, Mila membuktikan dia bukan seperti kebanyakkan produk Akademi Fantasia (AF) yang lain, yang hanya popular sebentar dan kemudiannya sepi di bawa waktu.



Aksi Mila di malam showcasenya

Bertanyakan Mila, tentang strateginya untuk terus kekal di dalam industri ini, jelas Mila, AF hanyalah batu loncatan untuk dia hadir dalam dunia seni ini, dan kejayaan lainnya adalah atas usaha dan kegigihannya merebut peluang yang ada.

"Sebenarnya terpulang pada artis AF itu sendiri sama ada mereka hanya mahu popular sekejap sahaja ataupun perlu berusaha sepenuhnya untuk mengekalkan nama mereka dalam industri ini.

"AF adalah tapak untuk mereka masuk kedalam dunia hiburan ini, jika mahu terus kekal diingati, mereka perlu sentiasa beringat, jangan terlalu taksud dengan populariti yang mereka dapat sewaktu mula-mula menang, dan sebaiknya mereka mempunyai perancangan sendiri untuk terus berjaya.

"Dulu masa awal-awal menjadi juara, saya tak nafikan nama kita boleh meningkat naik dengan cepat, tapi jika tak di jaga dengan betul dan tidak keluar dengan apa-apa produk, peminat semakin lupa dan kita sendiri yang rugi.

"Bila saya berusaha sendiri mengeluarkan album dan mengumpulkan lagu tanpa bantuan syarikat label, ia memang susah dan jika tidak kuat, kita boleh berputus asa. Dari situ, saya mula menghargai apa yang telah diberikan pada saya sebelum ini.

"Memang saya takut jika populariti semakin berkurangan, kerana ini mata pencarian saya dan ini juga kerjaya saya, jadi sya perlu berkerja keras untuk meletakkan nama saya di paras yang sepatutnya,"jelas Mila.



Pilihan pendengar

Banyak membawakan lagu-lagu berentak rancak, menurut Mila, pemilhan lagu sebegitu adalah disebabkan oleh pemintaan pendengar sekarang.

"Saya lihat pendengar sekarang lebih minat lagu-lagu yang berentak rancak, jadi untuk album terbaru ini saya lebih banyakkan lagu berentak sebegini.

"Saya memang meminati muzik berentak balada, dan masih ada lagu balada dalam album ini tetapi ia tidaklah sebanyak album-album yang lalu.

"Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan album kali ini, apatah lagi untuk album ini saya diberi peluang untuk merakamkan lagu yang dicipta oleh saya sendiri,"katanya lagi.



Mila bersama orang kuat disebalik pembikinan albumnya


Nasihat Otai

Pernah merancang untuk keluar dengan single sahaja tanpa mengeluarkan album, hasrat itu terpaksa dibatalkan Mila atas nasihat daripada seorang otai.



wajah terbaru Mila

"Pada awalnya, saya mahu keluar dengan single demi single, tapi bila bertemu dengan abang Jay Jay, dia nasihatkan saya supaya keluar dengan album terlebih dahulu, dan barulah dipromosikan single-single tersebut.

"Katanya, setiap artis perlu ada produk, barulah kehadiran kami dalam industri ini dirasai oleh peminat,"jelas Mila.

FOTO: MOHD FARIZWAN HASBULLAH
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 08:18 AM | Show all posts
Assalamualaikum dan Selamat Pagi warga Milanians
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 08:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by taurus-71 at 1-2-2011 08:27

Taken from www.erama.tv

Sunday, January 30, 2011
Rehearsal Pelancaran Album MILA JIRIN
Location : Malaysia Tourism Centre, Jln Ampang, Kuala Lumpur









Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 11:08 AM | Show all posts
Selamat Hari Wilayah
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 12:59 PM | Show all posts
Selamat Hari Wilayah ... hi Mila
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2011 01:53 PM | Show all posts
Semalam dlm pukul 11 pagi...akak ada request lagu Luahan Hati Mila kt Suriafm... suriafm tak pasang pun lagu Luahan hati...diorang pasang lagu lama Mila Aku Lebih tahu...huhu..diorang reply request akak "aku lebih tahu mila boleh?" lepas habis lagu Mila bersiaran...si Myra (dj Suria fm) pun menyebut lagu tersebut ditujukan utk akak.. seronok gak lah walaupon suria fm pasang lagu lama Mila... sekurang-kurangnya ada gak lagu Mila dimainkan di radio suria fm... tak macam stesyen radio popular asteruk sejak akhir2 ni langsung tk mainkan lagu2 Mila stesyen2 radio lain ada gak putarkan lagu2 Mila...

Untuk album baru Mila kali ni...harap radio Assteruk (Era fm) memainkan lagu2 baru Mila dan bersikap positif dan tidak memilih bulu dlm menyiarkan/memainkan lagu2 Mila dan artis tempatan lain...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 06:53 PM | Show all posts
Salam semua...wazzup wazzup
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2011 06:54 PM | Show all posts
Hari ni Mila masak ayam goreng serai
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 07:39 PM | Show all posts
Hari ni terlebih rajin sikit...

Milanians nnt Jangan Lupa menonton Wanita Hari Ini pada 4  Feb 2011 jam 12 tengah Hari Mila Akan menyanyikan lagu Bebas dan lagu He Xin Nian lagu raya CNY berduet bersama penyanyi Emily Tan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 09:15 PM | Show all posts
Reply 1270# mila_jirin

Wanita Hari Ini tu TV3 kan!
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 09:26 PM | Show all posts
Kredits :Hanif Zulkifli @ Apostrophe Foto


















Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 09:50 PM | Show all posts
Kata Hati skrg tersenarai di Prebiu@ERA, jom undi kat situ plak
Nampak nya dah tiga lagu di tiga stesyen radio berlainan
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2011 11:18 PM | Show all posts
yup serai... tv3
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 11:47 AM | Show all posts
To all Milanians  ............ have a safe & enjoyable CNY break !!! to org cina Gong Xi Fa Chai and may the year of the Rabbit bring you lots of luck and gud fortune.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2011 12:51 PM | Show all posts
Wazzup Milanians
Ramai yg dah start cuti kan..
To those who celebrate Chinese New Year..Happy Chinese New Year
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2011 12:59 PM | Show all posts
Taken from Kosmo! Online


Berkat tidak boros




SEPANJANG empat tahun bergelar pengisi di daerah seni, banyak pengalaman waima bercorak hitam atau putih telah dijalani oleh Mila. Dengan fizikal kecil molek, siapa sangka, bekas juara sulung wanita Akademi Fantasia 5 (AF5) itu terus berjalan tanpa henti sambil menjunjung ambisi.

Dengan kesendirian Mila berlayar di lautan hiburan penuh cabaran, rupa-rupanya, dia dalam diam pernah berdepan sedikit kesulitan dalam tempoh itu. Namun, berkat kebijaksanaan diri merencana untuk masa depan, setiap yang singgah di laluan depannya berjaya ditempuhi.

"Saya pernah berdepan sedikit masalah sekitar tahun 2009. Waktu itu, ekonomi agak bermasalah. Ia menyebabkan saya terasa bahangnya tambahan pula tawaran persembahan nyanyian ada yang dibatalkan pada saat akhir hingga kehidupan saya jadi agak mencabar.

"Begitupun, saya mengucap kesyukuran kerana berjaya mengharungi kesukaran ini selepas mengamal sikap menabung. Ini semua atas jasa keluarga yang selalu mengingatkan saya agar menyimpan wang dan tidak boros berbelanja dengan pendapatan diperoleh.

"Sudah menjadi lumrah, kalau dapat duit buat pertunjukan pentas, saya akan bayar segala yang perlu didahulukan. Kemudian, selebihnya barulah saya akan simpan," jelas Mila ketika ditemui pada pelancaran album keduanya yang berjudul Mila Jirin di ibu negara baru-baru ini.

Dalam tempoh empat tahun itu juga, akui penama lengkap Noorsyarmilla Jirin, banyak transisi ketara dapat disaksikan pada diri. Selain perubahan daripada orang biasa yang kini namanya mengharum di laman seni, dia juga mengaku bisnes serba glamor diceburinya banyak memberi pintu rezeki.

"Selepas menyertai dunia nyanyian, ia dilihat pantas mengubah kehidupan saya dan keluarga. Tidak terkecuali, saya mempelajari pelbagai benda dan pengalaman baru termasuk sedar setiap asam garam yang perlu dihadapi berada dalam kelompok ini.

"Industri ini diibaratkan bola. Ada waktu kita berada di atas dan ada masanya di bawah. Lantaran itu, saya kena sentiasa bersiap sedia untuk mempersiapkan diri mengharungi keadaan tertentu," tutur Mila yang bahagia dengan kelancaran kariernya pada tahun 2010.

Berkongsi cerita tentang atmosfera bekas graduan AF semakin ramai lenyap begitu sahaja termasuk juara lain, wanita berusia 24 tahun ini berpendapat, apa jua yang berlaku, ia berbekalkan usaha keras setiap individu. Tiada sesiapa harus dipersalahkan dalam hal ini.



"AF ibarat menyediakan sampan untuk kami. Maka, ia terpulang kepada mereka untuk mendayung sampan ini. Selepas bergerak sendiri tanpa bantuan syarikat pengurusan sebelum ini, saya akui menjalani kehidupan sangat mencabar apatah lagi masih mentah.

"Pada masa itu, saya hanya fikir bahawa diri bakal didatangi dua kesimpulan - gagal atau berjaya. Alhamdulillah, saya dapat melalui setiap yang datang dengan sebaik mungkin. Malah, kerjasama saya bersama Erama Records Sdn. Bhd. baru-baru ini juga berjalan lancar.

"Syarikat yang menerbitkan album baru saya ini dengan kolaborasi MJ Panacea Records Sdn. Bhd. dianggap bersungguh membangunkan kerjaya saya pada tahap lebih tinggi," jawab anak jati Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu yang menghidang pembaharuan pada album barunya.

Tonjol bakat menulis lirik

Raut wajah Mila sekelip mata berubah saat dihadapkan pertanyaan tentang album baru mengangkat judul namanya sendiri. Tersenyum kegembiraan dengan penampilan terkininya yang lebih segar, dia memberitahu kelahiran naskhah membawa pengertian tersendiri kepada hidupnya.

Album Mila Jirin yang diisi dengan lima buah lagu - Bebas, Malu-Malu, Luahan Hati, Kata Hati dan Kasih Yang Terdampar sebenarnya menjadi kepuasan tidak terhingga buatnya sementelah dia terlibat dalam proses di sebalik tabir termasuk menghasilkan lirik lagu Bebas.

"Untuk pengetahuan peminat, album ini mengandungi lebih banyak lagu rancak berbanding berentak perlahan. Saya belajar dan mengkaji sendiri pasaran sekarang. Namun, ini bukan bermaksud saya tidak mahu lagi menyanyikan lagu balada seperti permulaan dalam bidang ini.

"Tidak wujud soal saya tidak punya arah tertentu dalam bergelar penyanyi. Saya sebaliknya berdiskusi panjang lebar dengan pihak Erama dan MJ Panacea tentang kelainan hendak ditonjolkan kepada para peminat menerusi album solo kedua ini.



"Muzik ditampilkan kali ini juga kedengaran lain berbanding album sulung yang lebih relaks. Dengan penggunaan pemuzik berkumpulan dan vokal, saya ingin menonjolkan kematangan diri selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian.

"Puas hati sangat sebab saya dapat melibatkan diri dalam penghasilan album ini. Kalau sebelum ini saya hanya merakam lagu di studio dan terus pulang ke rumah, sekarang semua lain kerana saya pergi ke rumah komposer untuk berbincang dengan lagu," tutur Mila.

Tidak hanya itu, pelontar Persis Mutiara itu juga buat kali pertama menguji bakat seninya dengan penghasilan lirik. Menerusi lagu Bebas, Mila meluah emosi diri selepas tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman. Ia merupakan kisah benar berlaku kepada dirinya.

"Lagu ini ditulis pada Oktober 2010. Boleh dikatakan ia menjadi pertaruhan awal saya untuk menulis lirik. Bebas punya signifikan sendiri kerana ia berdasarkan pengalaman ditempuhi sebelum ini yang ingin merasai erti kebebasan," spontan kata Mila.

Bersungguh membikin album penuh walau dalam situasi penyanyi lain mengambil jalan pintas menghadirkan single, hakikatnya, Mila meraih inspirasi daripada kata-kata hikmah oleh penyanyi veteran terkenal, Jay Jay. Justeru, wanita dilahirkan pada 23 Disember 1987 ini enggan terkebelakang.

"Jay Jay pernah beritahu saya bahawa artis kena ada produk kalau tidak mahu hilang atau senyap daripada umum. Selepas itu, saya fikir ada benar katanya. Penghasilan lagu penting kerana ia boleh berkumandang di stesen-stesen radio," tambah Mila.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:22 PM | Show all posts
Salam semua
Nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' pada semua dan pada mereka yg merayakan nya
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:25 PM | Show all posts
Wazzup Milanians
Ramai yg dah start cuti kan..
To those who celebrate Chinese New Yea ...
aFViRGo Post at 2-2-2011 12:51


Yes! Yes! kita pon dah bersiap nak balik cuti ni. Selamat bercuti semua,assignment boleh tunggu minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2011 03:26 PM | Show all posts
Jangan lupa tunggu depan TV3 pada 4/2/2011 jam 12tgh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.078214 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list