CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 4-10-2023 06:10 PM | Show all posts
ahhhhh best giler!!!

tolong la sape2 buat drama ke muvi ke kisah suzanne ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2023 06:27 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-10-2023 10:26 AM

Pejabatku Berhantu Bahagian 7

Macam aku cakap sebelum ni, Jacky dan aku ni satu bas rupanya nak pergi keje ni.  Tapi aku tinggal di kawasan apartmen manakala Jacky duduk dengan orang tua dia di satu kawasan perumahan ni.  Dan kalau nak pergi keje tu aku naik dulu, dalam 2-3 hentian bas tu baru sampai kawasan rumah dia.  Lepas Jacky masuk tu aku pergi dan balik kerja memang dengan dia lah.  Naik bas nombor 227.

Satu malam tu, masa aku tengah dalam bas dengan Jacky nak pergi kerja, Jacky pesan kat aku. "Sue, esok kau jangan pakai baju merah tau", sambil menunjuk kepada sweater jenis kait warna merah yang aku tengah pakai masa tu.  Syarikat kami sebenarnya mewajibkan kami pakai uniform, tapi pejabat aku kan sejuk malam-malam jadi aku memang pakai sweater.  "Esok dah mula perayaan Hantu Lapar kat sini.  Pantang larang perayaan ni, jangan pakai baju merah.  Nanti hantu-hantu tertarik pada kau".  Perayaan Hantu Lapar? Apa tu?  Waktu tu aku belum setahun pun kat China jadi inilah kali pertama aku dengar pasal perayaan hantu lapar ni.  

"Oh, kalau ikut kepercayaan kaum Cina, bulan hantu lapar ni bulan roh-roh di alam barzakh terlepas ke dunia kita".
"Oooohhhh macam Halloween tu ke?".
"Eeerrr ye kot,tapi perayaan ni bukan perayaan suka-suka macam Halloween tu tau.  Ada banyak pantang-larang masa bulan ni."

Aku mengangguk-angguk tanda faham, padahal dalam hati aku sempat mengomel, Jacky ni nama je duduk kat USA bertahun-tahun tapi masih percaya dengan benda mengarut macam ni.  Sampai ofis, Mr C panggil kami berdua.  Ingatkan pasal apa, rupa-rupanya dia cuma nak pesan kat kami,  kalau nak pergi mana-mana, hatta ke tandas sekalipun, kena berteman.  Jangan sorang-sorang.  La nak cakap pasal tu je ke,  Mr C ni kekadang aku menyampah jugak sebab layan kami macam budak-budak.  Tapi Jacky macam tak kisah pun.

2-3 malam kemudian, nak dijadikan cerita, aku terlewat pulak nak pergi keja tu.  Aku tertidur bangun-bangun je dah pukul 7.10 petang.  Bas datang pukul 7.30, kalau lewat aku kena tunggu lagi sejam untuk bas 227 tu membuat pusingan laluan dia.  Tergocoh-gocohla aku mandi bersiap pakai mekap dan tanpa disedari, aku menyarung sweater merah aku tu.

Dah keluar dan sampai ke bawah apartment aku, aku nampak dah ada bas dah berhenti kat hentian bas yang betul-betul berdepan dengan blok apartmen aku ni. Apa lagi berlarilah aku nak kejar bas tu.  Aku betul-betul sangkakan aku dah lewat, aku tak sempat nak tengok bas nombor apa yang aku naik tu.

Naik-naik je aku terus duduk di tempat duduk penumpang paling hadapan, belakang je dengan pemandu.  Tercungap-cungap aku sebab penat kejar bas tadi.  Automatik jugak pintu bas tu tertutup dan bas pun bergerak pergi.  Bas ni tunggu akulah kot, mesti pemandu dia cam aku selalu naik bas ni pergi kerja.

Nak naik bas ni, kena bayar guna kad bas khas. Ada mesin pengimbasnya betul-betul depan pintu masuk bas ni.  Aku pun keluarkan kad aku, nak imbas kad tu tapi eh?  kenapa mesin pengimbas tu jadi tabung pulak ni?  Aku bertanya kepada pemandu bas tu, macam mana aku nak bayar tambang ye aku tak bawak duit tunai.  "Eh takpelah dik.  Esok je adik bayar.  Sekali dengan tambang esok".  Oh pemandu bas tu perempuan rupanya.  Ni pun pertama kali jugak aku jumpa pemandu bas perempuan.  Pemandu tu cantik, senyumannya manis sekali.  Nampak macam dah 30an, rambut panjangnya diikat rapi dan dia memakai topi  dan baju seragam pemandu bas berwarna biru nila.  Aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada pemandu tu.  Aku sempat meminta maaf, sebab sebelum ni bas yang aku naik ada mesin pengimbas tu.

Pastu aku baru teringat, eh bas ni laluan mana ye? Aku silap naik bas ke? Aku tercari-cari jugak nombor ID bas ni, dan selalunya di tingkap hadapan ada skrin yang tunjuk laluan bas ni.  Tapi peliknya bas yang aku naik ni macam bas antik, bas zaman dulu-dulu yang serba ringkas tu. "Errrr kak maaf ye. Nak tanya.  Bas ni lalu syarikat YYY ke?  Selalunya saya naik bas nombor 227".  Pemandu tu dengan senyuman manisnya jawab, "Syarikat YYY?  Tak lalu lah dik".  Alamakkkkkkk  macam mana ni?  "Tapi takpe, akak boleh bawakkan awak ke Syarikat YYY tu.  Tapi lambat sikitla.  Boleh ke?".  Aku berkira-kira nak mintak akak tu turunkan je aku di mana-mana hentian, tapi bila aku tengok kat luar bas, kat luar dah nak gelap dan bas tu dah masuk simpang lain yang bukan laluan bas nombor 227 tu.  "Eerrr takpe ke ni kak?".  "Takpe, takpe. Akak tak kisah.  Lagipun akak bosan jugak tiap-tiap tahun asyik lalu jalan yang sama je.  Sekali-sekala nak jugak beralih angin".

Aku pun ucapkan terima kasih pada akak tu.  Aku capai telefon bimbit aku, niat aku nak hubungi Jacky nak beritau dia aku tersilap naik bas.  Tapi malangnya talian tak berapa kuat masa tu, asyik terputus je. Jadi aku pun hantar pesanan ringkas melalui apps Weixin je kepada Jacky.

Sebab aku duduk paling depan, aku terpandang belakang aku. Eh ingatkan aku sorang je, tapi rupa-rupanya bas tu penuh jugak.  Semua tempat duduknya dah ada penumpang, tua, muda, lelaki, wanita.  Tapi semua penumpang tu duduk senyap di tempat duduk masing-masing dan memandang ke hadapan dengan pandangan mata yang kosong.  Cuma bila bas tu membelok sikit badan diorang pun ikut goyang sikit-sikit.  Tapi takde sorang pun mengeluarkan suara, bergerak sikit pun takde.

"Awak ni orang mana ye? Pertama kali saya nampak orang bukan Cina kat sini", akak pemandu tu ajak aku bersembang.  Aku pun ceritalah serba sedikit pasal aku.  Akak tu sempat puji lagi bahasa Mandarin aku lancar, aku pun puji akak tu kental. Jarang-jaranglah perempuan kerja bawak bas ni.  
"Alah takde apelah dik kerja akak ni.  Biasa-biasa je".  
"Apa cabaran terbesar akak masa bawak bas ni ye?".  
"Bas ni pernah kena rompak dulu".

Dan sekali lagi aku teringat peristiwa rompakan di pejabat aku dulu.  "Samalah kak, saya pun pernah jugak kena rompak dulu.  Tapi nasib baik saya selamat".
"Untunglah adik selamat.  Tapi akak tak selamat pun".  Kami berdua sama-sama terdiam.  Dalam kesunyian malam tu aku dapat rasakan mesti pengalaman akak tu sangat perit sampai dia tak boleh nak luahkannya.
"Maaf kak, saya tak sengaja nak ungkit pasal peristiwa tu."  Akak tu tersenyum pahit.  "Takpelah dik.  Awak ni seorang yang baik.  Akak paham awak bukan sengaja pun".

Beberapa saat kemudian, akak tu memberhentikan basnya di sebatang jalan yang sunyi dan gelap.  Pintu bas terbuka, kesemua penumpang tadi serentak berdiri, beratur dan seorang demi seorang turun di tepi jalan tu.  Aku tengok jalan tu memang takde apa, pondok bas pun takde.  Akhirnya dalam bas tu, tinggal aku dan akak pemandu tu je.

Aku macam terasa nak tanya jugak, tempat ni tempat apa ye?  Tapi naluri wanita aku mengatakan, jangan tanya.  Aku diam je. Naluri aku juga menyatakan jangan pandang belakang, jangan tengok luar tingkap.  Kemudian, pintu bas pun ditutup.  "Okay, akak nak bawak kamu ke Syarikat YYY tu".  Aku cakap ok je.  Aku sempat mengerling jam di tanganku.  Dah pukul 7.50 malam. Alamak sempat ke nak masuk ofis ni?

Tadi kan bas tu lalu jalan yang gelap, tapi dalam gelap tu aku perasan ada satu kawasan tu nampak macam pintu gerbang.  Ada pokok-pokok tinggi yang dahannya saling bersentuhan membentuk seakan pintu gerbang.  Lepas tu ia membelok sikit dan lepas belok tu lah tetiba jalan tu jadi terang-benderang dilimpahi cahaya jalan.  Dan di sana tersergam indah bangunan pejabat aku.  Hati aku melonjak keriangan.  7.53 bas tu berhenti di hentian bas depan pejabat aku.  Sebelum aku turun tu aku sempat tanya, berapa harga tambang bas ni ye? 7 yuan je.  Ok esok aku akan sediakan duit kecik banyak-banyak nak ganti tambang hari ni.  "Oh ye kak, nombor bas ni berapa ye?".  "823 dik".  Lepas tu aku pun teruslah berlari ke pejabat aku, nak kejar punch in pukul 8.00 malam tu.

Sesampainya aku di pintu masuk bangunan pejabat aku, Jacky dan Mr C dah menunggu.  Mr C biasalah muka serius, Jacky pulak muka penuh kerisauan. "Suuuuuueeeeeee kau pegi mana tadi????", Jacky menerpa kearahku.  Jacky cakap dia dapat mesej aku, dia ingatkan aku ni sesat ke. Lepas tu dia cuba jugak nak hubungi aku tapi tak dapat-dapat.  "Eh sorry.  Tadi aku naik bas nombor 823".  Muka Jacky berubah jadi keruh.  Samalah muka Mr C pun macam tu jugak, muka terperanjat.  
"Bas apa awak naik tadi?".
"Bas 823. Kenapa bos?"  
"Pemandu dia perempuan ke?"
"Ye. Eh lupa pulak nak tanya nama akak tu?"
"Dia bawak kau pegi mana? Dia ada cakap apa-apa kat kau tak? Kau ada makan apa-apa tak?"  Bertalu-talu soalan dari Mr C sampai aku tak ingat dah apa lagi soalan yang dia tanya.  Aku sempat mengaku, masa aku naik bas tadi aku berhutang dengan akak tu 7 yuan tambang bas.

Malam tu Mr C panggil aku dan Jacky naik ke bilik dia.  Teruk jugak aku kena basuh dengan Mr C.  Mr C cakap aku ni cuai sangat, kenapa naik bas asing, kenapa naik bas tu sorang-sorang,  kalau lewat kenapa tak telefon dia.  Eh macam-macam la.  Amarah dia malam tu banyak tuju kat aku.  Aku tak tahan, aku pun lawan cakap dia.  "Bos, kenapa layan saya macam budak-budak?  Saya ni dah 23 tahun tau.  Dah dekat setengah tahun saya kerja dengan bos.  Ye saya tahu saya salah, saya orang asing kat sini, ni bukan negara saya, tapi bos tak payahla nak marah saya macam ni sekali."  Lepas tu aku terus berpaling dan keluar dari bilik bos, tak kasi peluang bos aku nak cakap apa.

Jacky la yang datang pujuk aku.  Jacky kata dia risau kenapa aku takde dalam bas 227 tu.  Pastu bila dia cuba balas mesej aku tu, mesej tu tak dihantar keluar.  Jacky cakap, walaupun bandar ni tak sesibuk Beijing, tapi jangan ingat bandar ni selamat sangat.  Barulah lembut sikit hati aku, tapi aku memang tak pandang dah muka kacak Mr C tu. Kalau tengok muka dia rasa macam nak bagi penampar je.

Aku akui betul jugak cakap Jacky tu.  Salah aku jugak sebenarnya.  Aku cakap kat Jacky, esok aku nak naik lagi bas tu, sebab aku dah janji dengan akak tu nak bayar hutang dia.  Muka Jacky pucat lesi bila aku cakap macam tu.  "Eeerrr tak payahla.  Biar aku bincang dgn Mr C dulu."  Sepantas kilat dia bangun dan masuk bilik Mr C.  Aik kenapa nak bincang dgn Mr C pulak?  Tak berapa lama lepas tu, lepas Jacky keluar, dia cakap kat aku, takpe, Mr C dah selesaikan kes hutang aku tu. Esok aku naik je bas 227 macam biasa.  Bermacam-macam persoalan keluar dari mulut aku, tapi Jacky suruh aku lupakan jelah.  Dah bos nak bayarkan hutang kan.  Pada masa yang sama dia sempat cakap, esok jangan pakai sweater merah tu lagi.

Esok malamnya, aku turun awal sikit.  Bas 227 sampai macam biasa.  Teringat pesanan Jacky semalam, aku pun naiklah bas tu.  Tapi aku perasan belakang bas aku tu nampak macam kereta bos.  Tapi itulah kali terakhir aku naik bas 823.  Lepas tu aku tak jumpa dah akak bawak bas tu...
Sebenarnya ada sesuatu pasal bas 823 tu.  Kalau korang nak tau pasal apa, tunggggguuuuu.....


Bersambung

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 4-10-2023 06:27 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 7

Macam aku cakap sebelum ni, Jacky dan aku ni satu bas rupanya nak per ...

Ala..sambung lagi...takpe- takpe sabar menanti..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 07:39 AM | Show all posts
alaaa bestnya bestnya bestnya !!!
kalau kisah antu cina mmg another level

dah dapat 7 episode
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 10:51 AM | Show all posts
waduhhhhh.... xsabo samungannn...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:39 PM | Show all posts
bas hantu la tu.... driver tu dah mati time kena rompak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2023 05:59 PM | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 5-10-2023 06:05 PM

Pejabatku Berhantu Bahagian 8


Sebenarnya selepas kejadian aku marah Mr C tu, aku ada rasa sedikit bersalah pada dia. Tapi selepas kejadian tu Mr C macam dah tak pedulikan aku sgt.  Kami hanya bercakap tentang kerja saja, kalau dulu-dulu ada jugak sembang sikit-sikit dengan Mr C. Sekarang ni Mr C banyak duduk dalam bilik dia je. Nasib baiklah jugak Jacky ni seorang yang peramah dan pandai menyembang jadi takdelah bosan sangat kalau shift malam tu.

Sebelum ni pun masa berdua aku tumpang tidur atas katil sofa Mr C, tapi selepas tu aku dah malu la nak tidur dalam bilik bos.  Jadi port aku nak lelap sekejap sekarang ni atas meja aku jelah.  Jacky la untung, sebab keadaan fizikal dia tu, Jacky buat port sarang tidur bawah meja dia je.  Dia pasang tirai, bawah meja tu dia siap letak selimut dan bantal kecil lagi tu.  Tapi dia cuma boleh tidur mengiring je kalau melentang mmg tak muat.

Tapi sepanjang Jacky kerja kat situ, memang takde dah insiden pelik-pelik ni.  Segalanya normal, dan kerana itu juga, kami jadi cuai. Kalau sebelum ni nak pergi tandas bertiga,  tapi aku dah berani je pergi tandas seorang diri.  Keberanian aku tu akhirnya memakan diri sendiri.

Aku dan Jacky tidur bergilir-gilir.  Tidur pun ada shift jugak hehehe.  Malam tu pukul 12 hingga 3 pagi, aku tidur dulu.  Dah pukul 3 pagi, Jacky kejutkan aku pulak.  Dia nak tidur bawah meja dia.  Aku masih mengantuk lagi, jadi aku pun ingat nak pergi tandas dulu lah basuh muka dan gosok gigi.  "Nak aku temankan ke?", Jacky menawarkan diri.  "Eh tak payahla.  Nak basuh muka je pun".  Jacky suruh aku ajak Mr C, tapi aku tengok pintu bilik Mr C tertutup rapat.  Malas pulak nak kacau diorang, jadi aku pun pergi sendiri.

Di tandas, dah basuh muka gosok gigi, tetiba rasa macam nak buang air kecil pulak.  Jadi aku pun masuklah satu kubikel ni.  Dah membuang apa yang patut, dan pam tandas, dah siap nak keluar tu, sekali tu..... krrrrrreeeeeeeekkkkk.... bunyi pintu kubikel sebelah dibuka.  Aku dah mula rasa tak sedap hati.  Angin kot tolak pintu tu.  Sekali tu aku terdengar bunyi selak pintu ditolak, bunyi penutup tandas diangkat, bunyi macam orang dalam tandas la.  Memang jelas dan nyata sekali sebab malam tu sunyi.

Aku dah mula rasa sedap hati.  Jacky ikut aku ke? Atau Mr C? Dah kenapa nak masuk tandas perempuan?  Kubikel ni bukan macam kat USA yang boleh nampak kaki di bawah tu, memang berdinding penuh.  Jadi aku pun tak dapat nak intai sapa di sebelah.

Rasa macam nak tegur, tapi.... aku rasa tak sedap hati.  Dengan berhati-hati aku keluar dari jamban tu, cuba meminimakan bunyi pergerakan aku.  Ruang tandas aku ni, bahagian sinki yang bercermin tu bersebelahan dengan barisan kubikel jamban tu.  Semasa aku capai pencuci muka dan berus gigi aku kat singki tu,  aku terdengar bunyi tangki jamban dipam, serentak dengan bunyi krrrreeeeekkk pintu tandas dikuak.  Aku tak tau kenapa, mungkin aku terkejut sangat kot, aku terus berlari macam lipas kudung keluar dari situ.


Tandas tu kan di bahagian hujung lagi satu, aku berlari ke pejabat aku macam tak cukup tanah.  Dah sampai di meja aku, aku cuba tenangkan diri dan tenangkan fikiran.  Sapa tadi tu?  Aku selak tirai meja Jacky.  "Oooii ape ni silaulah aku nak tidur ni!".  Jacky memarahi aku kerana mengganggu tidur.  Okey bukan Jacky.  Jadi cuma seorang je suspeknya.

Aku pandang pintu pejabat Mr C.  Mesti dia.  Aku pun bangun dan dengan selamba aku bukak je pintu bilik dia tanpa mengetuk dulu.  Kalau Mr C mesti dia masih ada di tandas tadi. "Eh Sue. Kamu nak apa datang bilik saya ni?", Mr C sedang berada di mejanya sambil menaip sesuatu di papan kekunci laptopnya.  Terkedu aku dibuatnya.  "Errrr takde ape bos. Maaf bos, saya ingat bos errrr.....", terkocoh-kocoh aku tutup balik pintu pejabat Mr C.

Aku kembali ke meja aku. Aku cuba sibukkan diri dengan kerja-kerja yang ada.  Aku taknak ingat dan taknak fikir dah sapa pulak dalam bilik air tadi.  Mungkin ke aku bermimpi?  Atau mungkin ada orang lain guna tandas tu?  Tapi kenapa aku tak dengar pun bunyi tapak kaki?  Lepas kejadian tu memang aku tak berani dah nak ke tandas seorang diri...

Bersambung

Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 5-10-2023 05:59 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 8



Best best

Tak sabar tunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 08:57 AM | Show all posts
setelah 8 episod boleh disimpulkan yg spisis omputeh ni mmg payah nak proses yg hantu tu wujud
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 11:47 AM | Show all posts
bottombikini replied at 6-10-2023 08:57 AM
setelah 8 episod boleh disimpulkan yg spisis omputeh ni mmg payah nak proses yg hantu tu wujud

sebenarnye sebab dia punya imaginasi hantu tu lain kalau kita org asia ni still lebih kurang sama lagi hantunye. pernah terbaca dlm forum ni jugak kot dia pindah luar negara tapi taktau selama ni yang kacau tu hantu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 11:24 AM | Show all posts
Fuuuuuhhhhh Nasiblah ada jacky datang. Lagi2!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 12:03 PM | Show all posts
waiting @mrs_salvatore
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 08:17 AM | Show all posts
eiiii...tak sabar nk taw continue dia...hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2023 11:14 PM | Show all posts
mrs_salvatore replied at 4-10-2023 06:27 PM
Pejabatku Berhantu Bahagian 7

Macam aku cakap sebelum ni, Jacky dan aku ni satu bas rupanya nak per ...

Gilaaaaaaaaa.. Nasib baik tak dibawa pulang ke alam barzakh budak sue ni. Bestnya cerita2 dia. Lagi-lagi!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan rumah, update please. Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hai TT, harap akan ade update cerita ni. Tak sabar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 08:38 PM | Show all posts
TT tengah busy ke tu? Dok menunggu ni.. Hiihihih..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Masih menanti
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I’m still waiting TT
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tiap kali benang ni naik terus buka ingatkan tt yang update
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 - Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, Wi Ha Joon, Gong Yoo ~ 26 Dec 2024 (Season 2), 2025 (Final Season)
Rahah[Netflix 2021] SQUID GAME Season 1,2,3 -
Views : 29125 Replies : 254
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 44248 Replies : 29
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 11125 Replies : 449
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 47200 Replies : 1958
siri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayangkan di Neflix hari ini
YgBenarsiri ikonik Korea, Squid Game 2 ditayang
Views : 13087 Replies : 5
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232317 Replies : 1832
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109982 Replies : 1152
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 52274 Replies : 1477

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.447392 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list