CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Voyagers

[Tempatan] Kelantan Lulus Rang Undang-Undang Sebat Di Khalayak Ramai

[Copy link]
Post time 14-7-2017 08:27 PM | Show all posts
ashcroft86 replied at 13-7-2017 04:19 PM
Yer sis, I pon tak hingin nak balik selagi lobai2 ni memerintah. I xkisah klu agama tu nak ditegak ...

Sdr orang K'tan dan sdr lebih tau akan sikap kepemimpinan PAS di sana.  Seharusnya, sbg anak jati K'tan sdr punya tanggungjawab atau sekurang2nya kepedulian untuk mengubah keadaan.  Mungkin semangat perjuangan yg sdr miliki perlu dibuktikan, jgn setakat marah2 dan maki2 dlm ci shj kerana itu bagaikan anjing menyalak bukit sedangkan bukit tetap gah berdiri.  What say u?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2017 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dgn terlaksananya hukum sebat dikhalayak maka sempurnalah kosmetik ugama buatan pas..selama ni pn undang2 mengarut mcm iklan wjib ada tulisan jawi,iklan pmpuan wjib kena pkai tudung,kaunter asing2 laki pompuan kat shoping mall,public library etc.. semuatu hanyalah kosmetik utk menampakkan kpd org luar betapa cantik islamiknya negeri serambi mekoh pada zahiriahnya demi utk menutup segala masalah sosioekonomi negeri yg tlh lama membusuk di bhgn dalam.

Tahniah pas.Undilah Pas
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 10:11 PM | Show all posts
nolya replied at 14-7-2017 08:27 PM
Sdr orang K'tan dan sdr lebih tau akan sikap kepemimpinan PAS di sana.  Seharusnya, sbg anak jati  ...

Wahhh, semangat sis nolya. To be honest, i grew up in PAS fanatic family. Selalu ikut parents i pegi ceramah kekecik dulu. And i was a PAS fan sampaila TNGA passed away, pastu PAS jdi macam sial. I ni memang merantau and travel jugak sikit2, tengok negeri orang boleh teratur, maju, bila balik kelantan, rase macam kat cambodia, pastu dok canang2 syariat Islam 24jam tanpa amik peduli hal lain. Certainly no vote from me, tu je i boleh buat for now. My family, still fanatik, diorang tak nampak sebarang kelemahan kt PAS pon, PAS tu bagi diorang parti syumul disebabkan nilai kononnya Islam tu. Don't get me wrong, I tak pernah pon kata Islam tu mundur, tapi PAS tu mundur. Tapi untuk pentaksub PAS, hina PAS, hina Islam. Banyak lagi perkara yang lebih penting kot dari benda ni. Majukan negeri dulu sebelum buat bnde camni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 14-7-2017 07:59 AM
bydeway...
kat kelantan ni...sebat ni utk kesalahan yg mcm mana ye?

zina, liwat,  qazaf dan minum arak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 01:03 AM | Show all posts
ashcroft86 replied at 14-7-2017 10:11 PM
Wahhh, semangat sis nolya. To be honest, i grew up in PAS fanatic family. Selalu ikut parents i pe ...

At least today saya mendapat satu sudut pandang ikhlas drp anak K'tan yg juga drp kalangan keluarga PAS sendiri.  Nyata persepsi saya selama ini bukan buruk sangka, miskipun berunsur negatif, tetapi tidak melenceng.  Jika sudah begitu yg dikhabarkan, maka saya boleh mengerti bahawa untuk mewujudkan satu reformasi dan perubahan drp amalan dn pemahaman yg sudah begitu kental pasti sukar dan tidak mudah.  Perlu pengorbanan dan pemikiran yg padu drp orang2 atau kelompok yg benar2 mahukan satu bentuk reformasi perubahan.  Sayang sekali, K'tan yg banyak potensi untuk maju dan menjana ekonomi negeri tetapi pemimpin2 negeri tidak berani untuk menyahut cabaran yg berisiko dn berdampak antara meraih dosa dn pahala, antara dunia dn akhirat.

Kepemimpinan negeri yg mahu dibentuk ke arah hukum syariah, itu baik kerana menjurus kpd hukum AQ.  Cuma sbg manusia yg miliki seribu kelemahan dan kepincangan, dikhuatiri keadilan tidak dpt dilaksanakan dgn sempurna, ada tebang pilih.  Tidak bermaksud untuk mengata K'tan nanti akan bersikap begitu, malah di negeri2 dlm M'sia selama ini pun sudah termaklum kalau kesalahan yg bersabit dgn golongan vvip, orang2 bergelar mereka bagaikan golongan yg tidak tercalar.  Kesalahan mereka akan dibungkus rapi agar aib mereka tak diketahui. Malah mereka yg jelas bersabit rasuah bersandiwara ditangkap ttpi kemudian dilepas atas jaminan polis/SPRM konon.  Rakyat jadi hairan 'kok boleh begitu' atau ada aturan yg rakyat tak tau dan tak diberitau?  Dan hukuman hanya berkesan bagi kalangan rakyat marhaen.  

Andainya kalau boleh kita tanya kpd kepemimpinan PAS skr, sekiranya ada di kalangan pemimpin2 PAS melakukan kesalahan yg boleh disabitkan dgn hukum ala2 hudud ini, adakah hukuman trs akan dilaksanakan?.  Demi Allah dan kerana Allah juga, rakyat K'tan perlu tuntut satu jawapan yg tulus ikhlas, jujur sejujurnya supaya keadilan itu ada dan merata. Adakah drp kalangan anak K'tan yg berani tanyakan sedemikian?  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat ig tu ramai je org kltn yg kaya2.. terdiam skjp aku,lifestyle superb.. esp yg tokey produk tu.. org kltn ni mmg pandai bisness ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2017 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 14-7-2017 10:11 PM
Wahhh, semangat sis nolya. To be honest, i grew up in PAS fanatic family. Selalu ikut parents i pe ...

Zaman TNGA...Kelantan tu macam New York ke sis.

Taksub nye sis TNGA macam Syiah Imam 12 yer.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 14-7-2017 08:39 PM
Dgn terlaksananya hukum sebat dikhalayak maka sempurnalah kosmetik ugama buatan pas..selama ni pn un ...

Konsep nye Walk Your Talk.

Ok la kan sis....dulu gigeh tanya  bila nak buat.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2017 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
acheh versi malaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 08:17 AM | Show all posts
elohim_yahudi replied at 15-7-2017 08:02 AM
Zaman TNGA...Kelantan tu macam New York ke sis.

Taksub nye sis TNGA macam Syiah Imam 12 yer.   ...

Masa at the end of his era tu, die macam balance puak ulama ngan puak edrogan ni. Masa tu i suka gabungan die ngn husam, pada pandangan i, KB booming mase tu. Ada je berita development baru. Sampai masuk dalam property news cakap kb antara hotspot untuk hartanah. Well, it was 5 years ago. I honestly takde la taksub pon dengan TNGA, ada je certain perkara bagi i macam x kene, tapi I respect him, partly maybe it was imprinted kot, ye lah, dah i membesar dalam keluarga PAS kot.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 08:27 AM | Show all posts
Maideen. replied at 13-7-2017 02:16 PM
Bagi yang tak faham mungkin mereka akan mengatakan bahawa hukuman rajam, potong lidah, potong kaki ...

Lobai John @Maideen. alkantoi patut jadi orang pertama yg dikenakan sebat di khalayak ramai.... biar viral gitu... sbb tunjuk bodoh dan bahlul di forum walaupun diri itu penuh dengan hingus dan taik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
neurelle replied at 15-7-2017 06:17 AM
Kat ig tu ramai je org kltn yg kaya2.. terdiam skjp aku,lifestyle superb.. esp yg tokey produk tu..  ...

Yup org Kelantan ni ramai kaya2 tak nafikan...dengar kata orang Kelantan suka simpan duit dalam bentuk emas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 09:06 AM | Show all posts
atira replied at 14-7-2017 07:59 AM
bydeway...
kat kelantan ni...sebat ni utk kesalahan yg mcm mana ye?

Yang pastinya bukan kesalahan "tidak menjaga kebersihan"........

Wallahualam.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 04:57 PM | Show all posts
cecari replied at 15-7-2017 08:27 AM
Lobai John @Maideen. alkantoi patut jadi orang pertama yg dikenakan sebat di khalayak ramai.... bi ...

Kenapa lobai cecirit yang lulus jurusan ulamak dari Mesir? Prrrrrrrpfffftght

Lobai cecirit tak baca ka posting Maideen yang menyokong perlaksanaan hukuman hudud ala PAS versi Kelantan di buat di hadapan orang ramai?

Malah Maideen telah menyatakan hikmahnya sekali...

Mungkin sebagai lulusan jurusan ulamak dari Mesir, lobai cecirit boleh menambah hikmah hikmahnya....

Ini hikmah yang Maideen nampak:

Ramai dikalangan ummah yang terikut ikut dengan cara barat dan tetah menjadi liberal, padahal dalam Islam Allah SWT telah membuat garis panduan cara menghukum kerana hikmah hikmahnya yang tersundri. Ini termasuklah syarat melaksanakan hukuman mustilah di khalayak ramai.

Sebagai misalan seorang budak lelaki berumur 15 tahun setelah dibicarakan, didapati bersalah diatas kesalahan melakukan onani didalam bilik air rumahnya sewaktu mandi pagi sebelum kesekolah.

Dia dijatuhkan hukuman takzir oleh Kadi dimana selepas sembahyang jumaat dia akan diikat disebuah tiang diperkarangan masjid dan kerandutnya akan dilastik oleh seorang Ulamak sebanyak 20 kali sesambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai bila dia menjerit kesakitan.

Apakah hikmahnya apabila perlaksanaan hukuman di jalankan secara Isle begini?

Jawapannya tentulah ummah dapat menjalankan aktiviti seperti menjual kacang putih, air kausar, tauhu fa, DVD haram,  roti boom, mee kari, air tebu dsbnya diperkarangan mesejid. Selain dari menarik ummah kemesejid, ianya juga dapat menjana aktiviti ummah. Masjid juga dapat mejana pendapatan dengan menyewakan tapak perniagaan. Hasilnya boleh lah digunakan misalnya, untuk membeli speaker yang lebih kuat untuk digunakan untuk azan suboh.

Bayangkan jika setiap hari jumaat ada perlaksanaan hukuman lastik kerandut ka, rajam sampai mati ka, sebat 100 kali ka,sebat 48 kali ka, potong kaki ka dsbnya. Perniagaan diatas akan dapat dijalankan secara tetap. Ini dapat menjana ekonomi ummah

Bank bank Isle pon boleh menjalankan aktiviti pinjaman...oops silap, jual beli dengan peniaga/pelanggan di mana bank akan menjual mesin ATMnya kepada pelanggan dengan harga RM11,000.00 dibayar secara angsor angsor oleh pelangan dan dengan serta merta membelinya semula daripada pelangan itu dengan harga RM1,000 secara tunai. Dengan cara ini pelanggan dapat membawa pulan RM1,000.00 tunai dan setiap bulan membayar angsor angsor RM1,000 sebulan selama 11 bulan. Ini dinamakan Bai al Innah dan di katakan sebagai patuh shariah....Prrrrrrrrrrrpffftght

Jadi kita boleh lah nampak bagaimana Isle itu bukan sahaja indah tapi penuh hikmah dimana sesebuah negra itu boleh maju (yakni maju secara Isle).

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ashcroft86 replied at 15-7-2017 08:17 AM
Masa at the end of his era tu, die macam balance puak ulama ngan puak edrogan ni. Masa tu i suka g ...

Haiyooo sis hartanah merudum bukan je di KB....di JB pon sama jua sis.  

Takda kaitan hidup atau mati TGNA.....tak payah lah nak meratap hiba....move on yach....yg hidup ni kena teruskan hidup.  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 07:33 AM | Show all posts
HUKUMAN SEBAT DI KHALAYAK RAMAI
– SATU PRA-TONTON IMEJ MALAYSIA 40 TAHUN AKAN DATANG.

Cuba bayangkan murid-murid di sekolah diberikan tugasan untuk menulis karangan yang bertajuk “Malaysia Selepas 100 tahun Merdeka”, apakah agaknya yang akan di coretkan dalam buku latihan mereka.

Mungkin tajuk karangan tersebut akan menyedarkan kita bahawa Malaysia tidak semestinya akan kekal sebagaimana yang kita kenal hari ini. Cuba “rewind” kembali beberapa dekat yang lalu. Generasi Y mungkin jarang menggunakan perkataan ini, tetapi Generasi X yang hidup zaman kaset dan VHS boleh dikatakan menggunakannya setiap hari. Sebelum tahun 1979 (revolusi Iran) para peniaga akan muflis jika berniaga tudung. Perkataan tudung waktu itu hanya merujuk kepada tudung saji untuk menjaga kebersihan makanan daripada di noda oleh serangan lalat.

Sebelum tahun 80an kalau tidak silap, azan di televisyen hanya ke udara dalam bulan puasa. Itu pun hanya untuk azan Maghrib dan Isyak. Hanya selepas itu diusulkan cadangan untuk meneruskan azan di TV sehinggalah hari ini.

RTM pada tahun 70an, sebelum memulakan siaranya pada hari Sabtu, akan menyiarkan siarang langsung cabutan Sports Toto yang di kendalikan oleh pengacara Melayu dan beragama Islam, saudara Taufik Latiff dan di bantu oleh pembantu kafirnya, kalau ingatkan ini masih tajam, Ho Kwai Ling.

Filem-filem lucah bertaraf XXX hanya diharamkan tayangan di panggung-panggung wayang bermula tahun 1972. Kedai-kedai mamak masih boleh menjual arak di premis mereka dan kilang arak di Shah Alam telah dirasmikan oleh Perdana Menteri beragama Islam.

Mes-mes pegawai di kem-kem tentera di negara ini sebelum tahun 80an mesti dibekalkan dengan arak dan sehingga arak yang terkenal waktu itu juga dijadikan nama sebuah kumpulan komando yang cekap ketika itu.

Itu semua adalah antara anekdot yang patut direnungi kerana berlakunya pada jangkamasa yang tidak terlalu lama dahulu.

Sekarang kita “fast forward” pula kepada pengumuman hukuman sebat di khalayak ramai. Pengumuman ini telah membuka sedikit pintu untuk amalan-amalan purbakala yang diberi nafas baru, di amalkan di negara ini.

Sama seperti perlawanan gladiators di zaman kegemilangan empayar Rome. Membakar hidup-hidup mereka yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Hukuman pancung bagi mereka yang menderhaka. Manusia memang suka melihat manusia di seksa.  

Selepas Kelantan, Pahang pula telah menunjukkan minat untuk menjalankan hukuman khalayak ramai ini. Jabatan agama negeri lain akan di pandang serong jika tidak “follow” langkah serambi Mekah. Nanti akan berebut-rebutlah setiap negeri juga akan mahukan hukuman khalayak ramai ini di jalankan di negeri masing-masing.  

Belum pun reda penggumuman hukum sebat khalayak ramai ini, Jabatan Agama Pulau Pinang pula mengumumkan azan subuh hendaklah dilaksanakan sebanyak dua kali.  Kalau azan sekali pun tak mahu sembahyang, adakah azan dua puluh kali akan membuat  orang itu sembahyang? Kalau betul2 hamba Allah ini mahu sembahyang, dia akan “setkan” jam alarmnya. Tak perlu bilal buat kerja overtime.

Agama sebenarnya adalah senjata politik. Baik di zaman dahulu mahupun sekarang. Selagi kuat pegangan agama di Malaysia, semakin senang warga politik menggunakan sewenang-wenangnya untuk ketaatan rakyat. Many Malaysians are too blind to see this.  

Malaysia nampaknya menuju ke arah hermit kingdom yang mana sedaya upaya menjauhkan diri dari negara-negara lain. Publisiti sebegini semakin hari menampakan Malaysia tidak mahu menerima budaya selain Islam di negara ini.

Bantahan konsert sering kali memberi bahan kepada media antarabangsa melabelkan Malaysia semakin konservatif. Itu belum lagi apabila ada kumpulan mahu memulau syarikat kopi dan makanan segera antarabangsa atas alasan yang berkaitan keagamaan. Senarai panjang ini termasuklah perkara remeh temeh yang dijadikan bahan ketawa dan berita di peringkat antarabangsa.

Nampaknya 100 tahun selepas Malaysia merdeka, negara ini akan:

a) Semakin dijauhi oleh orang luar. Pelancong takut datang kerana takut akan hukuman khalayak ramai. Para pelabur lebih senang melabur di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan Thailand kerana mereka membawa imej yang lebih positif.

b) Malaysia akan ketinggalan dalam pembangunan dan hasrat untuk menjadi negara maju akan semakin jauh untuk dicapai. Sebaliknya malaysia akan mendapat status negara “maju kebelakang”.

c) Ibubapa lebih gemar menghantar anak ke sekolah tahfiz dari mempelajari matematik. Belajar matematik tak boleh masuk syurga.

d) Ustaz akan jadi lebih kaya daripada doktor kerana pesakit lebih gemar berubat dengan ustaz dari berubat dengan doktor berpengalaman, sebab doktor tak tahu buang jin. Ustaz bukan saja boleh buang tapi juga menjadikan jin kafir sebagai saudara baru. Selain itu ustaz zaman ini juga mahir buat lawak jenaka dan menyanyi lagu hindustan.

e) Kanak-kanak tak perlu pergi kelas tuisyen kerana kismis bistari dan air jampi ade di jual di 7-eleven, Go Shop dan Tesco.

f) Kanak-kanak 4 tahun yang hafal doa masuk jamban akan dikira sebagai genuis oleh ibu bapa mereka.

g) Peniaga–peniaga jubah akan mempunyai kereta ferrari, lamborghini dan kapal layar.

h) Baju Melayu akan jadi spesis terancam dan songkok akan dikeluarkan dari daftar dewan bahasa dan pustaka.

g) Zoo Negara akan hanya memelihara spesis unta untuk tontonan umum. Binatang lain haram. Unta-unta tersebut boleh dibeli untuk sembelih korban. Tiket akan dijual sekiranya ade yang ingin menonton acara sembelih tersebut.

i)        Perkataan “hello” akan di haramkan dan digantikan dengan assalamualaikum.

j) Satu kajian mengenai penggunaan kopiah telah siap dan keputusan menunjukan kopiah ini di gunakan oleh 60 peratus orang islam di malaysia dan 90 peratus peminta sedekah di Malaysia. 40 peratus orang islam yang lain guna serban. Songkok dah obsolete.

k) Kerjaya yang idamkan di Malaysia ialah Pencermah Bebas, Pengusaha Barangan Islamik, Penyanyi Nasyid, Tukang baca doa panjang-panjang di majlis kerajaan dan usahawan unta.   

l) Habib Jewels  akan keluarkan tasbih emas sahaja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
BoogieChild replied at 17-7-2017 07:33 AM
HUKUMAN SEBAT DI KHALAYAK RAMAI
– SATU PRA-TONTON IMEJ MALAYSIA 40 TAHUN AKAN DATANG.


Hear! Hear!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 03:42 PM | Show all posts
dess402 replied at 14-7-2017 05:32 PM
dol ..   

kalo ko bawak kereta pie langgaq orang ..

Hah.. habis tu, hak mana tujuan menghukum & hak mana plak tujuan memberi keinsafan?

Terlanggar orang ke, curi ayam?? Ko patah balik kat statement ko yang awal tu.. Sapa yang BODO?? Ko ke aku?? Sampai tak tau beza bentuk hukuman untuk jenayah dgn sivil... Bongok!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 03:51 PM | Show all posts
BoogieChild replied at 17-7-2017 07:33 AM
HUKUMAN SEBAT DI KHALAYAK RAMAI
– SATU PRA-TONTON IMEJ MALAYSIA 40 TAHUN AKAN DATANG.

tompang tanya...booogiechild ni islam ka???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.056447 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list