Edited by JoyahMengayah at 7-11-2023 02:24 AM
Update:
NEW YORK – Ayah Angelina Jolie meluahkan perasaan jijik terhadap pelakon itu yang ‘menyerang’ Israel dengan mendakwa tentera Zionis sengaja mengebom kawasan awam di Gaza.
John Voight berkata, beliau sangat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Angelina Jolie dengan mendakwa anak perempuannya seperti kebanyakan orang lain tidak memahami kemuliaan dan kebenaran Tuhan.
“Isu di sini ialah kemusnahan sejarah tanah Tuhan, Tanah suci, tanah Yahudi. Tentera Israel perlu melindungi tanah Israel dan rakyatnya – ini adalah peperangan. Ia tidak akan seperti yang difikirkan oleh (puak) Kiri; ia tidak akan menjadi budaya.
“Israel diserang melalui keganasan yang tidak berperikemanusiaan [terhadap] anak-anak, ibu, bapa, datuk dan nenek yang tidak berdosa. Dan kamu, orang bodoh berkata bahawa Israel adalah masalahnya? Kamu perlu melihat diri kamu sendiri dan bertanya: ‘Siapakah saya? Apakah saya?’ kata Voight.
Voight yang terkenal sebagai penyokong Israel dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata demikian dalam satu video.
Dia yang juga seorang pelakon dikaitkan dengan Parti Republikan dan merupakan salah seorang penyokong terkemuka Donald Trump semasa menjadi presiden.
“Kita semua mahukan keadilan dan kasih sayang, tetapi ini tidak boleh berlaku dengan haiwan ini, yang mahu menghapuskan orang Yahudi dan Kristian dari muka bumi ini.
“Adalah satu pembohongan bahawa Israel membunuh orang yang tidak bersalah, tetapi mereka (Palestin) semua mempunyai pilihan untuk pergi.
“Kanak-kanak di bumi Palestin sedang dieksploitasi oleh haiwan ini, untuk buat semua orang berfikir bahawa Israel sedang mengambil nyawa ini – dan ini sebenarnya rancangan Hamas. Untuk mencipta perang kebaikan melawan kejahatan,” kata Voight.
Tiga hari lalu, melalui Instagramnya, Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.
Pelakon terkenal Amerika Syarikat yang juga bekas wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, Israel sengaja bertindak demikian dan membunuh kanak-kanak yang tidak bersalah.- Agensi
https://malaysiagazette.com/2023/11/05/ayah-jijik-angelina-jolie-serang-israel-sokong-palestin/
|