CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: twinkystar

EP24~SABUNLAND~LOVE is CINTA...SEPI itu INDAH>_<

 Close [Copy link]
Post time 15-2-2009 10:08 AM | Show all posts



comeynyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 10:10 AM | Show all posts
?v=0
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:11 AM | Show all posts
?v=0
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:14 AM | Show all posts
?v=0
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:15 AM | Show all posts
?v=0


out pegi makan dulu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:47 AM | Show all posts
10 tahun pilih lelaki idaman

Salam sejahtera Stacy. Saya hendak tanya beberapa soalan peribadi.

1. Bagaimana ciri-ciri lelaki idaman?

2. Sasaran umur untuk

melangsungkan perkahwinan?

3. Ada niat tak nak betulkan gigi ke?

n Jaja Yang Cute, Shah Alam.

Stacy

1. Stacy tiada kisah tentang fizikal. Asalkan dia ikhlas dan benar-benar suka dengan Stacy. Cinta datang dari hati. Bila kita nampak seseorang yang Stacy suka, terus jatuh cinta. Masa itu, tidak kisah tentang paras rupa, janji dia sayang kita.

2. Kalau boleh sebelum berumur 30 tahun. Mungkin sepanjang umur antara 20 ke 30 tahun itu, Stacy berjumpa yang berkenan, apa salahnya terus berkahwin. He he he..

3. Stacy suka dengan gigi yang ada sebab nampak cantik dan cute bila tersenyum. Stacy juga takut kalau betulkan gigi itu, boleh membawa perubahan kepada suara. Biarlah buruk tapi membawa tuah buat Stacy.

Mahu sambung belajar

Hai Stacy. Saya Husna antara peminat setia Stacy. Persembahan yang amat menarik minat saya untuk terus mengikuti perkembangan Stacy.

1. Stacy tidak terfikir ingin menyambung pelajaran pada usia yang masih muda ini?

2. Stacy berapa bilangan adik beradik dan anak yang ke berapa?

3. Setiap persembahan yang di lakukan memerlukan stamina yang banyak. Jadi, tidakkah menjadi bebanan buat Stacy?

n Nurul Husna bt Mohamad, Simpang, Perak.

Stacy

1. Memang sekarang dalam perancangan untuk sambung pelajaran. Buat masa sekarang jadual terlalu padat. Takut tidak boleh bahagikan masa. Cari masa yang sesuai supaya pelajaran tidak terganggu.

2. Stacy adalah anak kelima daripada enam beradik

3. Memang beban sangat. Kalau kita ada semangat dan sentiasa berkobar-kobar untuk lakukan yang berbaik untuk peminat serta dicampur dengan minat, rasanya ia tidak menjadi masalah. Anggap semua itu sebagai cabaran.

Tonton wayang hilang tekanan

Salam sejahtera Stacy. Saya merupakan peminat Stacy dan mengikuti perkembangan diri awak. Selepas dinobatkan sebagai juara AF6. Saya ada beberapa soalan untuk Stacy.

1. Bila Stacy hendak masuk Universiti Lim Kok Wing?

2. Kenapa lagu Indera duet antara Stacy dengan Nubhan tak keluar radio lagi?

3. Selalu ke Stacy pergi Mid Valley?

Terima kasih kerana Stacy sudi jawab soalan saya.

n Fara Syawani, Kulim, Kedah.

Stacy

1. Masih dalam perancangan. Harap-harap bulan April ini impian untuk menyambung pelajaran tercapai. Mudah-mudahan.

2. Lagu itu ada problem itu sedikit buat masa ini. Nantilah Stacy beritahu ya.

3. Pergi ke sana tidak selalu. Tapi kalau hendak tengok wayang, Stacy ke sana. Jalan kaki pun boleh. Kalau ada masa, dalam sebulan, Stacy tonton wayang tiga kali.

Mahu jadi artis contoh

Hai Stacy. Terima kasih kerana memilih soalan-soalan saya yang tak seberapa ini.

1. Orang mula mengatakan bahwa Stacy ialah Britney Spears Malaysia. Kita semua tahu bahawa Britney Spears adalah seorang artis yang berperangai buruk. Apakah pandangan stacy mengenai hal ini?

2. Apakah hadiah paling istimewa yang pernah Nubhan berikan kepada Stacy?

3. Apakah filem terbaru yang Stacy telah tonton?

terima kasih. Terus berjuang untuk menaikkan nama Akademi Fantasia.

n Insan Malu.

Stacy

1. Stacy minat menari dan menyanyi. Jadikan Britney Spears sebagai idola kerana keupayaannya yang boleh menari dan menyanyi sekali gus.

Tetapi tidak semestinya orang pandai menari berperangai buruk. Stacy mengikut stail sendiri.

2. Tiada. Tapi dia adalah kawan baik dan banyak menolong Stacy.

3. Ombak 2 dan Underworld. Best giler!

Album baru akan terbit

Hai Stacy. Saya merupakan peminat Stacy. Saya minat Stacy sejak AF6 lagi. Stacy memang berbakat dan saya ada beberapa soalan nak tanya dekat Stacy.

1. Bila nak buat album terbaru?

2. Apa hubungan Stacy dengan Nubhan. Macam ada apa-apa saja.

3. Macam mana nak berhubung dan mengetahui tentang aktiviti Stacy dengan lebih lanjut?

Semoga Stacy lebih berjaya pada masa akan datang.

n lya, Kuala Lumpur.

Stacy

1. Dah buatlah. Sekarang tunggu masa nak dilancarkan secara rasmi. Difahamkan, cakera padat Stacy sudah berada di pasaran baru pihak Maestro adakan majlis perasmian.

2. Itu hanya semasa di AF dahulu. Saling bergurau dan gosip adalah untuk suka-suka sahaja. Kita memang tiada hubungan istimewa.

3. Boleh beri layari [email protected]

Damba persembahan antarabangsa

Soalan Untuk Stacy

1. Sepanjang pengalaman menjadi artis, apa kenangan yang paling manis dan tak dapat dilupakan?

2. Adakah Stacy mendapat tawaran untuk bertanding pada apa-apa pertandingan nyanyian di luar negara?

3. Tahniah dengan gelaran Agnes Monica Malaysia, apakah perancangan Stacy seterusnya untuk berjaya di dalam bidang seni?

n Zizan, Kota Bahru Kelantan.

Stacy

1. Banyak sangat. Kalau yang paling besar, semasa menjuarai AF6 dan menjadi finalist Anugerah Juara Lagu 2008.

2. Belum lagi. Masih menunggu dan berharap sekiranya ada tawaran untuk membuat persembahan di luar negara.

3. Sekarang ini Stacy cuba mencari idea dan konsep baru untuk menyanyi agar peminat tidak bosan. Cuba cari kelainan, tidak semestinya yang sama sahaja.

Stacy pertaruh Gagap

Terima kasih banyak-banyak kerana menjawab soalan saya. Saya merupakan salah satu peminat nombor satu Kak Stacy.

1. Saya selalu melihat Kak Stacy tersenyum apatah lagi di depan peminat. Apa yang membuat Kak Stacy selalu gembira?

2.Kak Stacy ada emel, myspace atau friendster tak?

3.Saya suka semua lagu Kak Stacy, apa lagu terbaru Kak Stacy?

n Ain Azlina, Subang Jaya, Selangor.

Stacy

1. Mungkin masih terkejut dengan apa kejayaan yang dikecapi sekarang. Mungkin juga Stacy terkena kejutan budaya kot. Rasa gembira dan terharu tuh masih terbit sampai sekarang. Stacy bersyukur dan perasaan ini secara langsung kelihatan di luaran Stacy.

2. Boleh gunakan [email protected].

3. Single terbaru Gagap. Nantikan album terbaru Stacy ye.

Rasa diri seorang peminat

Salam sejahtera Stacy. Semoga anda sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin bertanyakan sesuatu tentang diri Stacy.

1. Macam mana Stacy mengawal keadaan apabila bergaul sesama artis atau pun 'persaing' Stacy di bidang seni ini?

2. Siapa teman yang paling akrab semasa di AF6 dulu. Sekarang pula bagaimana?

3. Apakah pengalaman manis serta pahit sepanjang bergelar seorang artis?

n Jay Hensem, Sepang.

Stacy

1. Stacy masih letakkan diri seperti peminat yang sentiasa teruja bila berjumpa dengan artis kesayangannya. Rasa gembira bila bertemu dengan artis yang diminati, masih teruja. Jadi tiada istilah pesaing dalam bidang Stacy kerana Stacy amat menghormati mereka.

2. Rizz, Nadia, Toi dan Nubhan. Sekarang, Nubhan dan Toi sebab tinggal sama kondominium dengan Stacy.

3. Festival Filem Malaysia (FFM) yang lalu. Tidak mahu ingatlah. Tetapi Stacy jadikan ia sebagai pengajaran.


krd pancaindera..
ada gak tanya psl mid valley..

[ Last edited by  swancat at 15-2-2009 10:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2009 10:51 AM | Show all posts

Reply #1366 swancat's post

wakakaka den tau sapa yg bg soklan mid valley tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:52 AM | Show all posts
Thankss swan...   hehehe...tersenyum jee baca ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 10:53 AM | Show all posts
akhirnyee dapat tengok gak sabun in ac disini.... betullaa pandangan mata sa pada bun... menusuk hati...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:54 AM | Show all posts
monink...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:54 AM | Show all posts
hehehe sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:54 AM | Show all posts

Balas #1367 teha_sweetygurl\ catat

sape?...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:55 AM | Show all posts

Balas #1368 qupid\ catat

qupid..miss u...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:55 AM | Show all posts

Reply #1372 swancat's post

cousin den...
senyap2 dia suka sabun..terbongkar rahsia dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:56 AM | Show all posts
morning swan....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:57 AM | Show all posts

Reply #1369 qupid's post

kannn... pandangan mata..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2009 10:57 AM | Show all posts
swan.... miss u too...   ( cam jejak kasih lak)

* haa sepupu sweet??? hehehe suke sabun jugak ek..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:58 AM | Show all posts
bagus2 cousin I..nanti I bg hadiah

owh lagu indera ada problem
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:59 AM | Show all posts

Balas #1374 teha_sweetygurl\ catat

spupu ko ker.. ... mak den pn bg komen gak masa tgk tv smalam..adakah mak den minat sabun.. ..den sndiri x tau...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2009 10:59 AM | Show all posts

Balas #1377 qupid\ catat

kan..lama kita x jumpa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:52 AM GMT+8 , Processed in 0.138620 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list