|
♥ HoMe oF MiLaNiaNS II ♥ Mila @ Ria Sentral (12 Jun)
[Copy link]
|
|
Reply #1319 tomatomam2222's post
sonoknyer berniaga ngan cikgu shafie
tomtom x amik gmbr Mila ker |
|
|
|
|
|
|
|
from PANCAINDERA
Mila lakar sejarah di Bulgaria
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Mila (dua dari kiri) berkongsi kegembiraan dengan keluarganya.
SETAHUN jagung usianya dalam bidang seni tetapi bagaikan tidak percaya Juara Akademi Fantasia Kelima (AF5), Norsyarmila Jirin ini berjaya mengharumkan nama negara.
Mila,21, dipilih sebagai pemenang Lagu Terbaik pada pertandingan 17th Discovery Pop Festival di Opera House Varna, Bulgaria pada 18 Mei lalu.
Selain gelaran itu Mila turut meraih Hadiah Khas Juri dalam pertandingan tersebut yang disertai 12 peserta serata dunia. Kejayaan itu membolehkan Mila membawa pulang wang tunai RM7,600 beserta piala dan juga sebuah lukisan.
Tiada siapa sangka walaupun dilabelkan sebagai artis AF yang kadang-kala boleh dipertikaikan bakatnya tetapi Mila telah membuktikan kejayaannya itu.
Sebaliknya apabila pulang membawa anugerah tersebut ada pula suara-suara sumbang yang memperlekehkan kemampuannya. Ada yang mempersoalkan adakah pemenang anugerah itu boleh diiktiraf kejayaannya dengan alasan anugerah tersebut tidak begitu popular.
Malah yang bertanding pula Mila, seorang artis baru yang tidak tercalon dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 3 Mei lalu.
Mengakui agak kurang senang dengan dakwaan sedemikian tetapi yang paling penting Mila sudah berusaha untuk mengharumkan nama negara.
Apabila tercalon dalam beberapa senarai nama yang dikemukakan oleh syarikat rakamannya Maestro Talent & Management, harapan pertamanya untuk membawa nama negara. Bukan gelaran yang diharapkan kerana Mila sendiri tidak menyangka dia akan memenangi pertandingan itu.
"Pada hari pertama pertandingan Mila tak menaruh harapan besar untuk berjaya tetapi cukuplah nama Malaysia dapat disebut dalam pertandingan yang turut disiarkan di stesen televisyen Bulgaria itu.
"Tetapi pada hari kedua pertandingan, Mila tak sangka diumumkan sebagai pemenang dalam kategori yang utama," katanya.
Mempersembahkan lagu Ilham Di Mata, ujar Mila, bukan mudah untuk terpilih sebagai pemenang kerana dia terpaksa menunjukkan bakatnya selama dua hari berturut-turut.
Tetapi syukurlah atas dasar kekuatan dan keikhlasannya itu, Mila terpilih sebagai pemenang walaupun dia antara artis bertubuh paling kecil berbanding peserta lain.
"Kalau orang tahu betapa sukarnya Mila sebelum membawa balik gelaran itu, mungkin orang tak akan mempertikaikan apa-apa.
"Tetapi Mila tak kisah dengan apa juga pandangan orang kerana yang paling penting dapat juga Mila mengibarkan Jalur Gemilang semasa diumumkan sebagai pemenang," katanya.
Antara kriteria pemilihannya sebagai pemenang kerana alunan lagu yang dibawanya berbeza berbanding lagu-lagu peserta lain. Ini kerana lagu nyanyian mereka lebih berkonsepkan klasikal berbanding Mila yang membawa irama yang agak berbeza.
Kelainan itu antara penyebab Mila terpilih sebagai pemenang selain kebanyakan juri melihat Bahasa Melayu melalui lirik lagu tersebut begitu indah.
Kerana kejayaan itu, Mila turut mendapat peluang untuk menyertai pertandingan hampir serupa di Itali pada tahun hadapan tetapi perlu memikirkan hasrat tersebut sekiranya ada penajaan.
Bagaimanapun dia bersyukur kerana kali ini pembiayaannya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Maestro dan Astro yang mahu melihat beliau mengembangkan bakat pada pentas antarabangsa.
Kejayaan tersebut kata Mila memberikannya satu kekuatan untuk dia terus meneroka bidang seni walaupun pada dasarnya Mila agak berkecil hati kerana bakatnya di negara sendiri tidak dipandang apabila gagal menyertai AIM lalu.
"Apabila lagu kita diiktiraf pada peringkat antarabangsa tentu sahaja kita akan gembira dan pastinya kejayaan itu mampu membakar semangat Mila untuk terus berjaya," ujarnya.
Tidak mahu untuk pening kepala memikirkan cakap-cakap orang terhadap kemenangannya itu, Mila sememangnya tidak mampu untuk memuaskan hati mana-mana pihak. Bagaimanapun dia amat bersyukur kerana mendapat peluang yang jarang sekali diperoleh oleh artis-artis lain.
Mengakui bukannya mudah untuk sampai ke negara itu, kejayaan tersebut dianggap satu pencapaiannya yang berbaloi.
"Penerbangan saya bersama rombongan seramai lima orang memakan masa kira-kira 23 jam kerana kami terpaksa transit di beberapa negara.
"Memang perjalanan tersebut begitu memenatkan tetapi Mila bersyukur keletihan itu membuahkan hasil," ujarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
mila tgh on9 kat porem. nk posting apa gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
posting mila kat davom
Uwaaaaaaa mila demam!!!!!!!!!
Aslmualaikum suma davom yg mila syng, Mila kena demam panas dari hari sabtu mila dah demam... Waktu kul 12tgh hr, mila g rehearsal unt af6 konsert, mila dah demam teruk.. So mila pun abs jer reheasal, dlm kul 2ptg baru la mila dapat g klinik... Sampai klinik aja, trus mila jumpa dr tu n ckp "dr sy dah demam blh tak bg saya tak demam, mlm ni sy ada keja,n sy kena nyanyi.."
pastu dr tu senyum tngk kegelabahan mila... Hehehe... Wat to do dr... Im nerves..
Pastu dr tu pun nak cucuk mila. Dah satu hal lak, mila kan takut jarum.. So macam macam cara dr tu sugest.. Last last, cucuk jugak la... Nak sihat punya pasal...
blk ja dr klinik, dr 2 soh mila rest rest dlu... Tp tak sempat rest sbb gempak astro dah start.. Huhuhu so, mila ngn masih pening pening lalal, ye la ubat tu mengantokan.. buat la opening unt gempak.. Nasib baik la lps opening tu, mila dapat rest jap, sambil tnggu giliran nak nyanyi.. Lepas abis gempak, dlm kul 630ptg ,mcm 2 mila g booth hotlink lak.. Kat sana pun meriah... Waktu ni, demam mila dah ok la ckit, hehehe so ada la juga tenaga nak nyanyi n kacau kacau org..hehehe... Abis aja hotlink tu dlm kul 8mlm... Trus mila masuk ke backstage unt mandi.. Lepas mandi rasa best gila... Hehehe ye la seharian bawah panas kan???
d kesempata ini mila nak ucapkan jutaan tima kasih pd davom yg hadir pada karnival af6 semlm.. Yg tolong jual cd mila, tima kasih... Hanya allah dapat balas jasa anda semua...
k lah mila nak g makan ubat... Kepala mila dah tertampal dng cool n fever... Selesema ni yg wat mila risau... Uwaaaaaa nasib baik hari ni cuti... Hehehe
ok suma, slamat berhujung minggu... Asalammualaikum...
Wazzup wazzup
olololo ciannya adek aku. ptt la dia sms ckp dia rs nk pngsan smlm. demam rupanya
[ Last edited by bayieng at 25-5-2008 03:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by bayieng at 25-5-2008 03:19 PM
posting mila kat davom
olololo ciannya adek aku. ptt la dia sms ckp dia rs nk pngsan smlm. demam rupanya
badan die tekejut dgn perubahan cuaca....sian mila |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1329 batunilam4a's post
tu arr pasal..aku dah agak dah dia akan rs tak sedap badan kan.
dgn jetlag...perubahan cuaca lagik. byk kali aku suh dia rest je kat umah. takyah kuar2.
smlm pon aku pesan suh balik cepat dr post party..tu yg dia reply..di ckp dia dah kat umah rs mcm nak pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
sian Mila
Rest cukup2 yer Mila
[ Last edited by aFViRGo at 25-5-2008 03:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Website Mila xleh access ek |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1332 aFViRGo's post
boleh masuk. forum pon ok. tira xleh access ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1334 bayieng's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1336 aFViRGo's post
napa ek? boleh je aku masuk..hmmm:cf: :cf: :cf: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1335 aFViRGo's post
tu arr pasalll..bangang!!
dia yg tak cukup ilmu n pengetahuan utk tau such festival wujud.
pastu suka ati mak bapak dia je nk kata gitu.:@ :@ :@
tulis kt ruangan pojok boleh la:kant: :kant: :kant: |
|
|
|
|
|
|
| |
|