Tsunami
Namamu datang dari bahasa negara matahari terbit
datangmu selepas datangnya gempa bu ...
Goldkey Post at 23-9-2010 09:29 
Tsunami
Kau datang tidak diseru Membawa duka Membawa sengsara Membawa derita Membawa pergi bahagia
Di saat goncangan bumi bermula Tiada siapa sangka itu amaran pertama yang kau berikan Tiada siapa sangka meletusnya gunung berapi tanda kau makin hampiri
Sepantas angin menderu Kau bawa datang ombak tinggi menerjang Kau bawa datang pukulan mengganas Kau bawa datang deras lautan dengan pantas
Dengan ganas kau melepasi benteng di pantai Kau bawa pergi yang sedang terkapai Kau bawa pergi separuh kehidupan di daratan Kau bawa pergi tanpa sisa ruang ditinggalkan Kau bawa pergi kebahagiaan
Hingga hanya kedengaran jeritan pertolongan Hanya kedengaran derasmu semakin menguasai seluruh daratan
Berlalunya engkau dengan deras yang berkurangan Kau tinggalkan tangisan yang berpanjangan Kau tinggalkan insan keseorangan Kau tinggalkan hidupan yang tiada lagi nyawa di badan Kau tinggalkan parut luka yang tidak boleh dilupakan
Semua kita berduka dengan apa yang menimpa Namun jangan lagi terlena dengan kebahagiaan di dunia Tatapilah masa depan kita yang masih ada Langit masih menyala dan kita masih bernyawa
Sujud dan tunduk hanya pada Illahi Untuk merenungi dosa dan khilaf diri Ingatlah badai ini hanyalah menguji Jadikan pedoman untuk baiki kesilapan diri sendiri
Tuhan yang maha pengasih lagi maha berkuasa Tegarkanlah hati atas ujian yang diberikan Ampunkanlah segala dosa kami yang telah kami lakukan Hanya padaMu Robbi kami berserah diri
10.01.2011 : 9.45 pm comic_comot |