CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

Kakitangan kerajaan naik gaji sampai 40%?

  [Copy link]
Post time 8-10-2011 02:56 PM | Show all posts
dh dpt skim gji baru SPBA ni baru leh compare dgn SSM...masa tu bru blh decide nk opsyen SPBA or kekal SSM...bg aku klau byk difference gji aku dpt thru SPBA ni baik aku tkr opsyen wlaupun kena keja smpai 60thn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 03:11 PM | Show all posts
Kalau kita pilih spba... Pencen takde? Mcm tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 04:09 PM | Show all posts
Kalau kita pilih spba... Pencen takde? Mcm tu ke?
bayam Post at 8/10/2011 03:11 PM


ada ke dia kata tak ada pencen? kompius plak aku?SBPA tu, tangga gaji sampai T berapa maksimumnya? mesti ada pertambahankan.. tapi kita pun tak tahu lagi sampai T berapa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 05:05 PM | Show all posts
Reply 1301# arni3

aku rasa salah kira ni.. kenaikan gaji yg diumumkan tu based kenaikan gaji tahunan.
bukannya kira dari gaji pokok..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 06:17 PM | Show all posts
alang2 ko citer ni, kalau merah byk sgt tak elok yer dh pencen esok????
aku dh masuk keje  ...
mawarputih2612 Post at 7-10-2011 23:08



     Waktu nak pencen time kerajaan nak bayar duit graduiti(betul ke ejaan ni) dia akan periksa kita punya cuti,mc dan duit tu akan dibayar untuk hari kita bekerja je.Macam cuti tanpa rekod pun akan ditolak juga.       Kalau MC banyak rekod tak baik.Macam nak naik pangkat tu semua dikira.Mcm aku thn 2009 lepas sakit mata seminggu dapat MC dr hospital kerajaan.Masa tu pulak aku kena pergi majlis APC.ikutkan tak nak pergi sbb dah dapat MC.tapi sbb APC tu diberi pd aku sebagai penghargaan jabatan so aku pergi juga.Surat MC tu ada lg sampai sekarang aku simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 06:19 PM | Show all posts
mana yg ok? SSM atau SBPA...Kalau org baru nak masuk gomen diberi pilihan jugak ke??
wirazam Post at 8-10-2011 00:26



     Rasanya kalau pekerja baru akan terus masuk SBPA.Tak boleh pilih.Cuma yg dalam SSM sekarang ni je yg boleh pilih utk stay dgn SSM atau berubah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2011 06:25 PM | Show all posts
sy pelajar oum skrg... nak kata senang lenang tuh tidak jugak..sama jek dengan IPTA/IPTS lain..
...
fredbok87 Post at 8-10-2011 00:13



      awak ambil course apa kat OUM.Kwn saya ambil pendidikan.Saya tengok dia punya soalan senang macam tak setaraf dengan taraf U.Maksud saya soalan BI dia.Macam soalan BI masa sekolah menengah je.Kawan saya tu pun cakap kalau masuk USM masak la dia.Sbb banyak homework.Saya pun ada kawan yg sambung belajar di USM.Memang berlainan tahap soalan dia.Mungkin lain course lain kot tahap kesukaran dia.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 07:54 PM | Show all posts
dah kuar ke pekeliling JPA ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 08:09 PM | Show all posts
Rasanya kalau pekerja baru akan terus masuk SBPA.Tak boleh pilih.Cuma yg dalam SSM sekara ...
zuraida8177 Post at 8/10/2011 06:19 PM


masa SSB ke SSM dulu, ada tak yang stay dengan SSB?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 08:53 PM | Show all posts
Rasanya kalau pekerja baru akan terus masuk SBPA.Tak boleh pilih.Cuma yg dalam SSM sekara ...
zuraida8177 Post at 8-10-2011 18:19



    Kalu cam kes aku plak yg baru setahun keje n x still dpt kwsp means x sign borang pencen lagi entitle dpt kenaikan tu ke x ek?ke otomatik memang kena amik sbpa gak?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 08:55 PM | Show all posts
gaji naik barang naik, gaji tak naik barang tetap naik...gaji baru sekali naik, barang dah naik 20kali...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:18 PM | Show all posts
Reply  arni3

aku rasa salah kira ni.. kenaikan gaji yg diumumkan tu based kenaikan gaji tahunan. ...
zehra2 Post at 8-10-2011 17:05


yes. rasanya based on kenaikan gaji tahunan..contoh kalau kenaikan setiap tahun RM60. So bila 13% lebih kurang RM 7.80. Lebih kurang gitu lah calculation.

kalau ikut gaji pokok, memang byk lah gomen nak melabur dlm kenaikan gaji ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:22 PM | Show all posts
masa SSB ke SSM dulu, ada tak yang stay dengan SSB?
joeyss Post at 8-10-2011 20:09



     Di pej aku ada beberapa org pak cik yg stay dengan SSB sampai dia pencen.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:23 PM | Show all posts
ok lah bajet kali ni walaupun kenaikan gaji tak setinggi mcm masa zaman paklah.. yang untungnyer siapa yang servis lama lagi lah pasal gaji mati ngan tangga gaji terakhir bertambah.. gaji mati naik sampai 37%, boleh lah dapat pencen yang selesa sikit lps bersara nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:24 PM | Show all posts
Tingkatkan prestasi - CUEPACS


Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
[email protected]


KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa golongan itu supaya lebih produktif dan meningkatkan prestasi kerja masing-masing sebagai tanda terima kasih atas keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan mereka.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, keprihatinan itu dibuktikan menerusi Bajet 2012 yang melibatkan pemberian bonus setengah bulan gaji, lanjutan tempoh umur persaraan dan kenaikan gaji daripada RM80 hingga RM320 mengikut gred gaji.

"Kita berharap penjawat awam akan lebih produktif, kreatif dan berinovasi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

"Mereka juga perlu bersedia untuk melakukan transformasi sesuai dengan imbuhan yang diberikan kerajaan ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, langkah meningkatkan prestasi itu perlu ditekankan agar perkhidmatan penjawat awam tidak akan dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

"Kita tidak mahu selepas ini ada pihak yang mempertikaikan kerja penjawat awam yang masih di takuk lama sedangkan telah diberi pelbagai inisiatif baru," ujarnya.

Omar menyifatkan inisiatif-inisiatif yang diumumkan itu sebagai satu sejarah memandangkan hampir 80 peratus permintaan CUEPACS dipertimbangkan oleh kerajaan.

"Alhamdulillah dan terima kasih kepada kerajaan kerana mendengar dan mempertimbangkan segala permintaan yang telah dikemukakan. Kita harap dengan 'kurniaan' ini, langkah untuk memperkasakan penjawat awam akan tercapai," ujarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:25 PM | Show all posts
Lanjut umur bersara ringan beban kerajaan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Cadangan melanjutkan umur persaraan kakitangan awam daripada 58 kepada 60 tahun merupakan langkah terbaik bagi meringankan beban kerajaan dalam menyediakan ganjaran dan bayaran pencen.

Menurut Ketua Ekonomi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Norasikin Abdul Hamid, ini kerana berdasarkan laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), purata jangka hayat penduduk negara ini telah meningkat kepada 74 tahun antara 1990 dan 2008, berbanding 71 tahun sebelum ini.

"Maka rakyat Malaysia perlu menyimpan lebih untuk membolehkan mereka melalui tempoh persaraan yang lebih lama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam hal itu, katanya, KWSP mengalu-alukan cadangan dalam Bajet 2012 untuk meningkatkan caruman majikan daripada 12 peratus kepada 13 peratus untuk pencarum yang berpendapatan RM5,000 ke bawah kerana ia langkah positif dalam membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli-ahli KWSP.

Ini kerana, katanya, kajian menunjukkan bahawa hampir 70 peratus daripada pesara menggunakan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 10 tahun selepas persaraan.

"Peningkatan satu peratus itu melibatkan lebih 5.3 juta ahli-ahli KWSP. Cadangan ini akan meningkatkan jumlah simpanan persaraan mereka.

"Di samping itu, keputusan kerajaan untuk melanjutkan pelepasan cukai sehingga RM6,000 dan insurans hayat Skim Persaraan persendirian juga merupakan langkah terbaik dalam memastikan kebajikan pesara dalam meningkatkan simpanan persaraan mereka," katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 09:25 PM | Show all posts
gaji mati  naik RM 4000 , pengsan jap.................
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:25 PM | Show all posts
Kalu cam kes aku plak yg baru setahun keje n x still dpt kwsp means x sign borang pencen l ...
cik_isaac Post at 8-10-2011 20:53



      Masa aku dulu masuk kerja zaman SSB.Lepas tu tukar ke SSM.Masa tu aku belum masuk skim pencen lagi dan aku boleh pilih untuk SSM atau SSB.Masa tu aku pilih SSM dan dapat duit dalam RM200 lebih kepada yg terima skim SSM tu.RM200 tu dapat sekali je.Pastu gaji pun dia naikkan sikit dalam berapa puluh entah.Rasanya tak sampai RM30 sbb aku bukan peg besar.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:28 PM | Show all posts
Bajet 2012: Penjawat awam disaran tingkat produktiviti

08/10/2011
7:33pm

KUALA LUMPUR 8 Okt. — Penjawat awam perlu bekerja lebih rajin dan meningkatkan produktiviti mereka selepas mendapat kenaikan gaji dan pemberian bonus dalam Belanjawan 2012, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata, pemberian imbuhan itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan oleh semua penjawat awam tanpa mengira pangkat.

"Saya meminta penjawat awam meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka dari semasa ke semasa dalam memastikan negara mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 dan menjadi sebuah negara yang kompetetif dalam semua sektor seperti ekonomi, pendidikan dan modal insan,” katanya.

Beliau berkata, demikian kepada pemberita selepas mewakili Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah merasmikan majlis konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-27 di kampus universiti itu di Gombak di sini hari ini.

Turut hadir ialah Rektor UIAM Datuk Dr Zaleha Kamaruddin. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 09:28 PM | Show all posts
ok lah bajet kali ni walaupun kenaikan gaji tak setinggi mcm masa zaman paklah.. yang untungnyer sia ...
along3746 Post at 8-10-2011 21:23



     Ye ke.Kalau ikut skim SSM aku umur 46thn dah sampai dinding.Tak sabar nak tengok JPA keluarkan gaji terkini mengikut skim SBPA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.241935 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list