CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: radziah

Swimming

 Close [Copy link]
Post time 10-3-2008 06:04 AM | Show all posts

Reply #1322 karambunai's post

go get and save 'em... terjun kat pool tu selamatkan depa, karam...

dulu more active.. sekarang kerja banyak dari dulu.. so a bit set back..
but still cari masa tu.. untuk bersukan dan berforum dan makan... dan
tido etc..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 08:03 AM | Show all posts
Perenang OSC ada keberanian
Oleh MN NORZASRUDIN


MESKIPUN baru setahun didaftarkan, nama Kelab Renang Ombak (OSC) sudah dianggap sinonim di kalangan perenang dan peminat sukan air di seluruh negara.

Pastinya kejayaan misi menyeberangi Pulau Perhentian Besar ke Pulau Perhentian Kecil di Terengganu pada 26 Mei tahun lalu kekal dalam lipatan sejarah kelab kerdil ini.

Dalam misi itu, seramai 34 perenang berumur antara enam hingga 14 tahun tidak berdepan masalah untuk berenang merentasi laut sejauh 1.5 kilometer (km) dalam masa 25 hingga 35 minit.

Pada 20 Ogos 2007, perenang-perenang cilik dari kelab itu telah diundang untuk mengiringi perenang muda negara, Mohd. Norazmin Abdul Aziz menyempurnakan Cabaran Merentas Selat Melaka anjuran Putera UMNO Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Norazmin, 23, mencipta rekod baru Guiness Book Of World Records apabila berenang tanpa sangkar dalam tempoh 24 jam, sekali gus mengatasi rekod perenang Jepun berusia 40 tahun yang melakukannya pada tahun 1972 dengan masa 25 jam.

Selain itu, OSC telah diberi penghormatan untuk menyertai Kejohanan Renang Remaja Persatuan Renang Amatur Selangor (PRAS) ke-18 pada 25 hingga 27 Januari lalu.

Malangnya penyertaan 35 perenang muda OSC terpaksa menggunakan tiket PADE 2 kerana mereka masih belum menjadi ahli gabungan PRAS selepas setahun didaftarkan dengan pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Naib Presiden OSC, Mohd. Shahrir Mohamad berkata, kelewatan PRAS meluluskan permohonan mereka ini telah menjejaskan aktiviti yang telah dirancang.

"Saya tidak faham kenapa PRAS masih belum meluluskan permohonan kami meskipun sudah hampir setahun kami menghantar semua dokumen yang diperlukan.

"Sepanjang tempoh itu, kami sudah beberapa kali bertanyakan tentang perkara itu tetapi PRAS gagal memberikan jawapan dan alasan yang kukuh.

"Mereka sengaja melambat-lambatkan permohonan kami dan apabila ditanya, mereka menuding jari kepada orang lain. Sudah tentu keadaan ini sangat mengecewakan kami.

"Tanpa kelulusan PRAS, bagaimana kami mahu merancang program untuk mengembangkan lagi aktiviti-aktiviti kelab ini," kata Shahrir kepada KOSMO! baru-baru ini.

Shahrir berkata, kelewatan PRAS meluluskan permohonan ini turut menghairankan beberapa persatuan negeri yang lain termasuk Persatuan Renang Amatur Kuala Lumpur (PRAKL) dan Persatuan Renang Amatur Negeri Sembilan (PRANS).

Lantaran itu, tidak mengejutkan apabila mereka pernah ditawarkan menjadi ahli gabungan PRAKL dan PRANS meskipun tawaran itu terpaksa ditolak.

Bagaimanapun isu kelewatan itu tidak sedikitpun menjejaskan aktiviti harian OSC yang mempunyai objektif untuk mengilap bakat perenang-perenang muda sebelum diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara tujuan penubuhan kelab ini juga adalah untuk menanam sikap tanggungjawab, bekerjasama dan disiplin diri di kalangan perenang-perenang.

Selain itu, OSC juga menekankan aspek penjagaan kesihatan, semangat kesukanan dan jalinan kekeluargaan di kalangan perenang serta ibu bapa.

Shahrir berkata, perenang-perenang OSC terdiri daripada pelajar yang berusia antara 5 hingga 17 tahun.


PELATIH-PELATIH OCS giat menjalani latihan asas di PADE baru-baru ini.


Selain didedahkan dengan teknik-teknik renangan yang betul, perenang juga diajar dengan aspek-aspek keselamatan termasuk kursus bantuan kecemasan CPR.

Meskipun masih muda, mereka telah menunjukkan bakat dengan menyertai beberapa kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor (MSSS), PRAS, PRANS, Persatuan Renang Amatur Pulau Pinang (PRAP) dan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

Hasilnya, gandingan Zarith Kamelia Kamarulzaidi, Zarith Karmila Kamarulzaidi, Khuraisah Azman dan Amira Sutateh memenangi dua pingat emas dalam acara berganti-ganti gaya bebas dan campuran pada Kejohanan Renang MSSS Bawah 10 baru-baru ini.

"Di samping menyertai kejohanan yang dianjurkan di Pusat Akuatik Negeri, perenang juga turut didedahkan dengan pengalaman ekspedisi di laut.

"Mereka telah dilatih oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dari peringkat awal sehingga ke satu peringkat di mana perenang sudah boleh menyertai kejohanan.

"Berdasarkan minat dan komitmen yang ditunjukkan perenang-perenang ini, saya yakin ada antara mereka mampu mengharumkan nama negara suatu hari nati," tambah Shahrir.

Di OSC, setiap perenang baru dikehendaki bermula daripada tahap permulaan kecuali mereka yang telah diuji oleh jurulatih untuk diserapkan ke tahap seterusnya.

Perenang-perenang juga perlu menamatkan latihan Tahap 1 hingga Tahap 3 dengan mempelajari asas gaya bebas, kuak lentang, kuak kupu-puku dan kuak dada.

Selepas selesai menamatkan tahap-tahap ini, perenang (kanak-kanak dan remaja) akan diberi peluang untuk mempamerkan minat mereka dengan menyertai program lanjutan seterusnya.

Begitupun, 'Mari Belajar Berenang' merupakan satu program yang dijalankan untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat bahawa berenang adalah satu asas keselamatan yang penting.

Pada masa hadapan OSC berhasrat untuk memberi lebih banyak peluang kepada orang ramai mempelajari teknik-teknik asas berenang tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 11:51 AM | Show all posts
alo... jojo ada ni.. swim tetap swim... netbol... tetap main gak..

maintain dua2 hahahah...

karam... asalnye... karamsing walia la... (tak tau eja..)

kesiannya dak lain sume lemas.. tak sempat blajo ngan karam ek..

dex... bila nk lawan netbol ni.. wakaka... since swimming tak leh.. kte g acara baru la ek...

hahhahaa

amacam?? mau berentap.. hahhaahaha

karam duk tepi je.. jd referi ek...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by jojoba_beads at 10-3-2008 11:51 AM
alo... jojo ada ni.. swim tetap swim... netbol... tetap main gak..

maintain dua2 hahahah...

karam... asalnye... karamsing walia la... (tak tau eja..)

kesiannya dak lain sume lemas.. tak  ...



poyo je swim tetap swim netbot tetap main gak.. bile last skali swim? 3bulan lepas kan!... poyo jes.. buat statement berani idup... alo penyampai bite tv3 tu karam singh walia.. xtaw eja jgn eja yek....

tetibe promote netball lak kat sini.. dah salah benang ni... syuh2..... ahaks
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 10-3-2008 06:04 AM
go get and save 'em... terjun kat pool tu selamatkan depa, karam...

dulu more active.. sekarang kerja banyak dari dulu.. so a bit set back..
but still cari masa tu.. untuk bersukan dan berfor ...



sama le kitew.. skrg ni mengajo swim je.. swim nyer idak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 06:25 PM | Show all posts

Reply #1325 jojoba_beads's post

alo... jojo ada ni.. swim tetap swim... netbol... tetap main gak..
maintain dua2 hahahah...
karam... asalnye... karamsing walia la... (tak tau eja..)
kesiannya dak lain sume lemas.. tak sempat blajo ngan karam ek..
dex... bila nk lawan netbol ni.. wakaka... since swimming tak leh.. kte g acara baru la ek...
hahhahaa
amacam?? mau berentap.. hahhaahaha
karam duk tepi je.. jd referi ek...



swim swim jugak.. netball netball jugak.. akhirat jangan lufe  

so kiranya jojo aktip dalam berenang dan bernetball la ye.. bagus bagus..

ooooOOOooo jadi karambunai actually karam singh walla  yang selalu kat news tu ke..
baru la tau  that's why banyak news pasal renang ni dia tau  eh..

well -- bisa aje kalau jojo nak lawan netballz dengan kita...
one to one ke   sort of  try shoot kat net tu -- tapi cara NETBALL bukan
basketball --   ada berani??  posisi kaki dan tangan tu LAIN  tau...

nak gak berentap ni...  kena set up masa ye --
ukm vs uia la kiranya ni ye  

karam boleh jadi referee la.. tapi camana?? karam best friend jojo -
nanti ada favoritism lak.. ha!! jangan berat sebelah.. saya cekik kang!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2008 06:32 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 10-3-2008 01:09 PM



sama le kitew.. skrg ni mengajo swim je.. swim nyer idak...


so  kiranya karam  dok arah arah kan orang la ye..
dari tepi POOL :

karam:  kau!!! swim kat sana..... tangan tu!! kena tread water  hey!!

karam:  yang kat sana tu  apa main percik2 air ni.........

cam tu lah ye


nak tanya - kalau karam swim biasanya  freestyle ke, backstroke ke
atau just relaxing swim - froggie style? (sound like macam position lain aje  hahaha )
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:14 PM | Show all posts

Reply #1328 dexa's post

dex.. tak de masalah dex... lawan shoot pun jadi la...

jgn terkejut kalu tgk jojo shoot lak nnt.. ni bukan style basketball tp... australian netboll... gempak tak????


ahaks... acah je la.. jojo tak pandai pun.. huhu..

boleh je nk main2 netbol ni.. no hal...

set la time...

karam tu kenal2 cmtu je la.. tak de pun rapat... hahaha

cm salah thread je.. hahaha

tak pe ek.. selingan... hahaha

td baru pas swim... buat 1K je.. tu pun dah pening bila naik.. hahahah

ujung mgg ni ada competetion... tu yg kena gak trening tu.. hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2008 10:37 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 10-3-2008 06:32 PM


so  kiranya karam  dok arah arah kan orang la ye..
dari tepi POOL :

karam:  kau!!! swim kat sana..... tangan tu!! kena tread water  hey!!

karam:  yang kat sana tu  apa main percik2 air ...



lebey kurang macam tu le dexa arahan2 i.. ahaks.. kalu susah sangat i ketuk je dak yg xreti tu.. ahaks.. garang nyer... owh slalu berenang ape.. sume jenis renang nk buat... paling xsuka breastroke.. sbb terhegeh2 rasanya.. ahaks... dexa ada org jeles i nyer kaki butterfly laju.. kui kui kui...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:42 PM | Show all posts

Reply #1330 jojoba_beads's post

ha!!  kiranya jojo masih active dalam swimming ni ye...
baguslah begitu.. --  lol @ salah thread -
ye la kejap  netballz  kejap swimming...
nak cerita netballz  ada thread dia  eh ..

btw - whoaa gempaq la  australian netballz  lagi..
saya main  eskimo netballz tau  
(ooppps  - kena cerita kat thread netballz)

re: swimming tu - competition mana tu?

habaq mai sikit.. nak tau gak -

-- saya swim twice a week - ingat nak train betul2 sikit -
buat laps macam dulu.. just nak improvekan stamina mostly -
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2008 10:45 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 10-3-2008 10:37 PM



lebey kurang macam tu le dexa arahan2 i.. ahaks.. kalu susah sangat i ketuk je dak yg xreti tu.. ahaks.. garang nyer... owh slalu berenang ape.. sume jenis renang nk buat... paling xsuka br ...



lol @ terhegeh hegeh....  
garangnya instructor ni..... agaknya kalau tercungap cungap pun
dia biarkan 1 min  panic  baru dia tolong    hahaha...

nasib baik jojo dah reti berenang.. kalu dak saya nak suggestkan
karam jadi instructor dia  ..  roffel  
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 01:12 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 10-3-2008 10:45 PM



lol @ terhegeh hegeh....  
garangnya instructor ni..... agaknya kalau tercungap cungap pun
dia biarkan 1 min  panic  baru dia tolong    hahaha...

nasib baik jojo dah reti berenang..  ...



jojo tu dah reti renang sejak azali dah.... ya tinggalkan 1min dulu baru tlg.. tu pon tlg tengok je... kekee
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2008 05:23 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 11-3-2008 01:12 PM



jojo tu dah reti renang sejak azali dah.... ya tinggalkan 1min dulu baru tlg.. tu pon tlg tengok je... kekee


roffel......hahaha hampeh punya instructor ni....
karam usually swim kat mana eh... kat UKM gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 12:23 PM | Show all posts
dulu jojo yg ajo karam swim tau.. skang dia dah pandai lawan tok guru...

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2008 01:26 PM | Show all posts
Originally posted by jojoba_beads at 12-3-2008 12:23 PM
dulu jojo yg ajo karam swim tau.. skang dia dah pandai lawan tok guru...

hahaha


ooOOO   lawan tokey karam.. ni...   pulak tu kalau anak murid dia tercungap cungap
panic dalam pool.... dia tolong 'tengok' aje.. hampeh sifu ni.. hahaha..

jojo ni swimming instructor la ye.. tu ada few nak suruh ajar swim - jojo kenalah
volunteer..  ramai tau budak perempuan nak belajar... apa lagi nak ditunggu.. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2008 12:14 PM | Show all posts

Reply #1337 dexa's post

jojo dah lama tak mengajo heeee...

sibuk bersukan skang.. hahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2008 11:22 AM | Show all posts
Kapas Marang Swimathon 2008  
6.5KM Open water swim from Pulau Kapas to Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu.

Programme
12 April 2008 (Sat)
0900 - 1200 Registration of Participants (Marang Jetty)
1100 - 1400 Transfer to Kapas Island
1600 - 1700 Race Briefing
2000 - 2200 Dinner

13 April 2008 (Sun)
0630 - 0700 Breakfast
0730 Race Flag-off
1130 Race End (Cut-off time)
1215 Prize Giving Presentation

Closing date : 5th April 2008 (Sat)

General Information
Entries age submission should be based on 1st Jan 2008. Eg. Born on 23rd July 1991 is age 17.
Participants who lived in Terengganu for more than 10 years are qualified to enter the Close category.
All participants are required to sign the Indemnity Form on the day of registration 12 April 2008.

Accommodation
For hotel reservation, please call:-
Kapas Island Resort
Tel : +609 6316468 Fax : +609 6311469
Contact : Mr. Wan Supian (Mobile : +6019 9651547)

Bus transportation
From Kuala Lumpur
Depart KL, Pasar Rakyat (near Imbi) 11.00pm 11 April 2008 (Fri)
Return to KL 3.00pm 13 April 2008 (Sun)
Fare : RM30.00 per person round trip

Depart Johor Bahru 10.00pm 11 April 2008 (Fri)
Return to Johor Bahru 3.00pm 13 April 2008 (Sun)
Fare : RM40.00 per person round trip

Kindly contact Mr. Chan Chee Seng hp: 012-295 9892

Depart Singapore 11.00pm 11 April 2008 (Fri)
Return to Sinagpore 3.00pm 13 April 2008 (Sun)
Kindly contact Mr. Jonathan Pereira hp: +65 9654 9737
email: [email protected]


  
     
  Race Details:
Venue : Kapas Island to Pantai Kelulut, Marang, Terengganu
Date : 13-Apr-2008 to 13-Apr-2008
Type : Swimming
Status :  Confirmed
  
   
  
     
  Race Format:
Swimming
Ocean Swim : 6.5 KM


  
     
  
     
  Categories:
Swimming

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 09:43 PM | Show all posts

Reply #1339 jojoba_beads's post

jojo...
sah sah memang saya tak leh pergi even kalau saya nak..
sebab 12th April tu saya pergi  concert pengasih  - Jamal Abdillah..
yang ni penting ni..
saya ni core fan jamal .. numero uno - semua concert dia saya pergi

so - kalau kena pilih antara swimathon or jamal -  that's a given
mesti pilih jamal...

however - pada sesiapa yang pergi - all the best ..
jojo kena masuk tu!! -

* saya swimming about twice a week - tapi rasanya tu untuk
stamina aje  and for good health -- tak fit lagi nak renang jauh2 tu -
pengsan tengah laut nanti
-
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 04:45 PM | Show all posts
alamak..dah dekat rupenye swimathon tu.. aku pun dah lame x renang.. sempat lagi ke nak training ni ha.. last week langung x swim.. hadoi..dah lama mengidam nak masuk swimathon ni.. oit..jojo nko teraining kt ner.. bile..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 11:38 AM | Show all posts
tensionnyer........ kelas renang x start2 lagi... instructor kata tak cukup corem lg, da 2 bln register... ada sesapa yg nak blajar swim ke kat kompleks akuatik s.alam nie, wanita dewasa yer....  klu ada bagi tau, bleh cepat skit kelas start... or ada sape2 tau kat mane lagi yg ada kelas renang dewasa nie.... info plsss...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 04:18 AM GMT+8 , Processed in 0.713902 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list