CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: PengKid

Cicak Man

[Copy link]
Post time 4-12-2006 12:33 PM | Show all posts
ishhhh... apa nak jadi ngan orang melayu ni. Benda-benda cam gini pun nak jadi isu. Itu HIBURAN SEMATA-MATA. Kalau tang ni semua nak menyalak. Macamana fikiran melayu nak berkembang. Cuba tanya diri sendiri tu.. sembahyang 5 waktu tu ada buat ke tak....:lebai:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 12:38 PM | Show all posts
gini pun boleh buat topic..... aper jer...

apapun syabas for Yusry kerana berani membut kelainan... something new....

well done...

jgn ambik kisah sangat apa orang nak cakap....

Go Yusry!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:45 PM | Show all posts
ah ah la.  bior le dia buat cite pasal cicak ke hapa asalkan dia x menyimpang ke mana2....at least, theres something new in our movie industry.  hengkau tu yg menyimpang x tentu pasal...kolot betul!:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 01:26 PM | Show all posts
adei lawak la ngan cicak pun jd isu........ hikhik dinosorman ok tak?
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 01:53 PM | Show all posts
Originally posted by TuanPenasihat at 4-12-2006 12:53 AM
CICAKMAN ??? Apa dah jadi dengan org islam sekarang, buat cerita wayang dengan tidak menitik beratkan soal agama.
Kenapa pilih cicak untuk di jadikan idola kanak-kanak?

huhu..sebenarnya dulu pun ada jugak orang bukak topik lebih kurang gini... teruk jugak Yusri kena bash dgn komen, .. pasal tu aku suspek kau ni mungkin daripada topik tu jugak kot? macam macam teori gak orang bagi kat topik tu...tapi kosong le. sebetulnya cicak dipilih, sebab mudah dikaitkan dengan komedi. tak menggoncangkan akidah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:18 PM | Show all posts
buat ajer cipan man..confirm takde yg nk condem..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2006 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by kawankau at 4-12-2006 01:53 PM

sebetulnya cicak dipilih, sebab mudah dikaitkan dengan komedi.


Lagi satu,sebab cicak dipilih kerana mudah dikaitkan dengan badan Saiful Apek yg cikeding mcm cicak:pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 02:44 PM | Show all posts
ntah la
aku tgk trailer de ms kat panggung de buar eksperimen kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2006 03:05 PM | Show all posts
..hehehhe....
Reply

Use magic Report

diana_ralin This user has been deleted
Post time 4-12-2006 07:01 PM | Show all posts
citer ni nnt nak ditayangkan dkt bangkok..:love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 07:38 PM | Show all posts
ish...ish kena lagik. citer lom kuar panggung dah jadi isu. alaaa citer ni kan for fun jek. hero apek yg kurus kedi tu mmg sesuai arr ngan cicak. kalo panggil dinosour man yusry kena panggil bob kutu lak. tak sesuai lerrr:geram::geram::geram:
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 08:11 PM | Show all posts

Reply #128 mawar_pinky's post

trailer cam best jek...ada gak yang lawak...cuma kalo nak kata ada persamaan ngan spidey tak dinafikan ler...kira terrer ar yusry leh wat camtu..huhu
Reply

Use magic Report

haLLie This user has been deleted
Post time 4-12-2006 09:53 PM | Show all posts
ni satu lagi a must see movie.. tapi aku tak suka apek.. camne ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 08:34 AM | Show all posts
Aku tgk custome dia ada sejibik laa cam custome "DareDevil"..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 10:28 AM | Show all posts
Superhero pertama malaysia bukan cicakman tapi rasanya keluangman
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 01:39 PM | Show all posts
Harap2 filem ni boleh menarik bukan Melayu menonton filem Melayu ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


whoababy This user has been deleted
Post time 5-12-2006 04:48 PM | Show all posts
hari tu nampak Cicakman kat KLCC. orang pakai kostum kot?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 04:49 PM | Show all posts
FILM X CM PILM SPIDERMAN KE ?? ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 01:18 PM | Show all posts
Penangan awal Cicak-Man
Oleh Zubir Mohd Yunus


FILEM sains fiksyen (sci-fi) dan superhero pertama buatan Malaysia, Cicak-Man, dijangka boom di pawagam tempatan. Melihat kepada promosinya yang ligat, ditambah produksi filem itu sendiri yang sememangnya membanggakan, tidak ragu-ragu lagi, ramai akan keluar menonton Cicak-Man pada musim cuti persekolahan ini.

Seperti mana juga filem cereka lain, Cicak-Man lebih dulu dipertontonkan kepada pihak media serta jemputan khas sebelum tayangan umumnya bermula di seluruh Malaysia pada 7 Disember ini.

Majlis tayangan gala Cicak-Man berlangsung di Cathay Cineleisure, Bandar Utama, baru-baru ini. Ia meriah dengan kehadiran ratusan jemputan di kalangan peminat selain barisan pelakon utama filem itu seperti Yusry KRU, Fasha Sandha, Adlin Aman Ramli, AC Mizal, M Rajoli dan Aznil Nawawi.

Turut berangkat memberikan sokongan moral ialah Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah serta ramai selebriti tempatan seperti Datin Seri Tiara Jacquelina, Julie Dahlan, Que Haidar, Anita Sarawak, Umie Aida, Aliff - One In A Million dan Betty Banafe.

Rata-rata yang ditemui selepas tayangan itu cukup berpuas hati dengan hasil arahan pertama Yusry yang dianggap sungguh menghiburkan selain mampu menaikkan taraf industri perfileman negara.

Tengku Muda Pahang berkata dia berbangga dengan usaha Yusry dan Norman kerana mampu menghasilkan filem setaraf dengan kisah superhero di Barat.

"Saya puji usaha Yusry dan Norman yang mahir mengaplikasikan kemahiran komputer untuk filem ini," katanya.

Tiara pula mengakui dia begitu terharu dan kagum dengan kemampuan Yusry mengemudi filem itu, sekali gus membuktikan anak Malaysia sememangnya berupaya meneroka teknologi canggih dalam bidang perfileman.

"Saya benar-benar tertarik dengan kesan khas dan CGI (Imej Janaan Berkomputer) yang dihasilkan Yusry dan teamnya. Hingga satu peringkat, saya terlupa seketika filem ini dihasilkan oleh orang kita. Tahniah untuk Yusry dan KRU yang berani mencuba dan berjaya," kata Tiara.

Betty pula berkata, "Hebatnya Cicak-Man. Saya tidak sangka filem pertama arahan Yusry akan jadi sehebat ini. Elemen futuristik dan komedi berjaya digabungkan dengan menarik sekali," kata Betty.

Bagaimana dengan anda? Jangan lupa ke pawagam mulai 7 Disember ini!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 04:19 PM | Show all posts
ek ele... cicak pun nak jadi isu.. tak salah pun..
lain le kalu yusry buat Babiman ke>>>
opsss..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.066759 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list