Baguslah another englishmen....orang British...confirm utamakan bangsa n overprice ngan plyer English jugak....owner bongok.....please find a world class and can bring top players to Liverpool not average player.....owner bodoh.....
AKSI bekas pengurus Swansea City, Brendan Rodgers dari Ireland Utara ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Wolverhampton Wanderers dan Swansea City di Stadium Molineux, tengah England, Oktober tahun lalu. - Foto AFP
LONDON: Liverpool hari ini bakal mengumumkan Brendan Rodgers sebagai pengurus barunya di Anfield, selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan dalam pakej yuran pampasan kepada kelab Swansea.
Rodgers menemui pemilik Liverpool, John Henry, semalam dan bersetuju membayar yuran pampasan 5 juta Euro (AS$7.8 juta) million) bagi menamatkan kontrannya bersama Swansea.
Selepas beberapa jam perbincangan dengan pengerusi Swansea, Huw Jenkins, Liverpool menamatkan perjanjian itu dan bekas pengurus Reading dan Watford itu hampir untuk menggantikan Kenny Dalglish, yang dipecat dua minggu lalu selepas gagal menyinar dalam kempen Liga Perdana Inggeris.
Sebahagian pampasan itu turut membabitkan perpindahan penolong pengurus Colin Pascoe, penganalisis prestasi, Chris Davies dan ketua sains sukan dan perubatan, Glen Driscoll untuk bersama Rodgers di Liverpool.
Pengurus berusia 39 tahun itu dijangka menandatangani kontrak selama tiga tahun dan akan mengadakan sidang akhbar di Anfield, hari ini. - AFP
LIVERPOOL: Brendan Rodgers dilantik sebagai pengurus baru Liverpool hari ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu.
Bekas pengurus Swansea berusia 39 tahun itu menggantikan Kenny Dalglish yang dipecat bulan lalu selepas Liverpool menamatkan musim lalu dengan 37 mata di belakang juara Manchester City.
Pemilik Liverpool, Fenway Sports Group (FSG), memberi Dalglish lebih £100 juta untuk membeli pemain sejak beliau mengambil alih tugas daripada Roy Hodgson yang dipecat pada 2011 dan kini mengendalikan skuad England.
Namun, pemain baru yang dibeli pada harga tinggi seperti Andy Carroll, Stewart Downing, Jordan Henderson dan Charlie Adam gagal menyerlah dan Liverpool menamatkan musim lalu di tangga kelapan, iaitu kedudukan terburuk dalam hampir dua dekad walaupun ia memenangi Piala Liga.
Swansea yang bersaing dalam musim pertama Liga Perdana Inggeris, berada di kedudukan ke-11 dan mencuri empat mata dari liverpool dalam dua perlawanan liga.
“Saya bersyukur diberi peluang ini," kata Rodgers yang mengendalikan Swansea selama dua tahun. - AFP