|
Post Last Edit by Goldkey at 1-2-2011 07:50
Jika memilih
Jika memilih
jangan tersalah pilih
kerana nantinya buat kau letih
ada saja perkara yang dirintih
kelak hati pedih
tiada siapa yang sudi menoleh
sendirian perit jerih
kerana tersalah tilik
yang berdebu dipandang cantik
permata dipandang jelik
jangan pelik!!!
Goldkey, 1/2/11, 1.01 am |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 1-2-2011 09:26
Sebutir cinta sebuah rindu
Sebutir cinta yang berputik
menguntum di tangkai kasih
berkembang kelopak bahagia
mewangi di taman sanubari
lantas berguguran gerimis impian
membasahi pipi anganan
melembutkan sisa-sisa keegoan hati
membakar naluri untuk menyayangi
seorang yang muncul pada takbir mimpi
memutarkan kisah sebuah rindu.
Goldkey, 1/2/11, 8.28 am |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini
Hari ini menabir seri
mentari menyinar seawal pagi
awan menguak ke birai alam
mendung berlalu bersama malam
angin berlagu membelai dedaunan
melambai-lambai pepohon ikut menari
suci langit biru menanti munculnya pelangi
mewarnai sekeping hati pujangga seni
menitip kata menyusun bari
dalam indah ruang pemuisi
menyata isi hati.
Goldkey, 1/2/11, 11.42 am |
|
|
|
|
|
|
|
Roti Cinta
Asalnya dari gandum asmara
Diuli dengan penuh kasih mesra
Mewangi mengharum jiwa uda dan dara
Kongsi bahagia disulam nikmat roti cinta
Hindangan penambat bisikan berbunga
Dicampur telur bertambah aroma rasa
Kenyang dijamu pasangan bercinta
Dimakan bersama kopi cinta.
Goldkey, 1/2/11, 12.58 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Telinga Bisu
Aku hanya pendengar
ada telinga bisu
tak mampu menyata kaku
cintamu diterbang bayu
terbenam di laut syahdu
beroleng dikocak ombak rindu
bertemu dalam lebaran kalam mimpi
menyatu bersama igauan ngeri.
Goldkey, 1/2/11, 14.15 pm |
|
|
|
|
|
|
|
~kedai kopi,
tempat mesyuarat persatuan tiada ahli,
semua orang libat diri,
bincang isu sana sini,
perut keroncong balik cari masakan bini,
esok bertandang lagi,
begitulah saban hari,
selagi tak mati~
Goldkey, 2/2/11, 8.00 am |
|
|
|
|
|
|
|
Barah-barah Cinta
Kata janji yang didusta
menimbulkan syak wasangka
timbul rasa curiga
hinggap cemburu buta
jadi barah cinta.
Gagal menerima seadanya
selalu komplen sini sana
timbul rasa dihina
membara dendam di jiwa
jadi barah cinta.
Suka pasang dua
menunggu di sini menanti di sana
timbul rasa dimainkan saja
lalu hati kecewa
jadi barah cinta.
Beralasan bila ditanya
mengelak menjawap apa saja
tiada kejujuran antara
tersemai bibit noda
jadi barah cinta.
Manis di mulut bak gula
hati masam bak cuka
hanya pandai bermuka-muka
menghiris-hiris bunga ria
jadi barah cinta.
Kimoterapikan barah cinta
elakkan janji dusta
terima seadanya
tiada rahsia antara
jujur dalam bicara
setia pada yang setia
tiadalah barah cinta.
Goldkey, 2/2/11, 8.18 am |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cinta dan airmata
Adalah teman setia
Sukar dipisahkan mangsa cinta
Bergenang di kelopak duka
Berderai menangisi cinta dusta
Menitis ke pipi sengsara
Melekit di belahan jantung kecewa.
Panjatkan doa
Moga racun cinta
Larut bersama guguran airmata
Dienapkan ke pusara jiwa
Terkubur jadi sejarah cinta dusta
Jadi baja menunaskan pucuk ria
Mengalir airmata cinta bahagia.
Goldkey, 2/2/11, 22.01 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 3-2-2011 09:57
 |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-2-2011 09:04
Keluh Kesah
Keluh kesah kerana cinta
tak berbaloi air mata bercucuran ke dada
kerana sebutir cinta dusta
berduka sehingga merobek jiwa
bukalah pandangan pada luasnya alam cinta
pasti ada yang menanti sudi setia
bukakan pintu hati yang gerhana
agar ditiup angin perginya sengsara
ke hujung dunia
kembali berpucuk bahagia
meniti hari dalam sejahtera
bertemu cinta setia.
Goldkey, 4/1/11, 17.28pm |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-2-2011 09:05
Hujan bawalah pergi
Hujan bercucuran
bersuara garang di seloran atap
membasahi gersangan hangat mentari
daun-daun tunduk kedinginan
menanti senja berlabuh
menyambut tiba sunyi malam
hujan bawa bersamanya bara hati yang luka
menghambat mimpi ngeri
agar jangan datang lagi
dalam tidur atau dalam jaga.
Goldkey, 4/2/11, 18.37 pm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-2-2011 08:29
Cahaya duka
Kemilauan cahaya duka
Menerobosi bola mata cinta
Kabur pandangan membutakan rasa
Hanyut bersama gelora jiwa
Gagal menaksir intan atau permata
Menyerah raga tanpa usul periksa
Diperdaya buaya cinta
Merana hingga tua.
Goldkey, 4/2/11, 18.46 pm |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Goldkey at 5-2-2011 08:27
Mahu dimanja
Seringkali ia mahu dimanja
tiada bicara disuara
aku sendiri yang peka
hebat khidmatnya aku suka
tidak pernah merunggut mahu pun celika
sentiasa ada bila-bila masa
damai hatiku bila bersamanya
saban waktu menungguku dengan setia
walau kadang-kadang aku lupa ada dia
oit dasyaat , aku lupa..
namun aku sentiasa
berikan apa yang diminta
agar kesetiaannya terjaga
tidak meragam bila waktu kuperlukannya
terima kasih keretaku
aku menyayangimu.
Goldkey, 5/2/11, 8.04 am |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|