Ni baru jer aku dapat dari orang tmn cendana melalui email.... Aku pun dah tak tau mana nak percaya.... ader ker tak der... Subject:
[pemudapg] Assalammualaikum.... Isu Taman Cendana... Kami Warga Taman Cendana yg cintakan keamanan, kesejahteraan,
berterima kasih dgn keperihatinan Seluruh Rakyat yg mengambil berat
dgn nasib orang-orang melayu di Taman Cendana. Sesungguhya kami benar-
benar tidak paham apa sebenarnya yg dimahukan oleh segelintir manusia
yg mahukan kami bergaduh, berkelahi dgn kaum lain di tempat kami.
Kami berasa "Hairan Bin Ajaib" dgn berita-berita luar, kami
sendiri yg menghuni penempatan perumahan Taman Cendana belum lagi
pernah berselisih paham dan ketidak puashatian diantara masyarakat
sekitar. Tetapi kami sendiri "Pening-Pening Lalat" dgn berita sensasi
SMS yg ditimbulkan kebelakangan ini. Oleh yg demikian warga Taman
Cendana harus berwaspada dalam tindak tanduk yg dilakukan.
Kami warga Taman Cendana seperti juga tuan-tuan cintakan
kedamaian, keamanan dan semua perkataan yg baik-baik. Malah bukan
setakat perkataan baik-baik sahaja tapi realiti dan makna perkataan
itu yg kami semaikan di dalam hati. Kami juga seperti semua Rakyat
Malaysia yg akan menyambut kemerdekaan Malaysia yg ke 50 tahun pada
tahun ini. Tapi kenapa kehidupan harian kami "dijajah" oleh
SMS 'WARTAWAN' teknologi telefon bimbit. Tuan-tuan pun maklum dgn
kecanggihan teknologi telefon bimbit masa kini yg mampu dibeli oleh
masyarakat. Tapi pernahkah tuan-tuan melihat atau telah menerima
sendiri MMS bergambar yg mana ianya boleh membuktikan kami diserang
atau menyerang atau sedang merusuh. Biar kami tolong tuan-tuan
menjawabnya. Berana kami mendakwa tuan-tua berbohong kepada kami jika
tuan-tuan mengatakan pernah menerimanya atau melihatnya. Cubalah kita
berfikir sejenak. Cubalah kita bertanya dgn diri kita sendiri. Ada
benarnya tidak pertanyaan kami.
Sebenarnya apa yg dialami oleh kami warga Taman Cendana
kebelakangan ini adalah kesedihan akibat SMS palsu yg tumbuh melata
ini. Jika diikutkan, kami tidak akan memaafkan "WARTAWAN SMS" palsu
berhati celupar ini. Tergamak mereka mengada-adakan cerita hingga
menakutkan warga tua dan ibu bapa dikampung. Cubalah tuan-tuan
renungkan, bergenang airmata ibubapa ketika mengadah tangan berdoa
memohon keselamatan anak cucunya dan ketika berhubung bertanya khabar
anak cucunya berhati-hati ketika berada jauh dimata. Betapa pilunya
hati anak cucu pabila mak ayah mahupun nenek dikampung teresak-esak
menahan sebak meluahkan keresahan mereka.
Kami Warga Taman Cendana menyusun sepuluh jari merapatkan
tangan berdoa kepada Tuhan agar turunkan hidayat kepada penyebar
berita palsu ini. Kami akan lebih tunduk hormat kepada tuan-tuan jika
berjemaah solat hajat mendoakan kesejahteran kami dan menjauhkan isu
ini dari menerima tuan-tuan berduyun-duyun ke penempatan kami nanti.
Justeru itu, semua penyebaran SMS adalah tidak benar dan tidak
mencerminkan keadaan sebenar.
Merdekakanlah fikiran kita. Sesungguhnya tiada apa yg lebih
bernilai dari keamanan dan perpaduan. Salam perpaduan dari kami Warga
Taman Cendana.
***TOLONG SEBARKAN MESEJ INI...***
IKHLAS DARI
AHMAD ROH
TAMAN CENDANA |