|
Reply 1279# ekjoz_double
ceq bangkang 
sila kemukakan cadangan bernas anda itu di thread TT Syeikh an-Nuuur OB itew snirik,
kat sana lebey seswaaai untok diwat kecaaah...  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1281# loQlaQ
Masalahnya, kt thread dia pun dia main 'kutttttttttt'2 jgk.. Sampai ke sini dia bwk persoalan dia tu.. Bila ditanya ,dia suruh crk jwpn sdiri.. Bila forumer dah naik jelak dgn sikap dia, di katanya org itu byk jin setan la etc.. Siap mengelarkan org itu org ini sbgai kafir plak lg.. Klu beginilah gayanya dia berdakwah, jangankan org bukan islam, org islam pun boleh menjauh.. Semua sbb sikap dia, yg hebat dan tinggal di alam nur tuuuuuuuuu kuttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
cuba korang anggap je orangbesi tu tak wujud...korang layan dia buat apa...skip je apa yg dia tulis tu
hari korang tenang dosa tak bertambah dari duk maki orang |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 4-1-2012 01:31
eh andria belh tak bgtau kot2 ko tau mana2 laman web yg monitor keadaan cuaca yg tak berapa nak normal skgn nie...
surfinv Post at 3-1-2012 20:09 
Ada satu laman orang putih yg hampir setiap hari update tentang cuaca abnormal, dan bencana2 yg berlaku di seluruh dunia, yg majoriti tidak disiarkan oleh mana2 media massa utama. Pemilik laman web juga seorang yg percaya tentang sesuatu yg besar akan berlaku di tahun ini, dan ia ditunjukkan dgn tanda2 banyaknya bencana2 dan cuaca abnormal yg dirasakan sejak 5 tahun kebelakangan ini.
The Extinction Protocol
n bleh takterangkan ttg fenomena dark days tu alah yg planet x tu dgn lebih mudah difahami senang nk terang kat org hehe
surfinv Post at 3-1-2012 20:09 
Fenomena 3 days of darkness ini ada di dalam kitab Bible dan ada dalam The Mayan Phrophecy. Berkaitan The Mayan Phrophecy, jika saya tak silap, ia menyebut bahwa apabila Nibiru tiba, ia akan menarik sistem graviti bumi, yg menyebabkan medan magnetik bumi terganggu dengan teruknya, sehingga memungkinkan terjadinya Pole Shift, di mana berlakunya fenomena bumi bergelap 3 hari 3 malam. Saya tidak pasti jika ada disebut tentang matahari akan terbit dari barat, selepas fenomena tersebut. Mungkin boleh tanya Tuan Razhar tentang hal ini. Dia lebih arif.
Walau bagaimana pun, saya secara peribadi, agak skeptikal dgn ramalan ini kerana setahu saya yg jahil ini, the 3 days of darkness hanya akan berlaku sejurus SEBELUM KIAMAT. Bukan sekarang. Ini dalilnya.
Diriwayatkan daripada Abu Dzar, dia berkata, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apakah kamu tahu ke manakah matahari ini akan pergi? Sesungguhnya ia adalah berjalan sehingga ia sampai ke suatu tempat di bawah Arasy, maka ia segera bersujud, ia selalu dalam keadaan sujud sehingga dikatakan kepadanya: “Naiklah kamu dan kembalilah ke tempat datangmu”, maka ia pun terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia berjalan sehingga ia sampai ke suatu tempat dia sujud sehingga dikatakan kepadanya: “Kembalilah kamu ketempat datangmu”, maka ia pun terbit dari tempat terbitnya, kemudian ia terus berjalan dan tak seorang manusia pun yang mempertanyakannya sehingga ia sampai ke tempat asalnya di bawah Arasy, maka dikatakan kepadanya: “Naiklah dan terbitlah kamu dari tempat terbenammu”, maka ia pun terbit dari tempat terbenamnya, apakah kamu tahu bilakah hal itu akan terjadi? Itu akan terjadi pada waktu tidak akan berguna iman seseorang yang belum pernah beriman sebelumnya atau belum pernah berbuat baik dengan imannya.”
(Riwayat Imam Muslim)
Pada hadis yang diriwayatkan oleh Al Hafizh Abu Bakar bin Mardawaih daripada ‘Abdullah bin Abu Aufa, berkata ia:
“Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya akan datang kepada manusia suatu malam yang sama lamanya dengan tiga malam kamu ini, apabila peristiwa itu terjadi maka ia akan diketahui oleh orang-orang yang sedang berbuat amal sunnat, dimana apabila salah seorang mereka membaca satu hizib (dari Al Qur’an) kemudian dia tidur, setelah bangun ia pun membaca satu hizib lagi, kemudian ia tidur, dan ketika mereka melakukan itu, maka orang-orang saling berteriak: “Ada apakah ini?”, maka mereka pun lari berlindung ke masjid-masjid dan tiba-tiba mereka melihat matahari sudah terbit dari tempat terbenamnya, sehingga apabila ia telah sampai di tengah langit, ia pun kembali dan terbit dari tempatnya, dia berkata, pada hari itulah imannya seseorang, tidak bermanfaat bagi dirinya sendiri."
Al Hafizh Abu Bakar Al Baihaqi dalam kitab “Al Ba’tsu Wa Annusyur” meriwayatkan suatu hadis dari Ibn Mas’ud, dia berkata pada suatu malam di majlisnya; 'apakah kamu telah membaca firman Allah':
“Matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam”. (Al Kahfi: ayat 86)
Apa maksudnya?”
Mereka menjawab, Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui; Dia berkata: Sesungguhnya jika matahari terbenam, dia sujud kepada Allah, mensucikanNya dan mengagungkanNya, dia berada di bawah arasy, maka apabila waktu terbitnya telah tiba, dia bersujud kepadaNya, mensucikanNya dan mengagungkanNya. Kemudian meminta izin. Lalu apabila matahari ditahan, dia sujud kepadaNya dan mengagungkanNya, Kemudian meminta izin daripadaNya. Lalu kepadanya dikatakan, ”kamu datang dan akan ditahan selama dua malam; Dia berkata; orang-orang yang melaksanakan solat malam itu terkejut.
“Dan pada malam itu seorang laki-laki akan memanggil tetangganya: “Wahai saudara, apakah yang telah terjadi terhadap kita pada malam ini? Aku telah tidur sampai puas dan aku pun telah solat sampai penat”. Kemudian dikatakanlah kepadanya (matahari): “Terbitlah kamu dari tempat terbenammu”, dan itulah hari yang tidak berguna iman seseorang yang tidak pernah beriman sebelumnya atau berbuat baik dalam imannya.” (Kitab Ibnu Katsir)
Berdasarkan dalil2 di atas, kita dapati bahawa malam yg panjang tidaklah akan berlaku dlm tempoh yg terdekat ini, kerana malam yg panjang ialah TANDA TERAKHIR sebelum MATAHARI TERBIT DARI BARAT. Dan matahari terbit dari barat pula, ialah salah satu TANDA BESAR KIAMAT.
"Sesungguhnya petanda yang pertama-tama muncul (menjelang kiamat) ialah terbitnya matahari dari barat dan munculnya binatang melata yang menemui manusia pada waktu Dhuha. Mana saja dari keduanya yang lebih dulu terjadi, maka tidak lama sesudah itu, yang lainnya pun segera terjadi." (HR. Muslim)
Kalau kita mengatakan bahwa the 3 days of darkness ini akan berlaku (dlm tempoh terdekat ini), ia bererti kita mengiakan bahwa kiamat akan terjadi sesudahnya. Bagaimana ia akan berlaku, sedangkan Imam Mahdi belum keluar, Dajjal belum keluar, Nabi Isa belum keluar, Yakjuj dan Makjuj belum keluar... Jika begitu, maka SEMUA manusia yg mahu bertaubat dan beriman sesudah itu, tidak diterima lagi taubat mereka.
Jadi bagaimana pula mereka2 yg menjadi insaf setelah turunnya Imam Mahdi, Dajjal, atau Nabi Isa? Sedangkan telah kita ketahui, ramai manusia akan menjadi pengikut Dajjal dan mereka yg sebelum ini percaya kpd Nabi Isa, akan menganut kepercayaan sebenar SELEPAS Nabi Isa keluar dan membetulkan fahaman serta kepercayaan para pengikut tersebut... jadi bagaimana dgn mereka? Adakah taubat mereka nanti tidak akan diterima? Kalau begitu, maka sia-sialah usaha yg dilakukan oleh Imam Mahdi dan Nabi Isa dlm memerangi Dajjal?
Dalam hadis di bawah:
Diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi s.a.w:
“Manusia tinggal di bumi setelah terbitnya matahari dari arah barat selama 120 tahun”.
Sekiranya kita yakin the 3 days of darkness akan berlaku dlm tempoh terdekat ini, maka adakah Imam Mahdi, Dajjal dan Nabi Isa akan keluar selepas matahari terbit dari barat, dalam tempoh 120 tahun itu? Mungkin ilmu saya terlalu cetek, tapi kalau mengikut logik akal, adalah tidak logik utk matahari terbit dari barat dlm tempoh terdekat ini, kerana tanda2 masih belum sempurna, yg memungkinkan matahari terbit dari barat.
Apabila bumi bergelap selama 3 hari berturut, adakah SELURUH BUMI bergelap, atau hanya sebelah? Dan sebelah lagi ialah siang 3 hari berturut-turut? Kerana utk membolehkan bumi bergelap 3 hari berturut2 (tak kira separuh bumi atau seluruh bumi), maka sesuatu yg sangat besar dan drastik (dari segi sains), haruslah berlaku, seperti Pole Shift. Bumi bergelap kerana mungkin paksi bumi terhenti, dan apabila ia berputar kembali, matahari telah pun terbit dari sebelah barat.
Atau mungkin, the 3 days of darkness ini TIDAKLAH SAMA dan BUKANLAH apa yg dimaksudkan di dalam hadis2 yg tercatat di atas. Mungkinkah ia adalah dua perkara yg berbeza?
Maaflah, panjang pula coretan saya tentang perkara ini. Saya tidak minta sesiapa percaya kata2 saya, tapi saya minta anda lakukan kajian anda sendiri dan berfikirlah menggunakan akal, Al Quran dan hadis. Jangan percaya bulat2 kpd propaganda (terutama dari Barat), ramalan atau jangkaan, tapi keep an open and constructive mind. Dalam masa yg sama, buatlah apa2 persediaan yg anda rasa perlu utk anda lakukan, atas konsep, 'just in case...'
Propaganda, ramalan atau jangkaan, bukan utk kita jadikan panduan muktamad, tapi sebagai perbandingan, dan sebagai bahan utk membuka mata dan minda. Mudah-mudahan, ada sesuatu yg dapat kita pelajari dari apa yg kita baca, dengar dan perhatikan. Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Tu yang dah kata dari awal ... Nie thread diskusi dan informasi ... Bukan thread perdebatan dan caca ...
halimijuliana Post at 3-1-2012 22:38 
Gold sedang menunjukkan trend bearish (trend jatuh). Berkemungkinan ia akan jatuh dan mencecah USD1000/oz, pada waktu ini ia akan mengakibatkan panik kerana orang ramai memikirkan bahawa gold create bubble. Gold does not create bubble, fiat money does...
At this stage, bila kebanyakan orang jual, kita beli kerana selepas itu dalam jangkamasa pendek emas akan melambung tinggi kepada 2 kali ganda harga sekarang iaitu antara USD2000/oz-USD2500/oz. Situasi ini adalah situasi yang sama yang berlaku di US tidak lama dahulu di mana set-set ni menurunkan harga emas dan kemudian menaikkannya kembali selepas memansuhkan akta yang melarang penyimpanan emas secara persendirian.
Daripada USD2000/oz-USD2500/oz, sekiranya US meluluskan QE3 (sekurang-kurangnya USD1 trillion) dan Euro mencetak lebih banyak Euro bonds, ia akan mengakibatkan hyperinflation....dan Jim Sinclair menjangkakan situasi ini akan mengakibatkan emas naik melambung kepada USD12 000/oz.
Recommendation saya adalah, ketika harga emas mencecah USD1000/oz, ketika mana orang lain menjual dan melepaskan simpanan emas masing-masing.....pada ketika ini anda beli. Simpan sehingga selepas US melaksanakan QE3. Keuntungan tersebut anda boleh gunakan untuk membayar hutang, Insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1284# andria
Saya rasa bukan bumi mengalami malam yang panjang, tetapi bumi bergelap macam gerhana di mana bulan menselindungkan cahaya matahari yang menuju ke bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Saya rasa bukan bumi mengalami malam yang panjang, tetapi bumi bergelap maca ...
tarabas1976 Post at 4/1/2012 09:03 
Yup..lebih kurang mcm tu...darkness tu boleh ditafsir kan sebagai kegelapan..mungkin malam..mungkin gelap kerana bumi diliputi oleh debris.....3 days of darkness tu still open to debated..terms of darkness.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1266# razhar
terangkan la pasal gambar kat atas en.razhar..x pham la |
|
|
|
|
|
|
|
cuba korang anggap je orangbesi tu tak wujud...korang layan dia buat apa...skip je apa yg dia tulis ...
sepaileman Post at 4-1-2012 00:31 
setuju.. napela di layan kalo x suke..serupa macam mengapi-apikan diri sendiri je...sabar n buat x tau kan lebih baik..dapat pahala pe dgn sabar... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Saya rasa bukan bumi mengalami malam yang panjang, tetapi bumi bergelap maca ...
tarabas1976 Post at 4-1-2012 09:03 
apocalypto  |
|
|
|
|
|
|
|
Recommendation saya adalah, ketika harga emas mencecah USD1000/oz, ketika mana orang lain menjual dan melepaskan simpanan emas masing-masing.....pada ketika ini anda beli. Simpan sehingga selepas US melaksanakan QE3. Keuntungan tersebut anda boleh gunakan untuk membayar hutang, Insya-Allah.
tarabas1976 Post at 4-1-2012 08:59 
kalau emas yang ada dlm simpanan sekarang kita jual..ambik untung..pastu tunggu sampai dia jatuh ke USD1000 untuk beli balik takut takde sapa yang nak menjual lagi dah... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau emas yang ada dlm simpanan sekarang kita jual..ambik untung..pastu tunggu sampai dia jatuh ...
samax Post at 4-1-2012 10:32 
Yup. Pasai sebahagian orang sudah mula sedar bahawa duit kertas yang kita gunapakai ni makin lama makin kurang kuasa beli dia. Dulu RM 4.00 buleh makan nasi sepinggan, skang RM6.00. Dan ramai orang yang ingin kembali kepada sistem kewangan Islam, yakni sistem kewangan yang tak bersandar kepada riba,justeru bila emas jatuh sekalipun orang-orang yang faham sistem matawang Islam sebagai nilai ukuran (bukan medium pertukaran semata-mata) tidak akan menjualkan simpanan emas mereka. Sebaliknya beli lagi.
Yang akan panik dan jual time tuh adalah mereka yang tidak ada asas/fundamental dalam melihat kelemahan sistem matawang fiat sebagai suatu sistem yang bathil. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply andria
Saya rasa bukan bumi mengalami malam yang panjang, tetapi bumi bergelap maca ...
tarabas1976 Post at 4-1-2012 09:03 
Tapi dalam hal ni, bumi bergelap kerana diselindungkan sesuatu yang lebih besar dari bulan atau matahari kot? Allahualambissawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Recommendation saya adalah, ketika harga emas mencecah USD1000/oz, ketika mana orang lain menjual dan melepaskan simpanan emas masing-masing.....pada ketika ini anda beli. Simpan sehingga selepas US melaksanakan QE3. Keuntungan tersebut anda boleh gunakan untuk membayar hutang, Insya-Allah.
tarabas1976 Post at 4-1-2012 08:59 
Soalan saya, berapakah nilai semasa emas /oz sekarang ni? jika saya nak mula menyimpan/membeli emas, dalam bentuk apakah yg patut saya mulakan? Fizikal(gelang, rantai) ataupun pelaburan emas seperti yg terdapat di maybank,p.bank etc? Maaf soalan agak noob tapi saya betul2 berminat utk menggunakan hasil riba' emas itu utk melangsaikan riba' pinjaman kereta dan ptptn saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1279# ekjoz_double
yg tu yg aku nak buat
tapi baru je mencelah dah kena bantai
nak kena jawab yg tu dulu
nasib....nasib
lagipun PERASAAN atau RASA ni
sama je dgn alam jin n NURRR tuuuuu
semuanya tu kat diri kita jeeeeee
so
mana mau pergi????
***aku suka menyakat leeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1282# ekjoz_double
abis tuuu
nak aku kata BENAR ke????
macam manusia2 yg masih tak sedar2!!!!!
yang BENAR hanyalah KALAMULLAH je
yg terbaik adalah SUNNAH NABI
ok
kalau kau mau jawab
sebab mereka2 tu TAK MAU JAWAB:
kalaulah seseorang itu kafir kepada SATU AYAT TUHAN
hang nak kata apa ya???
boleh tolong tolong sangat2 menjawabnya
terima kasih sedara |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 4-1-2012 12:57
Tapi dalam hal ni, bumi bergelap kerana diselindungkan sesuatu yang lebih besar dari bulan ...
tarabas1976 Post at 4-1-2012 10:52 
Mungkin juga bumi bergelap kerana diselindungkan sesuatu. Kalau ia BUKANLAH keadaan yg serupa sepertimana bumi bergelap sebelum matahari terbit dari Barat, maka mungkin ia bergelap kerana adanya faktor X. Faktor X inilah yg kita tidak tahu. Tapi cenderung saya mengatakan, ia tidaklah sama dgn tanda kegelapan sebelum matahari keluar dari Barat. Kalau ia sama, Subhanallah... hanya Allah Maha Tahu... |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin juga bumi bergelap kerana diselindungkan sesuatu. Kalau ia BUKANLAH keadaan yg seru ...
andria Post at 4-1-2012 12:47 
Kalau Bumi bergelap kerana diselindungkan oleh sesuatu yang saiznya lebih besar dari Bumi, pastinya ia akan mempengaruhi pasang surut air laut secara signifikan.Allahualambissawab. |
|
|
|
|
|
|
|
baca kat bod peristiwa dunia ikan dah mati bertan-tan di Norway .. wahh bukan ke dolu² kalo ikan mati beramai-ramai ni akan ada satu perkara besar terjadi di muka bumi ALLAH ini... |
|
|
|
|
|
|
|
baca kat bod peristiwa dunia ikan dah mati bertan-tan di Norway .. wahh bukan ke dolu² kalo ika ...
masrini Post at 4-1-2012 13:17 
Dah banyak haiwan/binatang mati beribu2 sejak 2-3 tahun kebelakangan ini. Saintis pun tak tahu kenapa, atau tahu, tapi disuruh tutup mulut. Banyak sebenarnya petanda yg diberikan, kalau kita rajin meneliti berita2 seluruh dunia... |
|
|
|
|
|
|
| |
|