CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: andria

Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?

   Close [Copy link]
Post time 4-1-2012 02:41 PM | Show all posts
Reply 1288# contactlens


    tu menunjukan kedudukan kutub yg baru nanti..ditunjukkan juga garisan putih yg mewakili garisan khatulistiwa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2012 03:02 PM | Show all posts
ok
kalau kau mau jawab
sebab mereka2 tu TAK MAU JAWAB:
kalaulah seseorang itu kafir kepada SATU AYAT TUHAN
hang nak kata apa ya???
orangbesi Post at 4-1-2012 11:52


Sebelum kita berdebat melalut lebih panjang lagi, tolong encik OB nyatakan/copy paste kan di sini mana2 ayat drp TT ataupun mana2 forumer yang menunjukkan mereka kafir(engkar) kepada satu ayat Tuhan? Tolong! Tunjukkan pada saya sbb selama saya mengikuti thread ni, saya tak jumpa pun ayat atau penyataan yg menunjukkan mereka ini engkar.. Bahkan, kerap juga mereka menyeru kepada semua supaya bertaubat dan kembali kepada fitrah kita sebagai hambanya iatu kembali ber Al-Quran..

Tujuan Cik/Puan Andria bukak thread ini utk berkongsi dgn mana2 individu yg merasakan sesuatu perkara besar yg akan tiba.. Bukan bertujuan untuk meramal bilanya akan tiba hari kiamat.. Saya tahu Encik OB juga punya niat baik iaitu tidak mahu org ramai panik dan terlalu memikirkan hal ini hingga sanggup bunuh diri(spt remaja jepun yg anda mentioned pada post lepas).. Tapi saya percaya TT mempunyai niat yg jauh lebih baik iaitu menyedarkan umat islam yg selama ini lalai dan engkar utk kembali kepada ajaran agama dan berpegang teguh pada akidah.

Sebab tu saya nak sarankan pada Encik OB.. Instead of memperlekehkan usaha TT dan forumer lain disini, adalah jauh lebih mulia jika anda juga dapat mencurahkan ilmu anda itu disini.. Tak perlu meletak persoalan dan suruh kami cari sendiri jawapan.. Spoon-feed saja kami kerana inilah tujuan berforum.. berbincang dan bercerita.. Saya harap kita tidak berdebat lagi lepas ni.. ok? Sama sama lah kita berkongsi ilmu dan moga suatu hari nanti insyallah, Din Allah dapat dilaksanakan semula.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:08 PM | Show all posts
Reply 1301# razhar


   Huyyoooo... Titik baru kutub? S pole tu macam dekat sgt dah dgn Malaysia tu? wawawawawa.. ini macam kena pergi shopping baju sejuk kat universal traveller lah balik ofis jap lagi ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 03:41 PM | Show all posts
Reset yg saya maksudkan di situ, bukanlah bererti dunia ini kiamat dan kemudian Allah memb ...
andria Post at 2-1-2012 01:39



    Dear...
apabila ulama'/ilmuan berbangga dgn ilmunya berbanding manusia sekarang yg jahil ni pun tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2012 04:28 PM | Show all posts
Dear...
apabila ulama'/ilmuan berbangga dgn ilmunya berbanding manusia sekarang yg jahil  ...
ayeesha Post at 4-1-2012 15:41



    Rasanya sudah pun saya jelaskan sungguh panjang lebar dlm pm terakhir saya kpd cik ayeesha hampir sebulan yg lalu (kalau tak silap). Maaflah atas pm yg sangat panjang itu.

ayeesha, apabila seseorang itu berilmu, dan dia berniat mahu berkongsinya dgn orang lain, maka kongsikanlah dengan seikhlas hati. Bukan kerana mengharapkan pujian, atau kerana mahu dikagumi sesiapa.

Lukmanul Hakim pernah berpesan kpd anaknya:

"Jangan engkau mempelajarinya (ilmu) untuk bertelingkah atau bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.



Perhatikan juga kpd hadis di bawah:

Hadis riwayat Abu Daud, sabda Nabi s.a.w: yang bermaksud:

'Barang siapa yang mempelajari ilmu untuk mendapat keredaan Allah akan tetapi dia pula mempelajarinya untuk mendapatkan habuan harta, kekayaan dunia, maka dia tidak akan dapat mencium bau harumnya syurga.'

Hadis riwayat al-Tirmidzi, sabda Rasulullah s.a.w:

'Barang siapa yang menuntut ilmu untuk dibangga-banggakannya pada sidang para ulama, atau untuk ditunjuk-tunjukkannya kepada para orang yang bodoh, atau untuk memikat hati orang ramai kepadanya, maka dia adalah menuju ke neraka.



Manusia itu, sehebat mana pun ILMUnya, sebenarnya ilmu beliau hanyalah ibarat mencelup jari ke dlm air laut, dan apabila jari itu ditarik semula, maka air yg tinggal di hujung jari itulah, ilmunya.

Ingatlah resmi padi, makin tunduk, makin berisi.

Tiada satu manusia pun di bumi ini yg layak memakai pakaian bernama RIAK, kerana riak itu hanyalah milik Allah. Ilmu yg hebat, hanya dipinjamkan oleh Allah kpd kita, sementara waktu. Bila2 masa Allah boleh tarik balik semua ilmu yg kononnya membuatkan kita rasa hebat. Apatah lagi seorang ulama atau seorang ustaz, tanggungjwb utk mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w, adalah lebih besar dan berat. Rasulullah sendiri tidak pernah menghina, mencerca, merendah-rendahkan, mengumpat, apatah lagi memfitnah sesiapa, baik yg beragama Islam mahupun bukan.

Sekiranya ada mana-mana orang yg mengaku dirinya beragama Islam, tapi dalam masa yg sama, mengeluarkan perkataan2 tidak elok kpd orang lain, memalukan orang lain, apatah lagi memfitnah, maka lihatlah, keperibadian siapakah yg orang itu contohi? Kerana Rasulullah sendiri tidak berperibadi seperti itu. Jadi peribadi siapa yg ingin orang itu contohi? Tepuk dada, tanya iman. Islam itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Bukan bererti apabila kita hendak belajar sesuatu ilmu, maka kita harus redha, biarpun kita dimalukan, dihina atau difitnah. Rasulullah sendiri tidak pernah mengajar ilmu agama dgn cara itu, sedangkan peribadi Rasulullah adalah yg TERBAIK.

Mintalah petunjuk kpd Allah. DIA Maha Mengetahui. Wallahua'lam...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2012 04:36 PM | Show all posts
Reply  razhar


   Huyyoooo... Titik baru kutub? S pole tu macam dekat sgt dah dgn Malaysia tu?  ...
ekjoz_double Post at 4/1/2012 15:08



Jgn lupa beli peralatan ski sekali....{:4_502:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2012 05:07 PM | Show all posts
Reply 1302# ekjoz_double


    betul tu
dan tak perlulah saya cungkil yg lama2 kannn
cuma yg mau saya bawa ke atas, itu je yaaaa
allaaaaa
saya hanya nak neutralkan sikit je
dr dok berat sebelah sangat (salah lagi kotttttt)
tak salah kannnn

so kita teruskan yaaaaa
baru je saya nak masuk bab RASA.....
dan jenuh kena jawab
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 01:09 AM | Show all posts
salam.....lama x menjenguk bod ni..rupanya ada banyak criter best..good job! good job!

dari dulu masa jaman kecik2 aku ada mimpi 2 bintang bertembung then terpecah dan terbakar semua yg ada kat dunia ni, time tu mana aku tau pasal benda2 astrologi dan gambaran kiamat or yg sewaktu dgnnya...sampai sekarang aku ingat...

pernah termimpi ada 7-8 biji bulan terang bersinar kat langit sampai malam dan jadi mcm siang.

pernah mimpi ada ribuan orang berpakaian putih style tentera arab jaman dulu turun dari langit dengan kuda2 serta panji2 hijau dan sebagainya.

pernah bermimpi berperang samada dijaman silam dan jaman moden..tapi bersenjatakan pedang, lembing dan panah sahaja.

pernah bermimpi didatangi berpuluh jenis haiwan dan bagi makan cebisan roti dari tangan aku.

pernah mimpi dibunuh dan dipijak2 dengan kuda

baru2 ni..anak gue yg umur 6 thn ni bagitau dia mimpi big wave ( tsunami) kills all dinosour, people and building katanya, dan aku percaya sampai besar pun mesti dia akan ingat mimpi tu...

kita takut mati? ya kita takut sebab amalan x cukup.
kita takut mati? ya kita takut nak tinggalkan anak bini
kita takut mati? ya kita takut sebab kita takut mati munafik dan kafir
kita takut mati? ya kita takut mati sebagai tentera dajjal
kita takut mati? anda jawab lah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2012 01:20 AM | Show all posts
Reply 1285# tarabas1976

Alhamdulillah ... Terima kasih sahabat ... Sekurang2 wat masa nie saya ada guide ... Sangat2 menghargai ... Mudah2an Allah permudahkan saya menghapuskan hutang yang sangat membebankan ini ...
Berbalik pada topik ... Saya ada satu perasaan pelik ... Dah berbulan dah saya rasanya perkara nie berlaku ... Mungkin normal bagi orang lain ... Tak tau la ... Setiap malam saya bermimpi ... Takde miss langsung ... Kalau setahun dua dulu mungkin kadang2 mimpi, kadang2 tidak ... Kalau tak tu maksudnya tidur nyenyak benar la gamaknya ... Nie mimpi jer memanjang tiap2 malam ... Bangun tidur siap rasa penat kalau mimpi naik bukit ... Kalau mimpi nampak perkara menakutkan bangun siap berpeluh ... Kalau mimpi perkara yang perlukan pemikiran , bangun tidur siap pening ... Tu belum mimpi akhir zaman lagi ... Siap terbayang2 kat mata sampai hari nie ... Adeh apa agaknya nie ...

Sebelum tidur semua perkara saya dah buat ... Semuanya yang disaran namun tetap jugak mimpi ... Sahabat2 semua pernah rasa ker mcm nie ... ?? Tolong jangan fikir yg bukan2 ya ...

Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 08:36 AM | Show all posts
Reply 1309# halimijuliana


   saya memang selalu mimpi.. kalau tido je mesti mimpi, rasanya tak pernah missed.. dari dulu lagi mcm tu.. tapi mimpi biasa2 je la.. mimpi pegi sekolah, pegi keje dan mcm2 lagi.. sekali sekala tu ada la mimpi pelik2, mimpi hantu, mimpi tsunami dan sebagainya, tapi jarang2.. tak normal ke kalau mcm tu ek?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 10:03 AM | Show all posts
Reply 1309# halimijuliana


   saya juga kerap bermimpi benda2 buruk.. to be precise, mimpi kemusnahan dunia walaupun sebelum tido saya dah berwudu' dan baca apa2 yg patut.. tapi 2 minggu kebelakangan ni mimpi2 tu jadi tak menyeramkan lagi.. dah jadi macam lawak pun ada.. contohnya, saya mimpi ada tsunami melanggar semenanjung Malaysia tapi tak ada sorang pun yg terkorban sebab masing2 pandai surfing.. Ombak tsunami yg setinggi gunung tu di penuhi dgn manusia2 tgh surf on it.. Ada tu siap dukung anak lg sambil surfing.. Saya punya lah geli hati sampaikan saya tgh tido pun boleh tergelak.. Mungkin kesan drp menonton Maharaja Lawak Mega byk sgt kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2012 01:41 PM | Show all posts
Buat sesetengah orang, sekarang ini mungkin dah masuk ke fasa 'bertenang sebelum ribut', atau 'the calm before the hurricane'. Buat sesetengah orang pula, ia baru bermula. Dan kepada sesetengah yang lain, ia masih berlangsung. Mungkin ia ada kaitan dgn sedalam mana consciousness seseorang, sebesar mana orang itu telah mempunyai awareness. Mungkin juga ada kaitan dgn spiritual seseorang. Semakin tinggi spiritual seseorang, semakin banyak info yg diterima.

Bagi saya yg biasa2 saja, sudah tentu mengharapkan anda yg mempunyai banyak info, utk sama2 berkongsi info anda di sini. Semoga berguna buat semua yg membaca. Insya Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 04:11 PM | Show all posts
Errr, nape aku rasa benang ni mcm sehangat benang politik lak? mcm dah lari dari tajuk asal jewk?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2012 04:53 PM | Show all posts
umpama mimpi dalam mimpi nookssss....awwww nyah oiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 09:19 AM | Show all posts
salam.. berkongsi..

malam tadi aku bermimpi lagi..
sebuah tempat tak tahu di mana..dalam sebuah bangunan yg hampir musnah..
berjalan keluar..mencari cari yang lain.. sepi.. tiada seorang di sana kecuali aku..
pada ketika itulah.. aku terdengar satu jeritan/pekikkan entah dari mana.. sesuatu bunyi yg aku belum pernah dengar gempitanya sebegitu rupa..ya Allah... aku betul betul takut..
entah bunyi ape..aku tak pasti..
lalu aku terjaga...

dan buat aku berfikir.. mimpi apakah ini..?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 11:09 AM | Show all posts
Org lain kemain lagi mimpi hebat2 penuh action dan adventure. Mimpi aku hanyalah spt romance movie sajok kebelakangan ini. Cthnya mimpi keluar berjalan2 dengan boyfren lama. Kan bagus kalu dpt mimpi dating ngn BrunoMars..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2012 06:29 PM | Show all posts
ada ke aku mimpi lif yg aku naik tu jatuh.. tp yg pelik nya nk jatuh dua kali haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 06:32 PM | Show all posts
pasal matahari terbit tu sy ada baca.. bila matahari tukar arah terbit, dia akan ganggu sistem soalr dan sistem peredaran bumi yg mana arah putaran dah sama dgn bumi... samada kita siang je manjang or malam je manjang...

tp ada saya baca... bila time tu smpi.. ozon dah pun menipis... cahaya matahati tu sgt kaut smpi ke bumi... sampai byk tmpt terbakat dan seterusnya menghalau manusia ke arah negeri yaman... (padang masyar)

pas sumer manusia dah berkumpul kat situ, barulah bumi berhenti... dn sangkakala.. bermula..

dlm kepercyaaan org hindu plak.. ada satu dewa ni dia yg mengawal putaran bumi... bila dia berhenti, bumi pun berhenti, kiamat la..
kirenye bila bumi berhenti berputar.. dunia pun stop
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 07:22 PM | Show all posts
aku nih tetiap mlm bermimpi semenjak aku berumo 14 tahun,........ tiada satu mlm pun aku missed dari bermimpi... kadang2 aku mimpi dalam mimpi ... mcm2 aku mimpi... kadang2 ada beberapa mimpi yg bnar2 berlaku...misalnya... aku bermimpi ke suatu tempat.. tapi tatau kat mana... tiba2 lain masa aku ke tempat yang baru... rasa mcm dah sampai tempat tu...bila aku ingat balik...rupanya dah pegi tapi dlm mimpi...

mimpi ngeri pon banyak juga... mimpi air, mimpi perang... dan mcm2 mimpi yang aku tak amik kisah... sebab kalo aku kisah ... aku boleh kena tekanan jiwa...

mama aku penah crita mimpinya yang seterunya mama aku insaf dan cari brusaha mendekatkan diri pada Allah... mimpi mama aku tuh ... keadaan muka bumi musnah... awan hitam kat langit... tetiba mama aku mendengar bunyi yang kuat dan bingit hingga menggegarkan gegendang... mama aku masa tuh tutup telinga dan rasa ketakutan yg amat sangat... kemudian dia dengar sora kuat sangat menyuruh solat...

yg mama aku nampak... sluruh tumbuhan, dan benda di langit dan di bumi tunduk seperti rukuk...

sejurus lepas tu.. mama aku pun terbangun.... mimpi tu mmbri kesan yg besar pada mama aku
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2012 08:20 PM | Show all posts
Reply 1305# andria


   heeeemmmmku baca dgn teliti dan sepenuh hati
dan masih terdapat yg tak kufahami
apa dia tu - sapientia, pax, dius kat signature tu ya
tu je yg aku tak faham???

bimbang jugak aku nak translatenya tuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.107033 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list