|
|
[Tempatan]
Penuntut UPNM mati didera, dipercayai didera rakan dengan seterika wap. #399: Ma
[Copy link]
|
|
|
|
Ni mcm sepupu sepapat si mangsa je. Baik hati sungguh la nak suh pakcik dia maafkan je pembunuh semua ni, dgn alasan ni bulan romadhan. Wuwuwuw |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mane la letaknye perikemanusia bebudak ni ms mngsa dok meronta2 kene tekap seterika tu.. klu xsmpai arwah maunye kes ni trsimpan dlm lipatan sejarah uni tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak kena kat batang hidung sendiri
tak kene kat diri sendiri
cer kalau dia yang kene iron tuh mau tak suruh di maafkan pesalah tu semua?
dia ada ke kat tempat mangsa tuh? kalau betul dia cousin, mst ada rasa geram jugak buat kat darah daging sendiri.
huh~ 
budak2 sekarang buat semua tak pakai otak. sekarang sendiri bakal takda masa depan. huhuhu
time pukul tuh apalah otak dia tgh pkir gamaknye
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes buli/bunuh pelajar kat Sek Men Dato Kelana Maamor, Seremban tahun 2004 dulu.
High profile jugak masa tu, tapi selamat dari tali gantung sebab juvenile:
SEREMBAN 6 Ogos - Lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato' Klana Petra Maamor, Ampangan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim pada Mac lalu.
Mahkamah memerintahkan mereka, yang masih juvenil, diletakkan di bawah tahanan selama diperkenankan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Hakim Datuk Azhar Ma'ah dalam keputusannya mengikut peruntukan Seksyen 97(2)(b) Akta Kanak-Kanak 2001 juga memerintahkan pelajar tersebut, yang kesemuanya 17 tahun, diasingkan daripada pesalah-pesalah dewasa.
Semasa membacakan penghakiman bertulisnya setebal 82 muka surat yang mengambil masa kira-kira dua jam, hakim mengingatkan kesemua pelajar itu supaya menjadikan keputusan mahkamah dan kejadian bunuh itu sebagai iktibar dan lebih berhati-hati.
``Kalau mengikut Islam, usia kamu semua sudah boleh dikira sebagai akil baligh yang boleh membezakan antara perkara baik dan buruk tetapi kamu semua amat bernasib baik kerana dikira sebagai pesalah juvenil berdasarkan undang-undang sivil.
``Jika dalam keadaan biasa iaitu melepasi tahap bawah umur semasa kejadian berlaku, kamu semua sepatutnya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana disabit atas kesalahan membunuh.
``Kamu semua kerana terlalu mengikut nafsu, rasa dan hati telah menyebabkan nyawa seorang pelajar melayang. Pepatah Melayu ada menyebut, kalau ikut nafsu lesu, kalau ikut rasa binasa dan kalau ikut hati mati.
``Mahkamah amat berharap kamu semua menyesal dan insaf serta dapat membina hidup yang baru apabila dibebaskan kelak,'' katanya yang mengakhiri keputusannya pada kira-kira pukul 12 tengah hari.
Hakim Azhar membuat keputusan itu setelah 26 hari mendengar perbicaraan kes tersebut sejak 14 Jun lalu dengan pihak pendakwa memanggil 15 orang saksi manakala pada peringkat pembelaan, 11 saksi pembela dipanggil termasuk kesemua pelajar itu.
Semasa hukuman dijatuhkan, kesemua pelajar tersebut, keluarga dan kenalan masing-masing yang memenuhi ruang mahkamah dilihat menitiskan air mata.
Dalam kes itu, lapan pelajar tingkatan lima sekolah itu yang lima daripada mereka berasal dari Kuala Lumpur dan tiga lagi dari negeri ini, dituduh secara bersama membunuh Muhammad Farid, 16, di antara pukul 10.30 pagi dan 4.15 petang, 28 Mac lalu di Dorm Osman, Tingkat 2, Asrama Putera sekolah itu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan Seksyen 149 kanun yang sama dan jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum mati.
Walaupun begitu, mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, kesemua tertuduh sekiranya didapati bersalah tidak akan dihukum mati sebaliknya ditahan di satu tempat selagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong (jika kesalahan dilakukan di Wilayah Persekutuan) atau Raja atau Yang di-Pertua Negeri (di negeri-negeri lain).
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Roslan Abu Bakar dan Azhar Abdul Hamid manakala pelajar-pelajar berkenaan diwakili oleh peguam-peguam Hareh Mahadevan, Raja Badrul Hisham Raja Ali, V. Selvarajoo, S. Anand, Ramzani Idris, Sazuan Hamidi Samat dan Gurdit Singh.
Terdahulu, Hakim Azhar dalam penghakimannya menegaskan bahawa pada peringkat kes pembelaan, keterangan kesemua tertuduh secara keseluruhannya adalah sebuah episod keterangan stereotaip yang bersifat saling sokong-menyokong antara rakan jenayah untuk melepaskan diri masing-masing.
Mereka, katanya, dalam keterangan masing-masing menyatakan telah melihat mangsa, Muhammad Farid telah dipukul tetapi tidak pernah mengambil berat mengenai keadaan mangsa.
``Sebagai contoh, tertuduh ketiga, yang marah dan hanya ambil berat mengenai baldinya yang pecah tetapi tidak cuba mengambil tahu mangsa yang cedera akibat dihentak oleh baldi itu.
``Inilah yang tidak logik dan munasabah kerana bertentangan dengan sifat naluri semula jadi manusia yang ingin tahu apa yang terjadi dan berlaku di sekelilingnya.
``Seolah-olah bagi mereka keadaan mangsa yang cedera teruk dan pengsan adalah perkara kecil dan biasa yang tidak perlu diambil tahu. Ini adalah tidak munasabah sama sekali,'' kata Hakim Azhar.
Selain itu, kata beliau, pihak pembela juga gagal mengemukakan keterangan sokongan daripada rakan-rakan kesemua pelajar yang disebut oleh mereka dalam keterangan di mahkamah yang didakwa bersama mereka sepanjang kejadian pembunuhan berlaku.
Mahkamah juga berpendapat adalah tidak munasabah kesemua pelajar berkenaan tidak mengecam mereka yang memukul dan mengelilingi Muhammad Farid sedangkan pada masa yang sama mereka dapat mengecam dengan tepat bahawa mangsa yang telah dipukul.
``Sepatutnya apabila mereka dapat menumpukan perhatian kepada kejadian mangsa dipukul maka mereka pun pada masa itu pasti dapat mengenali orang yang memukul,'' katanya.
Kata beliau, keterangan bapa kepada salah seorang pelajar yang mendakwa bersama dengan anaknya selama sejam sehingga pukul 11.40 pagi pada 28 Mac lalu adalah tidak boleh diterima oleh mahkamah.
Ini kerana, tegas beliau, pihak pembela tidak pernah mengemukakan notis alibi bapa tersebut yang dikatakan mengadakan pertemuan dengan anaknya sepanjang tempoh itu kepada pihak pendakwa raya.
Sementara itu, Haresh yang mewakili tiga daripada pelajar tersebut dan Raja Badrul Hisham yang mewakili seorang daripada mereka memfailkan notis rayuan berhubung keputusan itu pada sebelah petang di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Kesemua lapan pelajar itu dihantar ke tempat tahanan di Penjara Kajang, Selangor.
Sementara itu ibu bapa Allahyarham Muhammad Farid, Ibrahim Maadah, 49, dan Norizan Ishak, 46, turut menangis selepas hukuman dibacakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu arwah ni mencuri laptop pun...report la pada pihak pentadbir....mmg budak2 UPNM mmg diajar jadi setan kot....semoga hidup melara spjg hayat kalu x dpt hukuman mampos |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kita terkena iron sipi pun ngelupur pedih..
ni main tekap seluruh badan
kerasukan apa la budak2 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
org awam yg x de kena mengena mg x boleh nak tentukan hukuman kepada si pelaku..tapi org awam ada hak utk alertkan perkara ni supaya x berlaku lagi kemudian hari..senang sungguh suruh just forgive n forget..hal kehilangan nyawa ni dan tindakan yg depa amek tu lebih pada tindakan melulu dan x ikut undang2..buat hukuman ikut nafsu sendiri je..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa jer qualification utk masuk UPNM ni? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mummy75 replied at 6-6-2017 08:22 AM
semalam tgk kt berita pun muka tok ketua pulis mcm try to control je bagi stetmen..ye la hal besaq ...
Try test tengok goyang x goyang kalau agong tanya kes ni kaaannn |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bongok betui la nk suh maafkan pelaku..bodoh piang....dah mati pun takkan bleh hidup semula...keluarga mangsa yang menanggung sakit perit kat hati...dah la anak tu harapan keluarga...kalu aku tiada maaf la bagi mu...aish ..geram betoi la...sakit hati ni baca smpi nak tulis pun tunggang langgang bahasa ni...huhuhuuh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kekgebu replied at 6-6-2017 11:00 AM
Ni mcm sepupu sepapat si mangsa je. Baik hati sungguh la nak suh pakcik dia maafkan je pembunuh semu ...
Kalau begini baik kau suruh tutup je semua mahkamah & balai polis kat msia ni. Sesiapa buat salah wajib dimaafkan.
Nak tunjuk baik tak kena masa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 6-6-2017 10:55 AM
FB salah seorang pelajar uniten, Muhammad Nazrin, tapi tak banyak info sangat.
https://www.facebo ...
Tutup je la STAR ipoh tu menternak terrorist juga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kluangman replied at 6-6-2017 08:28 AM
Jgnlah emo.
Lama masa dia penjara. Bukannya best pun duduk sana.
Ada dengar orang cerita sehari ...
Bukan apa bak kata seorg forumer tu biaq kes ni jd Milestone utk semua uni hatta utk schools pon both school rendah n menengah regardless of awam or private. Ini hal nyawa manusia. Ai ols mmg emo sesejak kes ni terbongkar maafkan daku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Arwah hader tue cuma salah seorang mangsa jer. What about others??! Benda neh bukan pasal maafkan haper. Tapi sebab bangsat2 tue busuk hati! 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrs.uzair at 6-6-2017 04:50 PM
Hebat btl budak2 melayu! Kecik2 dah membunuh... Korang semua mmg layak duk dlm mereput sbb otak singkat mentality 3rd world mcm ni tak layak bebas! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yes, kalau nak tunjuk baik tak payah hader undang-undang! Kalau bangsat2 tue pikir pakai otak dan bukannye lubang jubo diorang mase nak hentak arwah mangsa tue takde lar orang nak hangin sebab tak timbul cerita pasal kena sterika neh! Ineh nyawa manusia!!! Bukannya nyawa sotong! 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tuh kalau tak kene gantung sampai mati
hukuman rotan tuh ganti dgn kene iron sampai melecur. geram rasa
sampai hati buat kat anak org mcm tuh. kita kene iron skit pun dah pedih gila ini sampai melecur
tak dapat bayangkan. huhuhu cian arwah.
biar semua tuh kene balasan setimpal. bulan2 puasa boleh dok buat perangai taik mcm ni.
dalam syaitan di ikat perangai diorang yg mcm syaitan. huhu 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
At least civilians like us takde lar pegi rumble budak2 setan tue atau sterika cenonot diorang lepas bunuh orang! Diorang tue membunuh orang yang dituduh tanpa bukti! Grrr!  |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|