CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

All About AJL30 | Royanan Intelektual MM 31 | Top 30 Terbaru #2434

[Copy link]
Post time 25-1-2016 11:35 AM | Show all posts
Edited by jue7269 at 25-1-2016 11:39 AM

'Potret' Nyanyian Akim & The Majistret Juara Lagu Ke-30
Diterbitkan: Isnin, 25 Januari 2016 12:03 AM


Akim & The Majistret berjaya membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM62,000 pada AJL ke-30 yang berlangsung pada malam Ahad. Foto AZHAR ARIF

SHAH ALAM: Lagu ciptaan Hang Nadim dan Kamar Empayar berjudul Potret nyanyian kumpulan Akim & The Majistret muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL 30) yang berlangsung di Stadium Malawati di sini pada malam Ahad.
Dengan kemenangan lagu itu, mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan sebuah trofi.

Akim & The Majistret turut membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.

Potret berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Malam Ini Kita Punya (Bunkface), Angin Kencang (Noh Salleh), Knock Knock (Elizabeth Tan), Biarkanlah (Drama Band), Not For Sale(Stacy & Altimet), Mana Mungkin (Black), Bukan Hal Aku (Kaka Azraff & Alif), Sampai Mati(Hazama) dan Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah).

Assalamualaikum nyanyian Faizal Tahir mendapat tempat kedua.

Naib Juara AJL 30 dimenangi oleh Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum yang dicpita oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong dan Audi Mok.

Ia membolehkan dia membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM35,000.

Lagu Hanya Namamu ciptaan sepenuhnya Edry Abdul Halim nyanyian Caliph Buskers memenangi tempat ketiga AJL 30.

Mereka berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM20,000.

Manakala Dayang Nurfaizah sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik pada malam itu dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM12,000.

Tempat ketiga milik Caliph Buskers menerusi lagu Hanya Namamu.
Terdahulu, AJL 30 memberi anugerah khas kepada dua tokoh muzik iaitu Tan Sri Ahmad Othman Merican dan Datuk Ooi Eow Jin yang bertanggungjawab memperkenalkan program Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu.

Persembahan 12 finalis AJL 30 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap, Manan Ngah, Sharon Paul, Cat Farish, Joe Flizzow, Ad Samad, LY dan Edrie Hashim.

Azmeer pula bertindak sebagai ketua juri pada acara itu.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 30 mengangkat tema '3 Dekad Mencipta Fenomena' dalam mengimbas kembali sejarah 30 tahun penganjurannya.

Dayang Nurfaizah mempertahankan trofi Vokal Terbaik yang dimenanginya tahun lalu.

Tiga dekad sejak penganjurannya, Anugerah Juara Lagu bertujuan memartabatkan industri muzik tanah air terutamanya dalam memberi penghormatan kepada komposer dan penulis lirik.

Persembahan pembukaan acara itu menampilkan gabungan tiga penyanyi terkenal iaitu Datuk Jamal Abdillah, Datuk Siti Nurhaliza dan Yassin menerusi lagu berentak Irama Malaysia iaitu Cindai, Ghazal Untuk Rabiah dan Mimpi Laila.

Manakala Hafiz dan Jaclyn Victor menyampaikan lagu genre balada seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Gemilang dan Awan Nano.

Rahmad Mega dan Azlan Typewriter pula dengan seleksi lagu rock iaitu Takdir dan Waktu, Relaku Pujuk, dan Lagu Untukmu.

AJL 30 disiarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9 malam dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana.

Ia dipancarkan oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2016 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
jin_lampu replied at 25-1-2016 10:33 AM
Tahniah Akim....mamat ni very down to earth bukan mcm Pejal Tahi yang berlagak
aku penah jumpa mama ...

Naper perlu nk sentuh bab fizikal org tuu pendek or tinggi..dh ciptaan Tuhan begitu kn..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukankah memang sudah sedia maklum format penjurian AJL mmg 80% terlebih awal and 20% lagi based on malam kemuncak sejak azali lagi??? Kalau idok, takkanla dulu Sifu pun bole terkandas pada AJL 2001 dengan lagu Raikan Cinta yg disebut2 bakal Juara tu pada Yassin Mimpi Laila  disebabkan performance maha hauk drpd Sifu time tu yg out of tempo tahap dewa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 12:40 PM | Show all posts
meOls still terbayang2 wajah seri bakal pengantin semalam...
Kimah dengan Mushaf..
betul2 berseri...happy agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 12:45 PM | Show all posts
Changa replied at 25-1-2016 12:46 AM
kat luar sheols nampak lagi busuk...
kakak pernah terserempak dengan heshe masa kakak singgah mak ...

utk pompuan dgn pondan memanglah kata Stacy tu nampak busuk....jeles ler tewww
bagi aku lawa jer stacy tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp smlm tade org besar tv3 bg hadiah kt pemenang kn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
jin_lampu replied at 25-1-2016 10:33 AM
Tahniah Akim....mamat ni very down to earth bukan mcm Pejal Tahi yang berlagak
aku penah jumpa mama ...

Ironinya dolu2 FT agak rengsa jua bila media dok kata Akim ni klon dia... mmg obvious pun Akim punya tone da  cara nyanyian mcm FT dolu2....

Alih2 smlm Akim punya lagu kalahkan FT punya lagu..... kelas akim....klon  berjaya tewaskan idolanya sendiri...

What say u ? @af_mania @enchikfitz @beta_carotene @apai90
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Rhyno replied at 25-1-2016 02:15 AM
Iols menunggu FT wat status kt Twitter or ig ala2 tak puas hati sebab dapat no 2....

Kalah dgn budak yg dikatakan klon heshe sendiri...sedih gituu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2016 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 25-1-2016 05:53 AM
Azmeer ialah pencipta lagu lagu leman seperti Andainya ku bersuara(liza hanim), menadah gerimis  ...

Dr segi komposisi lagu Andainya Aku Bersuara dan Cinta Adam Dan Hawa bukan lagu Leman ya.. its just normal ballad , adam dan hawa tu ada approach arab sikit.

Yg betul2 leman ialah purnama merindu, nian dihati, menadah gerimis yg dibikin leman kerana zmn tu byk lagu2 leman spt rindu serindu rindunya, kita ditakdirkan jatuh cinta, usah dutambah berak yang tersimpan dan memori berkasih. Identiti lagu leman ialah pengulangan/pemanjangan nada mendayu dgn improvisasi pada setiap rangkap verse dan chorus..

Andainya aku bersuara xde part tu. Lagu tu straight cut je lenggok dia. Tp lagu cinta adam dan hawa menjadi leman di malam AJL sbb samihah bengong pergi tukar lenggok jd ala2 lagu padang pasir. No wonder kau kalah mehah oi!
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 25-1-2016 05:57 AM
Salima setanding tok ti gitu penilaian chuols! Bravo salima..salma seiras seirama pulak bila nk ny ...

Lagu dia jah yg setanding lagu hauk tok ti yg shooting video klip kt tepi resort murah tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sempat menonton hujung2 majlis.
Bila dayang naik pentas, pakaisnnya mengingatkan saya pada kostum suku kaum asli yg bertopeng tu...
Tahniah dayang kerna memartabatkan ksum asal
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 25-1-2016 07:22 AM
chuols lupa review tuk lizzie n CB.. Ehe..

Nico G tu Nico ke??

@af_mania

Lagu nasyid x boleh ada alat muzik bertali. So practically rabbani dolu2 x semua lagu dia pure nasyid..semua dh fusion. Meols rasa yg betul2 nasyid ialah hijjaz dan raihan jah
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 25-1-2016 09:05 AM
ok iols pun nk buat ulasan penuh tak berbayar.
pesembahan pembukaan suara tak harmonise tp suara in ...

Chuols...sandara park 2ne1 tu dolu2 aktres pinoy khuenn? Sheols mmg ada half korean.. org yg sama kah?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:40 PM | Show all posts
amikie replied at 25-1-2016 10:36 AM
khenn uols?indah sedap tp kureng impact...x cukup pOwer.

btw...si lizzy sore haukkk pun ada kat ...

rengsa sangat suara lizzy.
Umpama nak berak tapi tahi tak lepas-lepas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 25-1-2016 01:19 PM
Ironinya dolu2 FT agak rengsa jua bila media dok kata Akim ni klon dia... mmg obvious pun Akim pun ...


Iols mmg x suka FT sbb nmpk poyo walaupun lagu2nya bagus.

So bgus la akim kalahkan heshe. Kurglah sikit poyo dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
cikmouse replied at 25-1-2016 09:09 AM
bilaaaa tgk blk...mcm ader jerr bunyi ala2 okestra tuuu....sapa yg kataaa arie tuu...dia xmo gun ...

Chuols mesti faham arrangement kn? Bila FT buat akustik camtu..orkestra mmg still backup tp minimal la... so x mencapai status penggunaan orkestra utk big concert. Bila dia buat akustik mcm tu automatik dia x follow original arrangement yg dia rakam dlm studio dan utk dinilai....juri2 nilai dr rakaman dulu. So nila dgr dr rakamana lain, perform lain tentulah ada pro & cont nya.

Bila dia allow orkestra jd 2nd layer back up je, maknanya dia mmg intend no to use orchestra. Meols rasa lizzy tan retis dia pun dia suruh cut off orkestra masa awal2...until.part dance tu bru dia suruh orkestra masuk. Biasanya artis yg demand nk akustik sbb ada sesetengah vokal dia x dpt blend in dgn orkestra dan bimbanh tenggelam dlm orkestra sbb xleh project suara sampai key yg paling ideal utk orkestra. Melihat kpd struggle FT smlm nk hit note2 tinggi meols speku dia takut xleh hit note sbb tu dia demand akustik version + minimal orkestra. Meols masih ingat heshe struggle gila2 masa AJL25 nyanyi lagu Hanyut sampai mengah2. Awal2 dulu vokal FT bagus tp lately mmg shaky.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 25-1-2016 01:37 PM
Chuols...sandara park 2ne1 tu dolu2 aktres pinoy khuenn? Sheols mmg ada half korean.. org yg sama  ...

bukan la uols.pesembahan kaka smlm cuba u tgk vid music lagu Get lucky dari daft punk..2ne1 tgk video lagu depa tajuk i am the best.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 25-1-2016 01:37 PM
Chuols...sandara park 2ne1 tu dolu2 aktres pinoy khuenn? Sheols mmg ada half korean.. org yg sama  ...

eh tp yela kot sbb penah baca dia penah belakon.si bruno mars pun pilipino.sedara mara si guiterez tu

off topik
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:45 PM | Show all posts
Apai90 replied at 25-1-2016 12:33 PM
Bukankah memang sudah sedia maklum format penjurian AJL mmg 80% terlebih awal and 20% lagi based on  ...

Betul, aku duduk depan juri pro, sebelum pemenang diumumkan, aku dgr akak tv3 ni salam-salam ngan juri cakap dah solosai.... keputusan xde berubah.

Maknanya, persembahan 20% malam tadi tak beri kesan pada permarkahan 80% sebelum tu.

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
bungarose replied at 25-1-2016 09:16 AM
Nak komen satu jer bab hadiah. naper amount xnaik dr zaman batu dulu..
johan 50k jer utk pertand ...

Sbb tu samihah koser masuk AJL..menanh juara parodi je dh 300k. 6x AJL Mampu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.669683 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list