|
akui aper pon tak tau..aku tau..aku tgk F1 awal taun 2000 mase sekolah menengah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lizz_7777 at 14-12-2008 05:31 PM
Kau x suke ke???? Kalau x aku akan berhenti.
aku suke sangat..... ko tepek la
info smp page ke 100....
cari info yg panjang2 ko tepek kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam cadangan tahun depan atau 2 tahun lagi semua kereta F1 pakai Satu Pengeluar Enjin jer... |
|
|
|
|
|
|
|
sebab masalah ekonomi dunia.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #105 weta_studio's post
|
|
|
|
|
|
|
more info -
Evolusi Formula Satu
Oleh Mohd Razlan Salleh
FORMULA Satu atau singkatannya, F1 adalah kelas tertinggi perlumbaan formula kereta satu tempat duduk dengan tayar terdedah seperti ditakrifkan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Musim kejuaraan Formula Satu terdiri daripada siri perlumbaan dikenali Grand Prix yang diadakan di litar perlumbaan atau di jalan raya tertutup bagi menentukan dua kejuaraan dunia, satu untuk pemandu dan satu lagi bagi pengeluar.
Biasanya, jentera F1 akan berlumba pada kelajuan tinggi sehingga melebihi 320 kilometer sejam (km/j) dan mampu menghasilkan tekanan sehingga 5G di beberapa selekoh litar.
Prestasi jentera bergantung pada elektronik, tahap aerodinamik, suspensi dan tayar sehingga perlumbaan termahal di dunia itu mengalami pelbagai evolusi serta perubahan sejak ia mula dianjurkan.
Eropah adalah pusat tradisi F1 apabila semua pasukan berpangkalan di benua itu dan hampir separuh perlumbaan diadakan di kawasan terbabit.
Namun, kini Grand Prix sudah mendapat tempat di hati peminat dan diadakan di seluruh dunia.
Perlumbaan di Eropah dan Amerika dikurangkan untuk memberi laluan kepada litar baru di Bahrain, China, Turki dan Singapura yang menganjurkan perlumbaan malam pertama tahun lalu.
F1 juga menjadi acara televisyen yang besar dengan jutaan orang menonton setiap perlumbaan disiarkan di lebih 200 negara.
Sebagai sukan termahal dunia, kesan ekonominya adalah jelas serta kewangan dan pertarungan politik secara luas diperhatikan.
Secara purata, hampir 55 juta orang dari seluruh dunia menonton perlumbaan F1 secara langsung.
Mengikut sejarah, Siri F1 berasaskan kepada lumba kereta Grand Prix Eropah pada 1920-an dan 1930-an.
Perkataan Formula merujuk kepada satu set peraturan yang perlu dipatuhi semua peserta. Gelaran Formula Satu menandakan sukan berkenaan perlu dijadikan formula perlumbaan paling canggih dan kompetitif di dunia.
Sebilangan pertubuhan perlumbaan Grand Prix merangka peraturan bagi satu Kejohanan Dunia sebelum perang Dunia Kedua, namun akibat penggantungan acara lumba ketika perang, Kejohanan Pelumba Dunia tidak dirasmikan sehingga 1947.
Perlumbaan kejohanan dunia pertama disambung pada 1950 di litar Silverstone, United Kingdom sebelum satu kejohanan bagi pembina kereta menyusul pada 1958.
Kejohanan Dunia F1 pertama dijuarai Giuseppe Farina dari Itali menerusi Alfa Romeo 159 pada 1950 selepas berjaya menewaskan rakan sepasukannya, Juan Manuel Fangio dari Argentina.
Namun begitu, Fangio berjaya merangkul gelaran juara pada musim 1951, 1954, 1955, 1956 dan 1957 manakala Alberto Ascari dari pasukan Ferrari memenangi kejohanan pada 1952 dan 1953.
Fangio dikenang kerana mendominasi dekad pertama F1 dan mendapat gelaran sebagai grand master F1.
Pada awal perlumbaan F1, ia didominasi pasukan pembuat kereta jalanan seperti Alfa Romeo, Ferrari, Mercedes Benz dan Maserati.
Musim terawal menyaksikan penggunaan kereta yang dibangunkan sebelum zaman perang seperti Alfa Romeo 158 dan berenjin di bahagian hadapan, dengan tayar lebih nipis.
Kebanyakan jentera hanya menggunakan enjin serendah 1.5L sebelum peraturan baru diperkenalkan mengikut peraturan Formula Dua.
Apabila Formula Satu memasuki musim baru dengan enjin terhad kepada 2.5 liter, Mercedes-Benz memperkenalkan W196 yang canggih bercirikan inovasi seperti injap Desmodromik serta suntikan bahan api selain pembuatan badan diperkemas dan tertutup.
Mercedes berjaya memenangi kejohanan pemandu selama dua tahun sebelum menarik diri daripada semua sukan bermotor akibat bencana Le Mans 1955.
Pengenalan semula kereta berenjin tengah oleh Cooper's yang diilhamkan daripada rekaan Formula Tiga berjaya membuktikan kepantasan kenderaan semakin meningkat sehingga pada 1961, semua pasukan bertanding beralih kepada kereta berenjin tengah.
Juara dunia pertama adalah Mike Hawthorn dari United Kingdom yang memandu Ferrari, merangkul gelaran terbabit pada musim 1958.
Bagaimanapun, apabila Colin Chapman menyertai F1 sebagai pereka rangka kereta dan kemudian menjadi pengasas Team Lotus, warna hijau kereta lumba British mula mendominasi pertandingan F1 selama satu dekad.
Pada musim 1962, Lotus memperkenalkan jentera terbaru dengan rangka helaian aluminium sebagai ganti kepada rekaan konvensional.
Pada akhir 1970-an, Lotus memperkenalkan aerodinamik kesan bumi yang memberi daya turun yang amat kuat dan banyak sehingga meningkatkan kelajuan membelok.
Oleh kerana daya aerodinamik terlalu kuat sehingga menekan kereta pada permukaan landasan, ada pasukan yang menanggalkan spring dalam suspensinya dan menggantikannya dengan ketulan aluminium pejal untuk meminimumkan perubahan dalam ketinggian pemandu akibat perubahan drastik dalam daya turun daripada kelajuan rendah ke kelajuan tinggi.
Bagaimanapun, FIA mengharamkan aplikasi aerodinamik kesan bumi terbabit mulai musim 1983 atas sebab keselamatan.
Peningkatan kepantasan jentera F1 mula berkembang apabila Renault memperkenalkan enjin berkuasa turbo yang menghasilkan lebih 700 kuasa kuda (bhp) sebelum meningkat sehingga 1,400 bhp, menjadikan jentera F1 sebagai kenderaan beroda terbuka paling berkuasa di dunia sehingga ke hari ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|