CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ipes2

[ILMU MUDAH]: NOTA2 BERKENAAN DENGAN TOTAL LOCKDOWN. Sila Forumers Tambah Idea &

[Copy link]
Post time 22-6-2021 07:03 PM | Show all posts
PKP 3.0 disambung atau tidak, diumum sebelum 28 Jun
Mohamed Farid Noh


Tangkak: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 disambung atau beralih ke fasa seterusnya akan diumumkan tiga atau dua hari sebelum 28 Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pengumuman tidak akan dibuat dalam masa terdekat, berikutan perlu menunggu lebih banyak data dianalisa Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, walaupun kerajaan menentukan indikator tertentu termasuk jumlah kes harian, proses vaksinasi serta kapasiti penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), situasi sebenar kes di negara ini sentiasa berubah.

"Kita ada beberapa hari lagi sahaja (sebelum 28 Jun). Jika sekiranya kadar (kes positif) itu boleh turun lagi, bermakna ia ikut jadual yang kita harapkan, maka negara akan mampu beralih ke fasa kedua.

"Jadi kita tidak akan buat pengumuman sekarang. Biasanya kita akan bagi ruang dua tiga hari lagi (sebelum tarikh akhir PKP) sama ada kita nak sambung atau kita akan beralih (ke fasa seterusnya) sebelum pengumuman rasmi dibuat.

"Perkara itu (PKP diteruskan atau tidak) akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang saya pengerusikan untuk menilai keadaan semasa pandemik negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir di sini, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan ADUN Gambir, turut mengadakan lawatan rasmi ke PPV Dewan Serbaguna Pagoh, di sini dan menghabiskan masa kira-kira 30 minit bertanya khabar penerima vaksin daripada golongan Orang Asli.

Muhyiddin turut meluangkan masa selama kira-kira 30 minit meninjau PPV Dewan Muafakat Bukit Gambir di sini.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin mengarahkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba supaya meminta pembekal menghantar bekalan vaksin dengan segera.

Katanya, kerajaan sudah membeli dan membayar bekalan vaksin Covid- 19 bagi menampung keperluan rakyat di negara ini, namun masih belum menerima bekalan itu.

Menurutnya, beliau sudah meninjau pusat pemberian vaksin (PPV) di beberapa lokasi yang dibuka dan mendapati ia diuruskan dengan baik, namun menghadapi masalah bekalan vaksin yang tidak mencukupi dan perlu ditambah.

"Beberapa PPV juga bersedia meningkatkan kapasiti pemberian vaksin namun tidak dapat berbuat demikian kerana jumlah vaksin yang tidak cukup.

"Kerajaan sudah beli dan bayar namun bekalan vaksin yang di tempah itu belum sampai apatah lagi seluruh dunia sekarang perlukan vaksin.

"Saya sudah arahkan menteri bertanggungjawab supaya minta pembekal dapat membekalkan vaksin dalam tempoh lebih cepat.

"Jika pengilang sudah keluarkan lebih banyak vaksin, kerajaan harap bekalan vaksin lebih banyak akan dihantar ke negara ini dengan segera," katanya


Disiarkan pada: Jun 22, 2021 @ 6:47pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2021 10:12 AM | Show all posts
Good info...

Fwd-

Data 2 hari lepas, Italy 50%, fully vaccinated 30%. US 54%, fully vaccinated 46% UK 65% fully vaccinated 47%. Diorang ni start dalam hujung Dec, awal January. Kita Hujung Feb tu baru start dgn PM, DG. Lepas tu Mac FL, April baru fasa 2 start tu pun baru berapa kerat dapat. Tengok ler September berapa percent pulak, lepas 6 bulan dari bulan Mac, sekarang tak sampai pun 15% lagi, fully vaccinated baru 5%.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2021 06:18 PM | Show all posts
Zoonotik lak...huhu...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2021 04:59 AM | Show all posts
mclaren replied at 19-6-2021 11:52 AM
Oh pulau2 resort yang susah nak capai sekarang ni.. baru plan lah ye, ingatkan hari ni.

Kat sana2 ...

aih, menjadi edamame awak?
memang boleh tumbuh ye di malaysia

oloh siap dapat bantuan makanan
mak saya di pasir mas pernah dapat bantuan..  masa banjir 2014
ruang tamu punya lumpur dekat buku lali bila kering airnya

menyangkul hari tu ok tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2021 05:07 AM | Show all posts
semasa economic turndown 2008, datang couple omputeh umur mid-30s ketuk pintu rumah, dia tanya nak tak dia buat service hantar susu kedepan pintu rumah sebab dia dan wife dah takde kerja. jiran i, couple omputeh jugak, setuju sbb nk bantu. i tak ambik service dia kerana kami jarang sangat minum susu.

lama service dia bertahan.. then COVID happened; now i tak nampak lagi dah susu2 kat depan pintu rumah jiran i; rasa kesian pulak pada couple tu. usaha sungguh2 depa tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2021 05:15 AM | Show all posts
NOTA COVID

Dulu2, bila summer sebegini (June 20th / 21st), datang la budak2 omputeh ketuk2 pintu rumah2 offer untuk potong rumput nak dapat upah EU5 buat belanja lepak2 summer holidays. Kadang2 saya ambik kadang2 tak (sebab kids sy pon amik upah dari saya, jugak EU5 utk potong rumput saya).

Juga org2 yang cari makan musim summer eg pencuci tingkap rumah, pengecat external rumah, gutter-cleaners, gardeners etc

Juga penjual2 rumah ke rumah eg jual bantal, jual perfume. sedih lak tengok muka2 mat saleh2 buat2 muka mengharap, so saya selalu beli.

Now sudah 2 tahun tak ada tradisi sebegini. Kesian pulak kat depa2 yang cari extra money di dalam community.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2021 05:41 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-6-2021 04:07 AM
semasa economic turndown 2008, datang couple omputeh umur mid-30s ketuk pintu rumah, dia tanya nak t ...

Oloh...sob story moga elok2 couple tu...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ipes2 replied at 24-6-2021 04:15 AM
NOTA COVID

Dulu2, bila summer sebegini (June 20th / 21st), datang la budak2 omputeh ketuk2 pintu  ...

Pemotong rumput rumah saya pun lama tak nampak...harap elok2 gak...salu upah RM30...baru ni tukang bela paip bocor mai...saya upah sekali clean around the compound...abis cabut2 rumput terus...clear compound, potong pokok...perkemas apa yg patut...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2021 06:18 AM | Show all posts
Kes bunuh diri di Jepun bertambah ketika pandemik COVID-19
Januari 22, 2021 @ 6:51pm

TOKYO: Jumlah kes bunuh diri di Jepun meningkat buat pertama kalinya dalam tempoh lebih sedekad pada tahun lalu, tatkala dunia dilanda pandemik COVID-19.

Data awal Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Jepun, hari ini mendedahkan seramai 20,919 orang mati kerana membunuh diri pada tahun lalu.

Ia menyaksikan jumlah kes bunuh diri naik 3.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala sebanyak 3,460 kematian direkodkan akibat jangkitan COVID-19 pada tempoh sama.

Angka itu menandakan peningkatan kes bunuh diri pertama tahun ke tahun dalam tempoh lebih sedekad, yang mana wanita dan kanak-kanak menyumbang kadar lebih tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 06:19 AM | Show all posts
Murung selepas perniagaan gagal, lelaki terjun tingkat 10 pangsapuri
Nur Izzati Mohamad


MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO ihsan polis

Butterworth: Seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal maut selepas terjun dari tingkat 10 pangsapuri di Jalan Bagan Ajam, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis menerima panggilan daripada seorang lelaki berusia 52 tahun yang juga pengerusi pangsapuri pada jam 6.45 petang berhubung insiden itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 tahun memasuki kawasan pangsapuri dengan menaiki motosikal melalui laluan utama.

"Mangsa terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima dan secara tiba-tiba terjun ke bawah.

"Mangsa maut ekoran kecederaan parah dialaminya," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, hasil soal siasat ke atas isteri mangsa yang juga berusia 26 tahun memaklumkan suaminya mengalami tekanan perasaan sejak beberapa hari lalu dan pernah menerima rawatan di sebuah klinik swasta, empat hari lalu.

"Mangsa mulai alami kemurungan selepas perniagaan yang diceburi gagal dan mengalami kerugian.

"Siasatan ke atas mayat mangsa tidak menemui sebarang elemen jenayah," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Disiarkan pada: Jun 23, 2021 @ 10:25pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adila39 at 24-6-2021 10:22 AM

Reminder

I received complaints - ni nota lockdown untuk semua forumers share experience. Bukan untuk letak apa sahaja content ..tengoklah tajuk sesuai ke tidak untuk letak info..have a little courtesy to others.

I will delete any irrelevant poster or content without notice selepas ini.

@ipes2


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 10:26 AM | Show all posts
@ipes2  thanks for the credits will put more...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2021 10:35 AM | Show all posts
confessorlady replied at 21-6-2021 10:43 PM
experience lockdown #1. 0 challenging, husband tak dapat balik

Berapa lama dah tu cer citer 2x...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 05:30 AM | Show all posts
ipes2 replied at 6-6-2021 10:24 PM
pengalaman sy dalam pelbagai fasa2 lockdown ini: kerja seperti biasa, malah jauh lebih busy dari bia ...


Jangan melarat ke sini sudah...ramai dah tak tahan...huhu...

Thousands descend on London for anti-lockdown march


Saturday, 26 Jun 2021 11:40 PM MYT




LONDON, June 26 — Thousands of anti-lockdown protesters marched through central London today, with the prime minister’s Downing Street residence and parliament both pelted with tennis balls.


England was meant to have lifted all restrictions on June 21, but a rise in cases due to the emergence of the Delta variant, first identified in India, has pushed those plans back by at least four weeks.


The throng marched from Hyde Park, through Oxford Street and towards parliament, carrying flags, whistling and shouting as they demanded an immediate end to restrictions.


“The main reason I’m here is because I feel this lockdown has come at the cost of our liberty and rights,” said Iain McCausland, who had travelled from Devon on England’s southwest coast.


“Our freedom to assemble, our freedom to travel, and work. I’m really quite angry with the government, so are everyone here.”


One placard demanded “arrest Hancock”, in reference to Health Minister Matt Hancock, who hit the headlines on Friday after CCTV footage of him emerged kissing an aide inside a government office.


He apologised for breaking the regulations he helped craft, but has so far resisted calls to resign. — AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2021 01:22 PM | Show all posts
Ate bersambungnya lockdown...maka semakin mengasah skil memasak, sekarang skil baking...seronok WFH...bila perlu masuk opis WIO sebentar...dapat berpuasa dengan mudah..there's always a blessing in disguise


Bernama TV
about an hour ago
PKP tidak tamat esok (28 Jun), fasa pertama terus sehingga nilai ambang kurang 4,000 kes - PM Muhyiddin
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 07:48 AM | Show all posts
keypochino replied at 16-6-2021 02:00 PM
yela kan.. kita tolong apa yg mampu.. menjana ekonomi

Sharing is caring macam @noor2 buat Pengalaman dengar keluhan penjaja...mereka dan pekedai ucap terima kasih beli barangan mereka...


Kibar bendera putih jika perlu bantuan


    Oleh SITI AMINAH MOHD YUSOF
    28 Jun 2021, 11:32 pm


PETALING JAYA – Kempen mengajak orang ramai mengibar bendera berwarna putih tular dalam pelbagai platform media sosial, hari ini.


Tinjuan Kosmo! mendapati carian kata kunci bendera putih dalam medium Facebook, Instagram dan Twitter mendapati saranan mengibarkan bendera putih disyorkan kepada mereka yang menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan terutamanya dalam berdepan cabaran musim pandemik.


“Saya nasihatkan kepada semua yang susah, tiada makanan, naikkan bendera putih di rumah anda. Biar orang di sekeliling memberi sedikit sebanyak yang termampu.


“Jangan ambil tindakan merugikan diri-sendiri dan keluarga. Elakkan stres, berkongsilah masalah dengan orang ramai. Tidak perlu merayu.


“Tidak perlu rasa malu. Hanya kibarkan kain putih. Semoga ada yg datang membantu,” tulis seorang pemilik akaun Facebook bernama Jah yang dipercayai antara individu terawal memulakan kempen tersebut kira-kira 11 jam lalu.


Seorang pemilik akaun Twitter bernama Jassa Li berkata, dia ternampak hantaran gambar di laman Facebook yang memaparkan tindakan meletak bendera putih seperti itu telah dilakukan jiran di rumah keluarganya di Johor Bahru semalam.


“Saya bertanya kepada kakak saya adakah perkara itu benar. Katanya betul. Keluarga tersebut terputus bekalan makanan. Ada anak kecil dan isteri sedang tunggu hari untuk bersalin,” kongsinya.


Rata-rata netizen menulis kata-kata sokongan dan menyatakan kesediaan untuk menghulur bantuan kepada individu yang berbuat demikian dan menyifatkannya idea tersebut amat bijak.


“Jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita kerana jiran juga adalah keluarga. Kibarkan bendera putih supaya kami tahu. Kibarkan untuk kami bantu. Kibarkan untuk kami berganding bahu,” tulis Akmal Masduki di Instagram.


“Kempen ini begitu indah dan sekali lagi mengingatkan kita betapa kuatnya ikatan antara rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Alhamdulillah, walau apa yang terjadi sekalipun, kita masih mempunyai ruang untuk kemanusiaan,” ciap pengguna Twitter bernama Hamizahani.


“Idea yang amat bernas, kita mesti bantu rakyat Malaysia yang susah sampai tidak ada makanan. Jangan sesekali fikir untuk bunuh diri. Rakyat menolong rakyat,” komen seorang netizen bernama Sana Balakrishnan.


“Betul idea yang terbaik. Zaman Covid-19 ini jangan malu. Jangan banyak pendam. Kita tolong sesama kita. Kasihan anak-anak kecil. Siapa yang pernah mengalami kesusahan dan kelaparan saja yang tahu betapa azabnya. teruskan,” sokong Iena Azlin. – K! ONLINE



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2021 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 29-6-2021 07:48 AM
Sharing is caring  macam @noor2 buat Pengalaman dengar keluhan penjaja...mereka dan peke ...

Ya terbaik kempen ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2021 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seribulan at 29-6-2021 01:43 PM
noor2 replied at 29-6-2021 06:50 AM
Ya terbaik kempen ni.....



Walau tiada pengalaman kelaparan kerana adikberadik saya ramai...mak ayah dapat sediakan secukupnya...tak boleh bayangkan kalau masa tu pandemik...

Ni bantuan dari kerajaan plak...




Fwd-
Program Bakul Makanan RM100

Bantuan Bakul Makanan RM100 SEGERA dari kerajaan dibuka sekarang. https://bantuanrakyat.my/bantuan-bakul-makanan-jkm-2021/

Gaji bawah RM3,500 sebulan tapi tak dapat sediakan bekalan makanan yang cukup
Ibu tunggal
Ada anak ramai, pendapatan kecil
Peniaga pasar malam
Dapat notis cuti tanpa gaji
Hilang pendapatan harian
Tiada lagi duit untuk beli barang keperluan
Sudah tiada duit lagi

Semakan Kelayakan Bantuan Bakul Makanan
Pemohon boleh membuat semakan dengan menghubungi:
1.    Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD)/Negeri yang berdekatan dengan tempat tinggal. Direktori JKMN dan PKMD boleh didapati di laman sesawang www.jkm.gov.my;
2.    Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996;
3.    Talian Kasih 15999;
4.    Whatsapp Talian Kasih 019-2615999.


Mohon panjang kepada grup2 lain.. semoga sampai kepada yang memerlukan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 11:18 PM | Show all posts

Dah tidak satu negara sepenuh lockdown bermula esok...

Kurung rakyat tidak lagi relevan, kaji semula SOP lebih holistik - TMJHilmi Malik
Julai 4, 2021 20:10 MYT


Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam masa sama menitahkan agar inisiatif memerangi COVID-19 di Johor dapat dipercepatkan termasuk pembelian terus vaksin.


KUALA LUMPUR : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat tindakan kerajaan mengurung rakyat tidak lagi relevan selain perlu mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP).
Baginda dalam masa sama turut mengarahkan seluruh pentadbiran kerajaan negeri Johor agar dapat mempercepatkan inisiatif memerangi wabak COVID-19 di negeri itu.

“Sehingga kini, statistik COVID-19 masih menunjukkan jumlah kes harian yang tinggi dan rakyat kini sudah dikurung hampir dua bulan, saya bimbang rakyat kini mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal yang teruk.


Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2021 02:38 PM | Show all posts
CatMiow replied at 16-6-2021 02:03 PM
Cili, bawang,  minyak, beras,  telur kena ada stok..

Baru beli, dah sikit,  LD baru 2 hari :sw ...

Camna lockdown sana?

Ni dah beli telur...seller suruh beli setangkak...saya xmo...beli 10 biji...rasanya dah boleh urus panic buying ni...just top up yg perlu je...buat list sesiap...jadi barang x perlu takde le kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.165507 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list