|
on9 versionABPBH2007: Eksklusif, ada kelasOleh Farihad Shalla Mahmud
BERGAYA: Erra dan Diddy melaram bersama kereta Peugeot 407 yang bakal dimenangi pemenang kategori Bintang Paling Popular ABPBH 2007.
| Erra Fazira, Diddy teruja dengan hadiah tajaan Nasim Sdn Bhd
BIARPUN pemenangnya masih belum diketahui umum namun hadiah utama yang bakal dibawa pulang pemenang kategori Bintang Paling Popular dan pembaca bertuah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH 07) bukan lagi satu rahsia.
Jika tahun lalu Naza Sorento menjadi habuan buat pemenang, tahun ini kereta mewah Peugeot pula bakal menanti mereka.
Bukan saja mewah malah dua kenderaan berkenaan, Peugeot 407 dan Peugeot 307 yang masing-masing bernilai RM185,000 dan RM140,000 cukup eksklusif dan ada kelas tersendiri.
Dan kelmarin, berlangsung majlis penyerahan kenderaan itu yang disempurnakan Pengurus Besar Nasim Sdn Bhd, Samson Anand George. Hadir sama wakil Berita Harian iaitu Pengerusi Jawatankuasa Induk ABPBH 2007 yang juga Pengarang Hiburan, Hanizam Abdullah, Pengurus Kanan Penajaan Pemasaran NSTP, Wan Rafilin Wan Mohd Noor selain dua finalis ABPBH 07, pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira dan Diddy AF4.
Inilah keistimewaan ABPBH, saban tahun penajaan yang diterima bukan calang-calang nilainya. Malahan, lebih membanggakan, setiap tahun jumlah penajaan semakin meningkat dan untuk tahun ini, nilai yang diterima hampir mencecah angka RM2 juta ringgit.
| HADIAH HEBAT: Pasangan finalis bersama kereta Peugeot 307 yang bakal dibawa pulang pembaca bertuah.
| Sebaik saja dibawa ke ruang pameran di mana dua kenderaan itu diletakkan, tergambar perasaan terpesona di wajah dua finalis terbabit apabila masing-masing begitu mengagumi kehebatan kereta berkenaan, terutama reka bentuk dan kemasan dalamannya.
揝elain mempunyai ruang yang besar, Peugeot 407 yang dikhususkan untuk Bintang Paling Popular ini sesuai untuk sesiapa saja termasuk mereka yang sudah berkeluarga serta ahli korporat. Pendek kata sesuai untuk semua golongan, |
|