|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: FROSTED DREAMSCAPE
[Copy link]
|
|
|
“Tak baiklah kau buat macam tu. Dia tu kekasih kau tau.” Kata Daniel.
Daniel minum air milonya yang dipesannya tadi. “Aku tengok dia tu gedik sangatlah. Siapa yang tak suka?” Kata Dean. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Memanglah kau tak suka tapi tak baik kau buat macam tu kat dia. Tak pasal-pasal Daniel dan kekasih dia yang sakit perut.” Ahzam berkata sambil makan nasi goreng kampung iaitu makanan kegemarannya di dalam Restoran Jom Lepak Kejap. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Apalah kau ni, baru sehari jumpa kau dah kata kekasih?” Daniel tidak menganggap Danisha adalah kekasihnya. Air coca cola yang diminum oleh Daniel dan Danisha semasa waktu rehat di sekolah tadi adalah air yang diberikan oleh Dean kepada Aisyah tetapi Aisyah memberikan air itu kepada Danisha. Akhirnya Danisha dan Daniel yang terkena ubat sakit perut itu yang dibubuh oleh Dean. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Apa salahnya kan?” Ahzam menjawab.
“Yelah-yelah. Sorrylah Dan sebab aku kau sakit.” Dean meminta maaf.
“Takpe, lagipun dah sembuh dah ni.” Tiba-tiba sakit perut Daniel datang semula. Dia berlari kearah tandas.
“Aduhai, datang baliklah sakit perut Daniel tu.” Harraz menepuk dahinya.
“Bersalahlah aku kalau Daniel masih macam ni.” Dean berkata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahzam sedang asyik makan berkata. “Dahlah, jangan fikirkan sangat pasal benda dah jadi tu. Lebih baik kita makan.” Mereka sudah mula makan.
Selesai makan. “Korang rasa dah berapa lama Daniel dalam tandas?” Harraz bertanya kerana sudah lama mereka menanti Daniel.
“Aku rasa dah nak dekat sejam kot.” Dean melihat jam tangannya.
“Biar aku pergi tengok.” Kebetulan Ahzam juga mahu ke tandas.
“Kalau ada apa-apa bagitahu aku ye.” Dean juga mengambil berat tentang Daniel. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Mana Daniel ni?” Ahzam mencari Daniel di dalam tandas tetapi tandas itu kosong. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya yang sedang menunggu di dalam kereta untuk mencari Daniel.
“Tak jumpa ke Zam?” Tanya Dean.
“Dah puas aku cari tapi tak jumpalah.” Ahzam berkata dengan penuh kerisauan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Kita cari pakai kereta jelah.” Mereka mencari Daniel. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berkumpul di satu tempat yang sunyi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harraz memberhentikan kereta apabila seorang lelaki menghalang kereta bapa Harraz. “Kau tak tahu ke kau dah langgar kawasan aku?” Tanya lelaki yang berpakaian hitam berserta topeng di muka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Annoying betul watak nina |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ma.. maaf bang. Kami.. ta.. tak.. ta.. hu.. hu..” Jawab Dean gagap.
“Panggil aku Brother Joe bukan abang.” Lelaki itu berkata kasar.
“Maaf Brother Joe, kami tak berniat nak kacau tempat ni. Kami tengah cari kawan kami yang hilang, Brother Joe ada nampak tak?” Tanya Ahzam dengan lancar. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ini ke kawan kau?” Seorang lelaki menolak Daniel ke kereta bapa Harraz. Daniel sudah pengsan dengan bibirnya dan tangannya berdarah.
“Ya Allah, Daniel.” Harraz keluar dari keretanya lalu memukul sekumpulan remaja itu manakala Dean dan Ahzam memapah Daniel baring di dalam kerata bapa Harraz. Seorang demi seorang rebah kerana tindakan pantas Harraz memukul mereka. Empat orang sahabat itu semuanya mempunyai ilmu takwando yang dipelajari di kelas tusyen. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daniel berasa kepalanya pening. Pandangannya kabur. Dia terlihat Ahzam dan Dean sedang tidur diatas sofa dengan lena sekali manakala Harraz sedang tidur sambil memegang tangan kirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Az.” Panggil Daniel sambil cuba untuk membangunkan Harraz menggunakan tangan kanannya yang masih tercedera.
“Daniel. Alhamdulillah kau dah sedar. Dean, Zam, Daniel dah sedar.” Harraz membangunkan dua orang rakannya yang sedang tidur dengan perbagai gaya.
“Kejaplah umi, 10 minit lagi.” Dean tidur semula manakala Ahzam sudah menghampiri tempat Daniel dibaringkan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Apa yang kau merepek ni Dean? Bangunlah cepat.” Harraz berkata sambil gelak kerana geli hati. Mungkin itu kebiasaannya yang dilakukan oleh Dean apabila dibangunkan oleh ibunya.
“Eh, dah pagi ke?” Dean melihat cahaya yang terang di luar rumah kondominium milik Harraz. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Yelah. Daniel dah sedar dah ni.” Ahzam memberitahu Dean.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.” Dean mengucap syukur.
“Eh Dean, kau kata kau nak buat sarapan untuk kami kan? Cepatlah buat aku dah lapar ni.” Harraz berkata sambil memegang perutnya.
“Ok, aku nak buatlah ni.” Dean menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Dia hanya sedikit pakar dalam masak memasak ini tetapi kalau mahu dibandingkan dengan 3 rakannya itu memang kalah.
“Kau dah ok ke Daniel?” Harraz bertanya apabila Daniel sudah duduk diatas sofa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Aku dah ok cuma tangan aku ni yang masih sakit sikit.” Daniel berkata sambil melihat tangannya yang sudah dibalut.
Setelah 10 minit berlalu, Dean kembali. “Sarapan dah siap.” Kebetulan hari ini adalah hari Sabtu, jadi mereka tidak ke sekolah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|