Wang tersebut telah dihantar ke Bank Negara Malaysia untuk dikira semula
KUALA LUMPUR – Meskipun sudah memasuki hari keempat rampasan 72 bagasi disyaki berisi wang tunai di tiga unit kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pavilion Residences, Bukit Bintang di sini, namun proses pengiraan duit yang ditemui itu masih belum selesai dilakukan.
| AMAR
|
Bagaimanapun sehingga tengah malam tadi, Kosmo! difahamkan hanya 11 daripada 72 bagasi yang berisi pelbagai mata wang termasuk Ringgit Malaysia baru selesai dikira dengan jumlah kesemuanya dikatakan sebanyak kira-kira RM100 juta.
Kesemua wang tersebut dikatakan sudah dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM) malam tadi. Satu sumber berkata, proses pengiraan wang itu dilakukan pada pukul 10 pagi semalam de-ngan bantuan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
|