|
Nera Nafi Dipilih Sertai AF9 Kerana Cantik?
Teks oleh Razif Rosdi
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 27 MEI 2011: Kekal sehingga konsert minggu ke-7 Akademi Fantasia 9 (AF9), Nera atau nama sebenarnya Queennera Francis Kitingon dikatakan hanya di Afundi kerana mempunyai rupa paras yang cantik.
Bagaimanapun, ketika ditemui portal murai.com.my sebaik saja namanya diumumkan disingkirkan dari AF9, Nera menjelaskan segalanya tidak benar. Pun begitu, gadis seiras Tiz Zaqyah dan Velvet ini menerima pandangan tersebut dengan hati terbuka.
"Nera tahu Nera mempunyai vokal tersendiri. Bagaimanapun, kebanyakkan lagu yang diberikan pada Nera agak kurang mencabar kreadibiliti vokal Nera. Namun, Nera berterima kasih kerana sedikit sebanyak lagu -lagu ini mengajar Nera untuk menjadi penyanyi versatile.
"Mungkin Nera agak lambat diberikan lagu mencabar sehinggalah minggu ke-7. Pun begitu, Nera tak salahkan sesiapa dalam hal ini. Nera tahu ini adalah format Akademi Fantasia. Sedikit sebanyak, apabila Nera keluar minggu ketujuh ini, penonton sudah tahu kemampuan Nera.
"Nera sudah buktikan pada semua orang, Nera boleh menyanyikan lagu balada yang mempunyai range vokal yang tinggi. Terima kasih kepada semua yang menyokong Nera selama ini," katanya.
Dalam pada itu, Nera menafikan dirinya sering dilanda kesakitan apabila menyertai AF9 seperti mana dakwaan teman seperjuangannya sebelum ini.
"Nera memang tahu tentang hal pelajar sakit ini. Namun, Nera tak mahu komen lebih lanjut tentang perkara yang dikatakan Nera terkena buatan orang. Apa yang pasti, Nera hanya ada sakit-sakit biasa saja seperti batuk dan selesema," ujarnya.
Apapun, Nera mengakui faktor dia digosipkan bercinta dengan Azri itu sedikit sebanyak menganggu jumlah undiannya.
"Mungkin ada benarnya gosip Nera bercinta dengan Azri itu membuatkan penonton sedikit menyampah dan meluat dengan Nera. Pun begitu, Nera dan Azri tidak bercinta dan ia hanyalah usikan kawan-kawan saja.
"Bagaimanapun, Nera akui dalam akademi, Azri adalah teman Nera yang paling rapat selepas Kak Miza tersingkir," jelasnya.
Sementara itu, Nera turut membuat penjelasan eksklusif tentang Azri yang dikatakan ada melamar dirinya sebagai kekasih hati. Ingin tahu penjelasan tersebut, jangan lupa menonton Apa Kata M? (AKM) episod sepuluh Jumaat Ini bermula jam 4 petang manakala di Astro @15 pada Ahad jam 9 malam.
http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=9719&c=50&s=238 |
|