|
Post Last Edit by mnm77 at 15-10-2009 09:03
bacaa AAli Muhammad tu....yakni bacaan "AAli ".....sebutan "AA" tu berapa harakat?
sebab ia ada tanda ~....WHICH mean lebih dari ,mad asli(correct me if im wrong)....
tetapi saya terjumpa pula dalam satu rujukan bahawa jika tanda ~ diatas alif ianya jadi dua harakat saja...
ussopp Post at 14-10-2009 23:39
Salam.... saya bukannya pakar bahasa Arab, tapi sikit-sikit bolehla. Persoalan saudara ni berkaitan bahasa Arab sebenarnya.
Dalam bahasa Arab ada 'short vowel' iaitu fathah, kasrah, dhammah
Long vowels pula sama seperti hukum Tajwid Mad iaitu selepas fathah ada huruf Alif, selepas kasrah ada huruf Ya, atau selepas dhammah ada huruf Waw. Hukum tajwidnya 2 harkat untuk Mad Asli, dan boleh jadi lebih panjang bergantung kepada hukum tawjid bagi jenis-jenis mad. Dalam bahasa Arab, ia sekadar memanjangkan sedikit (2 harkat).
Dalam selawat, frasa: "aali Muhammad", kalimah aal ( آل ) bermula dengan huruf alif berbaris atas (fathah) dan diikuti dengan huruf alif menjadikannya long vowel seperti Mad, ditulis آ diikuti dengan ل. Jadi bacaannya dipanjangkan sedikit (2 harkat)
Kalau tak dipanjangkan sedikit, bunyinya seolah-olah : Al-Muhammad yang maksudnya terus berubah (seperti contohnya Al-Imam, Al-Bukhari, Al-Ghazali) yang membawa makna khusus kepada diri Muhammad sedangkan Aal-Muhammad membawa makna kerabat/keluarga Nabi Muhammad
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
1316# renee
rasanya ada bermcm2 pendpat tentang hal ini khilaf lah ekkk...
1) boleh puasa sekali qada ganti & sunat 6 puasa...
2) tak boleh sbb kena ganti dulu puasa wajib tuh..
tp kat sur ...
zamnie Post at 13-10-2009 11:26
kebanyakan ulamak kata mesti niat puasa ganti sahaja. tak boleh niat utk dua-dua sekali. tapi sebab hadith tu sebut puasa 6 hari di bulan shawal, maka, puasa 6 hari tu boleh jadi puasa ganti, puasa nazar atau puasa sunat.
ada satu hadith tu tapi saya tak baca riwayat siapa, sebut, Aisha R.A. akan menggantikan puasanya dahulu kemudian baru berpuasa sunat 6 hari. |
|
|
|
|
|
|
|
bacaan Allaahumma solli 'alaa Muhammad, wa 'alaa Aali Muhammad.....
bacaan AAli Muhammad tu....yakni bacaan "AAli ".....sebutan "AA" tu berapa harakat?
Itu mudah saja. Nak tahu panjangnya berapa harakat kena tahu hukum tajwid iaitu mad asli. Ada 3 huruf utk Mad asli iaitu alif, wau dan ya.
Pada kalimah Allaahumma solli 'alaa Muhammad : 'alaa dibaca panjang 2 harakat kerana hurufnya ain, lam dan ya. Yang berbaris cuma ain dan lam manakala ya dalam kalimah ini tidak berbaris dan dikenali sbg ya madah ( mad asli ) iaitu utk memanjangkan bacaan harakat lam.
Manakala pada kalimah Aali dlm kalimah ini ianya dibaca terus tanpa perlu dipanjangkan kerana huruf yg terlibat cuma alif dan lam, dan tidak ada pula huruf2 mad yg boleh memanjangkan bacaannya.
Bagaimana pun dlm kalimah ini ramai yg membuat bacaan yg silap terutama pada kalimah ain dan alif. Iaitu :
wa 'alaa = dibaca dgn ain bermakna bacaannya wajib disengaukan suara.
AAli = dibaca dgn alif maka bacaannya tidak boleh disengaukan. Maka wajib si-pembaca dapat membezakan bunyi bacaan alif dan ain.
Samalah halnya dlm Fatihah :
Alhamdulillahi Robil a'lamin = a'lamin dibaca dgn ain maka wajib disengaukan suara bacaan
Sirotollazi na an 'am - kalimah an dibaca dgn alif manakala kalimah 'am pula dibaca dgn ain.
Walaupun bacaannya nampak mudah tetapi ada beza di antara satu huruf dan satu huruf yg lain dari segi makhraj dan sifat huruf. Sama juga pada huruf2 spt sod, sin dan shin, kaf dan qof, tho dan ta. Maka wajib sesaorang itu memelihara hukum tajwid kerana ia menjadi penentu samada solatnya diterima oleh Allah SWT atau tidak.
Ini sedikit tambahan....
Bacaan tasyahud akhir dan selawat ke atas Nabi SAW dlm tasyahud akhir termasuk di antara 13 rukun di dlm solat. Malangnya kebanyakan orang cuma lebih memberatkan tentang duduk iftirasy atau mengangkat telunjuk ketika dlm tahiyyat akhir sedangkan iannya cuma sunat. Manakala bacaan tasyahud akhir dan selawat ke atas Nabi SAW itu termasuk dlm rukun qauli yg mana jika cacat bacaannya atau ditinggalkan sama sekali maka menjadi tidak sah solat sesaorang itu.
Kesilapan yg biasa dilakukan dlm bacaan tasyahud adalah spt berikut :
1. Wakaf pada tempat yg tidak sepatutnya wakaf.
As salammu alaika aiyyuhann nabiyyu. Warrah matullah hi wabarakatuh
Bacaan nabiyyu hendaklah disambungkan terus dgn Warrah matullah. Tidak boleh wakaf atau berhenti sejenak pada nabiyyu utk menukar nafas ATAU utk dipanjangkan. Kerana jika dipanjangkan ini akan menjadikan kita menjadikan seolah2 wujud hukum mad asli pada tempat yg tidak sepatutnya.
Ini sama dgn bacaan dlm Fatihah pada ayat :
Iyya qanaq budu. Wa iyyaqanas ta'iin
Bacaan di sini wajib diteruskan. Jika diwakafkan dan kemudian disambung balik ATAU dipanjangkan kalimah buduu maka batallah Fatihah dan dgn itu batallah juga solat.
2. Cuai dlm memelihara hukum wajibal ghunnah.
Hukum wajibalh ghunnah berlaku apabila huruf mim atau nun disabdukan. Maka bacaannya wajib 2 harakat masa dan ditekankan sedikit pada bacaan,
Banyak contoh bacaan wajibullah ghunnah dlm tasyahud akhir ini. Contohnya :
As salammu alaika aiyyuhann nabiyyu : aiyyuhnann ( huruf nun bersabdu dihujungnya maka dibaca dgn 2 harakat masa )
Allahummas solli ala ( huruf mim bersabdu pada Allahumm maka dibaca dgn 2 harakat masa )
3. Cuai dlm memelihara hukum idgham billa ghunnah
Hukum idgham billa ghunnah berlaku apabila huruf nun yg mati atau tanwin bertemu dgn huruf lam atau ro. Maka bacaannya ialah dgn memasukkan bunyi lam atau ro yg mati itu ke dlm huruf yg ditemuinya serta TIDAK didengungkan Contohnya :
Bacaan yg betul : Asyyhadu a'laa illa ha illallah
Bacaan yg silap : Asyyhadu an laa illa ha illallah. - Walaupun nun berbaris mati namun bunyi nun disenyapkan dan sebaliknya dimasukkan ke dlm huruf lam.
Kesilapan ini di dlm solat mungkin tidak akan disedari orang ramai kerana bacaannya tidak kuat.
Tetapi jika dilakukan kesilapan ini ketika azan dgn mendayu2kan suara...ramai yg tahu kita nih jenis yg tak mengaji.
4. Cuai dlm memelihara hukum Mad Jaiz Munfasil
Hukum mad jaiz munfasil berlaku apabila huruf mad ( alif, wau atau ya ) bertemu dgn huruf hamzah dlm 2 kalimah. Maka bacaannya wajib dgn 4 atau 5 harakat masa. Contohnya :
Asyyhadu a'laa illa ha illallah - a'laa wajib dipanjangkan dgn 4 atau 5 harakat masa.
Kama barakta ala Ibrahim wa alaa Ibrahim - a'laa wajib dipanjangkan dgn 4 atau 5 harakat masa.
Ini baru sekadar 2 bacaan rukun dlm solat. Bagaimana dgn bacaan2 lain. kadang2 kita dengar ada orang mengaku dah hafal surah yasinn atau surah sajadah. Atau dah qkhatam Al-Quran beberapa kali. Dah semak ker bacaan tu dgn guru Al-Quran utk pastikan bacaan tu semua menepati kehendak hukum tajwid ? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 15-10-2009 18:55
Manakala pada kalimah Aali dlm kalimah ini ianya dibaca terus tanpa perlu dipanjangkan kerana huruf yg terlibat cuma alif dan lam, dan tidak ada pula huruf2 mad yg boleh memanjangkan bacaannya.
noriabdullah Post at 15-10-2009 17:32
Maaf, saya perlukan penjelasan supaya tidak menimbulkan kekeliruan kepada saudara ussopp.
Dalam bahasa Arab, kalimah Aal ( آل ) kena dipanjangkan pada permulaannya (baris atas dipanjangkan=long vovel) kerana jika tidak ia akan mengubah maksud perkataan itu (dijelaskan pada post #1321). Asalnya kalimah itu bermula dengan Alif berbaris atas dan bertemu dengan alif (jadi mad asli), baru bertemu Lam. Alif berbaris atas bertemu alif secara tulisan ditulis آ
Contoh yang sama adalah Surah Aal-e-Imran. Kalimah Aal disini dipanjangkan baris atasnya. Ini tak sama macam sebut Al-Fatihah di mana Al dalam surah Al-Fatihah adalah pendek.
Kalau saya salah, minta jelaskan yang sebenarnya dari segi bahasa Arab dan juga hukum Tajwid.
Terima kasih.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 16-10-2009 15:01
Post Last Edit by ussopp at 15-10-2009 23:54
"Kama barakta ala Ibrahim wa alaa Ibrahim - a'laa wajib dipanjangkan dgn 4 atau 5 harakat masa"
saya tak nampak lah 'Alaa itu apa2 tanda yg suruh panjang.....boleh tolong explain.....
ussopp Post at 15-10-2009 23:53
Pada saya pun tidak nampak kenapa ( wa 'alaa Ibraahim ) wajib dipanjangkan sehingga 4 atau 5 harkat. Setahu saya Mad Jaiz Munfassil jaiz dibaca 2 harkat, atau nak panjang sampai 4 atau 5 harkat pun boleh. Ia Mad Munfassil kerana bercerai kepada dua kalimah.
4. Cuai dlm memelihara hukum Mad Jaiz Munfasil
Hukum mad jaiz munfasil berlaku apabila huruf mad ( alif, wau atau ya ) bertemu dgn huruf hamzah dlm 2 kalimah. Maka bacaannya wajib dgn 4 atau 5 harakat masa. Contohnya :
Asyyhadu a'laa illa ha illallah - a'laa wajib dipanjangkan dgn 4 atau 5 harakat masa.
Kita semua masih belajar. Jadi sabarlah sedikit dari mengatakan orang lain cuai. Mungkin kita yang silap?
Contoh Surah Aali Imran ayat 84: وَمَآ أُنزِلَ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ kalimah ( عَلَىٰٓ) dibaca dengan hukum Mad Jaiz Munfassil: 2, 4 atau boleh dibaca 5 harkat. Ia sama seperti selawat: wa 'alaa Ibrahim
Atau mungkin sdr/i nori terangkan ia dipanjangkan seperti mad wajib muttasil?
Seperkara lagi yang suka saya bincangkan ialah, ayat2 Al-Quran kenalah dibaca dengan Tartil, yakni panjang pendeknya mengikut hukum tajwid dan sebutan hurufnya jelas.
Namun, kalau bukan ayat Al-Quran, tidaklah diwajibkan untuk ikut tartil dan tajwid, tetapi ikutlah norma bahasa Arab, iaitu dapat membezakan antara mad dan bukan mad. Selawat dan tasbih dalam solat bukannya semua dari ayat Al-Quran, namun perintah selawat dan tasbih ada dalam Al-Quran.
Memahami bahasa Arab itu juga penting kerana dari bahasa Arab itulah terbitnya hukum Tajwid, namun Tajwid itu khas untuk ayat Al-Quran. Kalau hadith-hadith dibacakan tidak semuanya ikut tajwid, tetapi dibacakan menurut bahasa Arab yang standard. Dalam kalimah azan pun tidaklah diikut hukum tajwid kerana mad dibolehkan panjang sampai melebihi 10 harkat...
Berbalik kepada kalimah aal, lagi contoh dalam Al-Quran Surah Aal-e-Imran ayat 33:
Contoh إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰٓ ءَادَمَ وَنُوحً۬ا وَءَالَ إِبۡرَٲهِيمَ وَءَالَ عِمۡرَٲنَ عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Kalimah Aal di sini ditulis sebagai ( ءَالَ ), yakni alif (atau hamzah) berbaris atas bertemu alif, maka hukumnya mad asli (2 harkat). Cara menulis kalimah aal boleh ditulis ءَالَ ataupun آل (menjadi mad badal, dibaca juga 2 harkat)
Penerangan Mad Badal:
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif ( ا ) seperti: ( آمنوا ) kerana asalnya ( ءأمنوا ).
Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya' seperti: ( إيمانا ) kerana asalnya ( إئمانا ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Wau ( و ) seperti: ( أوتوا ) kerana asalnya ( أؤتوا ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.
Sekadar berbincang.... kalau ada yang salah silalah betulkan...
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 3-11-2009 10:01
Post Last Edit by ussopp at 15-10-2009 23:54
saya tak nampak lah 'Alaa itu apa2 tanda yg suruh panjang.....boleh tolong explain.....
ussopp Post at 15-10-2009 23:53
Hmmm.... saudara ada point.... sebab saudara hanya baca berdasarkan teks yang ditulis.
Teks selawat tu tidak ditulis baris panjangnya kerana ia bukan ayat Al-Quran, jadi dibaca sekadar 2 harakat untuk kalimah 'alaa sudah memadai.
Kalau ikut hukum tajwid Al-Quran, bila huruf mad di akhir kalimah bertemu hamzah di awal kalimah yang lain hukumnya mad jaiz munfasil (boleh dipanjangkan kepada 4 , 5 harakat atau dibaca 2 harkat sahaja). Ini berlaku apabila kalimah 'alaa bertemu dengan kalimah Ibrahim.
Asalnya, Al-Quran pun tiada baris. Bagi yang tak belajar hukum tajwid dan nahu bahasa Arab, susah nak tentukan baris dan yang mana panjang dan tidak panjang. Teks hadith juga banyak yang tidak berbaris.... kalau tak belajar bahasa Arab susahlah nak baca teks hadith, apatah lagi nak faham.
Namun, atas kemashalatan umat yang tak faham bahasa Arab, maka mushaf uthmani berbaris dipopularkan untuk memudahkan semua bangsa baca Al-Quran.
*****************************************
Sedikit Tambahan mengenai Huruf Lin dan Mad Lin
Huruf Lin ada 2:
1. Huruf 'Ya' yang sebelumnya ada huruf berbaris atas (fathah)
2. Huruf 'Waw' yang sebelumnya ada huruf berbaris atas
Huruf Lin dibaca seperti Mad bila bersambung, tetapi dibaca tanpa Mad kalau berhenti padanya.
Mad Lin pula terjadi bila waqf (berhenti), terdapat huruf Lin sebelum huruf yang dimatikan. Contoh dalam Surah Al-Balad, ayat 8, 9, dan 10, bila berhenti:
أَلَمۡ نَجۡعَل لَّهُ ۥ عَيۡنَيۡنِ
وَلِسَانً۬ا وَشَفَتَيۡنِ
وَهَدَيۡنَـٰهُ ٱلنَّجۡدَيۡنِ
Dalam 3 contoh di atas, huruf yang dimatikan dalam kalimah terakhir adalah adalah huruf Nun, sebelumnya ada huruf Lin (Ya yang sebelumnya ada baris atas)
Mad Lin juga didapati di setiap akhir ayat Surah Quraish.
Hukum bacaan Mad Lin sama seperti Mad 'Aridh Lilsukun (dengan 3 wajah: 2, 4 atau 6 harkat)
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
1326# mnm77
terima kasih saudara mnm,
tentang perkataan ali itu....ya itulah yg saya jumpa dlm naskhah Quran tentang bagaimana ia dibaca dua harakat seperti itu. dan ditunjukkan contoh yg mana alif berbaris atas dgn tanda ~ boleh juga dibaca dgn hamzah+alif berbaris atas menjadikannya dua harakat. sama seperti apa yg saudara tulis.
thank you jugak untuk penjelasan panjang lebar yg lain2 tu, enak sungguh dipelajari.hehe
dan saya masih menunggu jawapan dari kak nori, kerana sebelum nie, sy tanya seorang ustaz juga mengatakan satu harakat yakni bacaan AAli itu.
saudara mnm jangan lah terkilan dgn perkataan cuai oleh kak nori tu, tentu saja dia sedang menasihati org supaya lebih memberati tajwid Quran, bukannya apa apa pun....sesiapa saja akan tulis begitu jika ingin menyatakan betapa seriusnya masalah ni. kerana ia termasuk dlm solat harian....dan jika ada kesilapan yg tidak disengajakan , kita tolong check sesama kita...
hahaha....memang tidak syak lagi hukum yg nampaknya remeh ini boleh menjadi kompleks, namun yg sy pasti semuanya tidak sia-sia...kerana InsyaAllah, semua nie usaha kita nak belajar.
harap kak nori leh tolong explainkan yer sebab nak tau nie..... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....sebenarnya agak risau nie, dah beberapa hari tak setel bab nie, moga2 Tuhan memaafkan dan menerima solat saya. sebab sy dah tanya ustaz, cari dalam buku dan internet tapi takdek jawapan konkrit.
maybe esok tanya tok imam plak. |
|
|
|
|
|
|
|
1326# mnm77
1327# mnm77
Saya berkesempatan bertanya tentang pekara ini dgn Ustaz di tempat saya mengaji tajwid. Dari penjelasan beliau menjelaskan beberapa pekara dlm masalah ini :
1.Mmg benar menurut spt mana yg dikatakan oleh MNM77. Kalimah Aali dlm tashayud itu adalah 2 harakat. Maknanya "Aa" itu dibaca dgn 2 harakat kerana hukum mad madal yg ada padanya, manakala "li" itu dibaca terus atau tidak dipanjangkan. Thanks MNM77 for pointing that one out.
2.Dalam bahasa Arab, kalimah Aal ( ?? ) kena dipanjangkan pada permulaannya (baris atas dipanjangkan=long vovel) kerana jika tidak ia akan mengubah maksud perkataan itu (dijelaskan pada post #1321). Asalnya kalimah itu bermula dengan Alif berbaris atas dan bertemu dengan alif (jadi mad asli), baru bertemu Lam. Alif berbaris atas bertemu alif secara tulisan ditulis ?
Kenyataan sdr MNM77 dlm hukum tajwid mengenai ada yg betul dan ada yg tidak tepat.
Saya akan jelaskan lebih lanjut apa yg tidak tepat tu tetapi sebelum itu saya nak huraikan terlebih dahulu hukum dlm pekara ini utk lebih jelas lagi spt keterang di bawah berikut, tapi maaf kerana ianya agak advanced sedikit dlm hukum tajwid jadi agak pening nak paham.
* Mengapa Aali dibaca panjang ?
Kerana ianya melibatkan hukum Mad Badal.
* Apa itu Mad Badal ( Mad Tukaran )
Huruf mad ditukar drp huruf hamzah yg asalnya terhimpun dlm satu kalimah, di mana huruf hamzah pertama berbaris sedangkan huruf hamzah kedua bertanda sukun ( mati ), oleh itu ditukarkan huruf hamzah kedua kpd huruf mad menurut spt mana huruf hamzah yg pertama. Kadar bacaannya adalah panjangnya 2 harakat.
* Contoh Mad Badal
ٱدۡخُلُوهَا بِسَلَـٰمٍ ءَامِنِينَ
اُدۡخُلُوۡهَا بِسَلٰمٍ اٰمِنِيۡنَ
( Surah Al-Hijir ayat 46 )
Hukum Mad Badal terdapat pada kalimah aaminin di hujung ayat ini. Ini berlaku apabila huruf hamzah pertama berbaris di atas, maka huruf hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf mad alif.
* Mengapa ada perbezaan pada 2 contoh di atas ?
Dlm Quran resam lama hukum Mad Badal ialah dgn menghilangkan alif kedua dan mengekalkan alif yg pertama. Tetapi di dlm Quran resam Usmani digunakan huruf hamzah utk alif pertama dan mengunakan huruf alif selepasnya. Secara ringkas, Quran resam lama mengandaikan si-pembaca mahir dlm hukum tajwid dan boleh membezakan satu hukum dgn satu hukum yg lain. Manakala Quran resam Usmani lebih tersusun ( simplified ) utk memudahkan si-pembaca mengenali hukum tajwid dan boleh membaca dgn lancar. Hal yg sama boleh dilihat misalnyapada baris2 dlm ayat2 Al-Quran resam Usmani. Pembaca dpt mengenali hukum Ikfaq, Izhar, Idgham dll dgn melihat dari bentuk baris2 yg berbeza.
3.) Contoh yang sama adalah Surah Aal-e-Imran. Kalimah Aal disini dipanjangkan baris atasnya. Ini tak sama macam sebut Al-Fatihah di mana Al dalam surah Al-Fatihah adalah pendek.
Hukum alif lam dlm surah Aali-Imran yg sdr maksudkan dan kalimah "Al-Fatihah" adalah 2 hukum yg berbeza dan tidak sepatutnya boleh jadi keliru.
Kalimah Aali di dlm bacaan tasyahud dan kalimah Aali di dlm Aali Imran bermaksud keluarga/orang2 terdekat/kaum.
* Contoh Kalimah Aali/Aala di dlm Al-Quran
يَرِثُنِى وَيَرِثُ مِنۡ ءَالِ يَعۡقُوبَ
يَّرِثُنِىۡ وَيَرِثُ مِنۡ اٰلِ يَعۡقُوۡبَ
Surah Maryam Ayat 6
وَلَقَدۡ أَخَذۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ
وَلَقَدۡ اَخَذۡنَاۤ اٰلَ فِرۡعَوۡنَ
Surah Al-Aaraf ayat 130
perhatikan hukum Mad Badal yg mana kalimahnya berbeza dlm Quran resam Usmani dan Quran resam lama.
* Huruf Alif dlm Al-Quran
Sebelum saya mengupas dgn lebih lanjut mengenai Alif Lam, kita lihat dulu
Ada beberapa huruf Alif dlm hukum tajwid yg digunakan dlm Al-Quran :
a.) Alif Madah
b.) Alif Hamzah Wasal
c.) Alif Hamazh Khotoq
d.) Alif ziadah
e.) Alif Tanda sifat
f.) Alif Tanda Jamaq.
g.) Alif Maqsurah
Dlm masalah yg kita bincangkan ini ia tertumpu kpd Hamzah Khotoq dan Hamzah Wasal
* Apa itu Hamzah Khotoq ?
Secara mudah fahamnya hamzah khotoq adalah huruf alif yg berserta huruf hamzah kecil samada di atas di bawahnya. Hamzah khotoq ini akan sentiasa ada baris - samada berbaris atas, bawah atau hadapan. Dan bacaannya pula akan menurut barisnya.
* Contoh Hamzah Khotoq : أ
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ‏
Surah Al-Fatihah Ayat 5
Hamzah khotoq terletak pada kalimah iiya kanaq budu wa iiya kannas ta'in.
Dan perhatikan ianya BERBARIS.
* Apa itu Hamzah Wasal ?
Hamzah wasal pula adalah huruf alif di pangkal kalimah di mana ianya tidak berbaris tetapi cuma akan diberi baris apabila si-pembaca membaca kalimahnya. Penggunaan Hamzah wasal ini terbahagi kpd 2 iaitu utk :
a.) fi'il amar
b.) Kata nama, kata nama perbuatan dan kata nama terbitan.
* Contoh Hamzah Wasal : ٱ
ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Surah Al-Fatihah Ayat 6
Hamzah wasal terletak pada kalimah 'ih dinasiroo tol mustaqim
+++ Dlm contoh ini hamzah wasal tidak dibariskan dan cuma dibariskan oleh si-pembaca dgn baris bawah
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Surah Al-Fatihah Ayat 2
ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Surah Al-Fatihah Ayat 3
Pada contoh di atas Hamzah wasal terletak pada kalimah Alhamdullilah, Ar-Rahman, Ar-Rahim
+++ Dlm contoh kata nama ini hamzah wasal terletak pada awal kata nama dan huruf alif lam tersebut dibariskan dgn baris atas.
ٱقۡتُلُواْ يُوسُفَ
Surah Yusuf Ayat 9
Di sini Hamzah Wasal dibariskan dgn baris hadapan yg menunjukkan kata perintah. |
|
|
|
|
|
|
|
* Apa istimewa Hamzah wasal ini dan mengapa ia tidak berbaris ?
Mmg ada istimewanya. Kerana hamzah wasal ini fleksible. Pada satu keadaan ia boleh berbaris atas dan pada satu keadaan lain ianya seolah2 ditiadakan.
Contohnya
pada ayat 6 surah Al-Fatihah ia dibaca dgn ih dinnas siroo. Tetapi sebutannya akan berubah apabila ianya dibaca terus tanpa wakaf,
misalnya
إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ
Surah Al-Fatihah Ayat 5 dan 6
Dlm hal ini wajib dibaca dgn nuh dinanas siroo kerana pembaca mematikan nun yg berbaris depan kpd huruf ha pada ayat berikutnya.
وَيۡلٌ۬ لِّڪُلِّ هُمَزَةٍ۬ لُّمَزَةٍ ٱلَّذِى جَمَعَ مَالاً۬ وَعَدَّدَهُ
Surah Al-Humazah Ayat 1 & 2
++ Dlm hal ini apabila sipembaca meneruskan pembacaan ayat 1 ke ayat 2 tanpa wakaq dan mengakibatkan tanwin bertemu dgn hamzah wasal maka wajib ditambah pula huruf nun berbaris bawah dlm bacaan sementara huruf yg berbaris tanwin ditunggalkan barisnya.
4.) Alif Lam dlm Al-Fatihah dan Alif Lam dlm kalimah Aali apa perbezaanya ?
Alif lam dlm perkataan "Al-Fatihah" adalah hamzah wasal yg disambungkan dgn kata nama. hamzah wasal juga digunakan pada kalimah Al-A'raaf, Al-Israq, Al-Falaq dll. Maknanya kita cuma boleh menggunakan hamzah wasal dan tidak pula boleh guna alif khotoq di sini.
Tetapi dlm kalimah Aali di dlm tasyahud ia menggunakan hamzah khotoq. Jika dilihat dlm Resam Usmani kalimah Aali ini telah bertukar menjadi rupa mad badal dan telah tidak nampak huruf asalnya ( alif dgn hamzah yg berbaris atas ).
* Mcm mana nak tahu Aali menggunakan hamzah khotoq ?
Yg ini kena lihat pada hukum SEBELUM kalimah Aali itu sendiri. Kalimahnya yg digunakan pada wa 'ala bertemu dgn hamzah khotoq pada kalimah Aali. YANG BOLEH MENYEBABKAN WA 'ALA MENJADI PANJANG IALAH KERANA HURUF MAD ( DLM CONTOH INI : ya ) BERTEMU DGN HAMZAH KHOTOQ PADA Aali. RINGKASNYA APABILA HURUF YA DLM KALIMAH WA 'ALA HENDAK DIBACA PANJANG IA MESTI BERTEMU DGN HAMZAH KHOTOQ DAN TIDAK PULA BOLEH BERTEMU DGN HAMZAH
WASAL
Jadi, tidak wujud spt dlm posting sdr yg berikut :
Kalau tak dipanjangkan sedikit, bunyinya seolah-olah : Al-Muhammad yang maksudnya terus berubah (seperti contohnya Al-Imam, Al-Bukhari, Al-Ghazali) yang membawa makna khusus kepada diri Muhammad sedangkan Aal-Muhammad membawa makna kerabat/keluarga Nabi Muhammad.
Macam mana yg dikatakan maksud Aali Muhammad itu boleh berubah ? Ini kerana Aali Muhammad menggunakan hamzah khotoq ( yg berbaris atas dan huruf lam pula berbaris bawah )
Sementara contoh Al-Bukhari, Al-Ghazali dll itu menggunakan hamzah wasal yg dituruti pula selepasnya dgn kata nama. Dan selain itu, pada kalimah "Al" ini walaupun huruf alifnya tidak berbaris si-pembaca meletakkan baris atas manakala huruf lam itu mati.
Jadi bagaimana boleh timbul kekeliruan.
Misalnya pada contoh sebelum ini
وَلَقَدۡ أَخَذۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ
وَلَقَدۡ اَخَذۡنَاۤ اٰلَ فِرۡعَوۡنَ
Surah Al-Aaraf ayat 130
Mana mungkin si-pembaca boleh keliru dgn membaca Al-Firaun sedangkan huruf lam itu sendiri mempunyai barisnya sendiri. Begitu juga dlm bacaan tasyahud bagaimana mungkin kita boleh membacanya sebagai Al-Muhammad atau Al-Ibrahim sedangkan huruf lam yg ada itu berbaris bawah.
Sama keadaannya dgn contoh pada surah Al-Humazah di atas, saya bawa satu lagi contoh utk senang paham mengenai hamzah wasal dan hamzah khotoq :
كَٱلۡجِبَالِ وَنَادَىٰ نُوحٌ ٱبۡنَهُ ۥ وَڪَانَ
Surah Hud Ayat 42
إِنَّ ٱلَّذِينَ تَدۡعُونَ مِن دُونِ ٱللَّهِ عِبَادٌ أَمۡثَالُڪُمۡ‌ۖ
Surah Al-Araaf ayat 194
Dlm surah Hud ayat 42 ini samada dlm resam lama atau resam usmani walau pun tiada huruf nun kasrah tetapi si-pembaca yg melihat pada tanwin pada huruf ha dan diikuti pula dgn hamzah wasal dipermulaan kalimah mesti boleh tahu secara otomatik apa yg harus dilakukan :
a.) Menunggalkan baris ha menjadi baris hadapan
b.) Membaca dgn nun kasrah sebelum huruf ba
Tetapi dlm contoh surah Al-Araaf ayat 194 pula, huruf dal berbaris tanwin bertemu dgn hamzah khotoq selepasnya. Adalah tidak lojik jika dlm keadaan ini kita nak tambah bacaan dgn membawa nun kasrah.
Ini kerana dua ayat pada contoh di atas ini adalah 2 contoh penggunaan hamzah yg berlainan. Samalah spt halnya dlm kalimah Aali dan Al walaupun si-pembaca jumpa huruf Alif Lam sebelum kalimah Muhammad dgn melihat pada hamzah wasal/hamzah khotoq dan melihat pada huruf lam yg berbaris secara otomatik ia boleh tahu bagaiman hendak membacanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada saya pun tidak nampak kenapa ( wa 'alaa Ibraahim ) wajib dipanjangkan sehingga 4 atau 5 harkat. Setahu saya Mad Jaiz Munfassil jaiz dibaca 2 harkat, atau nak panjang sampai 4 atau 5 harkat pun boleh.
dan selanjutnya :
Contoh Surah Aali Imran ayat 84: ?????? ??????? ??????? ???????????? ??????????????? kalimah ( ???????) dibaca dengan hukum Mad Jaiz Munfassil:
2, 4 atau boleh dibaca 5 harkat. Ia sama seperti selawat: wa 'alaa Ibrahim
Mad Jaiz Munfassil dibaca dgn 2 harakat ?
Dari semakan saya dari kitab2 tajwid yg menurut Riwayat Hafs sehingga kepada buku2 rujukan sekolah menengah, dan dari pendengaran audio qari spt Sheik Abdul Baset saya dapati Mad Jaiz Munfassil dibaca dgn 4 atau 5 harakat.
Bagaimanapun ada dlm satu buku tajwid diterangkan ianya boleh dibaca dgn 2 harakat TETAPI 2 harakat ini pun CUMA KETIKA WAKAF, dan apabila ianya diwakafkan ia sebenarnya tidak lagi dikenali sebagai Mad Jaiz Munfassil, tetapi sebaliknya sbg Mad Asli Mutlak.
Contoh :
أَرَءَيۡتَ إِن كَانَ عَلَى ٱلۡهُدَىٰٓ (١١) أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَىٰٓ(١٢
Surah Al-Alaq ayat 11 dan 12
Dlm contoh di atas ini apabila diwakafkan ia menjadi mad asli mutlak ( 2 harakat ). Tetapi apabila disambungkan bacaan ia akan menjadi Mad Jaiz Munfassil dgn kadar 4 atau 5 harakat.
Atau mungkin sdr/i nori terangkan ia dipanjangkan seperti mad wajib muttasil ?
Beza kedua2 mad ini adalah dari segi kedudukan samada ia duduk dlm kalimah yg sma atau tidak. Bagaimana dari segi panjang harakatnya mad wajib muttasil dibaca panjang 4 atau 5 dan boleh juga sehingga 6, tetapi apbila diwakafkan ia tidak boleh kurang menjadi 2 spt mana mad jaiz munfassil.
dan lagi
Kalau ikut hukum tajwid Al-Quran, bila huruf mad di akhir kalimah bertemu hamzah di awal kalimah yang lain hukumnya mad jaiz munfassil (boleh dipanjangkan kepada 4 , 5 harkat atau dibaca 2 harkat sahaja). Ini berlaku apabila kalimah 'alaa bertemu dengan kalimah Ibrahim.
Benar 4 atau 5 harakat ketika bacaan sambung tetapi kalimah Aala yg bertemu dgn kalimah Ibrahim bagaimana hendak dibaca 2 harakat di sini sedangkan ianya bukan tempat utk diwakafkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Teks selawat tu tidak ditulis baris panjangnya kerana ia bukan ayat Al-Quran, jadi dibaca sekadar 2 harkat untuk kalimah 'alaa sudah memadai.
Kalimah 'alaa terdapat huruf *Lin, iaitu sebelum Ya ada baris atas (satu lagi huruf Lin ialah sebelum Wau ada baris atas). Huruf Lin dibaca seperti Mad bila bersambung, tetapi dibaca tanpa Mad kalau berhenti padanya.
Hmmm, ini kali pertama saya dengar kalimah 'alaa عَلَىٰ itu dihukum dgn hukum lin kerana ada huruf "ya" dihujungnya. Saya tak tahu kat mana sdr belajar tajwid tetapi Untuk pengetahuan sdr MNM77 yang itu BUKAN huruf "ya". Tolong
jangan confuse, ya yang tidak bertitik itu ialah huruf alif sebenarnya. Ia dipanggil ALIF MAQSURAH.
Alif Maqsurah ini biasanya terletak pada hujung kalimah utk memanjangkan bacaan dgn kadar 2 harakat. Huruf alif maqsurah ini sememangnya berbentuk spt huruf ya tetapi ia tidak bertitik di bawahnya. Ada beberapa syarat pada
penggunaan huruf Alif Maqsurah ini :
a.) huruf sebelumnya mesti berbaris atas
b.) Alif Maqsurah tidak mengandungi alif kecil jika huruf sesudahnya tidak mempunyai apa2 tanda bacaan spt baris atau sukun.
c.) Alif Maqsurah mengandungi alif kecil jika huruf sesudahnya mempunyai tanda bacaan spt baris atau sukun.
d.) Alif Maqsurah tidak mengandungi alif kecil jika huruf sesudahnya adalah huruf alif lam qamariah
e.) Alif Maqsurah mengandungi alif kecil dan tanda mad jika huruf sesudahnya adalah huruf hamzah khotoq dan terjadi hukum Mad Jaiz Munfasil.
f.) Alif Maqsurah tidak mengandungi alif kecil jika huruf sesudahnya adalah huruf hamzah wasal dan diikuti oleh huruf bersabdu
g.) Ia digunakan dihujung kalimah utk kata nama, kata kerja dan kata penyerta.
Beberapa contoh utk panduan :
عَلَىٰ صِرَٲطٍ۬ مُّسۡتَقِيمٍ۬
Surah Yaasin Ayat 4
Alif Maqsurah mempunyai alif kecil kerana huruf sesudahnya ( huruf Sod ) berbaris.
عَلَى ٱلۡأَرَآٮِٕكِ يَنظُرُونَ
Al-Mutaffifin 35
Alif Maqsurah tidak mempunyai alif kecil kerana huruf sesudahnya adalah huruf Alif Lam Qamariah.
مِّن قَوۡمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُواْ
Al-Hujraat 11
Alif Maqsurah mempunyai alif kecil kerana huruf sesudahnya adalah hamzah khotoq dan diberi tanda mad utk menunjukkan ianya hukum mad jaiz munfasil.
صُحُفِ إِبۡرَٲهِيمَ وَمُوسَىٰ
Surah Al-A'laa ayat 19
Alif Maqsurah mempunyai alif kecil kerana huruf sesudahnya ( huruf ba dari kalimah Bismillah ) adalah berbaris. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun, kalau bukan ayat Al-Quran, tidaklah diwajibkan untuk ikut tartil dan tajwid, tetapi ikutlah norma bahasa Arab, iaitu dapat membezakan antara mad dan bukan mad. Selawat dan tasbih dalam solat bukannya semua dari ayat Al-Quran, namun perintah selawat dan tasbih ada dalam Al-Quran.
Pekara ini telah saya kemukakan kpd beberapa ustaz termasuk yg mengajar tajwid dan mereka semuanya berpendapat bahawa bacaan ketika tasyahud wajib menurut hukum tajwid yg betul. Begitu juga dgn doa, kalau nak dipikir2kan manakah yg lebih baik dari kita mendengar ucapan Assalammualikum atau Salamekom !!
Begitu juga dgn lafaz tasbih dlm solat atau ketika wirid selepas solat, walau tiada perintah yg mewajibkan ianya dibaca dgn tartil atau dgn tajwid, namun bacaan yg melibatkan puji2an kpd Allah SWT wajar dilakukan dgn sempurna. Lagi pun bukankah ada hadis Nabi SAW yg mengatakan bahawa Allah SWT itu mengkhendaki pekerjaan yg sebaik mungkin dari hambaNya dlm pekara2 ibadat dan makan minum :
Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya Allah Ta'ala baik, Dia tidak menerima kecuali perkara yang baik.Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa yang telah diperintahkan kepada para Rasul di mana Allah Ta'ala berfirman: ( Wahai para Rasul! Makan minumlah kamu makanan yang baik baikdan hendaklah kamu beramal soleh ). Dan Allah Ta'ala berfirman: ( Wahai orang-orang yang beriman! Makan minumlah kamu makanan yang baik-baik yang Kami rezekikan kepada kamu ).Kemudian Baginda menyebut perihal seorang lelaki yang bermusafir jauh, yang berambut kusut masai dan berdebu, yang menadah tangan ke langit (iaitu berdoa): Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Bagaimanakah doanya akan dimakbulkan sedangkan makanannya haram, minumannya haram,pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram?
( Hadis riwayat al-lmam Muslim )
Begtu juga dlm Al-Quran diceritakan tentang kisah Habil & Qabil :
[size=2.2][size=2.2]Danbacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua oranganak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaituketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untukmendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang diantaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil).
( Surah Al-Ma'idah 27 )
Bukankah persembahan Qabil yg tidak diterima Allah SWT kerana disebabkan persembahannya yg tidak bersungguh dan kurang baik.
Malahan jika kita baca cerita tentang imam2 Mazhab mereka ini sememangnya zahid dan banyak berilmu amat memelihara pekara2 yg anggap remeh. Misalnya Imam Syafie akan memastikan diri dlm keadaan wuduk dan melakukan solat sunat sebelum membaca hadis Nabi SAW. Manakala menjadi amalannya mengkhatam Al-Quran 2 kali sehari dlm bulan Ramadhan.
Jika dilihat diri mereka ini dgn kita dari segi peribadi, akhlak. amal dan ilmu memanglah spt langit dan bumi, tetapi tak kanlah pekara mudah spt tasbih dan wirid pun kita nak cincai. Bukan susah dan lama pun jika nak sebut SubhanAllah 33 kali dgn perlahan dan teratur. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kalimah azan pun tidaklah diikut hukum tajwid kerana mad dibolehkan panjang sampai melebihi 10 harkat...
Dari guru tajwid saya yg mana beliau pernah berguru dan khatam hukum hakam Al-Quran 2 kali dgn Datuk Hassan Azhari, beliau menyebutkan dlm kelas tajwid yg saya ikuti bahawa kalimah2 di dlm azan ada hukum tajwidnya yg tersendiri. Ini
menurut catitan dari kelas beliau :
* Kalimah Allah semuanya boleh dimaksimumkan panjanngnya sehingga 14 harakat kecuali pada kalimah Allah pada Asyhadu Allah maksimum panjangnya adalah 6 harakat.
* Kalimah Solah dan Falah boleh dimaksimumkan panjangnya sehingga 14 harakat.
* kelimah Minannaum boleh dibaca dgn 2 atau 4 atau 6 rakaat
* Kalimah laa dalam Laa ilaah ha illalah boleh dimaksimumkan panjangnya sehingga 6 rakaat.
Kita semua masih belajar. Jadi sabarlah sedikit dari mengatakan orang lain cuai. Mungkin kita yang silap?
Sekali lagi apa yg saya tulis adalah spt mana yg saya belajar di dlm kelas tajwid Al-Quran. Dalam mengupas mengenai hukum tajwid Surah Al-Fatihah misalnya kelasnya memakan masa sehingga hampir 3 bulan ( Kelas diadakan tiap2 minggu ).
Kami diajar teknik membaca Fatihah secara bersambung, membaca secara wakaf dan tartil. Mengenali sifat huruf dan hukum yg terperinci dalm surah Al-Fatihah dan sbgnya.
Kemudian tiap2 seorang laki2 dan perempuan akan dikenakan membaca surah AL-Fatihah dgn disemakan oleh Ustaz kami. Setiap kesalahan misalnya dari segi sebutan makhraj, mencuri nafas dll akan ditegur. Mungkin kerana itu kelas tajwid kami dari mula ( mengenal huruf di dlm Muqaddam sehingga khatam Al-Quran ) termasuk mengenali hukum2 spt dlm tashyahud, khutbah, azan dsbnya memakan masa hampir 5-6 tahun.
Jadi saya tidak nampak apa salah saya menyenaraikan kesalahan2 yg biasa dilakukan oleh kebanyakan orang kerana apa yg saya pelajari di dlm kelas tajwid saya kongsi bersama di sini. Biasa berada dlm tahlil atau majlis membaca Yaasin. Kebanyakan majlis tersebut dilakukan dgn bacaan yg lintang pukang tanpa mengikut tajwid. Bukankah bacaan surah Yaasin itu utk dihadiahkan kepada si-mati atau orang tertentu ( spt yg nak pi haji, sakit dll )...tetapi jika bacaan yg dibuat tanpa menurut kehendak tajwid rasa2nya adakah ianya akan diterima oleh Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 19-10-2009 18:21
saudara mnm jangan lah terkilan dgn perkataan cuai oleh kak nori tu, tentu saja dia sedang menasihati org supaya lebih memberati tajwid Quran, bukannya apa apa pun....sesiapa saja akan tulis begitu jika ingin menyatakan betapa seriusnya masalah ni. kerana ia termasuk dlm solat harian....dan jika ada kesilapan yg tidak disengajakan , kita tolong check sesama kita...
ussopp Post at 16-10-2009 23:08
Alhamdulillah... tentu sekali tidak terkilan.... ada juga yang dapat saya sendiri pelajari darinya (noriabdullah)
Ada sebabnya saya tegur, dan kalau saya ditegur pun, Insha Allah saya akan ambil pengajaran tentang ilmu yang haqq |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 19-10-2009 18:47
Saya berkesempatan bertanya tentang pekara ini dgn Ustaz di tempat saya mengaji tajwid. Dari penjelasan beliau menjelaskan beberapa pekara dlm masalah ini :
1.Mmg benar menurut spt mana yg dikatakan oleh MNM77. Kalimah Aali dlm tashayud itu adalah 2 harakat. Maknanya "Aa" itu dibaca dgn 2 harakat kerana hukum mad madal yg ada padanya, manakala "li" itu dibaca terus atau tidak dipanjangkan. Thanks MNM77 for pointing that one out.
noriabdullah Post at 19-10-2009 15:18
Syukur Alhamdulillah. Saya bukannya arif sangat, tapi sekadar berkongsi untuk sama-sama belajar, harapnya isu ni dah selesai bagi tuan Ussopp.
Macam mana yg dikatakan maksud Aali Muhammad itu boleh berubah ? Ini kerana Aali Muhammad menggunakan hamzah khotoq ( yg berbaris atas dan huruf lam pula berbaris bawah )
Sementara contoh Al-Bukhari, Al-Ghazali dll itu menggunakan hamzah wasal yg dituruti pula selepasnya dgn kata nama. Dan selain itu, pada kalimah "Al" ini walaupun huruf alifnya tidak berbaris si-pembaca meletakkan baris atas manakala huruf lam itu mati.
Jadi bagaimana boleh timbul kekeliruan.
Ia boleh berubah maksud jika Aaal (2 harakat) dibaca secara qasr kepada (Al-) seperti alif lam takrif bagi ISIM dalam bahasa Arab bagi mereka yang tidak ambil berat hukum tajwid. Bagi saudara (saya anggap saudara lelaki, melainkan anda declare perempuan) yang mahir ilmu tajwid tiada masalah.
Mad Jaiz Munfassil dibaca dgn 2 harakat ?
Dari semakan saya dari kitab2 tajwid yg menurut Riwayat Hafs sehingga kepada buku2 rujukan sekolah menengah, dan dari pendengaran audio qari spt Sheik Abdul Baset saya dapati Mad Jaiz Munfassil dibaca dgn 4 atau 5 harakat.
Haaa...kalau saudara jawab macam ni, saya lebih mudah terima... tapi bila saudara kata hukumnya WAJIB 4 atau 5 harakat dan orang lain dikira cuai bila baca 2 harakat, itu yang saya cuba perincikan Mad Jaiz Munfasil
Setahu saya walaupun diteragnkan 4 atau 5 harakat, adakah ia WAJIB? Atau ia disebut HARUS (JAIZ)? Boleh beri rujukan anda?
Perselisihan Ahli Qurra Mengenai kadar bacaan Mad JAIZ Munfasil:
1. Imam kholun dan Duri Abu Amru membacanya dengan kadar 2 & 4 harkat.
2. Imam Susi dan Ibnu Khasir membacanya dengan kadar 2 harkat sahaja.
3. Imam Warsy dan hamzah membacanya dengan kadar 6 harkat sahaja.
4. Baki ahli Qura’ yang lain seperti imam Ibnu Amir,A’shim, dan imam Kisaie membacanya dengan kadar 4 & 5 harkat sahaja.
Laman Web al-Islam.com menyatakan dari riwayat Hafs:
Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs
Jadi adakah hukumnya WAJIB 4 atau 5 harakat, atau JAIZ 4 atau 5 harakat?
Hmmm, ini kali pertama saya dengar kalimah 'alaa عَلَىٰ itu dihukum dgn hukum lin kerana ada huruf "ya" dihujungnya. Saya tak tahu kat mana sdr belajar tajwid tetapi Untuk pengetahuan sdr MNM77 yang itu BUKAN huruf "ya". Tolong
jangan confuse, ya yang tidak bertitik itu ialah huruf alif sebenarnya. Ia dipanggil ALIF MAQSURAH.
Saya tak sebut hukum, saya sebut HURUF Lin berdasarkan takrif sebelum Ya ada baris atas. Dan saya kira anda benar tentang hal ini, maka terima kasih atas peringatan dan ilmu ini.
Begitu juga dgn lafaz tasbih dlm solat atau ketika wirid selepas solat, walau tiada perintah yg mewajibkan ianya dibaca dgn tartil atau dgn tajwid, namun bacaan yg melibatkan puji2an kpd Allah SWT wajar dilakukan dgn sempurna
Saya setuju ia lebih elok ikut tajwid bagi ucapan selawat, cuma saya tak berapa setuju HUKUM WAJIB tajwid bagi ucapan selawat yang bukannya ayat Al-Quran
Jadi saya tidak nampak apa salah saya menyenaraikan kesalahan2 yg biasa dilakukan oleh kebanyakan orang kerana apa yg saya pelajari di dlm kelas tajwid saya kongsi bersama di sini. Biasa berada dlm tahlil atau majlis membaca Yaasin. Kebanyakan majlis tersebut dilakukan dgn bacaan yg lintang pukang tanpa mengikut tajwid. Bukankah bacaan surah Yaasin itu utk dihadiahkan kepada si-mati atau orang tertentu ( spt yg nak pi haji, sakit dll )...tetapi jika bacaan yg dibuat tanpa menurut kehendak tajwid rasa2nya adakah ianya akan diterima oleh Allah SWT.
Semoga Allah merahmati sikap anda berusaha menyampaikan ilmu. Niat perbincangan ini ialah berkaitan ADAB MENEGUR dan CARA MENEGUR, serta siapa yang PATUT DITEGUR dengan keras.
Termasuk juga peringatan untuk diri sendiri bila menegur orang lain dengan keras, ADAKAH KITA YANG PALING BERILMU walalupun kita dah belajar Tajwid bertahun-tahun? Mungkin ada kesilapan yang kita tidak sedari?
Dan bagaimana penerimaan kita kalau orang lain itu menegur kita, sedangkan kita merasakan ilmu tajwid kita sudah mantap?
Saya pernah belajar ilmu tajwid (bukan semua, sikit saja) dari Shaikh Al-Azhari yang dapat Ijazah Tilawah Al-Quran dari Al-Azhar. Saya juga pernah diberi kepercayaan untuk menyemak bacaan Tawjid orang Arab. Namun, saya juga pernah ditegur dengan keras oleh guru saya akan kesalahan yang kecil yang saya tidak sedari, sehinggakan saya merasakan walau banyak manapun belajar, masih risaukan ada kesalahan tajwid sendiri. Namun, bagi mereka yang baru berjinak dengan hukum tajwid, guru saya amat berlembut dengan mereka. Inilah hikmah cara belajar dan mengajar (Ta'lim wa Ta'alum). Bagi yang baru nak belajar, kalau terus kena sentak silap-silap mereka lari terus.... inilah yang perlu diberi penekanan hikmah dalam penyampaian
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
mAsyaAllah....masyaAllah ana sangat gembira.....ana sangat gembira....selesai sudah.....
ana serahkan pembalasan kepada TUhan........terima kasih kepada saudara mnm dan kak nori..........
lama dahh
Alhamdulillah.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
saya nak kan kepastian benarkah semua perempuan sebaik saja bersalin(melahirkan anak) akan di hapuskan semua dosa2nya sebelum ini? apa syaratnya?
klau benar, boleh tolong huraikan kenapa begitu mudah dihapuskan dosa-dosa tersebut beserta dalil? trima kasih... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum... Saya tak pasti jika ini ruangan yang betul untuk bertanya..
Saya bagi satu situasi..
Seorang pemuda yang banyak lakukan zina, tiba2 terdetik di hatinya untuk bertaubat..
Dia sgt2 menyesal perbuatan dulu.. Adakah dia akan perolehi kemaafan dari Allah s.w.t? |
|
|
|
|
|
|
| |
|