Post time 23-9-2016 08:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hi...27 ni..inshaallah akan pergi ke kk...eta12pm.....1st day akan bermalam di kk..n 2nd day b4 bertolak ke kundasang macam nak pegi pulau manukan (cuma nak lepak2 kat pantai sejam dua)....agak2 sempat x..sbb nak bertolak ke kudasang sebelum petang
hai kucha & family seramai 7 org akan ke kk 21 - 24 okt nanti. ETA dlm jam 1 tghri terus pecut pi kundasang. Sape pernah stay di TM Resort Kundasang? amacam review ok ke ko??
Lepas tuh nak tanya ok x kucha nya plan. Mcm ni..
Day 1
KKIA - Kundasang (TM Resort)
Day 2
Kundasang - KK (Marina Court)
Day 3
Taman TAR (nak try zipline di sapi kan?)
Day 4
Shopping & KKIA-KLIA
Boleh suggest kereta sewa yg reliable tak? Nak guna Exora, Auto, bajet dlm RM180 perday kalo lesser than that lagi suka
Post time 25-9-2016 08:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bace korang nyer itinerary best nyerr tak sabar pulak. I pegi bulan 1 depan.Dapat tiket murah return sorang 98 kali ni I mesti sampai kundasang. Dulu pernah terlepas
ok twin dah balik dari KK rabu minggu lepas. Iti simple sbb tak gi byk tempat plus mmg light and east jer.
Day 1 - KK
Gi Pasar Filipina & Night market kat belakang Pasar Filipina. Kalau korang sewa apartment kat KK..barang mentah cam sayur dgn seafood mmg murah giler.
Day 2 - Ronda ronda island
Gi Pulau Sapi, Pulau Gaya dgn Manukan. Time ni buat zipline. Balik dari pulau kita orag kat shopping compleks Suria (tak ingat nama penuh dia).
Utk dua hari ni mmg kita org jalan kaki jer.
Day 3 - KK - Kundasang
Dapat kereta terus drive ke kundasang. Kita org gi Dairy Farm tu tapi sampai dah tengah hari. Lembu2 pun tak byk kat luar. Lagi pun que kereta nak masuk panjang. so kita org patah balik ke pekan Kundasang utk lunch leppas tu check in kat hotel. Kat sini duk J Residence. Mmg dekat dgn Kinabalu Park.
Day 4 - Kundasang - Ranau
Pagi2 dah gi Dairy Farm. Kat sini setengah jam ok kot. Kalau bawak budak2 ..mahu sejam kot. Lepas tu drive ke Ranau gi Sabah Tea plantation. Sini kejap jer sebab janji nampak pokok teh lepas tu kita org gi Poring. Kat sini lama sebab ada Poring Hot Spring, Tmn Rama2 dgn Canopy Walk.
Day 5 - Kundasang. Kinabalu Park
Breakfast kat Kundasang. Ada satu akak jual karipap kat situ mmg sedap dan inti penuh. Dia ada gak jual donut dgn kasturi. Petang sikit ada goreng pisang. Lepas tu gi Kinabalu Park. Buat mini hiking.
Day 6 - Kundasang - Tamparuli - KK
SInggah kat pekan dulu semata-mata nak beli karipap sedap tu buat bekal dlm kereta. Kat tamparuli..jln kat jambatan gantung tamparuli. Sampai KK..check in dulu. Petang2 gi tengok sunset kat Tanjung Ari
so far kat kundasang saya makan kat restoren seberang jalan kinabalu park nya entrance. yg tu halal. ambik sweet sour chicken ngan lemon chicken ..dua2 sedap.
kalau kat tgh2 pekan kundasang...selain kfc..ada satu kedai makan. blok kedai dia belakang blok kfc...kedai dia belah ujung. tak jauh dgn tandas awam kundasang. kat sini mee sup dia sedap. bhgn luar kedai ada akak tu jual karipap ngan donut. memang sedap. dlm tgh hari ada goreng pisang. kebanyakan homestay ada tempat makan kat sebelah dia. yg saya nampak satu nama dia tempat tu puteri..(kalau dari kinabalu park..tempat ni belah kiri sebelum nak sampai kundasang)..ada nampak sign board kek bagai tapi tak gi lah.
Post time 3-10-2016 04:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kalau kat kk x amik keta sewa boleh x? pakai uber je...cadang nak sewa keta tuk ke kundasang masa 1st & 2nd day landing di kk.. pastu esoknya balik kk nak cari hotel tgh bandar & call uber je... ok x?
kat sana ..paling senang grab car. Masa sampai kat sana..grab car dah sebulan launch. Driver grab car tu kata ramai driver uber lar masuk grab car. Kalau kat dlm KK mmg senang lah guna grab car ni.
nak tumpang tanyer..Nurul nak pegi Sabah masa hari raya ke-3 tahun depan.. so da tengok calendar..raya puasa ke-3 jatuh pada 27/6/17 and nak balik kl on 1/7/17 (5 hari 4 mlm)
so da survey2 tiket..tgk malindo return sorang RM150..free luggage 30kg...
nak tnyer pendapat.
1) kalau beli tiket sekarang macam over sangat x???
2) rm150 sorang mahal ker murah?? sebab pikir masa ni time raya..possibilities klu beli last minute takut lagi mahal..