CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Sembang-sembang I&M [jilid ke III]

 Close [Copy link]
Post time 23-5-2010 11:30 AM | Show all posts
Bintang da selalu lepak blog keretamayat... selalu gelak guling guling
bintang Post at 23-5-2010 10:47


ingatkan blog kereta ferrari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2010 11:36 AM | Show all posts
Reply  bintang

Belum masak lagi utk lunch. Tp dah rendam ikan n sotong. Mcm nak masak asam pedas ...
HOTlips Post at 23-5-2010 11:25



    Akak sama cam mama... bawang semua tu da siap duk peti ais, nak  masak nanti cedup jek...

Kalo sotong besar best gak wat percik... kalo kecil wat kerabu...

Ikan masak asam pedas ek... camne asam pedas ek...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 11:38 AM | Show all posts
ingatkan blog kereta ferrari
penyapu Post at 23-5-2010 11:30



    Ada la pulak nak layan kereta ferrari...

Tengok model yang duk menggediks tepi kete tu ler...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 11:48 AM | Show all posts
aku ske idea utk imarah semejid.... mmg real... itu yg patot di buat... bawak ketemayat... round keliling kg sblm masuk waktu sambil bunyi hon ajak org solat jemaah sambil tumpangkan org yg bese naik motor dikala ujan.... oh terang hati sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 11:58 AM | Show all posts
thanks...pernah pi blog ketemayat ni tp tak sempat nak membaca...banyak tul benda nak baca nowday..
ni tengah basuh baju sambil dgr ceramah ust ismail kamus kat youtube..baru blk masjid kajang kuliah tajweed hari ni best betul..
akak ni belajar tajweed dari kecik pernah jadi ustazah ajar org mengaji pun ustazah soh bila dia cuti, kat masjid ust soh tgk budak2 yg bc muqadam..tp bab tajweed ni org kata belum 100% lagi ada gak silap nya kadang2 tak cukup harkat, tak cukup dengung

ust yg ajar ni best tul..dari mpi..anak dia penah masuk paper khatam quran umur 4 tahun uols penah baca tak?
rasa kali ni lah dpt ilmu betul2 lengkap n detail bab tajweed ni..

tengahari ni nak buat nasi goreng je..anak dara dah siap masak nasi..sat lagi anak bujang balik soh dia masak he he mak goyang kaki je..
jumaat tu dia buat kek karot 5 loyang soh akak jual kat sekolah ..habis..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2010 12:03 PM | Show all posts
gelak guling2 ni style orang utara cakap...orang belah sini gelak terbahak2 gitu lah kut..tp gelak tak boleh sampai nampak gusi itulah sunnah nya kan...rasanya pernah baca lah..

dlm ilmu sains pun sape yg gelak berlebihan yg style terbahak2 ni..dia akan menghilangkan memori yg dah simpan dlm otak tu..ada short term memory and long term memory kan..so kalau gelak lebih2 ni blh lah hilangkan apa yg dah store kat situ
saya selalu pesan kat student nak gelak jgn bahak2 ni or at least tutup mulut karang apa yg dah belaajr hilang..
cub perhati org suka gelak kuat2 ..saya blh bg contoh nenek sedara husband..kira dari saya mula kawin dulu dah kenal dia style gelak mak ai...kalah pontianak kut..now dia dah apa term nya..mamai ke? tak ingat apa dah..
my MIL pun style gelak gitu dan dia memang pelupa..my FIL yg simpan IC dia takut hilang..kalau berjalan ke mana2 pun FIL simpan ic dia dia mudah lupa..pernah pi rombongan cik kiah umno ke kelantan, pak mentua bg duit boh dlm dompet..dia nak kuar hotel duit tu tertinggal dgn dompe sekali...sib baik bg rm50 je memang FIL tau dia mudah lupa..
tak caya? pi hospital bahagia/tanjung rambutan ke orang2 yg dah hilang screw tu kan suka ketawa.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2010 06:33 AM | Show all posts
wow... baru sedar hal ni la kak sun... tq...
tak pasan lak org banyak gelak ni akan jadi pelupa... woha!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 07:40 AM | Show all posts
pelupa then jadi nyanyok

Ada Hadith kan pasal ketawa ni nanti I Cari dulu takut silap qoute. ajaran agama itu Ada kebaikannya
kita disuruh senyum, senyum itu juga sedekah tp bukn ketawa lupa diri. bukn kah setan akn masuk berebut dlm keadaan org tu sgt gembira n marah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2010 08:10 AM | Show all posts
oh kena kaber baca quran nih... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 10:23 AM | Show all posts
Cian bintang. Tu la, lain kali jgn gelak guling2.
Ketawa boleh cuma jgn berlebihan
At Taubah 82:
Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan.
Nabi sendiri ketawa. Cuma x la sampai nampak langit2. Habis2 senyum jek
Tp kalau bintang tutup mulut, guling2 jek, harus kot selagi tak terselak aurat.  


Larikkk!!!

Ada satu hadis hasan yg mencela org2 yg menyebabkan sekelompok org ketawa.
Mcm pelawak ke? Bapak me dolu2 time kita org kecik2 dan muda remaja, menangis dlm hati jek la nak tengok sitcom. Mcm citer pi mai pi mai tang tu. Dia kata... buat apa? Nak tengok setan? hu hu...

Tp zaman dia dah tua ni, dia hanya mampu melihat saje anak cucunya tergelak2 nengok org2 tergedik, terkinja2 dlm macam2 sape tuh?
Oh kesian bapak ku! Ye lah, TV astro anak yg belikan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 11:41 AM | Show all posts
Adeh... terkena la pulaakk....


Terimakasih kak sun, kaka hot.... adeh, semua tu sekadar gimik kat sini jek... nak habaqnya lucu bebenor... hakikatnya tade la nak berguling bagai... giler hape.. orang giler pun tade nak gelak sampai guling ..

Mau kena hempuk bintang dek mama kalo gelak cam langsuir gituk... anak dara tak malu kat ayam dalam reban.. adeehh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 12:24 PM | Show all posts
yg nyata ramai yg seolah2 tak ingat dunia
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:29 PM | Show all posts
sebenarnya ramai yg ketawa tak hingat dunia ni..kadang i pun terlepas gak tp tutup mulut bunyi kuar gak he he..cpt2 istighfar..

tp kalau pompuan gedik2 tu cuba perhatikan saja buat gelak besar2 ni nak tarik perhatian orang...
adik pompuan saya kalau gelak bukan takat gelak besar dgn tangan sekali naik...sape dok dekat dgn dia memang nahas lah kena lepuk dgn tgn dia..kalau laki dia yg dekat laki dia yg kena...gelak2 hu ha hu ha tangan pun naik sama tampar orang...
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:32 PM | Show all posts
Menonton pelawak beraksi di atas pentas atau di kaca TV (senario ke) kita pun ketawa berdekah-dekah. Kenapa harus ketawa? Lantaran hati kita ni digeletek oleh lawak mereka. "KEH KEH KEH KAH KAH"

Sekumpulan orang2 yang melingkungi seorang tukang ubat tenaga batin di Chow Kit sedang gelak ketawa mendengar 'temberang' sang tukang ubat. Jadi, dunia ni penuh dengan gelak ketawa manusia. Cuma kucing2 aje yang tak ketawa (mungkin gelak dalam bunyi meow meow kot). Mayat yang terbujur kaku dalam rumah, orang2 yang berziarah duduk2 bersembang di luar dan terburailah gelak ketawa mereka bila tersentuh yang lucu dan mencuit hati. "KEH KEH KEH KAH KAH KAH"

Di dalam masjid pun, orang2 boleh ketawa. Borak2 di beranda masjid sambil hisap rokok bersantai2 menunggu waktu antara Maghrib dan Isyak. Sedang mengadap Quran pun orang boleh gelak lagi. Bilal sedang mengalunkan azan pun org ketawa. Syaitan membisikkan "ketawalah kuat2 dan mengilai2 lagi gamat" "KAH KAH KAH KEH KEH KEH"

Tapi bila kita menangis? Pada detik kita lahir dari perut ibu diiringi dengan tangisan. Kerana apa menangis? Syaitan benci melihat manusia menangis. Syaitan mahu ketawa sepanjang masa. "Ha ah, itu kawanku," kata syaitan. Ya, org bebas ketawa girang gembira. "ketawa tu nikmat, laugh is the best medicine, omputih kata", kata sorang hamba Allah. "KEH KEH KEH"

Tak pernah ke kita nak menghayati sabda Rasulullah, idola manusia sepanjang zaman? sabda baginda yang bermaksud: "Diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah menangis kerana merasa hebat kepada Allah. Diharamkan api neraka membakar mata yang pernah berjaga-jaga dalam perang sabil, dan diharamkan api neraka untuk membakar mata yang pernah dipejamkan dari hal2 yang diharamkan oleh Allah..".
Sabda Baginda lagi : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah dalam hati".

"Tertawa di dalam masjid itu menenggelamkan di dalam kubur dan mematikan hati dan melalaikan daripada menyebut nama Tuhan".

Daripada Hassan Basri, tertawa itu ada 2 bahagian. Satu bahagian, tertawa yang disukai Allah iaitu diberi pahala untuk org yang tertawa. Tertawa sayang yang disukai Allah ialah senyum seorang di hadapan saudaranya bertujuan untuk menyukakan hatinya. Dan tawa yang dimurkai Allah ialah tertawa kerana perkataan atau percakapan orang lain.

Kalau sahabat semua nak tau, Syaitan pun suka ketawa. Bila?

Daripada Abu Hurairah r.a : Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Apabila menguap salah seorang kamu dalam sembahyang, maka hendaklah kamu menutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan sampai mengatakan 'hah' kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan yang ketawa "KEH KEH KEH KAH KAH KAH KAH
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2010 08:36 PM | Show all posts
DALAM Islam apa saja yang dilakukan biarlah bersederhana. Sesuatu perbuatan itu jika dilakukan dengan terlampau, biasanya akan membawa padah buruk.

Begitu juga dengan ketawa. Kata orang, ketawa membuatkan hati seseorang itu riang. Ada juga pendapat bahawa ketawa penawar duka.

Namun, banyak ketawa sebenarnya menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati juga tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang umatnya daripada gelak-ketawa yang melampau batas. Ini kerana banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu.

Barang siapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

p/s: betul tak saya kata boleh hilang memori? saya bljr dlm kelas psikologi tu..rupanya dlm islam pun dah lama dikabarkan


Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzah yang bakal ditempuhi kelak.

Dunia hanya tempat tumpangan sementara. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara, tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan.

Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab serta menyedarkan diri kita mengenai bahaya yang akan ditempuh.

*Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur,* demikian ditegaskan oleh Rasulullah. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang.

Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun.

Nabi pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh: *Jauhnya perjalanan, sedikitnya bekalan.* Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, baginda merasakan masih kurang lagi amalan. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda, bermaksud; *Barang siapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan api neraka.* Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu.

Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.

Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh

Rasulullah. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Beberapa sahabatnya pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Diriwayatkan bahawa Rasulullah suka menziarahi orang sakit dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan walaupun ketika baginda sendiri dalam kesempitan. Baginda amat menghormati tetamu juga tuan rumah. Justeru baginda tidak pernah kelihatan berlunjur walaupun di rumahnya sendiri, malah tidak pernah ketawa dengan kuat.

Rasulullah adalah seorang insan yang sentiasa tersenyum dan suka menggembirakan orang lain. Sebarang kegusaran dan kehibaan hati akan disembunyikan sedapat mungkin agar tidak diketahui sahabat. Abdullah bin Harits menyebut: *Aku tidak pernah melihat seseorang yang sentiasa tersenyum melebihi Rasulullah.*

Dalam sebuah riwayat lain menceritakan, ketika Rasulullah sedang berjalan tiba-tiba datang seorang lelaki lalu merentap baju baginda dengan kasar sehingga meninggalkan kesan koyak. Lelaki itu memohon kepada Rasulullah untuk diberikan kepadanya sedikit pemberian. Rasulullah sambil tersenyum terus memaafkan lelaki itu. Baginda sememangnya terkenal dengan sikap pemaaf walaupun kepada musuhnya.

Ketawa pernah disifatkan sebagai *ubat jiwa*. Tetapi sesuatu ubat akan berubah menjadi racun apabila berlebihan. Imam Hassan Al-Banna pernah berwasiat janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 09:25 AM | Show all posts
pergh... insap seh... best la akak...

pasni tak nak dah gelak kuat2... pasni nak senyum tersipu-sipu malu... aku la kononnyer lelaki melayu terakhir yang pemalu dan beriman...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2010 10:10 AM | Show all posts
Sayu dan pilu baca tazkirah cikgu Sun pasal ketawa. Terasa diri ini kdg2 x hengat dunia gak kalau menonton2 citer2 lucu. Tp kat rumah jek lah.

Zaman sekolah rendah dulu, mmg susah sgt nak senyum or ketawa. Cikgu buat lawak dlm kelas pun, ai x gelak. Pernah sekali masa balik dr sekolah, dok bercerita dgn sepupu sambil gelak2 tiba2 tertoleh sebelah ada sorg pakcik dok tengok. Terus ai tarik muka masam. Pakcik tu kata... amboi! td eluk senyum manis. hu hu...

Bila dah besor skit baru pandai senyum2 kat org. Sejak kahwin dan beranak pinak ni je baru pandai gelak besar2. Dulu kontrol ayu Dah ada anak jadik tarzan!
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 07:30 PM | Show all posts
lelaki melayu terakhir yg pemalau ...mulut tutup ah he he...

time saya sek dulu pun jenis pendiam tak byk ckp..tp dah kerja ni..terlebih ckp lak..insaf lama dah..part gelak tu memang cover sbb dah lama dpt ilmu tu..sayang tu semua memori ku store hilang satu persatu nanti..time anak dara cam hot lips gak gadis pemalu..nak jadi mak dara ha kau...

dan lagi satu saya tak reti nak gelak kalau tgk cite lawak melayu..bukan poyo tp memang tak faham kenapa depa gelak..kalau blk kg..oi mak ai dasat depa gelak kalau tgk cite melayu lawak saya sorang tak gelak..tanya kat hsuband what;s so funny..dia kata aku ni tak menjiwai cerita???? ada ka lagu tu..
tp kalau cito omputih depa tak gelak pun i blh gelak..anak tanya kenapa gelak? i ckp sapa suruh tak dgr betul2 apa dia ckp..jgn baca kat bawah tu lawak omputih lain..

article kat atas tu copy kat satu blog..kat bawahnya dia tulis gini...orang2 PAS kat kelantan depa biasa gelak besar2 kat masjid/surau bila ada ceramah PAS..habislah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2010 09:23 AM | Show all posts
pergh...

saya wajar ingatkan anak2 murid saya...

padan pon 'lalang' cepat no tumbuh...

*bagi hamlatul Quran, istilah 'lalang' digunakan bagi hafalan lama yang lupa atau tak diulang... nak 'tebas lalang' perlukan mujahadah yang tinggi... oh!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2010 01:28 PM | Show all posts
i malas nak tulis bab rokok ni lagi..both pun i tgk memang low iq tak kira lah sape punya study..
sunsuria3 Post at 16-4-2010 14:02


that speaks volume about yours.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.224796 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list