Konsert2 hotlink yang memang happening,gempak, entertaining...macam2 ada...bertuah betul mereka2 yang
berada di pantai timur kerana menjadi daerah permulaan utk konsert jelajah tajaan maxis ini.....
POPULARITI dua penyanyi muda tanah air, Tomok dan Akim sememangnya tidak
dapat disangkal lagi apabila setiap kali muncul di pentas hiburan, penampilan mereka
mendapat sambutan hangat daripada peminat.
Walaupun dikenali menerusi dua program realiti televisyen berbeza, namun populariti
mereka tetap unggul di mata peminat sehinggakan kedua-duanya dipilih sebagai duta
Maxis mempromosikan produk terbaru syarikat telekomunikasi itu, Hotlink Muzik khusus
untuk pengguna di Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Sebagai penghargaan kepada peminat, kedua-dua penyanyi popular itu berkongsi pentas
di sebuah hotel di Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini menerusi konsert khas
yang dibawakan Maxis kepada pelanggan mereka.
Memulakan persembahan, Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad tampil bertenaga
menyampaikan empat lagu popularnya iaitu Inikah Cinta, Bengang, Janji dan Cahaya.
Saat bintang kelahiran Akademi Fantasia 7 itu muncul di pentas, penonton terutama
remaja perempuan bagaikan histeria menjerit namanya,malah turut sama
menyanyi lagu didendangkannya.
Lebih bermakna Akim yang berasal dari Johor Bahru, Johor pandai mengemudi mood
penonton sambil sesekali berinteraksi dengan peminat membuatkan suasana semakin
rancak.
Meneruskan kehangatan, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mengambil
alih pentas persembahan menyanyikan empat lagu popularnya iaitu Bagai Bidadari,
Aktifkanku, Merentas Masa dan Pukau.
Kehadiran Tomok yang berasal dari Kuala Lumpur itu sememangnya dinantikan peminat
kerana majoritinya amat teruja dan turut menghafal lagu dinyanyikannya.
Malah vokalis Newboyz itu juga pandai membuai suasana dengan telatah spontannya
berinteraksi dengan peminat dan mengajak mereka untuk sama-sama menyanyi dan menari.
Merancakkan lagi suasana, Tomok dan Akim kemudian bergabung suara menyampaikan dua
lagu yang dimuatkan secara khusus dalam pek khas Maxis untuk pengguna pantai timur
iaitu Ceria dan Impian, sekali gus mengundang sorakan gemuruh penonton.
Walaupun terasa seperti sekejap, namun melihatkan reaksi peminat, mereka bagaikan
terpesona dan berpuas hati dengan persembahan bertenaga Tomok dan Akim selain
berpeluang menjayakan pelbagai permainan dan mendapat hadiah menarik disediakan
penganjur.
Terdahulu konsert istimewa itu turut mengundang kumpulan Khalifah sebagai artis pembuka
pentas yang mendendangkan enam lagu popularnya iaitu Kasihnya Laila, Khalifah, Cintaku
Dewi Kamala, Sahiba, Cikgu Ayu dan Lagu Untuk Adinda.
Sementara itu, Ketua Wilayah Pantai Timur Maxis, Mazlan Mokhtar, berkata pelan khas yang
mempamerkan penyanyi remaja terkenal, Tomok dan Akim sebagai duta yang dijual dengan
harga RM8.80 seunit itu memberikan pelbagai keistimewaan kepada pelanggannya.
Menurutnya, selain mengandungi enam kad tambah nilai RM8 dengan kemudahan 50 minit masa
panggilan dan 100 khidmat pesanan ringkas (SMS), pelanggan juga berpeluang menyaksikan
konsert dua penyanyi itu di Terengganu, Pahang dan Kelantan.
“Pelan istimewa untuk pelanggan pantai timur ini selaras dengan sasaran kita mendekati dan
menghargai pelanggan yang sebahagian besarnya golongan muda. Maxis melihat potensi
dan peluang pasaran yang sangat meluas di Pantai Timur.
“Daripada segi profil populasi, kita mempunyai jumlah pelanggan yang besar di pantai timur
dan dalam masa sama mereka inginkan hiburan. Jadi kita tawarkan pek khas ini yang
mempunyai jaringan hiburan untuk mereka,” katanya.
Beliau berkata, pelanggan pantai timur yang mendapatkan pek istimewa Hotlink Muzik itu
akan turut mendapat cakera padat (CD) khas mengandungi empat lagu dinyanyikan Akim
dan Tomok selain berpeluang menyaksikan konsert artis pujaan mereka.
Katanya, pek sim berkenaan mengandungi satu keping Hot Ticket bernilai RM8 dan lima lagi
Hot Ticket bernilai sama akan dikreditkan ke akaun pelanggan pada hari ke -21 setiap bulan
selama lima bulan, bermula bulan kedua selepas pengaktifan.
Bagi peminat di Kelantan pula, Tomok dan Akim akan singgah di Negeri Cik Siti Wan
Kembang itu esok, jam 2 petang di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Ia juga lokasi terakhir
kempen ini dan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Black dan Shidi.
Lebih istimewa, kali ini, Hotlink membawa anak yatim untuk sama-sama menyaksikan
persembahan mereka. Tidak cukup dengan itu, satu sesi bertemu peminat diadakan
jam 12 tengah hari.
Post Last Edit by cintahati_Along at 18-4-2011 18:38
tuan besau dh upload mv janji dkt youtube.. weeeeeeeeeeeeeeeeee !!! best2... *ary2 tgk vid nie..shuke2*... plg x thn...mase soltan baling iphone..pergh!!
AmaniGafimmers Post at 17-4-2011 14:19
Tengsss Amani darling...luv u muach3x
MV Janji yang cantik kesinambungan dari MV Inilah Cinta...tak pernah terfikir secara langsung bahawa
single2 Akim bleh dijadikan spt satu mini drama..mabeles!!!....indirectly kita akan mengingati
single2 Akim yg seblumnya bila kita menonton MV utk setiap single terbaru Akim.....dimulai MV
Bengang ngan scene bako kereta yg menjadi kontroversi...lps tu MV Inilah Cinta yang sgt sweet
& shumil....saya suka awakkkkkk .......dan kini muncul MV Janji....yg membawa tema cinta yg
dilukai...si dara pergi melarikan diri dek kerana si teruna sudah beralih arah ke aweks yg
lebih cun...aduyai...kejamnya cinta...lakonan akim dlm MV neh semakin baik dari MV yg sebelumnya
...gud job Akim....dannnnnnnn yang paling penting ...ending yg membuat semua org terkesima
dan dalam dilema.......wah nak kena tunggu MV single Akim yg seterusnya utk jawapannya.
...that the real thrilllllllllll...... big congratz for Akim n the whole production team...trus berkarya n
menghasilkan lagu2 yg bermutu di masa akan datang
bila tengok scene2 neh......
rasa mcm nonton drama mini korea pon ada gak...dua2 pon putih melepak...nice shot
ai laike this scene very much...scene yg menguatkan plot MV neh....deruman superbike yg mengaum2
....seriusnya cik abang neh nak kejar cinta hati sejatinya yang sudah merajuk...cuba uolss dengar
deruman diminit 6:10....mcm nak terbang ada gak...terbaekkkkk
MV Janji yang cantik kesinambungan dari MV ...
cintahati_Along Post at 18-4-2011 17:32
hye along ! rindu lar..along sehat..hik3... u r most welcome .. kanss....soltan nyer lagu , MV , style kan len dr yg laen... hik3....tuh yg ramai remaja2 meleleh tgk dye...scene akim lagi bnyk dr mv yg len..hik3...mantopppp...iolls suke..ramai awekks meleleh tgk vid nie..hihihihi..kanss...amani x ph ending dye...x sabau nk tunggu next MV.. yeahh big congrats....
ha ah lah along...baju yg soltan pakai ..mcm baju artis korea...putih gitu..errr....meltinggggg....haha...betol uh along...hahahaha...cik abang tringat kan aweks lame lah uh..
uolls tao tak..amani hepi sgt ...finally ade owunk komen kt istane nie..klu tak senyapp jekkkkkk.... iolls rindu jejah , kak sara , kak warda , kak dee , kak itah , ikah , qeela , along n sume SR kt istane n sume dayang2 kt istane..klu ade mase kite rempitttt sampai jari tercabut..hahaha...