CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Rindianiey

SuamI Lafaz Taklik Setelah 5 Tahun Hidup Berpoligami

 Close [Copy link]
Post time 6-7-2017 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sebu1 replied at 6-7-2017 01:53 PM
Panggil mod@Sasha untuk selesaikan

Bole cuma selalunya ada RP ni atas permintaan TT di atas alasan tertentu yg munasabah. Kalau dia ok utk turunkan i bole adjust.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2017 04:35 PM | Show all posts
afja replied at 6-7-2017 02:39 PM
Mannak is giler.
As giler as neelofar

ayat ni win sgt-sgt, bukan pasai manak tapi pasal neelofarrr
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 04:36 PM | Show all posts
Sasha replied at 6-7-2017 04:14 PM
Bole cuma selalunya ada RP ni atas permintaan TT di atas alasan tertentu yg munasabah. Kalau dia o ...

Sasha, thread tu sgt menaikkan darah, kalu sesiapa darah tinggi baik jgn baca
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 6-7-2017 04:36 PM
Sasha, thread tu sgt menaikkan darah, kalu sesiapa darah tinggi baik jgn baca


Setuju yunk  
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
lin rin.. i mmg baca kisah u dari dulu..

so sekarang rumah rin masih nama rin and suami ke?

rin tak rasa ke yg rin ni dipergunakan kononnya sebelum ni silap rin?
suami rin macam dah saiko dah lama dari dulu lagi dia tahu kelemahan rin ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blingblings replied at 6-7-2017 04:36 PM
Sasha, thread tu sgt menaikkan darah, kalu sesiapa darah tinggi baik jgn baca

kenapa naik darah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
I surrender awal-awal baca kisah rindiani ni.. nama sedap macam lagu rindiani - slam.. jangan nanti husband u nyanyi lagu tu.. terus cair

I doa semoga dipermudahkan untuk u dan anak-anak
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 12:47 AM | Show all posts

sbb citer baiknye poligami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 12:59 AM | Show all posts
Memandangkan rmi tanye benang rin yg hilang dulu, tak sonok lah ade yg tau dan ade yg clueless ...
infringed the right of  forumer yg tak dpt bace thread lame2 sblmnya sbb isu yg sama..

ni aku copy paste bulat2 dr thread yg lama dulu.

TAJUK: Jatuh Talak @Tak

Semalam kami bergaduh, antara kata2 suamiku..

1) "Kau berambus dari rumah aku, aku dah taknak kau lagi"
2) "Baik, kau nak sangat jual rumah ni.. Kau jual rumah ni, lepas ni kau ikut haluan kau, aku ikut haluan aku"
3) "Aku nak buat apa aku punya suka lepasni.. Kau jangan anggap aku suami kau lagi"
4) Masa gaduh dia maki hamun saya pastu saya ckp.. "Kalau saya ni binatang, kenapa abg kawen dengan binatang.. kenapa x ceraikan aja saya?" Dia jawab.. "Aku ceraikan kau nanti" Dia maksudkan ceraikan kau nanti coz dia ada sebut dia nak g mahkamah.. "kalau kau xnak g mahkamah, biar aku sendiri g mahkamah"

Jatuh talak ke tak semua kata2 dia tu.. Penat dah saya mendail no pejabat agama xde yg angkat..

TAJUK: Rindianiey kini bermadu..


Tajuk thread takleh blah. Entah tak tahu ada atau tidak keperluan bukak thread ni. Tapi setiap kali Rin muncul di mana2 thread reply post akan jadi permasalahan thread di'warning'. Mungkin inilah yang terbaik.

Selepas Rin buat keputusan untuk cuba menerima perempuan tu. Sememangnya bukan mudah. Setiap kali giliran rumah Rin, pasti pertemuan dgn Hubby menjadi pergaduhan besar kerana hati Rin belum betul2 redha. Dalam2 mengamuk bila berbaik dan berbincang, hubby banyak redakan hati Rin. Tapi sebenarnya hati Rin jadi redha bila melihat wajah mendung madu Rin. Rin namakan dia sebagai Ida. Dan pertemuan demi pertemuan di antara Rin dan Ida walau kadang2 Rin sebenarnya tak suka, tapi kenali diri Rin, Rin tak boleh nak menyakiti hati Ida bila dia ada di depan mata Rin. Rin tak sampai hati. Dia juga manusia biasa. Saat Rin bersetuju menerima dia, Rin taknak lagi menyakiti hati dia dan berharap dia tidak akan menyakiti hati Rin. Dan sememangnya dia tak pernah sakitkan hati Rin.

Permulaannya, kami tinggal berasingan dan Hubby membuat giliran selang sehari. Tetapi setiap kali tiba giliran Rin, hati Rin mesti akan rasa curiga, akan teringat2 agaknya mcm mana Hubby layan Ida. Adakah istimewa? Adakah lebih baik dr Rin? Hati sentiasa berprasangka. Dan setiap kali tiba giliran Rin, seringkali end up kami bergaduh. Tapi bila Rin fikirkan balik. Keistimewaan Ida. Dia sangat penyabar dan x pernah bergaduh dgn Hubby. Bukan hubby x maki hamun dia. Tapi dia jenis yang tak suka bergaduh. Dia suka berbincang dan dia nasihat benda yg sama dekat Rin. Jangan ditambah api pada api (hubby) tp jadilah air. Dia sebenarnya lebih matang dari Rin. Itu hakikatnya. Rin terlalu ikut darah muda. Kuat melawan. Hehe sebab tu skrg ni tumbuh tahi lalat dekat bibir.

Ada juga Rin bergaduh dengan Hubby depan Ida dan Ida cuba redakan kami. Tapi kami panas. Rin kuat melawan. Jadi end up hubby keluar rumah, dah cool baru dia balik. Masa hubby kuar rumah, Ida ckp baik2 dgn Rin. Jgn sekali2 melawan. Biar hubby nak mengamuk, nak marah tp kita diam. Bila kita diam, automatik dia akan reda sendiri. Dan bila dia dah ok baru bincang. Dia x kasi Rin bergaduh depan anak2 dan suruh fikir perkembangan umar kalau asyik bergaduh aja..

Setiap kali tiba giliran Rin, Hubby x pernah call Ida untuk tanya khabar ida buat apa. Ida pun tak pernah call hubby depan rin. Sedangkan kalau hubby dekat rumah Ida, setiap malam dia akan call Rin dan tanya khabar Rin dan Umar. Dan Rin pun bila nak call hubby, rin just call aja.

Rin sebenarnya belum benar-benar redha sehinggalah satu hari babysitter Umar takde pergi KL. Kebetulan bibik pun xde coz dekat Singapore. So rin mmg buntu coz xde sapa nak jaga umar. Rin bgtau Hubby, Hubby pun suruh Rin hantar Umar dekat Ida. Dan hari tu pas balik kerja Rin hantar Umar dekat Ida. Rin sampai umah ida pun dah kul 10 lebih. Hubby mati2 suruh Rin tido sana aja sebab kesian Rin tido sorang2. Selama ni bertemankan Umar tiba2 tido sorang2. Rin xnak. Mati2 Rin nak balik. Coz kucing2 xde sapa nak jaga nanti. So Hubby tekad nak ikut Rin balik dan ajak Ida sekali tido rumah Rin.

Rin x pernah terfikir pun akan buat keputusan tinggal serumah. Tapi hari tu hubby berkeras nak temankan Rin dan kebetulan Ida kena jaga Umar, so kenalah angkut Ida sekali coz esoknya hubby nak terus g keja dan Ida bawak balik Umar. Malam tu bila sampai rumah Rin layan Ida mcm biasa dan buatkan air. Kebetulan time dah kul 12 lebih. Rin berkursus esoknya. Hubby suruh Rin pergi tido biar Ida tgk2kan Umar. Rin cakap, "Tak boleh tido dulu sebab baju belum gosok lagi" Rin amik baju dan nak gosok baju tp hubby halang cakap "Xperlah, nanti abg gosokkan. Penat syg nanti nak bgn awal esok". Dia mati2 suruh Rin pergi tido dan Rin tgk dia suruh Ida gosok baju Rin. Rin x tido pun. Rin siapkan susu umar seme then baru baring2. Rin tunggu Ida siap gosok baju rin coz rin nak gosok tudung tp ida mintak tudung tu biar dia gosok. Lepas tu rin tido dan Ida amik Umar dan tido sebelah Rin. Umar kat tgh2..

Sebelum Ida masuk bilik Rin, Rin x tido tp dengar la apa hubby n ida buat seme. Tapi ntah kenapa Rin pelik hati Rin xde rasa cemburu pulak coz mereka depan mata rin. Hubby masuk bilik rin dan say goodnite dan kiss Rin. Then baru dia kuar g layan umar n ida tgk tv. Tapi x lama pun coz lepas tu hubby suruh ida tido dan tidokan Umar.

Esoknya bangun pagi Rin buatkan Ida n hubby air dan siap2 g keja. Hubby dan Ida keluar dulu coz rumah Rin jauh dr kastam. Masa tu hati rin rasa lega aja dan tak rasa serabut coz mereka depan mata rin. Kalau tidak, Rin sentiasa berprasangka buruk.

Esoknya hubby dah call siap2 suruh rin tido rumah dia aja.. So esoknya rin balik amik baju dan bagi makan kucing seme baru pergi rumah ida dan belikan lauk pauk. Sampai aja Ida terus hidangkan makan yg rin beli dan buatkan air. Kami makan sama2.. Tapi masa makan tu rin kecik hati dgn hubby coz Ida mkn sikit aja. Dia berkali2 suruh Ida tambah nasi tp x suruh pun rin tambah nasi. Hehe benda kecik aja padahal hubby ada letakkan lauk dalam pinggan rin pastu letakkan dlm pinggan ida tp kes hubby x pelawa rin tambah nasi, rin kecik hati..

Pas aja makan, rin siap2 nak balik. Xmo tido sana. Bila hubby tanya rin x jawab tp dia tanya berkali2 kenapa pulak? Apa salah dia? Rin pun ckp rin x puas hati dia concern sgt suruh ida tambah nasi sedangkan x suruh pun rin tambah nasi. Benda kecik aja sebenarnya. Dia mengamuk ckp rin ni perangai teruk dan kami bergaduh depan Ida n Umar. Ida mcm cuba redakan hubby tp sebab rin melawan, hubby maki2 Rin. Pastu bila rin dah diam dia tetap marah2 rin.. Rin terus berlari turun bawah n pergi dekat kereta. Ida dtg kejar rin. Masa tu la Ida ckp dari hati ke hati dgn Rin..

Smbgn:

Dalam kereta.. Ini antara perbualan kami..

Ida: Janganlah macam ni Rin. Mungkin abang tak perasan apa yang dia buat. Janganlah buat macam ni. Kita hidup bermadu perlulah banyak beralah.

Rin: Ida, Rin dah mula sayang Ida. Rin dah mula boleh terima Ida. Rin dah mula rasa serasi dan mula terima keputusan abang untuk hidup serumah. Tapi mcmana kita nak terus hidup serumah mcm ni? Sedangkan perkara2 mcm ni abang tak ambil berat. Abang ada dua isteri. Abang perlu adil. Xleh lebihkan Rin mahupun Ida.

Ida: Rin, abang bukan malaikat. Abang tu manusia biasa. Mungkin dia tak perasan apa yang dia buat. Sebab Ida selalu malam susah nak makan. Sebab tu dia risau agaknya.

Rin: Kalau ida di tempat Rin, Ida cemburu tak kalau abang lebihkan Rin?

Ida: Ida isteri kedua. Ida takde hak nak mintak lebih2. Walau dalam apa jua keadaan, Ida kena mengalah. Ida sedar diri Ida ni yang kedua. Keistimewaan semua dekat Rin dan Ida serba kekurangan. Tapi Ida tak kisah. Yang penting Ida dapat kasih sayang abang. Ida ikhlas terima abang dan Ida kena terima semua ni.

Rin: Entahlah Ida. Tapi Rin dan abang panas. Kami tak boleh serasi. Rin rasa sampai bila2 kita tak akan bahagia sebab keputusan bermadu ni bukan mudah. Rin tak boleh terima kalau abang maki2 Rin, abang marah2 Rin.

Ida: Abang tu cepat cool orangnya. CUma Rin jangan melawan. Rin ingat Ida x pernah kena marah dengan abang? Lambat amik abang 5 minit kena maki. Sama aja layanan dia dekat Rin mahupun Ida. Tapi Ida tahu dia panas baran Ida x pernah lawan balik. Ida diam aja. Sampailah dia cool sendiri. Bila dgn Ida, dia jarang marah sebab Ida x pernah melawan. Cuba Rin banyak2 bersabar dgn abang. Jangan sekali2 melawan. Biarkan dia nak marah ke apa nanti bila dah sejuk barulah berbincang. Rumah tangga takkan bahagia kalau asyik nak bergaduh aja.

Rin: Entahlah Ida. Susah bagi Rin sebab hati RIn ni dah keras. Rin dah bersabar dgn dia 8 tahun. Rin rasa Rin tak boleh nak sabar lagi. Rin rasa Rin x mampu nak jadi isteri yg baik untuk dia. Ida, biarlah Rin bercerai aja dgn abang. Rin x fikir kita boleh bahagia.

Ida: Kenapa nak bercerai? Kenapa ada masalah aja fikir nak cerai? Rin tak kesiankan Umar?? Rin tak fikir masa depan Umar? Rin nak Umar terbiar dan jadi mcm anak2 Ida? Rin tahu tak mcmana siksa perasaan Ida bila Ida x boleh jumpa anak2 Ida. Rin ingat dgn bercerai boleh bahagiakan Umar? Rin ingat bila Rin dan abang selalu bergaduh, emosi Umar tak terganggu?? Rin tak tgk ke kenapa Umar tu aktif semacam aja? Rin x perasan ke Umar tu perlukan kasih sayang Ibu dan Ayah dia? Kenapa setiap kali ada masalah nak bercerai? Kalau Ida nak rampas abang dari Rin, Ida dah lama boleh buat. Ida boleh hasut abang ceraikan Rin. Ida boleh sangat nak buat tapi Ida kesiankan Umar. Ida taknak Umar jadi mcm anak2 Ida. Dan itulah yang selalu Ida ckp dgn abang. Sebelum fikir nak bercerai, fikirkan Umar. Allah bagi peluang Ida kenal abang yang hati dia sangat ikhlas. Dengan suami Ida sendiri Ida x boleh nak bagi 100% hati Ida tapi bila Ida kenal abang, Ida dah berjanji dgn diri Ida, Abglah lelaki terakhir yg akan bawa Ida ke syurga. Ida dah tertutup pintu hati setelah Ida kecewa dlm rumahtangga Ida dan abg berjaya buka pintu hati Ida. Tapi Ida tak boleh tamak. Tak boleh fikir diri Ida aja. Ida amik abg dr org lain jadi Ida xde hak nak bolot abg sorang2. Abg hak Rin. Jadi Ida sedar siapa diri Ida dan Ida xnak kerana Ida rumahtangga RIn dan Abang hancur. Ida cuma nak menumpang kasih. Selama ni Ida x pernah dapat semua ni. Ida tak pernah dapat kebahagiaan. Rin sendiri tahu mcm mana Ida dilayan mcm org gaji masa duduk dekat rumah Larkin dulu. Mak abah mesti dah ceritakan semua dekat Rin. Sekurang2nya Ida bersyukur dgn abang, baju Ida berganti, Ida masih boleh merasa pakai make up, pakai barang mahal2 tp dgn suami Ida sendiri, Ida x pernah dapat apa2.. Rin fikirlah Rin. Rin beruntung sangat dapat abang. Rin beruntung dapat mcm2 kemewahan dgn abg. Abg tu mmg sygkan Rin. Kalau x sygkan Rin, takkan setiap kali dgn Ida abg cerita pasal Rin. Asyik teringat pasal Rin. Asyik risau pasal Rin. Ida tahu dia sayang Rin sangat2 tp Ida pun bertuah sebab Ida dapat rasa jugak kasih sayang abang. Rin fikirlah masak2 Rin. Bercerai bukan penyelesaian semua masalah ni. Rin tak tgk ke abg cuba buat yg terbaik untuk kita. Kenapa Rin tak bukak pintu hati Rin tu. Mungkin ini takdir yg dah tertulis untuk kita. Banyak2lah bersabar. Kita akan hidup bahagia. Ida akan mengalah.  Ida nak kita semua bahagia aja.

Ida menangis2 masa tu. Rin sebak.. Ida ceritakan lagi mcm mana dia dibuang keluarga. Rin tanya Ida kenapa Ida sanggup bg tubuh Ida dekat abang walaupun abg bukan suami Ida. Ida ckp semuanya sebab terlalu sayang. Dia ckp, perkara yang lepas tu biarlah berlalu. Kita takkan bahagia sekiranya kita asyik nak ingat kisah lalu. Memang kami buat silap tapi kami nak berubah. Nak baiki kesilapan kami..

Hubby turun bawah dan nampak Ida menangis. Mungkin hubby ingat Rin sakitkan hati Ida tapi Ida cakap, tak.. Hubby peluk Rin dan suruh Rin naik atas.. Hubby x naik. Masa naik tangga, Ida dtg peluk Rin dan cium Rin.. Rin menangis sama..

Smbgn..

Sebenarnya keputusan bermadu ni dan dalam erti kata lain TIDAK BERCERAI ni mungkin adalah yang terbaik untuk Umar. Sebab Rin nampak Umar happy sangat skrg. Dan sentiasa nak cium Rin n Hubby.. Jarang Rin nampak Umar happy mcm tu.. Coz rin ingat lagi masa rin n hubby bergaduh teruk dekat rumah.. Lepas aja kami bergaduh.. Rin duduk kat hall.. Dan hubby duk kat meja makan kat dapur.. Tiba2 Umar datang dekat Rin dan tarik rin bawak g dapur.. Rin ingat Umar nak apa2.. Tapi dia amik tangan Rin dan amik tangan Hubby suruh pegang.. Ya Allah, RIn ingat lagi masa tu.. Pastu Rin n hubby diam. Dia cium pipi Rin dan cium pipi hubby..

Tp kerana ego Rin buat2 x nampak aja apa yg Umar buat tu.. Bila diingat balik, sampai skrg hubby mahupun Rin menitis air mata bila teringat..

Jumaat: 30 Sept 2011..

Balik aja kerja, Rin ambil Umar dan terus g bandar amik hubby.. Hubby sampai kul 7 lebih.. Pastu Hubby bg semua gaji dia dekat Rin dan kami g tukar duit Singapore ke duit RM.. Pas tu kami bincang apa nak byr dan duit balance tu duit belanja seme.. Hubby ambik 300 lebih aja kat tgn dia coz dia nak wat servis keta dan bg Ida 100.. untuk duit jajan Ida..

Pastu, kami g amik Ida dan Hubby tanya Rin n Ida nak makan apa.. Rin cadangkan kami makan seafood aja.. Ida agree.. so x jadilah makan western food..

Kami bincang lama gak nak makan kat mana sambil2 ketawa2 coz tahulah Rin ni mmg suka buat jokes.. Last2 rin cakap.. Oklah meh kita balik sebab dah kenyang.. yerlah setengah jam nak bincang makan kat mana aja.. Ida n Hubby ketawa aja dan kami masuk kereta dan pergi ke tmpt yg rin rekmen..

Isteri pertama kena duk depanlah kan? Mana leh isteri kedua duk depan.. Betul tak? So Rin conquer tmpt duduk depan tu sampai bila2 dan bila Rin ckp dgn hubby.. Hubby ckp mmg rin berhak duk depan.. Jgn bg muka sgt dekat Ida tu..

Kami makan seafood dan order makan apa2 yg Rin dan Ida nak makan.. Pas makan kami balik dan Rin berkeras xmo tido rumah Ida.. Sebenarnya kami belum betul2 duduk serumah lagi tp rin kerap tido rumah Ida dan Ida pun ada jugak tido rumah Rin.. Maybe dlm masa terdekat ni kami akan betul2 duduk serumah.

Rin berkeras tu bukan sebab apa.. Sal xmolah asyik Rin aja conquer hubby kan.. Kecik hati lak Ida tu nanti..
Tajuk: suami curang, da lafaz cerai [UPDATE: borang cerai da submit, tapi rujuk balik]
Saya baru berkahwin 4 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 1 tahun lebih.

Tanda-tanda perubahan Hubby..

1. Asyik mencari silap saya dan boleh dikatakan hari-hari maki hamun saya walaupun sebab kecil. Anak turut menjadi mangsa.
2. Dulu, semua duit gaji bagi saya manage tp skrg bagi RM1000 utk keperluan dan mengharapkan RM1000 tu cukup untuk sebulan. Tak tahu apa dia buat dengan duit-duit dia. Bila ditanya kena maki hamun.
3. Kawan pernah terserempak dia dengan perempuan tapi bila ditanya tak mengaku. Siap ugut nak pukul kawan yang konon2 buat cerita palsu.
4. Babysitter anak pernah nampak ada perempuan lain dalam kereta masa Hubby g kedai tapi bila saya tanya tetap juga dia x mengaku dan mengamuk konon2 difitnah.
5. Dapat rasa macam dia pergi keja dan balik keja dengan seseorang tapi takde bukti.
6. Handphone sentiasa pegang dekat tangan walaupun nak g toilet. Tapi x pernah nampak dia sms ke atau call sapa2.. Cuma dia selalu pegang. Macam takut ada org sms dan saya terbaca.
7. Saya tahu dia jenis yang HARI-HARI MAU.. tapi sejak saya mengandung dan ada anak, saya pelik dia cuma nak seminggu sekali or 2 minggu sekali aja.. suspicious juga..
8. Selalu balik keja malam walaupun dia dah balik awal. Selalu bagi alasan jalan jam.

Klimaks....
Hubby saya pergi army camp 2 minggu. So balik aja dari army camp dia cakap esoknya kawan-kawan army dia ajak pergi Batam. Dia Singaporean dan gov ada bagi duit dalam $700.. Dia mati-mati xmo bagi saya walau 1 sen pun coz katanya nak byr hutang. Tapi tiba2 saya terperasan dalam beg duit dia, dia keluarkan semua $700 dan nak bawak pergi Batam.

Pagi jumaat masa nak pergi keja, saya kejutkan suami suruh hantar pergi keja tapi dia cakap tak perlu hantar coz pagi ni dia nak g Batam. So dia cakap, xperlah Abang naik teksi aja.

Pertama kali dalam hidup dia sanggup naik teksi. Selama ni jangan harap dia nak naik teksi. Mesti nak suruh saya hantar ke mana-mana. Tapi entah kenapa masa tu saya percaya 100%.

Saya pergi keja dan sebelum pergi keja saya dah carikan dia teksi dan dah bagi dia duit untuk teksi sekali. Coz saya tahu dia xde duit RM kat tangan cuma ada duit Singapore. Katanya nak masuk singapore, sal kawan-kawan yang pergi sama2 dengan dia semuanya Singaporean.

Malam tu, balik keja saya bawak anak drive ke Singapore dan tido rumah adik ipar. Esoknya dia balik dan kebetulan kena mengundi. Jadinya dia call cakap dah sampai rumah ayah dia dan nanti datang ambil dia. Adik ipar ikut sekali sal dia pun nak masuk Johor.

Hubby cakap dengan saya, nape call tak dapat? abang balik dari Stulang sal tiket ferry dah abis. Kami masuk Johor sama-sama dan Hubby tak nak ikut kami jalan-jalan. So sampai JB, dia amik keta drive balik dan saya ikut adik ipar g jalan-jalan JB. Adik Hubby saya namakan sebagai Boy dan wife dia saya namakan sebagai Girl k.

Dalam kereta adik ipar macam syak something. Dia cakap mcm x logik gitu nape Hubby perlu balik dari Stulang. Tak logik langsung tiket ferry dah abis. Dorang suspect hubby x pergi dengan kawan-kawan army dia tapi pergi dengan GF dia.. saya tak terfikir langsung hal ni.

Pastu dorang suggest saya g check passport Hubby tgk cop masuk dan kuar imigresen dari mana. Kalau dua-dua dari Stulang means that memang Hubby pergi dengan GF. X logik langsung kawan-kawan army dia nak naik ferry dari Stulang.

Balik dari jalan-jalan, saya check passport Hubby dan tengok pergi dan masuk Imigresen melalui stulang bukan dari World Trade Ctr. Masa tu saya menggigil cakap ngan Boy and Girl. Ya Allah, dugaan apa ni. Saya check wallet Hubby duit kosong dalam wallet dia. So mmg dia dah habiskan semua duit gov bagi dekat sana. Sampainya ati dia.

Then Boy & Girl suggest suh saya cari bukti-bukti lain untuk senang proceed dekat Mahkamah. Skrg bukti yang saya ada adalah passport dia. Dan Tiket ke Batam.

Entah macam mana pagi ni saya tergerak hati nak check wallet Hubby dan saya tergerak hati nak ambil gambar passport Hubby untuk simpanan just in case. Terjumpa gambar seorang perempuan tidak bertudung. Luluh hati saya namun buat sementara waktu saya perlu banyak-banyak bersabar dan kumpulkan seberapa banyak bukti.

Saya sangat memerlukan seseorang yang boleh menolong saya mengambil gambar Hubby bersama GF nya untuk menjadi bukti kuat di mahkamah. Saya buntu sangat. Tak tahu apa nak buat tapi dalam masa terdekat saya perlu setelkan hal ni. Saya tidak dpt maafkan Hubby yang saya yakin dah pun berzina dengan GF dia. Kalau dah holiday berdua takkan setakat holiday aja. Saya dah banyak menderita dalam perkahwinan ni tetapi bersabar demi anak. Tapi kini Boy & Girl berikan kata-kata semangat untuk saya move on.

Cadangan dan kata-kata semangat amat2 saya perlukan sekarang ni. I need somebody by my side.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 7-7-2017 12:59 AM
Memandangkan rmi tanye benang rin yg hilang dulu, tak sonok lah ade yg tau dan ade yg clueless ...
...

Patutle ramai yg naik darah marah dulu   Aku bace pun rase NK marah. Dulu aku skip byk sb aku jenis x suke bace cerite panjang2 kecuali cerite seram aku terase2 rin akan kembali lg ke suami lepas dipujuk  
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 01:33 AM | Show all posts
sebu1 replied at 7-7-2017 01:17 AM
Patutle ramai yg naik darah marah dulu   Aku bace pun rase NK marah. Dulu aku skip byk sb aku ...

berdasarkan history ni, boleh agak tindakan yg sama
pusing2 pun laki tu wt benda yg sama jek tp leh rujuk kendian
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindianiey replied at 4-7-2017 11:37 AM
Alhamdulillah setelah melalui 5 tahun fasa bermadu, akhirnya suami lafazkan taklik pada Rin tapi mas ...

Ini pengakuan dari saya suami pada rindianey...apa yg diceritakan adalah fitnah...saya tangkap dia.dgn jantan bkn sekali tapi 3 kali...saya sendiri berbual dgn jantan tue sebab tue saya kokong dia marah dia balik lewat kerana sifat dia tk pernah mintak izin keluar rumah..salah ke saya...pernah dia berkata jika saya tak tangkap dia dgn lelakibtue bernama hanafi mmg mereka dh plan nk kahwin ..hati suami mana tkvterguris..mmg dia dimadukan tk tanya dia kenapa...kerana setiap kali nk bersama kehendak saya ditolak...kadang kala dimarahi...tkbkebperbuatan dia membuat saya mencarik mkn diluar...bermadu dgn dibacara oleh hakim mahkmah tinggi...why she agree...bole aja dia menolak...kerana tidakbsetuju...shes from noting saya jumpandia di shah alam...sehingga saya bimbing dia menjadi someone...belikan apa keinginanya kereta rumah...setiap kehidupan ada pasang surutnya.  Masa senang abg disayang...masa susah saya diludah...tepuk al quran jika saya abaikan dia saya cabar...apa keinginan dia dia lebih dari madunya...inilah sifatnya yg tk pernah kenal budi...nasihat saya para suami jgn sesekali beri kebebasan pada siteri.... lelaki yg dia ingin kenal kerana berduit beri dia job til thousand of rm...tapi tk pernah ingat pemberian saya waupun saya sakit tetap mencarik rezeki demi anak2''..rindianeiy kau tepuk al quran kalau berani dgn kata2 kau...dari dulu hingga kini suka mengaibkan suami...sanggup mengatakan dan burukan saya demi diri dia sendiri supaya ada lelakibdiluar sana bole support dia...isteri apakah itu sejak 2013 hingga kini mengaibkan suami dilamanweb...adakah dia seorang insannyg baik???
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindianiey hanya pandai bermain kata2...kononnya otu mimpi ngeri...jgn percaya apa dia katakan kerana itubhayalan...bnyakbkali saya marahinya kerana tidak berkata benar katvalam web kerana takut org percaya....dia hnay tahu ingin org kenalinya ...jaga nama dia...konon dia super mom...padahal kerja rumah dari dapur sampai ke bilik tandas sayaburuskan...tanya dia apa dia buat kat rumah...hanya balik mkn tido...walaupun saya penat balik bekerja..mmg saya tk bole tngok rumah berserak..kadang kala biliknyabsayabkemas sedangkan dia tido...mkn tk berteman...tido tkbdikejutkan ...scandal dia pandai diabkejutkan bila saya keluarvrumah siap menyanyi kan lgu...ask her if itsbtrue...saya tangkap blog dia hari nie...nak tahu pengakuan dia...apa yg abg merepek...sehingga saya print screen baru dia mengaku....dia mengaku dia buntu ...nk tahu keputusan dia betul atau salah...bodoh!! Hal rumahtangga di siarkan alam web yg selenge2 baca dan komen ..cetej sungguh orak kau nie...masalah rumahtangga yg baik dibtujukan pada yg arif ...ustaz2 dibpejabat agama bkn web bodoh nie...yg salah ditafsirkan beribu syaitan dihasutkan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Comment on me ask me...and I wil answer u all truth butvthebtruth what has happen...bkn korang tinggal dgn aku pun kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 03:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahlik diberi mengunakna sms kerana setiap hari dgn desaknya ...seharian dia cuba membuat saya marah melawan kata2 saya dgn tujuan saya lafaz...saya bekerja mencarij rezeki dari pagi lewat mlm pulang..kadang kala kepulangan saya ingin bermesra sgn kelaurga...lewat malam kadang kala dia pulang...buz dgn biz online dia sehingga lupa tanggunjawab dia sebagaibisteri...bercampur sgn kawan2 yg bermasalah rumah tangga hingga terikut...saya jenis sukabdudukbrumah dan jarang kelaur rumah dgn kawan ...jika kelaur sgn anak2...tspi diabsibuk dgn buz onlinenya konon katanya tidak mencukupi..keperluan...dtg lah rumah sayantngok baju pakaian anak2 dan rumahbsaya sendiri ...adkah tk mencukupi jika sapa berhajat...adakalanya saya bawa anak2 berkelah konon dia bukak booth...saya yg selama ini menjaga anak2...walaupun kerja mon to friday sat sun saya mesti spend masa dgn anak2...mmg ada masanya tk.mencukupi kerana sata sakit dan dibuang kerja...itu ujian allah sedangkan isteri2 mengeluh sanggup memakivhamun saya kerana tak mampu memberi mereka kesenangan...tapi bkn untuk bertahun2 sekadar 5 to 6 mnth til I got new job...mmg dia selalu meminta saya tapi saya sabar mihon agar dia berubah...anyone here name rahyan. Kalau ada come and see me...walau 2 bulan tk ringgal bersama ...tapimasih memberi dia nearly rm 1000 untuk anak...saya sanggup berkorban pindah rumah demi dia kerana dia halaubsaya walaupun rumah tue mmg milikbsaya...demi dia supaya insaf dgn kelakuan dia yg kemaruk alam xyber...kadang2 lupa anak2....maafkan saya kerana ini lah pertama kali saya berkata secara umum untukbmempertahankan hakbsayabsebagai suami...yg selalu diabtindas dlm semuabweb dia ceburi..wasallam
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 03:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus anggapan kau rindianiey cukup2 lah memfitnah org2 sekeliling dgn tujuan kerana nama dan meminta simpati...mengaibkan setiap isan sesangkan madu kau tkbpernah mengaibkan kau setitik dlm alam cyber walau niat diabjahat....mmg org pantai timur bersikap demikian ke ...LUPA DARATAN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 04:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau.bole.printscreen paste here mmg saya dh buat dh dia berdialog dgn jantan berkasih syg...huhu...Bole pulak saya tk menyedari saya lepaskan dia dgn lelaki tue di sabah...konon jadi tour guide ...padahal berdating...pernah saya tnya duduk dgn lelaki tue berduaan depn laut malam2 ...jawabnya tklah ada lagi org tour diabtngah melepak...kalaunsaya tahu mmg saya sembelih dua2...saya cabar lelakibtue ..pandai pulak takut...bwrcinta dgn isteri org takbtakut...kena tangkap konek pun termasuk...u want to know what I do I playbtrick make both them berlaga..saya tambahkan cerita kat isteri lelaki tue nama dia hanafi kerja kat kejora...sampai isterinya terkejut beruk...lalu menefon rindianiey...sengaja berlagakan biar dia rasa...konon si rindianiey nie tk bole terima bermadu...bole aja dia nk jadibisteri kedua pada si hanafi nie...pelik kanhappen 2013...take note all...lepas tue lelaki nama don...duk menyanyibkan lagu waktu saya kelaur kerja konon kejutkan lah datuk don nie bgn tido...saya nie tk pernah dia kejutkan...haizz malang ya nasib saya..korang cabar dia lah twpuk albquran apa kata2 saya ini benar...dia nk cerai secara fazakh konon bole dpt harta saya dn bole dia bukak kedai buat bisnes online ...anak2 letak aja baby sittet dari pagi sampai malam...mmg tue diabsuka berpoya2 dgn bisnes geng...fcuk nk.jadi jutawan konon...aah baru2 nie scandal.dgn punk kid pulak dahh...sanggup bertanya khabar dh mkn...mintak schedule...padahl saya niebtkbpernah dia tanya khabar kerja ok ke tak...kalau sebut nama ryan bkn main melenteng mcm lipas kodong...mengamuk seakan pantang disentuh...itulah rindianey sebenar yg korang tak kenal erk...aku nie suami dia serumah tido sama..nk.kata aku fitnah mmg bodoh lah korang
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Update...mengaku fia ryhan tue kawan dia...kawan ke jantan baru dia...mana adanorg taruk pasword nama lelakinyer tak...masih dia gelar isteri saya tue...bole ajar mcm mana nk printscreen and paste here anyone
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
And all above statemnet saya tulis demi allah nama muhammad rasullulah adalah benar semata2....suruh dia sumpah dgn anma allah apa perbuatan dia benar atau rekaan...wasallam dont worry lepas nie sure I kena block...help me cabar dia jgn block me
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 04:47 AM | Show all posts
Edited by mannaakautau at 7-7-2017 04:49 AM

Manak can never be further from the truth......nevertheless damaged has already been done....bedilan mortar grenade lahanat kimak siyalll semua telah pun terlancar
@afja

@sebu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.311674 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list