|
Bront Palarae dipercayai pengarah Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
[email protected] 
BRONT akui serasi digandingkan dengan Amani.
| DIfilem, namanya belum begitu menyerlah apabila sering diberikan watakpembantu. Begitupun, dia antara pelakon yang sibuk di lokasi, dekkepercayaan produser serta pengarah pada bakat seni anak muda ini.
Filem Setem, arahan Kabir Bhatia, yang akan menemui penontonpada tahun depan muncul filem pertama meletakkannya sebagai pelakonutama bersama-sama Rashidi Ishak, Afdlin Shauki, Que Haidar dan VanidahImran.
Lain pula ceritanya di kaca televisyen. Pelakon NasrulSuhaimin atau lebih dikenali Bront Palarae mula mendapat tempat di hatipeminat apabila beberapa siri TV sudah pun mengkreditkan namanyasebagai bintang utama. Sindarela dan terbaru, RonaRoni Makaroni ialahantara siri yang meletakkan kepercayaan tinggi kepada aktor yang turutbergelar pengarah, penulis skrip dan penerbit ini.
Menerusi kedua-dua siri terbabit pula, diadigandingkan bersama seorang lagi pelakon berbakat tanah air, SharifahAmani. Dilihat sebagai gandingan yang menjadi, Bront mengakui, bekerjabersama pelakon yang bagus seperti Amani memudahkan lagi tanggungjawablakonan yang dibebankan di bahunya.
"Kami sudah lama saling mengenali, justeru tahap keserasianitu agak tinggi. Nani (Sharifah Amani) pula seorang pelakon yang sudahpun memiliki dua anugerah dalam genggamannya. Pencapaian itu saja sudahmembuktikan kemampuannya. Justeru, berlakon di sampingnya nyatamemudahkan lagi kerja kita.
"Sikap kami yang saling memberi, membuatkan saya dan Nanisenang bekerjasama. Apatah lagi apabila pengarah projek pula ialah Ezadyang saya anggap cukup berbakat dalam bidangnya," kata Bront, merujukkepada pelakon serta pengarah RonaRoni Makaroni.
Ditanyaapakah dia berasakan, Amani pasangan paling sesuai pernah berada disampingnya, Bront memberikan jawapan yang lebih terbuka.
"Dari segi kerja, dengan mana-mana pelakon wanita sekalipun,saya rasa ia sama saja. Dari segi kesesuaian pula, bukan saya yangmenentukannya. Sebaliknya penontonlah yang menghakimi, sama adagandingan seseorang pelakon itu nampak elok atau sebaliknya. Sehinggakini, apa yang saya nampak, Nani memang sesuai dengan mana-mana pelakonlelaki yang digandingkan dengannya.
"Cuma, dari segi keselesaan, saya mengaku ia paling dirasaiketika berlakon di samping Nani," ujar jejaka yang pernah menuntut ilmuperfileman di Akademi Filem Malaysia pada 2000 hingga 2003.
Menyentuh mengenai wataknya sebagai Rona dalam siri komedidrama romantik itu pula, pelakon yang mendedahkan betapa berlakon untukdrama lebih sukar berbanding filem itu memberitahu, berbeza daripadaapa yang dilakukan dalam Sindarela, kali ini wataknya agak kelakar.
"Jikawatak Tengku Hussein dalam Sindarela memerlukan saya berada dalamkeadaan tertekan selama enam bulan, sebagai Roni saya lebih tegas danberusaha mendapatkan apa yang dimahukan.
"Jelas sekali, kali ini saya tidak lagi tertekan macam dulu.Saya sendiri amat berharap penonton akan berseronok menonton lakonansaya serta pelakon lain dalam RonaRoni Makaroni," katanya.
Siri berkenaan kini masih lagi dalam proses penggambaran dandijangka tamat pada awal Disember nanti. RonaRoni Makaroni dijadualkanmenemui penonton Astro Ria bermula 27 November.
"Selepas siri demi siri saya lakonkan, rasanya tiba masa sayamengambil sedikit masa untuk bercuti daripada projek TV selepastamatnya siri ini. Saya sudah begitu rindu pada lakonan filem. Jadi,mungkin bermula Disember nanti, saya ingin memberikan tumpuan kepadalakonan layar lebar pula," katanya yang akan muncul bersama filem AntooFighter pada 27 November ini.
Profil
Nama: Nasrul Suhaimin Saifuddin
Nama Komersiol: Bront Palarae
Tarikh Lahir: 27 September 1978
Profesion: Pelakon, Pengacara, Penulis, Pengarah, Penerbit
Filem: Castello, Man Laksa, Bilut, 1957: Hati Malaya,Dukun, Apa Khabar Orang Kampung, Anak Halal, Kala Malam BulanMengambang, Akhirat, Antoo Fighter, Setem
Drama: Cinta Tsunami, Sindarela, RonaRoni Makaroni
Pencapaian: Memenangi biasiswa Finas untuk belajar diAkademi Filem Malaysia pada 2000, manakala telefilem yangdihasilkannya, Chulia Street, dipilih untuk tayangan rasmi padaFestival Seni Pulau Pinang 2004 dan pada Anugerah Video Malaysia 2005.Dia juga pemenang Kodak Filmschool Competition 2003 (Malaysia) menerusifilem pendek Cut, I Want To Be a Man. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|