CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JUSTcircle

Komik & Majalah Malaysia:Ujang,Gempak etc.

[Copy link]
Post time 30-1-2009 11:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 19-3-2012 17:30

Otak kartun



Oleh Diyanah Anuar
[email protected]




Tip jadi pelukis komik berjaya



TIDAK keterlaluan jika dikatakan hampir semua daripada kita membesar dengan komik. Tidak kiralah, jenis atau genre komik yang diminati. Malah masih ramai juga yang setia melanggan komik walaupun sudah dewasa dan berkeluarga. Sudah pasti, komik yang dikumpul sejak zaman remaja menjadi koleksi berharga yang cukup dibanggakan.

Penggemar dan pengumpul koleksi komik ada di mana-mana saja. Di luar negara seperti di Jepun, pembacaan dan pengumpulan komik ibarat budaya yang menjadi ikutan ramai.


Kecenderungan sama turut melanda rakyat Malaysia. Bagaimanapun, rata-rata penggemar komik tempatan membaca dan menjadikan komik luar negara sebagai koleksi mereka kerana tidak banyak karya komik tempatan menarik minat.

Sektor komik di Malaysia boleh disifatkan agak ketinggalan berbanding negara maju. Ini kerana setakat ini, tidak banyak usaha serius dilakukan untuk memajukan sektor ini.

Di luar negara, komik bukan sekadar bacaan ringan tapi mencetus fenomena hingga banyak produk dihasilkan berdasarkan karakter komik.





Namun, sektor komik di Malaysia belum mampu mencapai tahap itu malah masih ada pihak memandang negatif dengan bahan bacaan ini, kata penggiat komik yang juga Pengerusi Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK), Muhamad Azhar Abdullah.

Kata Muhamad Azhar, kurangnya bakat atau tenaga bukanlah punca kemunduran sektor komik ini di Malaysia, sebaliknya faktor kurangnya pulangan kepada penggiat menjadi penyebab ramai pelukis tidak mahu bergiat secara aktif.

Beliau berkata, ditambah pula faktor kurangnya penerbit yang komited memasarkan karya komik tempatan menyebabkan sektor komik terus suram.

Sehubungan itu, Muhamad Azhar dan penggiat komik yang lain bergabung tenaga menubuhkan PeKOMIK, dua tahun lalu. Persatuan ini ditubuhkan sebagai usaha menyuburkan kegiatan pengeluaran komik tempatan dan memajukannya sektor ini.


Antara inisiatif yang bakal dilaksanakan persatuan ini ialah Anugerah Pekomik bagi mengiktiraf hasil kerja penggiat komik tempatan.

Ia diharap dapat menjadi titik tolak menaikkan taraf industri ini serta menggalakkan lebih banyak penghasilan karya komik penggiat tempatan. Ia juga diharap dapat menarik minat penggemar komik supaya memberi sokongan kepada komik tempatan, kata Muhamad Azhar.

Aspirasi Muhamad Azhar dikongsi lebih lanjut bersama XY-Ikon Lelaki...

Mengapa anda tidak meneruskan kerjaya dalam bidang jurubina sebaliknya memberi tumpuan kepada lukisan komik dan penerbitan animasi?

Pada asalnya, minat saya memang dalam bidang lukisan komik, sejak zaman prasekolah lagi. Tapi memandangkan harapan ibu bapa untuk melihat anak mereka tamat pengajian dengan kursus profesional, saya penuhi impian mereka terlebih dulu.

Selepas tamat belajar, saya bekerja sebagai pembantu arkitek dan kira-kira setahun lalu, saya letak jawatan dan menyambung semula pengajian dalam bidang seni dan rekaan. Sejak itu, saya terus saja fokus kepada bidang ini hingga sekarang.

Apa yang membuatkan anda yakin kepada bidang penghasilan komik hingga sanggup meninggalkan bidang seni bina?

Paling utama, minat saya memang dalam bidang ini. Selain itu, saya percaya bahawa di Malaysia, bilangan penggemar komik memang ramai. Tidak kira peringkat umur dan juga latar belakang.

Merujuk kajian yang pernah dikendalikan dua tahun lalu, ada kira-kira sejuta pembaca komik di Malaysia. Sebahagian besar dari kalangan pelajar sekolah dan penuntut kolej. Namun, kebanyakan mereka memilih karya komik dari luar kerana tidak banyak produk komik tempatan yang boleh dijadikan koleksi. Kalau ada pun, kebanyakannya dalam bentuk majalah humor. Itu juga antara faktor yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk serius dalam bidang ini.

Boleh anda terangkan secara ringkas apa sebenarnya komik dan jenis-jenisnya?

Komik sebenarnya adalah seni berturutan (sequential art) atau sebuah penceritaan menggunakan medium lukisan. Ada komik berunsur humor, jalanan (street), misteri, keperwiraan, fiksyen sains (sci-fi) dan banyak lagi.

Bagi menghidupkan penceritaan, lukisan komik biasanya ditambah dengan unsur exaggerate, contohnya dengan melukis watak hero yang berotot perkasa dengan raut wajah tampan.

Mengapa orang tempatan lebih suka membaca komik luar? Apakah kelebihan komik luar?

Pertama sekali, karya komik luar negara membanjiri pasaran tempatan dan amat sukar untuk mencari buku komik tempatan yang boleh diikuti penggemar. Antara kelebihan yang ada pada komik luar adalah kekuatan watak yang ditampilkan dalam komik mereka.

Contohnya, komik dari Jepun seperti Dragon Balls dan Doraemon. Karakter dalam komik ini mempunyai karisma tersendiri hingga orang ramai minat dan ingin mengikuti ceritanya. Kebanyakan komik tempatan tidak memiliki ciri seperti ini. Jika ada pun, belum cukup signifikan untuk bersaing dengan komik luar.

Mengapa kita tidak dapat mencapai tahap seperti industri komik keluaran negara luar yang lebih maju?

Untuk menerbitkan sebuah komik, kosnya agak tinggi termasuk promosi dan pemasaran. Kemudian, untuk memastikan sesebuah komik mempunyai pengikutnya sendiri, ia mengambil masa setahun hingga dua tahun.

Tidak banyak penerbit sanggup melabur untuk projek sebegini dan mereka merasa lebih senang jika mereka mengedar saja komik luar. Ini kerana kebanyakan komik luar tidak perlu dibayar hak cipta dan kos penerbitan lain. Apa yang perlu ditanggung cuma kos percetakan saja.

Apabila industri tidak berkembang, pengkarya juga tidak dapat mencari makan dengan karya mereka maka tiadalah produk komik tempatan yang dapat bersaing dengan komik luar.

Maksudnya, seseorang tidak dapat mencari makan dengan hanya menjadi pelukis komik saja ?

Senarionya lebih kurang begitulah. Berbeza dengan pengkarya komik di luar negara, setiap komik ada beberapa artis yang bertanggungjawab dalam proses tertentu dan mereka semuanya menerima pendapatan masing-masing.

Penerbit juga sanggup melabur besar untuk memasarkan komik. Di Malaysia, ramai pengkarya komik masih bersemangat berkarya namun pergerakan itu bersifat pasif. Lalu kebanyakan daripada mereka melakukan kerja ini secara sambilan.

Seperti saya sendiri, untuk menghasilkan komik setebal 120 muka surat, masa yang diambil adalah kira-kira setahun dan semua proses penghasilan dibuat berseorangan.

Apakah kemahiran yang perlu ada untuk menjadi pelukis komik?

Pelukis komik bukan saja perlu tahu melukis, tapi perlu tahu bagaimana hendak menyampaikan cerita melalui lukisan berpanel. Penghasilan komik ini boleh dikatakan agak sama seperti penghasilan filem. Pelukis bertindak sebagai pengarahnya dan mereka harus tentukan jalan cerita, sudut lukisan dan skripnya.

Bagaimana proses anda menghasilkan komik?

Biasanya, bila datang idea, saya akan lakarkan secara kasar terlebih dulu watak, karektor dan keterangannya. Selepas itu baru saya akan taip skripnya dan teruskan dengan proses selanjutnya.

Apakah tujuan penubuhan Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK)?

Penubuhannya datang dari hasrat sebuah komuniti pencinta dunia komik yang mahu memberi faedah, bukan saja kepada golongan pengkarya dan penggiat komik tapi juga khalayak peminat komik tanah air.

Apa yang diperjuangkan dan apakah usaha yang dijayakan PeKOMIK?

Tujuan utama PeKOMIK adalah untuk mengembang dan memartabatkan dunia komik Malaysia. Antara usaha yang kami laksanakan ialah menganjurkan acara seperti rti konvensyen. Program ini diisi dengan pameran, forum dan pembabitan penggiat dan peminat komik tempatan.

Dari situ, kita akan cuba wujudkan komuniti serta menjana penghasilan karya supaya matlamat memartabatkan industri ini dapat dicapai.

Cabaran yang terpaksa dihadapi penggiat komik tempatan dan harapan anda untuk industri komik tempatan?

Satu daripadanya adalah kebanjiran komik luar. Jika boleh, pihak terbabit perlu mengambil inisiatif mengawal kemasukan komik luar atau menaikkan harga komik luar jika hendak dipasarkan di Malaysia.

Selain itu, faktor kekurangan penerbit yang dapat menyokong pengeluaran komik tempatan juga memperlahankan perkembangan sektor ini. Kita berharap lebih ramai penerbit tempatan beri sokongan dengan menerbitkan karya komik tempatan. Ini penting supaya penggemar dapat melihat sendiri kreativiti karya tempatan lalu mula melanggannya.




Profil


Nama: Muhamad Azhar Abdullah

Usia: 32 tahun

Asal: Shah Alam, Selangor

Tarikh lahir: 11 Disember 1977



- Berita Harian -


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2009 11:48 PM | Show all posts
Liga Pendekar - Sketch



Kebayan





Orang Minyak






Sources : http://azharsketch.blogspot.com/


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2009 01:56 AM | Show all posts
banyak betul ingo
-lama aku tak baca ujang
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 10:25 AM | Show all posts



http://pekomik.com/



Anugerah PeKOMIK 2009


Buat julung- julung kalinya, demi memartabatkan persada seni komik tanah air, PeKOMIK (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) telah menganjurkan satu anugerah prestij dalam meletakan seni Komik sebagai satu industri profesionalisme pada 25 April 2009 bertempat di Dewan Kedah Johor, PWTC.

Semua individu dan penerbit boleh menghantar penyertaan dan percalonan bagi setiap kategori yang di pertandingkan ( karya yang diterbitkan dari Januari - Disember 2008, sekurang-kurangnya di terbitkan dalam jangka masa 3 bulan sekiranya bersiri) ke :
[email protected]
atau hubungi Saudara Jonos di talian 012-9178770


Penyertaan adalah percuma!Setiap penyertaan dikehendaki menghantar satu salinan komik hardcopy dan soft copy.Tarikh tutup penyertaan 30 Mac 2009


Kategori- kategori yang di pertandingkan adalah:


1- Majalah Komik Terbaik (Best Comic Magazine). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

2- Kartun Satu Muka Terbaik (Best Loose Cartoon). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

3- Siri Mini Komik Terbaik (Best Comic Mini Series). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

4- Siri Komik Kartun Terbaik (Best Cartoon Series). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

5- Komik Surat Khabar Terbaik (Best Comic In News Paper). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

6- Anugerah Berus Emas PeKOMIK ( PeKOMIK golden brush Award)

7- Komik Online Terbaik (Best Online Comic). sila sertakan tajuk komik dan tarikh keluaran berkenaan

8- Pelajar harapan dalam Seni Komik (Most Promising Student In Comic Illustration) : Pelajar di peringkat IPT/Sekolah di kehendaki menghantar minima 3 muka surat ilustrasi komik atau ilustrasi kulit(cover) watak tempatan/watak rekaan sendiri.

9- Komik Amatur/Terbitan Sendiri Terbaik (Best Amateur/ Self -Publish Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

10- Watak Terbaik (Best Character): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

11- Penerbit Terbaik (Best Publisher)

12- Kartunis Terbaik (Best Cartoonist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

13- Penulis Terbaik (Best Writer): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

14- Lakaran Pensil/Ink Terbaik, Berkumpulan atau Solo (Best Penciler/Inker team ): sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

15- Lukisan Kulit Muka Terbaik (Best Cover). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

16- Ilustrator manual/digital Terbaik (Best Painted Artist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

17- Warnaan Terbaik (Best Colourist). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

18- Kemasan Ink Terbaik (Best Inker). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

19- PeKOMIK (Pelukis Komik) Terbaik (Best Comic Artist): warna atau hitam putih. sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

20- Komik Terbaik (Best Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.

21- Komik Baru Terbaik (Best New Comic). sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan

22- Komik Pilihan Pembaca (Fan Favorite Comic). Melalui undian. sila sertakan tajuk komik dan isu/keluaran berkenaan.



Pemenang akan menerima trofi dan sijil pengiktirafan daripada PeKOMIK. Juga akan menerima koleksi khas buku Anugerah PeKOMIK 2009.

Juri-Juri akan di beritahu kelak.




[ Last edited by  HangPC2 at 5-3-2009 10:35 ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2009 10:45 PM | Show all posts
biler komik msia blh btl2 gmpk cm mnga n komik us ek...ssh sgt ke...stroke ank tmptn dh diakui prgkt antrabgsa..storyline jela kot lum ckp gmpak lgi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2009 12:47 PM | Show all posts

Balas #25 JUSTcircle\ catat

ujang dulu best la...sekarang bc x lawak lngsung......gmpak memang best...terutama sekali pelukis dia zint
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-3-2009 08:05 PM | Show all posts
tp aku baca gmpak pn cm dh kureng je sket...komik xklusif dia dh krg umphhh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2009 07:41 PM | Show all posts
aku baru kat forum ni.... dulu-dulu aku suker baca ujang skang nih aku suker baca arena komik... ala, adik beradik kreko. ader yang baca arena?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2009 09:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by HangPC2 at 20-3-2010 15:24

Cingkus Blues!








KUALA LUMPUR: Move over Spongebob Squarepants. Cingkus Blues, the first 2D animation from Malaysia is to be shown on the Nickelodeon channel.

Cingkus Blues is a story of two best friends, a cat named Cing and a rat named Kus, whose adventures in several tourist spots in Malaysia will help promote local destinations to international viewers.

Produced by Third Rock Creation Sdn Bhd, the project was made possible by the Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC).

Third Rock Creation chief executive officer Shaikh Raheem said: Nickelodeon was interested in the series after we showed the pilot episode to their representatives.

The 15-minute pilot focuses on Cing and Kus search for the King of all Durians in Goonting Highlands.

It took us more than a year to get the pilot episode made. It took us a while to create the characters because we wanted the characters to appeal to an international audience.

He said it was important for Cingkus Blues to have an international feel yet retain the Malaysian elements.

Shaikh admitted that it would be easier to make a cartoon series for local TV stations.

But where is the challenge in that? We wanted to prove to others that Malaysian products could go international.



- NST -






http://www.youtube.com/watch?v=WOtTeL40usQ


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2009 12:15 AM | Show all posts
macam gambar dalam citer Cat Dog Nickeledeon ..heheh. Takpun citer kutu ntah hapa ntah yang ada lipas sekali kawan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 03:13 PM | Show all posts
lor.. baru aku pasan aku ada bukak umah nih... bapak lama giler aku check aku ada bukak umah nih... dah 4 tahun pun umah nih x laju mana erk? huhu!!!

nampak sgt komik malaysia masih lagi di belakang komik2 negara lain... terutama manga dari Jepun...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 01:17 AM | Show all posts
WoW (Pekomik Zine Edisi Khas)










Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 03:39 AM | Show all posts

Reply #132 HangPC2's post

tq kerana update umah nih... aku amat menghargai jasako..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 03:50 AM | Show all posts
kalo time kecik2 dulu.. zaman sekolah rendah, suka baca gila2 and ujang..
masa tu, majalah lawak malaysia memang best.. rasa gelak sentiasa je baca..
sekarang dah kurang ummphhh dah.. may be sebab diorang dah kering idea kot..
kena salu wat brain storming nih..
sekarang still baca walaupun jarang beli.. ujang, wajib beli 2 kali setahun.. bumper puasa dan bumper raya puasa.. apo?.. blues tu, blues sangat.. kurang seswai ngan jiwa wa yang batu sket nih..
dulu2 salu gak baca gempak, but lebih minat utopia dari gempak..
suka tengok lukisan ben..
yang ujang dan apo? lak, tak ingat sangat la kartunisnya.. tengah mamai nih.. kalo dah segar sok, post lagi kat cni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 12:24 PM | Show all posts
Originally posted by sweetemp at 11-3-2009 19:41
aku baru kat forum ni.... dulu-dulu aku suker baca ujang skang nih aku suker baca arena komik... ala, adik beradik kreko. ader yang baca arena?


Arena Komik dan kreko memang keluaran malaysia..
tapi karya di dalamnya hasil nukilan mangaka jepun..
jadi bagi kite, AK dan kreko bukanlah majalah pure buatan kartunis tempatan..
ye ke, tuan tanah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2009 01:36 PM | Show all posts

Reply #135 sweetmi09's post

yerp... kreako ngan arena tuh cah alih bahasa dr manga jeun ke bahasa melayu sahaja.. bukan kartunis malaysia yg lukis... so, cam x leh dikategorikan sbg majalan dan komik buatan malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 01:18 PM | Show all posts
dulu lain..idea pun fresh2 lagi...skrang lain..hmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 09:58 PM | Show all posts

Reply #129 HangPC2's post

hmmm..... mmg style mcm Oggy and the Cockroaches. good job though.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 12:31 PM | Show all posts
korg igt nak nama karakter katak2 dlm majalah ujang

tak silap aku dlm ruangan katok oh katok
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 12:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 03:00 AM GMT+8 , Processed in 3.463885 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list