|
BORAK KOSONG, CHAT, GOSSIP, ULASAN, LUAHAN, DAN BERSANTAI VOLUME 40
[Copy link]
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 26 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 22,657 kes (1,359,791 kes kumulatif, 82.9%);
Kes baharu : 24,599 kes (1,640,843 kes kumulatif);
Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 24,591 kes [19,712 warganegara (80.2%); 4,879 bukan warganegara (19.8%)];
Kes aktif : 265,841 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):990 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 487 kes;
Kes kematian : 393 kes [15,211 kes kumulatif, 0.93%;
294 warganegara, 99 bukan warganegara;
100 kes BID (50 warganegara; 50 bukan warganegara)];
Jumlah kluster : 4,583 kluster;
Jumlah kluster baharu : 35 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,112 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,471 kluster.
Pada hari ini, Malaysia mencatatkan kes sembuh tertinggi dalam tempoh sebulan yang lepas iaitu sebanyak 22,657 kes. Jika dibandingkan pada 25 Julai 2021, jumlah kes yang didiscaj daripada hospital adalah 1,562 orang dan jumlah ini meningkat kepada 2,153 orang pada 25 Ogos 2021. Ini adalah petanda yang positif.
Walaupun pada hari ini negara mencatatkan jumlah kes tertinggi sepanjang pandemik, kebanyakan kes yang dilaporkan adalah berada di kategori klinikal 1 dan 2 semasa didiagnosa, iaitu 23,939 kes bersamaan 97.3 peratus daripada keseluruhan kes pada hari ini. Sebanyak 660 kes (2.7 peratus) pula adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19.
Ini seiring dengan program vaksinasi yang semakin giat dijalankan di seluruh negeri. Sehingga 25 Ogos 2021, sebanyak 40.8 peratus daripada keseluruhan populasi di Malaysia di mana 56.9 peratus daripada keseluruhan populasi dewasa di Malaysia telah menerima vaksin.
Secara keseluruhan, 19,761 kes (80.3 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk segera mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin dan hadir pada tarikh temujanji seperti yang telah dijadualkan. Di samping itu, kepatuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu terus diamalkan walaupun telah menerima dos vaksin lengkap.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 393 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 125 kes di Selangor, 61 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
48 kes di Johor, 33 kes di Melaka, 31 kes di Pulau Pinang, 26 kes di Sabah, 20 kes di Negeri Sembilan, masing-masing 15 kes di Kedah dan Perak, sembilan (9) kes di Kelantan, lapan (8) kes di Pahang, serta dua (2) kes di Terengganu.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 25 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 25 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Sarawak dan Perlis (masing-masing dengan nilai RT 1.22), diikuti oleh Sabah (nilai1.21), dan Pulau Pinang (nilai RT 1.12). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 Ogos 2021 @ 7.00 petang.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
Perincian 24,599 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 6,936 574 3,097 – 3,265
SABAH 3,487 263 1,992 – 1,232
JOHOR 2,785 779 1,267 – 739
PULAU PINANG 2,078 230 765 – 1,083
SARAWAK 2,024 246 1,187 – 591
KEDAH 1,538 54 925 – 559
KELANTAN 1,312 142 790 – 380
PERAK 1,170 144 516 – 510
WP KUALA LUMPUR 881 – 386 7 488
PAHANG 690 82 497 – 111
TERENGGANU 567 53 434 – 80
NEGERI SEMBILAN 526 15 229 – 282
MELAKA 515 108 216 1 190
PERLIS 67 21 25 – 21
WP PUTRAJAYA 20 – 13 – 7
WP LABUAN 3 – 1 – 2
JUMLAH KESELURUHAN 24,599 2,711 12,340 8 9,540
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 26 OGOS 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Dua Sungai Lalang Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 86 170
2 Tapak Bina Persiaran Alam Sari Tempat Kerja Selangor Hulu Langat 79 128
3 Ladang Pulau Carey Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 58 157
4 Industri Perusahaan Suria Tempat Kerja Selangor Gombak, Klang, dan Kuala Selangor 44 417
5 Industri Batu 14 1/2 Jeram Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 33 198
6 Jalan Kebun Nenas 3D Tempat Kerja Selangor Klang 23 60
7 Industri Jalan PBS Tempat Kerja Selangor Petaling dan Hulu Langat 18 20
8 Industri Jalan Empat Olak Lempit Tempat Kerja Selangor Kuala Langat 16 19
9 Tapak Bina Jalan Eco Botani Tempat Kerja Johor Johor Bahru 73 77
10 Industri SAC Lapan Tempat Kerja Johor Kulai 28 300
11 Industri Idaman Tiga Tempat Kerja Johor Kulai dan Johor Bahru 26 42
12 Senai Murni 12 Tempat Kerja Johor Kulai 12 90
13 Jalan Kenanga 29 Tempat Kerja Johor Kulai 6 42
14 Tapak Bina Jalan Perusahaan Satu Tempat Kerja Perak Larut, Matang, dan Selama 48 315
15 Industri Taman Farmaseutikal Tempat Kerja Perak Perak Tengah 22 255
16 Industri Lorong Tanjung Tiga Tempat Kerja Negeri Sembilan Seremban dan Port Dickson 19 298
17 Industri Jalan Merdeka 33 Tempat Kerja Melaka Melaka Tengah 33 145
18 Hamparan 2 Tempat Kerja Sabah Kinabatangan 21 77
19 Jalan Serunai Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 62 128
20 Jalan Hulu Engkamop Tempat Kerja Sarawak Pakan dan Sarikei 14 60
21 Kampung Derdap Komuniti Kelantan Kota Bharu 17 23
22 Jalan Pasar Desa Bunut Susu Komuniti Kelantan Pasir Mas 15 33
23 Kampung Tanjong Dal Komuniti Kelantan Kota Bharu 13 22
24 Taman Warta Komuniti Kelantan Pasir Mas 5 12
25 Jalan Pasak Komuniti Johor Kota Tinggi 8 25
26 Jalan Sri Perani Komuniti Johor Kota Tinggi 6 37
27 Se-Menyan Komuniti Sarawak Sibu 66 293
28 Telok Batu Komuniti Sarawak Meradong 16 60
29 Dengkil Jaya Komuniti Selangor Sepang dan Gombak 134 621
30 Jalan Serampang Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 43 57
31 Jalan Pusara Simpang Renggam Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kluang 17 39
32 Jalan Tun Habab Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Kota Tinggi 12 43
33 Dah Lebuh Kulim Kumpulan Berisiko Tinggi Kedah Kulim, Kuala Muda, dan Baling 54 650
34 Pagar Teluk Intan Pusat Tahanan Perak Hilir Perak 59 125
35 Dah Mengkuang Pendidikan Lain Kedah Baling 35 155
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 25 OGOS 2021
NEGERI NILAI RT
SARAWAK 1.22
PERLIS 1.22
SABAH 1.21
PULAU PINANG 1.12
PERAK 1.09
KEDAH 1.08
KELANTAN 1.08
JOHOR 1.05
TERENGGANU 1.04
PAHANG 1.00
MELAKA 0.99
SELANGOR 0.95
WP KUALA LUMPUR 0.87
NEGERI SEMBILAN 0.82
WP PUTRAJAYA 0.80
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.02 |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 26-8-2021 05:47 PM
Hampir 400 orang...
Nunggu kabinet baharu...katanya kol 11 pagi ni huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 27-8-2021 10:51 AM
Nunggu kabinet baharu...katanya kol 11 pagi ni huhu...
Oh...semua hampeh rasanya |
|
|
|
|
|
|
|
tahu x pe...kita tungguuu...
Dah vaksin dos 2...sebelum telan panadol...selepas telan activfast...2 minggu leh JJCM
|
|
|
|
|
|
|
|
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri
YB Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri : YB Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul
Aziz
Menteri Kewangan
YB Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I : YB Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II : YB Tuan Haji Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya
YB Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri : YB Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan
YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I : YB Senator Dato Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
YB Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura Tan Sri Dato Mohd
Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang)
YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati
Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
YB Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan
Sarawak)
YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato Hajah Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan
YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri : YB Dato Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar
YB Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri : YB Dato Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia
YB Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan
YB Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat
YB Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri : YB Dato Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi
YB. Dato Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal
Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli
YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri
YB Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri
YB Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Dr Haji Ismail Haji Mohamed
Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan
YB Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timabalan Menteri I: YB Dato Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan
YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar
YB Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Datuk Haji Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri
YB Dato Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Haji Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia
YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: YB Datuk Sri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
YB Datuk Seri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri: YB Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
YB Tan Sri Noh Haji Omar
Timbalan Menteri: YB Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
YB Datuk Seri Hajah Nancy Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar
Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara
YB Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan
Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan
YB Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
|
|
|
|
|
|
|
|
22070 kes baharu hari ni...huhu...
Mujur mak cik dah keluar spital semlm...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 27-8-2021 03:17 PM
22070 kes baharu hari ni...huhu...
Mujur mak cik dah keluar spital semlm...
Nanti naik tinggi balik tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sehingga 27 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,070 kes (1,662,913 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 5,920 (585,652)
WPKL - 1,068 (169,773)
Sabah - 3,010 (137,527)
Johor - 1,809 (130,475)
Sarawak - 2,224 (107,296)
Kedah - 2,072 (91,099)
Negeri Sembilan - 338 (90,318)
Pulau Pinang - 1,829 (79,681)
Kelantan - 1,051 (72,134)
Perak - 939 (63,476)
Melaka - 589 (46,841)
Pahang - 610 (41,129)
Terengganu - 488 (30,812)
WP Labuan - 8 (9,799)
WP Putrajaya - 39 (5,236)
Perlis - 76 (1,665) |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu vaksin dos ke 3 le plak...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinggi kes kematian...huhu...
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 27-8-2021 06:14 PM
Tinggi kes kematian...huhu...
Tinggi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 21,877 kes (1,381,668 kes kumulatif, 83.1%);
Kes baharu : 22,070 kes (1,662,913 kes kumulatif);
Kes import : 15 kes (8 warganegara, 7 bukan warganegara);
Kes tempatan : 22,055 kes [18,832 warganegara (85.4%); 3,223 bukan warganegara (14.6%)];
Kes aktif : 265,695 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):982 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 470 kes;
Kes kematian : 339 kes [15,550 kes kumulatif, 0.94%;
289 warganegara, 50 bukan warganegara;
99 kes BID (74 warganegara; 25 bukan warganegara)];
Jumlah kluster : 4,611 kluster;
Jumlah kluster baharu : 28 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 3,144 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 1,467 kluster.
Daripada 22,070 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 412 kes (1.9 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 21,658 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.
Secara keseluruhan, 17,029 kes (77.2 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori
Sebanyak 339 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 103 kes di Selangor, 41 kes di Sabah, 40 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 38 kes di Pulau Pinang, 37 kes di Johor, 20 kes di Kedah, 15 kes di Perak, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lapan (8) kes di Kelantan dan Pahang, enam (6) kes di Melaka, lima (5) kes di Terengganu, tiga (3) kes di Sarawak, serta dua (2) kes di Perlis.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 26 OGOS 2021)
Berdasarkan data terkini pada 26 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.23), diikuti oleh Sarawak (nilai1.20), dan Sabah (nilai RT 1.19). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.
Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
27 Ogos 2021 @ 6:45 petang.
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3
Perincian 22,070 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 5,920 383 2,910 1 2,626
SABAH 3,010 37 1,782 – 1,191
SARAWAK 2,224 269 1,406 – 549
KEDAH 2,072 54 1,342 – 676
PULAU PINANG 1,829 310 513 – 1,006
JOHOR 1,809 171 975 3 660
WP KUALA LUMPUR 1,068 2 511 9 546
KELANTAN 1,051 74 674 – 303
PERAK 939 126 447 – 366
PAHANG 610 95 391 – 124
MELAKA 589 67 201 – 321
TERENGGANU 488 29 345 – 114
NEGERI SEMBILAN 338 17 165 2 154
PERLIS 76 34 15 – 27
WP PUTRAJAYA 39 – 24 – 15
WP LABUAN 8 – 4 – 4
JUMLAH KESELURUHAN 22,070 1,668 11,705 15 8,682
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 OGOS 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Mundai Komuniti Sarawak Serian 66 133
2 Duras Komuniti Sarawak Serian 60 86
3 Plaman Bantang Komuniti Sarawak Serian 55 97
4 Mapu Komuniti Sarawak Tebedu 43 65
5 Nanga Bengap Komuniti Sarawak Lubok Antu 42 186
6 Nanga Dap Komuniti Sarawak Kanowit 29 65
7 Jero Gelasah Komuniti Sarawak Subis 15 72
8 Kampung Bukit Kechik Komuniti Kelantan Bachok 22 30
9 Kampung Nik Nal Komuniti Kelantan Kota Bharu 12 16
10 Kampung Lubok Pukol Komuniti Kelantan Kota Bharu 12 17
11 Lorong Mat Nasir Komuniti Kelantan Kota Bharu 10 15
12 Kampung Kusar Komuniti Kelantan Pasir Mas 9 13
13 Perumahan Ketengah Komuniti Terengganu Dungun 60 135
14 Kampung Raja Cameron Highlands Komuniti Pahang Cameron Highlands 16 19
15 Kampung Simpang Arang Komuniti Johor Johor Bahru 79 394
16 Industri Persiaran Delima Tempat Kerja Selangor Klang dan Kuala Langat 107 490
17 Jalan Istana Tempat Kerja Selangor Klang dan Petaling 28 49
18 Jalan BBLS Dua Tempat Kerja Selangor Sepang 6 24
19 Ladang 0004 Kuala Baram Tempat Kerja Sarawak Miri 31 178
20 KM20 Jalan Betong Tempat Kerja Sarawak Betong 23 55
21 Tapak Bina Changkat Sungai Ara 20 Tempat Kerja Pulau Pinang Barat Daya 114 364
22 Tapak Bina Jalan Permatang Pauh Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 26 45
23 Jalan Nafiri Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan 22 354
24 Tingkat Perusahaan Enam Tempat Kerja Pulau Pinang Seberang Perai Tengah 18 36
25 Bukit Tingkat Tempat Kerja Pahang Temerloh 26 125
26 Industri Bandar Tun Abdul Razak Tempat Kerja Pahang Rompin 16 67
27 Persiaran Teknologi 55 Tempat Kerja Johor Kulai, Kluang, Johor Bahru, dan Kota Tinggi 20 1,177
28 Tembok Puncak Alam Pusat Tahanan Selangor Kuala Selangor 74 287
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 26 OGOS 2021
NEGERI NILAI RT
PERLIS 1.23
SARAWAK 1.20
SABAH 1.19
PULAU PINANG 1.14
JOHOR 1.09
KELANTAN 1.08
PERAK 1.08
KEDAH 1.03
TERENGGANU 1.03
PAHANG 1.01
MELAKA 1.00
SELANGOR 0.97
WP KUALA LUMPUR 0.84
NEGERI SEMBILAN 0.82
WP PUTRAJAYA 0.78
WP LABUAN 0
MALAYSIA 1.02 |
|
|
|
|
|
|
| |
|