|
Mungkin ada kaitan dengan orang-orang Indigo/Lightworker. Tapi biasanya golongan ini tidak akan mudah mengaku mereka golongan Indigo/Lightworker. Itu pun jika benar terma ini wujud dan sesuai. Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
dah panjang lebar thread ni... tentu ada hikmahnye kite semua terkumpul di sini kan bagi meneruskan ...
Clockwise Post at 7-1-2012 23:38 
Assalamualaikum.....
saya berada di status no.6 tuh....apa maknanya? boleh saya tanya mcm tuh? bukankah selalu org kata tu maksudnya org pendiam tak tau campur gaul dgn org........anti-social gitu? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1331# Clockwise
Apa maksud di sebalik persoalan ini semua? Ya, point #3 hingga #6 memang kena dengan saya.  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1338# immortallez
ya mungkin biasa kerana semua orag satu peringkat dalam hidup akan cenderung ke arah keagamaan/kerohanian...tp bezanya ci sini kecenderungan ke arah keagamaan/kerohanian itu bukanlah hadir bile dah tua bangka...tp sejak kecil lagi yg didorang oleh pangalaman hidup yg pahit... emm...clock pun tak pasti kenapa clock rasa ramai yg kat thread ni ada ciri-ciri yg clock senaraikan. mungkin bila ada sifat begitu, kecenderungan untuk clik n khatam thread ni jadi lebih tinggi... mungkin... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1341# andria
terlalu tinggi kot nak declare as org indigo tue... jauh lagi kot...apa pun syukur atas anugerahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1342# melia_star
dalam ciri ke-6 itu bukan bermaksud org itu pendiam, tak reti nak cakap2, nak sembang2. Kemungkinan besar mereka ni seorang yg ramah juga. Banyak kawan. Sentiasa jadi tempat merujuk segala masalah kehidupan... tp bagi mereka sendiri bersendirian itu lebih indah. Mereka nampak lonely...sbb banyak wat aktiviti hidup sendirian (shopping, wayang, etc) tp sebenarnya mereka tak rasa gitu pun... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply Clockwise
Apa maksud di sebalik persoalan ini semua? Ya, point #3 hingga #6 memang kena ...
arrowtotheknee Post at 9-1-2012 17:03 
nothing to be sad, dear...clock cuma bertanya je... dan clock rasa sebab ciri tu kite semua ada tendency untuk clik thread ni...dan kite juga merasakan perasaan yg sama tentang hidup dan kehidupan pada hari ini. klu anda di sini gile gossip....hari-hari mesti nak kepoh2 pasal gosip...u'll not really care bout this kind of feeling... apa pun itu cuma andai clock aje... mana tau kang marah lak mak-mak gosip clock ckp gini kan... maaf ye..ini cuma satu andaian je... peace no war... |
|
|
|
|
|
|
|
belum sampai ke penghujung pun
sebab tt belum jawab kenapa dia
pakai DEUS kat signaturenya tu
kalau tt christian - tak mengapalah ia kannnn
tapi aku mushkil kenapa tt sanggup bawa AYAT AL QURAN???
tak berjawab pun tt sayang
Latin deus consistently translates Greek θεός theos in both the Vetus Latina
and Jerome's Vulgate. In the Septuagint, Greek theos in
turn renders Hebrew Elohim (אֱלוֹהִים , אלהים). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 9-1-2012 21:55
Setelah melalui perjalanan yang panjang di dalam kehidupan ini, saya menyedari bahawa manusia memerlukan 3 perkara dalam hidup mereka, untuk menjadikan kehidupan mereka sedikit sempurna, walaupun mungkin tidak akan pernah sempurna.
1. Sapientia (Kebijaksanaan)
What is 'sapientia' in English?
Answer:
Wisdom is the English equivalent of 'sapientia'. The word in Latin is a feminine gender noun. It actually may be translated in a number of ways. For example, other meanings include 'discernment, good sense, prudence' and 'proficiency in philosophy, science or any department of knowledge'.
Wiki
2. Pax (Keamanan)
Pax may refer to:
* the Latin word for "peace" or "treaty":
(Bukan bererti saya ialah Goddess of Peace atau ada unsur2 Tuhan Greek dan sebagainya, seperti yang mungkin anda fahami.)
Wikipedia
3. Deus (Tuhan)
What does deus mean in latin?
deus - God (or a god)
(Bukan bererti Dewa Zeus atau Tuhan2 lain, seperti yang mungkin anda fahami.)
Wiki
Manusia memerlukan Kebijaksanaan, Keamanan dan paling penting - Tuhan.
Manusia boleh memiliki ilmu yang paling hebat, tapi tanpa kebijaksanaan, ilmu itu ibarat air yang dicurah ke daun keladi.
Manusia boleh menjadi pemerintah kepada dunia yang serba moden, tapi tanpa keamanan, kehidupan moden menjadi sia-sia. Apa ertinya kehidupan yang kita miliki pada hari ini, sedangkan peperangan masih berlaku sesama manusia?
Dan akhir sekali, manusia boleh mempunyai kebijaksanaan dan keamanan, tapi tanpa Tuhan, bolehkah anda hidup? Bolehkah anda menikmati kebijaksanaan dan keamanan yang mungkin anda miliki hari ini? Anda mungkin boleh mengembara sehingga ke hujung galaksi, tapi tanpa Tuhan Yang Maha Esa, adakah kehidupan anda bermakna? Manusia dicipta adalah untuk mengenali PenciptaNYA. Tanpa Tuhan, bolehkah kita mengenali siapa Pencipta kita?
Ketika Abu Bakar As Siddiq ditanya, “Bagaimana engkau mengenal Tuhanmu?” Beliau menjawab, “Aku mengenal Tuhan melalui Tuhanku. Seandainya Dia tak ada, Aku tak mengenalNya."
Nasihat saya, sudahlah. Berhentilah mencari yang tiada. Bersihkan hati anda, jangan suka berburuk sangka kepada orang lain, sehingga anda mencari-cari ruang untuk menyerang. Anda seolah-olah tidak berpuas hati selagi anda tidak membuktikan 'sangkaan' anda itu benar. Berwaspada itu perlu, tetapi jangan sesekali bersangka buruk.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada antara kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Tentu kamu berasa jijik...” (Surah al-Hujurat, Ayat 12).
Yang mengutuk, tidak semestinya lebih baik dari yang dikutuk. Janganlah kita sentiasa menganggap bahawa kita lebih baik dari orang lain kerana perbuatan sedemikian akan menggelapkan hati kita.
Hindarilah sifat takabbur, yang merasakan diri lebih baik dari orang lain. Apabila kita melakukan usaha Amr bil Ma’ruf wa An-Nahyu an Al-Munkar, maka lakukanlah dengan merasakan bahawa setiap orang muslim itu lebih baik dari kita.
Pandanglah orang-orang Islam dengan mata rahmat (kasih sayang) walaupun kepada si pelaku maksiat. Apabila kita lihat sesuatu maksiat datang dari seseorang, maka anggaplah pada hakikatnya orang itu lebih baik dari kita, dan dia pada hakikatnya sempurna akhlaknya, melainkan hanya satu maksiat tersebut sahaja yang mengurangkan kesempurnaannya.
Oleh yang demikian, kita akan menasihatinya atas dasar memberi cadangan untuk lebih menyempurnakan dirinya, tanpa merasakan diri kita lebih baik darinya, sebaliknya merasakan diri kitalah yang lebih buruk darinya, kerana boleh jadi orang yang melakukan maksiat tersebut, hanya melakukan satu maksiat sahaja (iaitu maksiat yang kita nampak dia lakukan tersebut), sedangkan kita ini pula, walaupun tidak melakukan maksiat yang dilakukannya, masih banyak lagi maksiat-maksiat lain yang dilakukan oleh kita, yang disembunyikan oleh Allah s.w.t. dari manusia.
Dengan rasa keinsafan ini, budaya nasihat akan penuh dengan bunga-bunga ukhuwah, apabila setiap individu muslim merasai orang yang dinasihatinya sebenarnya lebih baik dari dirinya. Oleh yang demikian, nasihat akan lebih berbentuk mesra, kerana ianya berbentuk cadangan ke arah kesempurnaan, bukan kritikan ke arah menghina dan merendahkan kedudukan seseorang.
Janganlah kita merasakan, diri kita sebagai pendakwah kerana diri kita lebih baik atau lebih sempurna dari orang lain, tetapi sebaliknya, berdakwahlah kerana kita rasakan bahawa, ianya sebagai satu tanggungjawab ke atas setiap individu muslim, yang disarankan oleh Allah s.w.t. agar saling nasihat-menasihati antara sesama muslim, bukan atas dasar kita lebih soleh dari orang lain.
Imam As-Sya’rani r.a. menegaskan adab ini dalam buku Al-Bahr Al-Maurud dan menyatakan bahawa, adab inilah yang asasi dalam berjalan menuju Ilahi s.w.t.
Sufi Haraki
Saya menggunakan bahasa Latin, kerana saya memang suka bahasa Latin. Tiada maksud dan niat lain. Sekiranya saya menggunakan bahasa Jawa sekalipun, maksud perkataan akan tetap sama. Hati-hatilah dengan prasangka yang ada di dalam jiwa kamu sendiri, kerana Allah melihat jauh ke dalam hati.
Anas Bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata, “Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”
Sekiranya anda benar-benar ingin mencari salah seseorang, sudah pasti anda akan sentiasa mengintai-ngintai dan mencari serta penunggu peluang untuk menerkam, tidak kira apa pun yang saya katakan. Maka di manakah penghujungnya? Oleh itu lebih baik saya berdiam diri, dan membiarkan anda menikmati 'kemenangan' dan 'kebenaran' anda. Sekali lagi nasihat saya sebagai saudara seagama dengan anda (jika benar anda beragama Islam dan anda faham adab-adab Amar Makruf Nahi Mungkar), BERSIHKANLAH HATI ANDA.
Seorang Muslim yang mempunyai adab yang baik, akan meninggalkan perbalahan, meskipun dia berada di pihak yang benar.
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Sama-sama lah kita hayati Surah Al Asr :-
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. |
|
|
|
|
|
|
|
semalam mimpi tsunami...bangun tidur je dpt tau anwar tak bersalah...
apakah gerangan halnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1347# Clockwise
hmmm...betui anggapan awk tuh.....pd tahap skrg neh kdg saya rasa hidup terlalu membosankan....mencari2 sesuatu...ingin membetulkan apa yg tak betul dgn hidup tp tak tau punca dan di mana nk mulakan....lebih byk berfikir....mmg betui ramai kawan2, adek beradek, suami, anak2, client2, jiran2 but most of the time rasa lonely....n pasal tak tau mana nk mulakan membetulkan apa yg tak betul dlm hidup saya, saya cenderung menangguhkan segala....dgn harapan satu hari saya jumpa jalan yg mudah bg saya.....
err, paham ke tak yer?
adei, naper arini mood down neh....[size=14.1667px] |
|
|
|
|
|
|
|
salam.. mimpi lagi..terasa benar sekali.. air naik melimpah ruah... banyak sekali.. huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1353# melia_star
Saya faham.Rasa kosong dan tidak bermakna, seperti ada yang tidak lengkap. Rasa cam give up pun ader gak. Cuma berharap, macam ada satu hari yang akan dilalui untuk betulkan semua kekusutan tanpa menoleh ke belakang walau sekelumit. Sekarang kita banyak 'berjalan' dengan rasa ragu.......berharap suatu hari , dapat 'berjalan' dengan sempurna, pasti dan yakin.Allahualambissawab.Errrr, ko bleh paham dop aku yang aku meraban nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1355# tarabas1976
insyaallah pahamm...hanya org dlm situasi mcm saya neh saja yg paham maksud awk tuh...adakala rasa nk luahkan semua, semuanya pd seseorang yg boleh membantu tp tak tau pd siapa yg patut dan layak saya luahkan....ustaz? ustazah? pakar motivasi? pakar fisiologi? doktor? pakar kewangan? pakar rawatan Islam? masih mencari2....cuma saya harap saya dpt selesaikannya sblm saya 'pergi'....
p/s- anggaplah ini sekadar monolog diri saya di hari yg hening ini.....[size=14.1667px] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply melia_star
Saya faham.Rasa kosong dan tidak bermakna, seperti ada yang tidak lengka ...
tarabas1976 Post at 10-1-2012 12:09 
suatu hari ? saya skrg ni kalau suami ckp " nanti nak beli bla3x.. " atau "nanti nak buat bla3x" .. saya dengar tanpa rasa excited pun sbb fikir sempat ke nak sampai.... apa2 pun hidup itu perjuangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini?
Reply 1350# andria
Series...aku pun x paham apa yg org tu kecohkan..kata paham bebeno bab zahir bab batin, bab nyata bab ghaib.
Sampai org punya signature pun nak d perkotak katikkan..sah2 itu bahasa latin, so interpretasi pun berbentuk samada individu atau umum...
Motto skola aku pun in latin, NISI DOMINUS FRUSTA and i am proud of that..
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by andria at 10-1-2012 14:03
salam.. mimpi lagi..terasa benar sekali.. air naik melimpah ruah... banyak sekali.. huhuhuhu
masrini Post at 10-1-2012 11:26 
Ada seseorang pm saya baru2 ini. Katanya, dlm beberapa minggu lepas, dia telah menghadiri satu majlis ilmu. Ustaz yang menyampaikan tazkirah di dalam majlis tersebut memberitahu, akan ada banjir besar berlaku pada tahun ini dan tak ramai yang akan selamat. Betul atau tidak, Wallahua'lam. Jadi MUNGKIN ini adalah satu sebab kenapa ramai orang diberikan mimpi yang (hampir) sama. Banjir besar, tsunami, air bah, etc. Kata orang-orang tua, apabila sesuatu yang dalam skala besar akan terjadi, biasanya ramai orang akan diberikan mimpi (yg sama atau agak sama) sebagai petanda.
Sepanjang tahun lepas, kakak saya sendiri bermimpi tentang banjir besar. Semuanya nampak real. Dalam seminggu, ada 2-3 kali. Dan dia juga pernah diberitahu dalam mimpi, bahawa seakan2 ada lubang yg menghalang air itu dari melimpah keluar, tapi lubang itu sudah hampir penuh, dan akan pecah tidak lama lagi.
Kata orang-orang tua lagi, mimpi air juga boleh membawa erti kesusahan/masalah. Tapi hanya Allah jualah yang Maha Tahu. Saya berdoa semoga kita diselamatkan dari sebarang mala petaka dan bencana yang menimpa, sama ada yang kita tahu, atau tidak, dan juga dari bencana yang datang tiba-tiba, dan tidak dijangka.
Amin, Ya Rabbal Alamin.
P.S Maaf kpd yg pm saya dan menceritakan tentang ustaz dan majlis ilmu tersebut, kerana tak minta izin utk menceritakan semula di sini. Minta maaf banyak2 yer... tapi saya rasa wajar utk dikongsikan bersama dgn org lain... semoga ada manfaatnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1353# melia_star
melia, jangan putus harap ye...clock pernah melalui detik-detik seperti yg melia cakapkan... kadang2 kite jumpe jalan dari seseorang yg kite tak sangka dapat memberikan jalan... ape pun, BAGI CLOCK...agama bukan semestinya di tangan ustaz, ustazah... ketenangan jiwa pula bukan semestinya di tangan pakar motivasi mau pun mana-mana penceramah...
clock juga seperti tarabas...berusaha dan berharap agar dapat berjalan dengan sempurna |
|
|
|
|
|
|
| |
|