janda berhias lagi la aku mau kejar...
gunung krakatoa sanggup ku tempoh..
hutan amazon sanggup ku redah..
lautan hindi sanggup ku harungi..
topan katrina sanggup ku redah jugakk...
(yo yo o je.. berenang pon tak reti, lari sikit semput.. )
CONAN sandar kepala di kerusi. Sarat benaknya memikirkan sikap Aylanins yang tidak pernah ingin membalas mesejnya. Sudah berpuluh mesej dihantar,satu pun tidak dibalas. Dia tidak berniat mengganggu Aylanins tetapi apa yang dirasai oleh Aylanins turut sama dirasainya. Ingin saja dia menikahi Aylanins tetapi keadaan tidak mengizinkan. Dia sedar dia juga tersepit antara keluarga dan kehendak hati. Bukan mudah untuk Aylanins menghadapi seorang diri semua ujian itu. Dia tahu jauh di lubuk hati Aylanins, ada rasa kecewa dan sengsara.
Muka diraup perlahan. Mengapa begitu sukar baginya melupakan Aylanins?
"Nan.."
Conan menoleh. Ayahnya sudah terpacak di depan muka pintu bilik pejabatnya. Dia mula menyibukkan diri. Tahu apa yang bakal ayahnya akan katakan nanti. Kalau bukan hal kerja tentu hal keluarga. Dia sudah masak dengan sikap ayah yang sukar dibantah dan kerana itulah juga dia pasrah dengan jodohnya dengan Arisha yang kini sedang hamil hampir lima bulan. Begitu cepat masa berlalu.
"Arisha ada call ayah..dia kata dia nak ajak kamu shopping barang bayi. Tadi, dia kata dia call kamu banyak kali.." Tengku Saif mulakan bicara setelah melihat Conan sibuk menatap skrin komputer.
"Arisha call?" Pantas Conan periksa telefon bimbitnya. Ya, ada tiga missed call dari Arisha. Dia meraup muka.
"Apa kamu fikir ni Nan? Sampai Arisha call pun tak sedar?" Tengku Saif mula perhatikan riak Conan yang kelihatan gelisah dan resah.
"Tak ada apa..mungkin Nan tak sedar tadi..banyak kerja yang belum siap." jawab Conan, cuba berdalih. Memang pun dia sibuk dengan kerja yang menimbun. Sejak dia keluar dari hospital dulu, masuk saja ke pejabat, sudah bertimbun fail atas meja. Semuanya harus diperiksa.
"Hmm...ingat tu. Call Arisha..rasanya dia tunggu kat rumah. Anyway...ayah turut simpati pada Aylanins.." Tengku Saif mula melangkah keluar.
Conan hanya memandang ayahnya melangkah dari bilik itu. Sekali lagi dia meraup muka. Untuk apa ayahnya berkata begitu. Dulu ayahnya juga yang menghina Aylanins. Telefon bimbit dicapai semula dan dia terus saja menghubungi Arisha. Habis kerja nanti, dia akan jemput Arisha di rumah dan ke pusat beli belah. Sejak akhir-akhir ini dia begitu sibuk dengan kerja. Dulu dia terlantar di hospital dan bila sembuh, sibuk pula dengan kerja yang bertimbun. Dua minggu lepas pula, Arisha pula demam dan sering sakit belakang. Baru kini segalanya kembali tenang.
AYLANINS berjalan perlahan sambil mata melihat-lihat sekitar pusat beli belah itu. Niatnya ingin membeli baju sejuk di kedai kegemarannya. Baju sejuk yang dulu sudah lusuh warnanya. Lagi pula, sudah lama dia tidak membeli belah. Kesedihan yang dirasai harus diusir jauh-jauh. Redha dengan ketentuan Allah. Jika itu takdirnya, dia harus pasrah. Dari satu kedai ke satu kedai, Aylanins melihat sambil mencuci mata. Sudah agak lama dia tidak bersiar-siar begitu, kalau dulu sewaktu masih bergelar pelajar, selalu juga dia melepak bersama kawan menghabiskan masa cuti belajar. Makan di restoran kegemaran bersama-sama. Mengenang itu semua membuatkan dua ulas bibir Aylanins menguntum senyum. Ya..zaman indah ketika di usia remaja. Sesiapa pun tak akan lupa zaman indah dan zaman syurga.
"Hmm..cantik juga baju budak-budak ni.."Mata Aylanins tertancap pada baju-baju kanak-kanak yang comel. Terhibur hatinya melihat semua itu.
Aylanins mula menapak masuk ke situ. Saja melihat-lihat barangan yang dijual di kedai yang menjual barangan bayi. Tiba-tiba hati terasa sayu. Usahkan anak comel, dirinya juga masih belum sempat disentuh Malik. Mengenangkan itu kembali, perlahan Aylanins melangkah keluar dari kedai itu. Dia menghala pula ke kedai menjual barangan 'travel' yang tidak jauh dari kedai tadi. Rambang matanya melihat fesyen terbaru beju sejuk dan mafla yang dijual di kedai itu. Leka membelek baju sejuk, dia terpandang seseorang yang cukup dikenalinya. Ya..Conan dan Arisha sedang melangkah ke kedai barangan bayi tadi. Terpaku seketika. Tergamam. Nampak jelas di matanya perut Arisha yang sudah membesar.
"Kau bahagia Nan..." Aylanins menyeka air mata yang entah bila merembes keluar dari matanya. Dia cepat saja capai baju sejuk di situ dan membayar di kaunter. Dia harus segera keluar dari pusat beli belah itu. Sebak melihat kegembiraan yang dikecapi Conan dan Arisha.