CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ainiz81

Arwah yg balik ke rumah & himpunan kisah seram Borneo

  [Copy link]
Post time 12-12-2012 10:25 PM | Show all posts
seram baca cerita tt ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2012 08:11 PM | Show all posts
edee_91 posted on 12-12-2012 07:05 PM
kalau tak keberatan, boleh tak kasi tau kampung kau kat mane ye?

kiteorg mmg johorian..kg kat area batu pahat
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2012 09:22 PM | Show all posts
lama tak komen kat sini. takde cite terbaru ke ainiz?

juz nak share sikit pasal jin dalam badan adik ipar. 2 hari lepas adik ipar saya (perempuan) accident kereta sorang2...masung parit. masa tu waktu maghrib lepas dia balik dari pantai sambut besday kawan dia (apekejadah sambut besday tepi pantai sampai nak masuk maghrib).

masa dia drive balik sorang2 (lepas tersesat jalan), dia nampak ada laki 2 orang naik motor kat depan. gaya macam penagih dadah. tapi takde buat apa2lah kat dia. masa tu dia rasa kereta dia berat ke sebelah kiri. tak semena2 tetiba dia perasan macam ada kereta belok ke arah dia. dia pun apa lagi terus belok kiri then masuk parit. kereta kemek depan, badan lebam. kebetulan ada pakcik yg tengah jalan kaki nak ke masjid nampak dia masuk parit. pakcik tulah yg selamatkan dia. ok stop kat situ.

petang esoknya mak mertua saya pergi jumpa ustaz sekolah dia (ustaz ni sedara saya) nak mintak air penawar. dia cerita serba sikit kat ustaz camana kejadian berlaku. ustaz tanya, betul ke orang yg dia nampak naik motor tu? lepas tu ustaz suruh bawak adik ipar saya jumpa dia esoknya (pagi tadi).

pagi tadi adik ipar saya pergi jumpa ustaz tu dengan mak & ayah mertua saya. ustaz pegang kaki sampai ke lutut, tanya ada rasa sakit tak. adik ipar cakap ada sikit. lepas tu ustaz baca ayat2 Quran berulang2 kali, tiba2 adik ipar saya rasa sakit sangat. ustaz suruh dia pejam mata, tengok ada nampak sape2 tak dalam gelap tu. adik ipar cakap ada, dia nampak ada sorang laki naik motor. tiba2 laki naik motor tu pandang ke arah dia dengan mata terkeluar. baru dia teringat, laki tu sama macam laki yg naik motor depan dia hari accident lepas.

ustaz cakap tu jin pantai. dia tak kacau, cuma nak darah muda je. tapi ustaz dah halau dia keluar dari badan.

sebenarnya saya baru tau yg ustaz tu pandai ilmu2 macam ni. sebelum ni orang jumpa dia mintak air penawar dengan minyak selusuh je termasuklah saya. tak sangka dia ada ilmu halau jin.

itu jelah nak share. ingat pendek, terpanjang lak hehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 09:56 AM | Show all posts
ainiz81 posted on 8-6-2012 10:06 AM
Reply 66# cintajc

tu rasanya bangsa lain tu..huby kak ni bkn bangsa tu..mana ada duk kat kubur b ...

kalau bab ilmu hitam di sabah ini,

biasanya keturunan pendatang islam filipina dan indon yang banyak pegang.

paling bisa, ilmu hitam dari pendatang filipina la.

indon itu, setakat sihir saja - menyantau, memugai (ilmu pengasih), susuk bagai. tiada keupayaan menjelma jadi balan2 atau membitas pindah kemaluan pegi dahi seperti ilmu hitam keturunan pendatang filipina.

lagipun keturunan indon ini ramai yang alim2. agama islam di sabah ini pun, pendatang jawa yang bawa.

maaf la kalau apa aku taip ini sensitif bagi sesetengah pihak.


Last edited by chazey on 16-12-2012 11:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 11:16 AM | Show all posts
msrory posted on 25-6-2012 02:08 PM
Reply 150# kazman

kwn i yg org sabah pernah ckp cmni gak..atuk die bwk daging dari pasar..balik  ...

setan ni, takyah la ikutkan kemahuan dia sangat. mengada je.

aku ada 3 cerita tentang orang2 hati kering yang berdepan dengan mahkluk kuat mentekedarah mintak daging mentah di tengah jalan ini. semua peristiwa ini berlaku di Sabah, di daerah aku.

cerita 1:
peristiwa ni berlaku pada mendiang datuk kawan aku. masa benda ni berlaku, mendiang berumur 60an. masa tu dah maghrib. kebetulan dia bawa daging lembu mentah. jalanraya nak balik rumah dia ni memang gelap, seram lak tu sebab belah kiri kawasan perkuburan. belah kanan lak ladang getah.

sudah nasib tak baik barangkali, semasa dalam perjalanan pulang, tiba2 motor mendiang terhenti di tengah jalan. setat punya setat, tak dapat. masa tu dia tau dah ada benda nak mintak daging dia tuh. tapi kerana mendiang orangnya sangat kedekut (kawan aku yang kata), dia tanak bagi daging tu. so ko tau apa dia buat? dia marah2 hantu tu pehtu dia tanggal seluar kemudian menonggeng tunjuk bontot dia. tak lama lepas tu, motor dia boleh setat balik. aman2 saja mendiang sampai rumah. syukur tak kena liwat. apara mendiang ni. tak senonoh betul.

cerita 2:
ini pengalaman cikgu aku. dia ni suka memburu. satu hari dia pergi berburu dengan rakan2. dalam pemburuan, dapat la seekor rusa. jadi dia dan kawan2 lapah daging rusa tu, bahagi-bahagikan, pehtu bersiap nak balik rumah.

dalam perjalanan, kereta tiba2 jadi berat. kawan2 lain sudah rasa seram sejuk sebab tahu ada benda ikut diorang hendakkan daging fresh itu. tetapi cikgu aku selamba jerit; "jangan harap la saya mau bagi ko ini daging! penat2 saya memburu, senang2 kau mau mintak!"

bila dia cakap camtu, otomatik kereta jadik ringan kembali dan mereka pun balik rumah dengan selamat. syukur la tak kena cakar ke apa. kalau tak abis muka hensem cikgu aku tuh. huh.

cerita 3:
ini berlaku pada kawan aku sendiri. umur dia sudah 40an. dan aku suka dengar cerita dia sebab dia ni ada macam2 pengalaman. salah satu pengalaman dia paling menarik pada aku, adalah semasa dia join orang2 kampung pegi memburu. masa tu dia masih remaja. umur 17 tahun, baru habis SPM.

masa memburu tu, diorang dapat seekor rusa. diorang memang dah ambil keputusan dari awal untuk bermalam di hutan saja. jadi diorang ni pun buat la ala2 campfire gitu. sambil memanggang, minum kopi, cerita2...

tiba2, diorang terdengar bunyi kuda berlari menderu ke arah diorang. bunyi macam banyak lak tu. pehtu berenti betul2 kat semak depan diorang. tapi diorang tak nampak apa2. kawan aku ni dah pucat, sebab first time mengalami benda camtu. dia dah tak boleh kata apa dah.

pastu, salah seorang (yang jauh lebih tua dari kawan aku) dari diorang kata; "nah, dia sudah tercium la itu. bagi diorang sikit".

kemudian, salah sorang tu berdiri, hiris sikit daging tu pehtu buang kat tempat di mana bunyi tu berhenti. pehtu dengar la bunyi macam orang sedap melahap makan, kemudian hilang camtu ja.

bila dah jadi camtu, yang lain pula jadi eksaited. ada sorang ni, yang memang paling kuat bergurau dalam group tu, hiris lagi daging, kemudian buang kat semak. sekali lagi diorang dengar bunyi kuda berlari ke arah diorang, berenti kat semak, pehtu dengar bunyi orang makan, pehtu hilang begitu saja. tak puas, kawan ni nak buat lagi kali ke-3 tapi group leader merangkap orang yang paling tua dalam kumpulan tu marah dia. jangan main2 dia kata, nanti benda tu marah. so tak jadi la dia buat lagik. syukur, takda apa2 jadi kat diorang. esoknya, balik aman2 saja ke rumah.

-tammat-


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2012 11:41 AM | Show all posts
cakap pasal orang hati kering, ada satu lagi cerita aku ingat. cerita ini lebih kepada lawak berbanding seram.

kawan aku dalam cerita 3 di atas ini, ada seorang kawan. aku tak ingat lak nama dia. tapi dia cikgu. orang Sabah juga.

dia pun posting la di satu kawasan pedalaman. pehtu, tinggal lak di kuarters guru. dari awal2 masuk situ, memang dia sudah diberi amaran rumah dia tu keras sikit. kononnya ada penghuni lain tumpang tinggal di situ. satu keluarga. jadi, tiap malam ada saja aktiviti paranormal. tapi disebabkan beliau hati kering sangat, beliau buat dek saja.

masa mula2 tinggal situ, dia takut juga la. apa taknya, start jam 10 ke atas, mula la dengar bunyi2 aneh - bunyi tapak kaki berjalan, bunyi orang memasak - dan bunyi2 tu berterusan sampai ke pagi.

bila dah lama tinggal kat situ, kawan ni mula rasa geram. sebab dia rasa tido dia terganggu.

satu hari tu, oleh kerana tak tahan sangat, dia tampal notis kat ruang tamu dan dapur. dalam notis tu, dia tulis;
'DILARANG MEMBUAT BISING DI TEMPAT INI SELEPAS PUKUL 10 MALAM'.

dan sejak dia buat begitu, bunyi bising tu pun berhenti dengan sendiri. hidup dia pun jadi aman. rupa-rupanya, mahkluk ghoib ni faham bahasa juga.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2012 01:39 PM | Show all posts
masa baca2 thread ni, tiba2 teringat lagi satu kisah. kisah hantu pengemis daging juga. tapi ni tak berlaku di tempat aku.

ni cerita kawan pada kawan (chazey: asyik cerita orang je khen aku ni) aku. diorang ni cikgu dan mengajar kat skolah yang sama.

kawan pada kawan aku ni lelaki. Sabahan gak. maseh bujang. mengajar lak di area pedalaman (yang bukan kampung dia). dan peristiwa ni berlaku di bulan ramadhan.

masa tu cikgu ni nak nak balik kampung dengan sorang lagi rakan. cikgu gak. mengajar satu sekolah dengan dia. biasalah. hujung minggu takda apa nak buat, lagi2 bulan puasa, rindu la kan nak bersama dengan family. jadi bertolak la diorang around 4 pagi gitu.

tapi yang jadi masalah di sini ni diorang bawa daging mentah...
(chazey: ntah la apsal tak beli je bila dah sampai kampung - nak juga bawa daging mentah jalan gelap2. aiyoyo. bukan tatau kawasan pedalaman Sabah ni camna).

masa dalam perjalanan tu, diorang lalu sebuah surau. kemudian diorang perasan ada ramai perempuan berjalan menuju ke surau (chazey: korang bayangkan je la kereta menuju ke arah selatan, pastu ada ramai orang sedang berjalan kat tepi menuju ke arah utara). diorang memang tak nampak muka, tapi diorang assume perempuan, sebab pakai kain putih - macam telekung. dalam hati, diorang fikir mungkin penduduk kampung nak sembayang berjemaah kat surau kot. jadi diorang rilek je la. sambil cerita2 untuk hilangkan ngantok.

sedang asyik sembang2 tu, tiba2 si driver ni cakap; jangan tengok side mirror atau front mirror.

kawan dia dah rasa cuak. dia pun tanya; kenapa?

si driver lak kata; jangan banyak tanya. tengok depan jak.

kawan ni perasan driver ni dah mula speed. dek kerana degil dan nak tau sangat benda apa la yang taboo takleh tengok tu, dia jeling side mirror kat tepi dia. korang tau apa dia nampak? 'pompuan2' berbaju putih tu sedang mengejar diorang! lagi menyeramkan, 'pompuan2' tu tak berlari macam manusia normal tapi berlari macam binatang berkaki empat!

hapa lagi, menjerit si kawan tu. tambah dia menjerit bila dia tengok kat tempat driver, salah sorang daripada 'pompuan' tu dah berada di tepi driver tu! bila driver tu nampak benda tu dah ada kat sebelah, dia terus jerit soh buang daging yang diorang letak kat belakang. kawan ni pun cepat2 ambik, buka jendela pehtu buang. melalui cermin keta diorang nampak benda2 tu berkerumun kat tempat diorang buang daging tu...huhu...memang saspen sungguh. rupa-rupanya driver tu dah nampak mende tu kejar diorang lepas diorang lalu kat surau tu. dia tanak kawan dia panik, pasal tu dia tak bagitau kawan dia...

syukur takda apa2 jadik ngan diorang. lagipun diorang pakai kereta 4-wheel. jadik laju la juga nak speed bagai. hik.

sekian - cerita dari kawan.






Last edited by chazey on 16-12-2012 01:43 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2012 07:48 PM | Show all posts
chazey posted on 16-12-2012 09:56 AM
kalau bab ilmu hitam di sabah ini,

biasanya keturunan pendatang islam filipina dan indon yang b ...

ilmu om pun bisa bah......hahaha!
semua bangsa dalam dunia nih ada bha ilmu diorang.
tidak tau la pulak kalo bangsa eskimo kan....

salute la sama TT.....saya baca sampai abis satu hari seja..........sekarang saya takut suda......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2012 09:03 AM | Show all posts
naq_j posted on 18-12-2012 07:48 PM
ilmu om pun bisa bah......hahaha!
semua bangsa dalam dunia nih ada bha ilmu diorang.
tidak tau l ...

iya tapi bedanya power ka tidak ilmu itu. itu saja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 09:46 AM | Show all posts
kepada semua follower n pbaca setia tred ainiz ni..maaf bebanyak sbb lately ni ainiz busy sgt smpai tak sempat nak reply pon..pada yg add fb ainiz semestinya tau yg ainiz byk outstation rasmi yg mnyebabkan tade masa nak berporum ainiz jenguk pon guna hp jek..mana la leh taip cerita.. kan kak @sarinah99 ??

btw thanx to allz yg share cerita kat tred ni..insyaallah hari ni ainiz share cerita k.. luv u allz

"HAPPY BIRTHDAY TO @ilahkhatibrani !! SEMOGA PANJANG UMUR & DIMURAHKLAN REZEKI" Last edited by ainiz81 on 19-12-2012 09:49 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 09:52 AM | Show all posts
mama_luv posted on 3-12-2012 08:55 AM
Seramnya pocong!

hehe..mmg le seram

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 09:53 AM | Show all posts
mute posted on 3-12-2012 04:55 PM
khatam khatam...dekat 2minggu merempit kat opis..akhirnyer abis jua...kalo ade updete leh sambung la ...

insyaallah ada sambungan lagi..stay tune k

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:02 AM | Show all posts
khaisyazuddin posted on 3-12-2012 06:03 PM
hahha tula nak jadi kan...seram jugak dgr tapi insyaalah klu tawakal dan niat dlm hati x ganggu dia  ...

dah nasib namanya tu..hanya org tertentu je jumpa hihihi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:04 AM | Show all posts
acik79 posted on 4-12-2012 03:03 PM
Hai ainiz.... Saya baru joint forum ni semata2 nak follow benang ni.... Hehehe.... Syok baca walaupu ...

tq sbb folo tred ni..stay tune for next update k

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:05 AM | Show all posts
kiki8398 posted on 10-12-2012 04:12 PM
Akhirnya habis jugak merempit... Tapi serius seram..nak gi toilet kat ofis ni pun rasa seriau....hah ...

hehehe...make sure kat toilet tu takde penunggu ekekeke...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:07 AM | Show all posts
pinky46 posted on 11-12-2012 01:59 PM
citer psl kokojelly ni saya pon nk menyelit gak la..maaf ye tuan tanah

citer ni terjadi dlm 3,4 ...

serius seram k..cer csi sket apa punca kokojelly tu mngacau?? sbb ni bukan setakat tunjuk muke je dah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2012 10:09 AM | Show all posts
edee_91 posted on 12-12-2012 07:05 PM
kalau tak keberatan, boleh tak kasi tau kampung kau kat mane ye?

pinky dah pm..its my kampung aiyak!
Last edited by ainiz81 on 19-12-2012 10:10 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:11 AM | Show all posts
bearkecil posted on 12-12-2012 10:25 PM
seram baca cerita tt ni..

welkam to d club
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:11 AM | Show all posts
pinky46 posted on 13-12-2012 08:11 PM
kiteorg mmg johorian..kg kat area batu pahat

ainiz pon org batu pahat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2012 10:14 AM | Show all posts
amirezu posted on 15-12-2012 09:22 PM
lama tak komen kat sini. takde cite terbaru ke ainiz?

juz nak share sikit pasal jin dalam badan a ...

bagitau le weols pantai mana tu? as a precaution next time

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.181978 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list