CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: RatuDunia94

[ALL ABOUT AF2014 - V12] - Debaran KONSERT AKHIR Live Dari Sekolah Abang Jamil!

 Close [Copy link]
Post time 6-11-2014 04:53 PM | Show all posts
adiwarna posted on 6-11-2014 01:49 PM
okayyyy my dear, see you again  soonnnn....

gud afternoon, everybody especially to pe ...

perghhhh...uols pun tukar avvy ewal..cayalahhhh  
hahahha...penuh avvy ewal kat banglo...meriah giler...mohon fans lain jgn lahar ye..bawak2 bertendang..semua tgh sawan ewal  




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 04:53 PM | Show all posts
AF2014 kembali raih sokongan peminat
Akmaliah Razak
5 November 2014

SEMBILAN minggu berentap di pentas Akademi Fantasia 2014 (AF2014), empat pelajar telah melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada Ahad ini, bermula jam 9 malam, di saluran Astro Ria dan Maya HD.

Pada mulanya, Ketua Program Realiti & Format Astro, Namanzee Harris memberitahu tiada perancangan untuk mewujudkan AFMasuk dan menegaskan bahawa empat pelajar sahaja yang berada di pentas final.

Namun, kemasukan Adel menerusi AFSerap menjangkakan saingan sengit kepada empat yang lain iaitu Nuha, Ewal, Aman dan Firman apabila mereka berlima bakal berentap untuk meraih gelaran juara.

Kurang seminggu sahaja lagi, pelajar AF2014 bakal mempersembahkan 'hidangan' terakhir mereka di pentas realiti itu.

Sudah pastinya masing-masing sedang bertungkus-lumus dengan bantuan tenaga pengajar di fakulti untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik di sepanjang musim ini.

Zass mendapatkan Namanzee untuk berkongsi lebih lanjut mengenai keseluruhan program dan kejutan yang bakal dipersembahkan pada konsert akhir nanti.

Setakat ini, apakah yang boleh anda simpulkan mengenai AF2014?

Alhamdulillah, saya dan seluruh produksi Astro berbesar hati dengan penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan terhadap AF2014. Sejujurnya, saya tidak menyangka sokongan kepada konsert AF2014 kembali hangat walaupun pada tahun lalu kita berdepan pelbagai kritikan. Saya akui, pada tahun lalu, kita terpaksa berdepan banyak cabaran apatah lagi memperkenalkan format baharu. Namun, kesulitan dan cabaran tahun lalu memberi banyak manfaat kepada kami untuk diperbaiki pada musim ini. Secara keseluruhannya, AF2014 berjaya memancing semula penonton berdasarkan peratusan undian mengatasi tahun terdahulu.

Bagaimana pula dengan mutu pelajar yang layak ke peringkat akhir?

Secara peribadi, saya merasakan mereka sememangnya layak untuk ke pentas akhir setelah berminggu-minggu berdepan dengan cabaran demi cabaran. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan mereka perlu buktikan kemampuan sebenar mereka di pentas akhir nanti. Pada konsert sebelum ini, saya memerhatikan peratusan undian lebih diberikan kepada Azwan. Namun, pada konsert minggu lalu, saya terkejut kerana empat yang layak ke peringkat akhir itu mendapat undian tinggi berbanding sebelum ini. Saya yakin, ramai dalam kalangan peminat yang mengundi berdasarkan persembahan mereka.

Sebelum ini, anda pernah menegaskan tiada perancangan untuk AFMasuk. Namun, AFSerap diperkenalkan dan Adel  mengisi kekosongan itu. Adakah perancangan itu dibuat berdasarkan perbincangan anda bersama tenaga pengajar?

Ya, saya pernah memberitahu tiada perancangan untuk AFMasuk dan pelajar yang layak ke peringkat akhir hanyalah empat orang. Namun, setelah mendengar penerangan dan perbincangan bersama Pengetua AF2014, Datuk Hattan, AFSerap wajar diperkenalkan atas beberapa sebab. Antaranya ada di kalangan pelajar memberikan persembahan hebat, vokal  baik dan komitmen tinggi tetapi terpaksa disingkir kerana kekurangan undian. Ia tidak adil untuk mereka yang bersungguh-sungguh memberikan yang terbaik di setiap minggu seperti Muna dan Adel. Kami mengambil kira pandangan peminat.

Adakah ianya tidak mengundang kontroversi apabila empat pelajar lain berdepan dengan tekanan setiap minggu sedangkan Adel hanya menunggu untuk ke final?

Saya rasa tidak akan ada isu tidak puas hati ini kerana peminat dan pengundi tahu Adel layak bersama empat rakannya yang lain. Lagipun, saya melihat tekanan yang diterima lebih kepada tenaga pengajar kerana Adel ketinggalan banyak latihan dan kelas berbanding pelajar lain.

AF2014 tidak terlepas daripada kontroversi hebat termasuk insiden yang melibatkan Firman dan personaliti fesyen, Wak Doyok. Adakah ia hanya gimik semata-mata untuk menaikkan rating tontonan?

Sebenarnya, Astro ada perancangan membuat gimik dan salah satunya kemunculan Wak Doyok di pentas AF2014 dan membuat tinjauan di asrama mereka. Ramai menyangka Wak Doyok pilih kasih dan sengaja memalukan Firman. Namun sebenarnya, Wak Doyok turut memberikan hadiah kepada Firman selepas tamat konsert pada malam itu. Malah, ia dirakam dan dimuatkan dalam siaran Diari AF2014.

Kami akui, mungkin ada kesilapan dalam membuat gimik sehingga mengganggu emosi penonton dan saya mengambil insiden ini sebagai pengajaran untuk masa yang akan datang.

Secara keseluruhan, adakah AF2014 mencapai matlamat yang telah ditetapkan?

Alhamdulillah, sebenarnya ia melebihi jangkaan kami dengan sambutan yang begitu baik. Ianya melebihi dari apa yang kami bayangkan sebelum ini. Saya mengambil kira beberapa maklum balas daripada orang ramai yang mengatakan AF sudah tidak relevan dengan zaman teknologi sekarang. Namun, dengan mengekalkan format asal, kami berjaya menarik minat penonton semula.

Dari segi penyusunan muzik, pemilihan lagu dan pelajar serta komitmen tenaga pengajar dan pengetua, adakah anda berpuas hati pada AF2014?

Ya, saya amat berpuas hati dengan penyusunan yang telah dibuat. Begitu juga dengan pelajar dan tenaga pengajar yang terdiri daripada Acis (Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert), Siti Hajar (Guru Vokal), Fatimah Abu Bakar (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), Linda Jasmine (Guru Tarian dan Koreografi) dan Marlia Musa (Guru Seni Persembahan). Malah, Datuk Hattan  memberikan komitmen 100 peratus sebagai pengetua. Dia juga lebih menekankan soal persembahan, bersesuaian dengan kerjayanya sebagai penghibur.

Untuk persediaan ke pentas akhir, mungkin ada beberapa kejutan yang bakal dipersembahkan nanti?

Kami tidak mengutamakan soal kejutan pada tahun ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada nilai persembahan. Kami memutuskan untuk konsert akhir, persembahan perlu dilakukan dalam bentuk muzik video di atas pentas dengan kelengkapan prop dan pencahayaan. Kami juga menjemput beberapa artis jemputan yang turut memeriahkan konsert akhir nanti. Selain itu, kelainan juga pada setiap finalis akan disertakan sekumpulan pasukan khas untuk persembahan mereka. Pada malam itu, mereka akan membawakan satu lagu pilihan dan satu lagi lagu baharu.

Selepas AF2014 melabuhkan tirai, adakah Astro akan menyediakan platform untuk pelajarnya dalam melebarkan sayap dalam industri?

Selepas mereka keluar, mereka membawa lagu baharu sendiri dan Astro akan menyediakan muzik video  mereka. Namun, Astro memastikan ruang akan diberikan dalam beberapa persembahan dan acara hiburan yang melibatkan Astro. Bagaimanapun, kami tidak menggalakkan mereka terus bergantung kepada Astro.

Akhir sekali, apakah harapan anda pada konsert akhir AF2014 nanti?

Saya mengharapkan agar mereka dapat menyediakan hiburan yang terbaik di konsert akhir nanti mengikut keistimewaan yang dimiliki dengan memberikan persembahan yang mantap. Jauh di sudut hati saya mengharapkan agar AF2014 menjadi konsert AF yang paling berjaya dalam keseluruhan musim yang ada sebelum ini!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 04:59 PM | Show all posts
"Kami tidak mengutamakan soal kejutan pada tahun ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada nilai persembahan. Kami memutuskan untuk konsert akhir, persembahan perlu dilakukan dalam bentuk muzik video di atas pentas dengan kelengkapan prop dan pencahayaan. Kami juga menjemput beberapa artis jemputan yang turut memeriahkan konsert akhir nanti. Selain itu, kelainan juga pada setiap finalis akan disertakan sekumpulan pasukan khas untuk persembahan mereka. Pada malam itu, mereka akan membawakan satu lagu pilihan dan satu lagi lagu baharu."

music video???
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:00 PM | Show all posts
all the best ewal!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:01 PM | Show all posts
chinchan78 posted on 6-11-2014 01:59 PM
Setuju laling...
Ewal the best student af history..
pakej lngkap..

khen...walaupun ewal kurang tinggi...tp tang lain perfect...ada rupa...sore sedap...semua benda heols pro...agaknya dari kecik kena gi kelas menari...kelas piano gitar semua...16 tahun dah pergi hollywood...thats why heols cepat matang xpadan dgn umo 22 tu



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:01 PM | Show all posts
astro gempak nih mmg slow kan... dah nak final tapi gambar konsert minggu lepas tak update2 lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 05:04 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 04:35 PM
harap cantik la jadinya vc ni kan....x sabar nk tgk....

jisung oppa ..... comelnya mengalahka ...

jisung oppa mmg comel ahaks...

tu la..ai tak sabo gak nak tgk full vc aman...lagu dah best okeh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:04 PM | Show all posts


minggu depan takde dah mcm nih

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 05:05 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 6-11-2014 02:13 PM
hehe... seharian ni dok ulang lagu kembalikan semula jek la sayang... jiran sebelah umah pun dah j ...

setuju uols...kalaulah ewal dapat main piano kat final mmg gempak...bagus untuk heols sebab dapat feel lagu tu better & performance tu akan org ingat sampai bila2 mcm masha main piano lagu destiny dulu

harap sgt takde lg kejadian terlupa lirik & salah masuk semua

u go EWAL...we lebiu



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie posted on 6-11-2014 12:18 PM
wahhh ... ramai sunggu fans si ewal .... budak ni ala2 kipli af3 .. ketot2 kecik2 comel2 ..



over camana nuha tu..
setahu iols nuha tu brutal je
dn x kontrol ayu..jd diri sndiri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:05 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 04:38 PM
i suka dia masa jdi jihu dlm bof....cantik sgt rambutnya....

owh i jatuh cinta masa cerita BOF la...ehehehe..ensem gila kannnnn...cool jahh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:06 PM | Show all posts
elamor posted on 6-11-2014 05:04 PM
minggu depan takde dah mcm nih

mataku hanya fokus kat EWAL seorang

alolo...apesal budak kecik ni comel sangat???
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:07 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 02:23 PM
hi semua.....datang nak merempit lagi .....

sentiasa rindu rumah ni.....

hahahah..takleh lupa topi durian tuh

xsabar tengok diari malam ni uols...mesti ada sesi prektis lagu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:09 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 6-11-2014 02:16 PM
wah gigih betul...perghh... meols pun tak sempat nak godek2 website astro gempak turh.. tangan men ...

khen...maknanya adeep kat luncai emas bawah m nasir gak la...patut pun lagu best

iols balik keje ni nak karok lagu ewal lg dalam keta...dah la hujan nih...nak feeling2
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:11 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:11 PM | Show all posts
bellamya posted on 6-11-2014 05:05 PM
setuju uols...kalaulah ewal dapat main piano kat final mmg gempak...bagus untuk heols sebab dapat  ...

yes my dear...mengharapkan performance yg mantap dan menyengat... semoga semangat dia mcm dia perform kat hollywood tu kembali balik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 05:14 PM | Show all posts
iols rasa spekuan iols music video nuha shoot kat airport mcm betul jah
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:14 PM | Show all posts
Check in.... check it out.... kembali utk merempit dan mereply notices yg berpuluh2...

selamat makan apom balik cheese tadi...

nah meols belanjaaa.....

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:15 PM | Show all posts
kula22 posted on 6-11-2014 03:45 PM
dasatnya....kalau i x terbuat la smpi mcm tu.....

hhaahahah.... meols tetap lakukan demi ewal terchentassss
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 05:16 PM | Show all posts
fredbok87 posted on 6-11-2014 05:14 PM
Check in.... check it out.... kembali utk merempit dan mereply notices yg berpuluh2... {:1_152: ...

iols baru lepas makan karipap


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.301153 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list