CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: TIME IS GOLD

 Close [Copy link]
Post time 2-10-2024 04:05 PM | Show all posts
nona84 replied at 2-10-2024 04:02 PM
tapi babu nampak la cara sikit ke mekna

Hubby Kepam ye, I selalu kesian tengok anak2 mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 04:05 PM | Show all posts
'Saya pelik, sejak Sabari hilang, suspek juga tiba-tiba lesap dari kampung ini...'




BALING: "Saya kenal suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan jiran saya, Sabari Baharom. Memang agak pelik sebab sejak kehilangan Sabari pada 4 September lalu, suspek yang juga kontraktor buat rumah anak saudara saya di kampung ini, turut lesap secara tiba-tiba sehinggalah dia ditangkap polis," kata Mohd Sukeri Karim, 61.
Beliau berkata, selepas tarikh itu, pembinaan rumah anak saudaranya yang jaraknya hanya 300 meter dari rumahnya hanya dilakukan pekerja suspek.
"Saya kenal suspek sebab dia pernah datang ke rumah saya bersama anak saudaranya beberapa tahun lalu. Selepas itu, hubungan perkenalan itu bersambung apabila dia terbabit membina rumah anak saudara saya yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah saya ini.
"Saya lihat suspek biasa saja dan setiap hari datang memantau kerja pembinaan rumah anak saudara ini. Namun, saya rasa pelik sebab selepas kehilangan Sabari, saya tak nampak lagi dia datang melihat proses pembinaan rumah, sebaliknya hanya pekerjanya saja yang uruskan hal itu.



"Sebagai jiran kami selalu mengambil berat antara satu sama lain dan kejadian menimpa Sabari yang juga rakan masjid kami, sangat memberi kesan terutama apabila individu disyaki dalam kes ini adalah orang yang saya kenali," katanya.
Sabari, 62, yang juga pesara pegawai kewangan FELCRA disahkan polis dicampak ke Sungai Padang Terap di Jitra, dengan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.
Maklumat itu diperoleh polis hasil pengakuan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 38 tahun yang ditahan Jumaat lalu.
Mohd Sukeri yang juga pesara kerajaan berkata, hubungannya dengan Sabari sangat rapat dan kedua-dua mereka sering mengambil berat antara satu sama lain.






"Jika saya tidak datang ke masjid, Sabari akan datang rumah untuk bertanya khabar, malah dia juga akan beritahu saya jika mahu ke mana-mana sama ada ke rumah anak atau isterinya di Kuala Lumpur.
"Jadi, sudah pasti saya sekeluarga terkejut dan tidak dapat tidur lena selepas kehilangan Sabari kerana teringat sikap baiknya itu," katanya.
Mohd Sukeri berkata, dia turut mengharapkan mayat arwah ditemui segera untuk disemadikan dengan sempurna.
Beliau berkata, kematian arwah juga perlu mendapat pembelaan sewajarnya dan mereka yang terbabit dalam jenayah itu perlu dikenakan hukuman setimpal.
"Sabari juga mengenali suspek dan dia selalu bersedekah buah-buahan kepadanya setiap kali mereka berjumpa di kampung ini," katanya.
Sementara itu, Imam Masjid al-Mutmainnah Kampung Mengkuang, Saidin Husain, 65, berkata Sabari disifatkan jiran yang suka bersedekah dan rajin solat berjemaah di masjid serta sering membaca al-Quran.
"Dia ada dusun buah, setiap kali musim buah, dia akan kongsi dengan jemaah, malah pada waktu tertentu dia buat kenduri di masjid dan di rumahnya.
"Sejak Sabari hilang, sudah beberapa kali kami mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin sebelum dimaklumkan arwah dibunuh dan dicampak ke sungai.
"Selepas ini kami akan adakan solat hajat dan tahlil untuk arwah, jika mayatnya ditemui kami bersedia menguruskan pengebumiannya dengan sempurna," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305642/saya-pelik-sejak-sabari-hilang-suspek-juga-tiba-tiba-lesap-dari









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:07 PM | Show all posts
The striking pink and white Cattleya orchid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:07 PM | Show all posts
Norway
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:08 PM | Show all posts
Stunning winter Roads at Iceland
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-10-2024 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2024 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:08 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2024 04:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:12 PM | Show all posts
Malaysia gesa segera reda ketegangan di Asia Barat hingga menggugat kestabilan serantau - Anwar


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak di Asia Barat segera meredakan ketegangan yang semakin meningkat bagi menstabilkan kawasan berkenaan.
Beliau berkata, tindakan agresif dan serangan berterusan oleh Israel di Lubnan, Syria dan Yaman adalah usaha yang disengajakan untuk mengalihkan perhatian komuniti global daripada kekejaman dan tindakan genosid yang ganas terhadap rakyat Palestin di Gaza dan Tebing Barat.
"Peningkatan ketegangan berkenaan jelas bertujuan untuk memastikan pemimpin politik Israel yang sedia ada kekal berkuasa dan terlepas daripada hukuman, mengorbankan nyawa yang tidak bersalah demi kepentingan kerjaya politik seorang individu.
"Kita mesti segera mencegah kitaran tindakan dan reaksi yang berbahaya yang boleh menarik lebih banyak pihak ke dalam konflik berkenaan, seterusnya mendalamkan ketidakstabilan dan meluaskan skala kemusnahan," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.





Perdana Menteri juga menggesa semua pihak yang terbabit untuk mengambil tindakan segera bagi mengurangkan permusuhan dan mewujudkan keadaan yang diperlukan untuk mengelakkan konflik serantau yang lebih besar daripada meletus.
Terdahulu, Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel pada malam tadi, sebagai tindak balas terhadap pembunuhan pemimpin pejuang yang disokong Tehran, mencetuskan kebimbangan di seluruh wilayah dan ikrar untuk membalas dendam.
Menurut laporan Agensi Berita Republik Islam (IRNA), beberapa pangkalan tentera udara dan radar sudah disasarkan dalam operasi berkenaan.
IRGC menegaskan walaupun kawasan itu dilindungi oleh sistem pertahanan yang paling canggih dan berskala besar, 90 peratus daripada peluru berpandu berjaya mengenai sasaran, dan rejim Zionis takut dengan perisikan dan penguasaan operasi Republik Islam.
Operasi itu dilakukan dalam rangka hak pertahanan yang sah dan berdasarkan undang-undang antarabangsa, dan sebarang kebodohan musuh akan dijawab dengan cara yang merosakkan dan dikesali.
Tentera Israel mengumumkan perkara itu selepas kira-kira sejam serangan berkenaan berakhir dengan sejumlah besar peluru berpandu yang pihaknya dakwa berjaya dipintas.
Sebelum ini, tentera Israel mendakwa bahawa Iran mula melancarkan peluru berpandu ke kawasan Palestin yang diduduki rejim itu.
Sementara itu, Tentera Israel menegaskan bahawa pasukan udaranya akan terus melancarkan serangan lebih besar di seluruh Asia Barat pada waktu malam selepas Iran menyerang Israel dengan puluhan peluru berpandu beberapa jam sebelumnya.
"Pasukan udara terus beroperasi sepenuhnya dan malam ini ia akan terus menyerang di Asia Barat dengan lebih besar seperti yang telah berlaku sepanjang tahun lalu," kata jurucakap tentera, Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berikrar untuk bertindak terhadap Iran selepas negara itu melancarkan serangan peluru berpandu ke atas Israel, sambil menuduh Tehran mendorong "Asia Barat' ke arah peningkatan konflik".



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305641/malaysia-gesa-segera-reda-ketegangan-di-asia-barat-hingga-menggugat













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:13 PM | Show all posts
Hakikat Sebuah Cinta - Iklim
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:13 PM | Show all posts
mamanoni replied at 2-10-2024 04:05 PM
Hubby Kepam ye, I selalu kesian tengok anak2 mereka

haah

samalah

kesian tgk ank2 dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:13 PM | Show all posts
Aku adalah insan yang tak punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2024 04:13 PM | Show all posts
panjang lagi perjalanan
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:13 PM | Show all posts
Cuma rasa cinta membara
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:14 PM | Show all posts
tgk baby pun tak terurus
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2024 04:14 PM | Show all posts
Lalu tercipta rinduku padanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.825534 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list