|
Rumah seram Shah Alam-penulis asal cerita rumah RM 50 detected pg 55 #1363
[Copy link]
|
|
laxmanall posted on 26-2-2013 02:00 AM
nia ada update pasal rumah rm50 tu; bukan la harga sewa die $50 tapi deposit ye; ga ...
setelah membuat pelbagai carian, san dpt jumpa dar mana asalnya cerita tu. i believe it is a true story
namun, rumah sewa tu bukan rumah sewa seperti dalam gambar yg dipaparkan di sini. penulis asal juga tidak menyatakan secara tepat di mana kedudukan rumah tersebut. yg pasti, ini antara fakta2 yg diceritakan oleh sumber asal:
1)rumah tersebut berdekatan wet world, ada pokok ara berdekatan rumah, manakala busut tu pula letaknya betul2 bertentangan pintu belakang. si naim dan salleh gali busut tu bukan kasi rata, dorang gali sikit je supaya pintu belakang rumah tu bleh bukak betul. sbbnya busut tu menghadang pintu tersebut dr dibuka habis, dapat buka sikit je
2) mereka hanya duduk di rumah tersebut 2 hari 1 malam saja. kata penulis asal, masuk pagi rabu, khamis petang mereka keluar dr rumah tersebut. sbb itu tak ramai penduduk di kejiranan yang tahu tentang kejadian tersebut, yg juga hanya diceritakan kepada kawan2 rapat
3) menurut penulis juga, mereka bukan kumpulan pertama yg duduk di rumah tersebut, sebaliknya banyak kumpulan pelajar cuba menyewa di situ, namun paling lama bertahan pun sehari atau dua hari. cuma kumpulan dorg je satu2nya yang menyewa dan megakibatkan kematian
4) menurut penulis, dia tidak kisah cerita ini di copy pasta, tetapi ada pihak yg menokok tambah cerita (contohnya, rumah tersebut bukan rumah seperti dalam gambar yg didakwa)
5) ada orang lain mendakwa kawannya juga menyewa di rumah yg sama (di thread asal), juga diganggu oleh jelmaan budak. menurut pencerita, rumah itu kelihatan tenang saja dari luar
6) menurut penulis asal,bukan sewa rumah yang RM 50, cuma deposit saja yg RM 50.
7) menurut penulis lagi, kisah ini sebenarnya panjang dan ada peristiwa2 lain yg berkaitan yg tidak diceritakan
8) menurut penulis, di kiri dan kanan rumah sewa itu diduduki orang cina, jadi ia bukan rumah lot tepi seperti dalam gambar yg didakwa
melalui beberapa sumber, anak kepada tuan rumah ini juga mengaku semua cerita tersebutialah benar dan rumah tersebut bermasalah:-
1) asalnya, rumah tersebut didiami oleh seorang pengamal ilmu hitam dan keluarganya yang dijumpai mati dibunuh di situ, tapi mayat pengamal ilmu hitam tidak ditemui sampai sekarang
2) pernah berlaku kejadian di mana sekumpulan pelajar tabligh cuba untuk tinggal di situ, pada waktu maghrib, mereka duduk berkeliling dan membaca doa (utk keselamatan mungkin), namun secara tetiba jatuh satu kepala manusia di tengah2 mereka. lantas mereka lari meninggalkan rumah tersebut.
3) menurut anak tuan rumah juga, ayahnya keberatan untuk menyewakan rumah itu, tetapi penyewa berkeras mahu duduk juga walau dilarang keras oleh tuan rumah.
4) rumah tersebut telah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk dirobohkan, namun usaha merobohkannya gagal.
Kalau korang nak baca, ini ialah link asal kejadian ini diceritakan oleh penulis, yg menggelarkan dirinya Mr. Q. kalau tak rajin nak baca, saya dah summarizekan fakta2 lanjut di atas.
http://gengcerita.activeboard.com/t40017489/uma-seram-seksyen-2/
http://gengcerita.activeboard.com/t40023988/uma-seram-seksyen-2-2/
Last edited by Santeira on 19-5-2013 12:38 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Info tambahan, berita ni dikeluarkan akhbar kosmo sekitar 2011:
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sumber http://www.zuarxpdc.com/2011/07/ ... .html#ixzz2TiQX5esG
rumah lot tepi dalam gambar tu bukan kat jalan sri cempaka, yg tu kat jalan bunga raya. dan rasaya rumah yg dimaksudkan oleh pakcik ni ialah rumah yg diceritakan oleh MR. Q la kot, sbb kena tarik kaki sampai jatuh katil. dah dirobohkan pun katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
antara rumah sepanjang jalan bunga cempaka:
Al-fatihah kepada kawan2 penulis asal yg telah meninggal dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 19-5-2013 02:04 PM
Info tambahan, berita ni dikeluarkan akhbar kosmo sekitar 2011:
ada gak dgr banglo yg ilang / dah roboh kt sek 2.. kt sebelah sirim ke
|
|
|
|
|
|
|
|
nice info mod @Santeira .. umah nie ade lagi tak kat sini? malam nie nak g Shah Alam nk try la lalu.. hihihiii |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 19-5-2013 12:35 PM
setelah membuat pelbagai carian, san dpt jumpa dar mana asalnya cerita tu. i believe it is a true ...
setelah sekian lama ni........tp mse baca cter mr.q tu mmg sblm tu pnah dgr...kakak sy ex itm yg cter....x sangka btol....
|
|
|
|
|
|
|
|
tuan rumah tak nak sewakan rumah..
habis tu bakal penyewa yang insist nak sewa rumah tu dapat contact no. tuan rumah dari mana..??
|
|
|
|
|
|
|
|
Khatam baca arini. Selama ni baca sekerat2 je. Nak g ronda2 sana tp takut mlm x tido... |
|
|
|
|
|
|
|
angker habis!! |
|
|
|
|
|
|
|
Urban legend utk Shah Alam. Mari kita sediakan pasukan mencari entiti! woowowooo |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya penulis citer tu bgtau rumah tu banglo 2 tingkat.. so yg dia maksudkan jiran maybe rumah sebelah kiri dan kanan dan tak semestinya jiran yg bercantum rumah sederet (rumah teres intermediate).. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa saya belajar kat ITM Shah Alam dari tahun 96 - 98, saya menyewa di Jalan Bunga Teratai 2/18, Seksyen 2 Shah Alam. Tak jauh dari rumah sewa tu, ada juga banglo yang dikatakan berhantu. Dengarnya, kumpulan tabligh pernah mendiami rumah tersebut tetapi tak lama sebab tak tahan dgn gangguan. Rumah banglo tu dulunya sebaris dgn tadika yang berwarna warni tu.
Kata ipar saya kata, mulanya ada orang beli rumah tu dan lepas mrk renovate dan cuba hendak duduk, mereka tetap kena ganggu. Akhirnya, rumah tersebut dirobohkan. Tak tahulah samada rumah yang dimaksudkan rumah lain sebab dulu pernah juga saya dengar pasal banglo RM50 semasa saya masih menuntut. Kalau tak silap, rakan member serumah saya pernah menyewa rumah tersebut berdua sahaja. Iyalah, mereka dari kampus cawangan, mana nak tahu pasal cerita rumah ni. Yang saya ingat, kecoh juga seketika sebab bila mereka bangun tidur, sedar sedar mereka kat Kompleks PKNS. Tapi, cerita ni taklah luas tersebar.
Berkenaan dgn rumah banglo yg berdekatan dgn rumah sewa kami tu, memang agak menyeramkan. Kebetulan pula, tuan rumah menyediakan tandas dan bilik mandi kat kws belakang rumah sewa. Jadi, kami selalu terkena tempiasnya. Selalu benar kena ganggu. Tak tahulah, ada kaitan dgn banglo tersebut ataupun gangguan tu memang dr rumah yg kami sewa sbb member serumah sampai terpaksa berhenti belajar gara gara sakit selepas terserempak dgn makhluk hitam ketika hendak ke dapur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rasanya betul la rumah tu onnabila.. kan mod San ada sebut anak tuan rumah tu bgtau memang tabligh penah duduk and rumah tu dah dirobohkan.. saya memang keja kat shah alam, tapi takde le berani nak g melawat rumah2 ni heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
kroit92 posted on 8-6-2013 06:24 PM
kenapa lah aku gi baca cerita mr g nih
besok kroit ada last final paper tau tak, baru nak ...
Aku pun sama kroit, takut nk tido n g toilet mlm ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Peya posted on 8-6-2013 09:32 PM
Aku pun sama kroit, takut nk tido n g toilet mlm ni...
bertabahlah kaka peya
|
|
|
|
|
|
|
|
Kna tukar nma rumah jadi rumah deposit rm50 plak.. hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 19-5-2013 12:35 PM
setelah membuat pelbagai carian, san dpt jumpa dar mana asalnya cerita tu. i believe it is a true ...
thanx mod atas pencerahan cerita mr q......baru dapat tahu kisah mr q yg sebenar, sungguh tragik ....walau cite sebenarnye telah diringkaskan, cukup memadai ....tapi masih ada orang pertikai juge.......anyway, his story seems to be true... |
|
|
|
|
|
|
|
Santeira posted on 19-5-2013 02:04 PM
Info tambahan, berita ni dikeluarkan akhbar kosmo sekitar 2011:
is there any chance i can see mr g?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|