Bajet pertama akan dibentangkan kerajaan baharu selepas 61 tahun
KUALA LUMPUR: Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada jam 4 petang.
Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki.
Baru-baru ini Lim berkata, bajet 2019 akan menjadi bajet yang sukar kerana kerajaan perlu mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion untuk membawa ekonomi kembali ke landasan yang betul secara fiskal dalam masa tiga tahun.
"Ini bermakna kerajaan baharu perlu melaksanakan tugas amat berat untuk memperkukuh kedudukan kewangannya dan pada masa yang sama mengemudi ekonomi keluar daripada kelembapan pada tahun-tahun akan datang," kata Kenanga Investment Bank dalam satu Nota Penyelidikan.
Peruntukan Bajet 2019 berdasarkan purata harga minyak mentah AS$70 satu tong, walaupun penanda aras minyak mentah Brent mendekati AS$80 satu tong pada masa ini.
Berita baiknya ialah kerajaan bertekad untuk memperbaiki kerosakan yang ditinggalkan pentadbiran terdahulu tanpa mengetepikan kesejahteraan rakyat.
Setakat ini, beberapa petunjuk menunjukkan kemungkinan cukai baharu diperkenalkan.
Spekulasi tersebar berhubung pengenalan cukai harta pusaka, cukai keuntungan modal serta cukai baharu ke atas soda dan e-dagang.
Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah, berkata cukai baharu terbabit tidak akan membebankan rakyat dan pendapatan itu akan digunakan untuk rakyat serta mengurangkan beban membayar balik hutang negara.
Beliau berkata, pendapatan itu akan diguna untuk menyelenggara operasi kerajaan bagi memastikan kesinambungan agenda pembangunan, menutup jurang pembangunan bandar-luar bandar serta menyelesaikan hutang kerajaan.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi jaminan bahawa bajet itu akan meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih kukuh serta menjamin kemakmuran rakyat dan generasi akan datang.
Selain daripada dasar-dasar baru dan langkah-langkah yang "sukar", adalah menarik untuk melihat bagaimana kerajaan akan menangani kekurangan pendapatan akibat pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Pendapatan kerajaan untuk 2018 akan merosot kepada RM21 bilion berikutan pelaksanaan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan pada 1 September 2018 bagi menggantikan GST.
Kesannya adalah kekurangan RM17 bilion dalam pendapatan kerajaan tahun ini.
Kerajaan baharu jelas perlu melakukan lebih banyak perkara dengan sumber terhad dan ia perlu melakukannya dengan segala kuasa dan keupayaannya. - BERNAMA
Sebagai bekas wartawan ekonomi The Star, saya menanti dengan penuh minat pada pembentangan Bajet 2019 petang ini..pertama, ia pembentangan pertama oleh kerajaan PH..kedua, bajet negara yg paling sukar dalam sejarah negara sbb hasil negara telahpun dijarah oleh bekas PM kleptoprat selama 9 tahun!...ketiga, pembentangnya, menteri kewangan berbangsa China Lim Guan Eng...sebelum ini Tun Tan Siew Sin masa tu ramai rakyat Malaysia tak lahir lagi...keempat...kali pertama seorang dari parti Dap membentangkan bajet setelah berpuluh tahun menjadi pembangkang di negara ini..kelima...bekas menteri kewangan dahulu Najib kini di kerusi pembangkang hanya mampu melihat LGE bentang bajet...keenam...bajet dibentang dlm keadaan hutang terkumpul kerajaan persekutuan RM1 trillion...semasa zaman sya membuat liputan bajet...istilah yg digunakan adalah Belanjawan dan pembentangnya adalah Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad...kita saksikan petang ni ye...
Post time 2-11-2018 02:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dandindon replied at 2-11-2018 02:48 PM
Jika BN masih memerintah... adakah keadaan meleset ini akan berlaku?
we'll never know... aku assume ade 2 benda je...
1. x jd meleset sbb bn superb
2. x jd meleset juga sebab all the benefits yg rakyat dpt cover dgn utang... tutup lubang gali lubang... lama2 terkambus seniri...