|
|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: FROSTED DREAMSCAPE
[Copy link]
|
|
|
“Ok, jom makan.” Ahzam berkata lalu makan dengan berseleranya nasi goreng buatan rakannya.
“Sedap ke?” Tanya Dean.
“Kali ini kau lulus.” Kata Ahzam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
page 64 - 68
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daniel minum air teh yang disediakan. Tiba-tiba mukanya menjadi pelik dan tersembur keluar serentak dengan Harraz.
“Kenapa ni?” Dean cemas. ‘Takkan air ni aku gagal nak buat selalunya ok je’
“Masinnya, kau letak gula ke garam?” Serentak Daniel dan Harraz berkata.
“Korang ni asyik serentak je, otak korang meniru erk?” Tanya Ahzam.
“Aku letak..” Dean mencari sesuatu. “Ni.” Dean menghulurkan garam yang disimpan didalam sebuah bekas yang berlabel ‘garam’. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ni garamlah.” Harraz menunjukkan label itu.
“Aku lupa nak bacalah.” Dean tersengih-sengih.
“Air kau kali ni gagal.” Ahzam berkata.
“Dahlah, sambung makan. Biar aku buat air milo untuk korang semua.” Harraz mengambil jug yang disediakan di dapur lalu membancuh air milo.
“Dan, kau ceritalah macam mana kau boleh tercedera teruk macam ni sekali?” Tanya Harraz sambil tangannya leka membancuh air milo.
“Tapi korang kena janji tau jangan bagitahu sapa-sapa.” Daniel membuat keputusan untuk menceritakan segalanya kepada rakan-rakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Daniel keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki menarik lengan Daniel keluar dari pintu belakang restoran.
“Kau jangan dekat dengan Danisha lagi.” Ugut lelaki itu.
“Kenapa pulak?” Daniel hairan. Lelaki bertopeng itu menumbuk Daniel tetapi lebih pantas Daniel mengelak. Segala pergerakan lelaki bertopeng itu dapat dielak oleh Daniel. Daniel tidak mahu mencederakan lelaki itu tetapi apabila dia sudah dikelilingi oleh sekumpulan lelaki yang nampak hebat-hebat, dia terpaksa bertindak. Dia memukul seorang demi seorang tetapi apakan daya, mereka terlalu ramai untuk dikalahkan oleh Daniel. Akhirnya Daniel dipukul menggunakan besi sehingga Daniel tidak mendapat menahan kesakitan lalu dia pengsan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Owh, macam tu. Kesiannya kau.” Harraz mengambil berat.
“Tapi kenapa dia taknak kau dekati Danisha?” Ahzam hairan.
“Mungkin dia suka kat Danisha kot.” Dean mengagak.
“Mungkin jugak.” Harraz juga setuju dengan kata-kata Dean.
“Jangan fikir yang bukan-bukanlah korang ni. Az, kau kata semalam nak berlatih sama-sama untuk pertandingan Tilawah Al-Quran kan?” Tanya Daniel sambil membuka balutan ditangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Owh, macam tu. Kesiannya kau.” Harraz mengambil berat.
“Tapi kenapa dia taknak kau dekati Danisha?” Ahzam hairan.
“Mungkin dia suka kat Danisha kot.” Dean mengagak.
“Mungkin jugak.” Harraz juga setuju dengan kata-kata Dean.
“Jangan fikir yang bukan-bukanlah korang ni. Az, kau kata semalam nak berlatih sama-sama untuk pertandingan Tilawah Al-Quran kan?” Tanya Daniel sambil membuka balutan ditangannya. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Yelah, lupa aku. Sebelum tu, aku nak cakap kat kau yang aku dah bagitahu Papa kau yang kau tinggal kat rumah aku tapi aku tak bagitahu yang kau cedera sebab aku tahu kau tak akan bagi aku bagitahu kan?” Harraz berkata sambil menolong Daniel membuka balutan ditangan Daniel.
“Kau ni macam tahu-tahulah, kau memang kawan baik aku dan sepupu aku yang terbaiklah. Aku fikir aku nak tinggal kat sini sehingga aku sembuh sepenuhnya.” Daniel berkata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Ok, aku jugak akan tolong rahsiakan perkara ni daripada keluarga kau.” Harraz juga ingin membantu.
“Oklah, jom kita mula baca.” Mereka pun mula membaca Surah An-Nisa ayat 1 hingga 77. Sungguh merdu suara Daniel dan Harraz.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Apa? Isy sabotaj Kak Isha?” Perbuatan Darwisy pada hari itu telah diketahui oleh Daniel. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Darwisy hanya mendiamkan dirinya sambil menundukkan kepalanya. Danish berkata. “Isy tak bersalah. Danish yang bersalah. Danish yang plan semua tu. Isy hanya ikut cakap Danish. Hukumlah Danish walau macam mana sekali pun.” Memang betul kata Danish. Dialah yang merancang kesemuanya. Dia tidak sanggup lagi mendengar adiknya ditengking seperti itu oleh abangnya.
“Am, sudah-sudahlah tu. Tahulah Danisha tu kekasih Am tapi janganlah sampai tengking adik Am macam tu sekali.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Am tak marahkan sesiapa, Am cuma kasihan dengan Isha. Sebab Isy dan Danishlah Isha kena hokum berdiri di atas meja sambil meletakkan beg diatas kepala. Kalau abang Am dengar dan tengok Isy dan Danish buat benda macam tu sekali, siap korang dan jangan cakap yang Kak Isha tu kekasih abang, abang masih single.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Danish dan Darwisy hanya mengangguk. Inilah kali pertama Daniel menasihati adik-adiknya tentang kesilapan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inilah masa yang dinantikan oleh para peserta bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah. “Daniel, kau dah sedia ke belum ni?” Tanya Harraz kepada Daniel apabila selesai pendaftaran.
“Aku gementarlah.” Kata Daniel. Dari tadi dia asyik mengatur songkoknya.
“Tapi aku tengok kau macam cool je. Aku nak gi tandas dululah.” Harraz terlalu gementar. Dari tadi dia asyik ulang-alik dari tandas walaupun namanya sudah lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
“Sekarang, peserta yang dinantikan oleh para penonton. Jejaka yang hensem lagi bergaya, siapa lagi kalau bukan adik Khairul Ammar Daniel.” |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|