CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

< TAHNIAH MAWI ~ BINTANG PALING POPULAR 2006 ~ YahoOo!>

[Copy link]
Post time 14-12-2006 10:44 PM | Show all posts
wey jgn lupa aku dok cangok kat sini pun undi mawi tau !!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 01:59 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 02:01 AM | Show all posts

Reply #122 PengKid's post

kelazzz giler kid! :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 02:16 AM | Show all posts

Reply #123 crayzee's post

mesti lah kelazzzz untuk mawi.... ekekekk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:15 AM | Show all posts
tajaan  besar  besar betul  this year :

ABPBH 2006: Tajaan Habib Jewels terbesar dalam sejarah

RM1.5 juta ditaja bagi memeriahkan ulang tahun ke-20 majlis anugerah

SYARIKAT barangan kemas, HABIB Jewels Sdn Bhd menaja RM 1.5 juta dalam bentuk wang tunai dan barang kemas berjenama Habib untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2006).

----------------------------------------------------------------------------------------------------

ABPBH 2006: Naza Sorento untuk artis, pembaca


Selain tajaan daripada Hbib Jewels Sdn Bhd bernilai RM1.5 juta, edisi ke-20 ABPBH turut menerima tajaan daripada pihak lain yang bernilai sekitar bernilai sekitar RM1.25 juta daripada pelbagai syarikat. Tajaan itu juga merangkumi dua kenderaan pacuan empat roda Naza Sorento 2.5 (Auto) bernilai hampir RM300,000, iaitu setiap satu bakal diraih Bintang Paling Popular dan pembaca bertuah yang memenangi peraduan Undi & Menang.

Selain pacuan empat roda bernilai RM143,000 setiap satu menanti pemenang utama kategori pembaca Berita Harian/Berita Minggu yang membuat pilihan tepat dalam borang pencalonan akhir ABPBH 2006, pelbagai hadiah menarik lain juga bakal dimenangi.

Hadiah kedua yang ditawarkan kepada pembaca bertuah pula adalah set barangan kemas Habib bernilai RM50,000 manakala tempat ketiga menerima set bernilai RM20,000. Hadiah lain termasuk 38 barangan kemas Habib bernilai RM2,500, barangan elektrik tajaan JVC Sales & Services merangkumi TV LCD 40
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 08:58 AM | Show all posts
Nama selebriti tersenarai dalam Top 5 miliki kekuatan peminat sendiri

KEMUNCULAN beberapa nama baru dalam sebahagian pencalonan menerusi 16 kategori yang dipertandingkan pada peringkat akhir Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006 bakal memberi saingan kepada nama popular sedia ada termasuk yang pernah mengungguli acara berprestij itu sebelum ini.

Meneliti senarai Top 5 ABPBH 2006 ketika diumumkan pada sidang media di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin menyaksikan nama besar terus bertahan dalam senarai mengikut kategori masing-masing biarpun pada masa sama, kemunculan calon yang buat pertama kali tersenarai mampu menggugat undian peminat kepada muka lama.

Paling ketara, kategori Penyampai Radio Lelaki Popular yang pernah dikuasai Halim Othman memperlihatkan dua nama yang mengukuhkan stesen radio Hot FM iaitu Faizal Ismail dan Khairul Ikhwan membolosi benteng yang selama ini kukuh dipertahankan penyampai Era. Kategori itu juga membariskan dua calon lain iaitu pasangan Pagi Di Era, Khairil Rashid dan Kieran.

Nama baru dalam dunia penyampaian radio, Sharifah Aleya mula menguatkan kedudukannya apabila berjaya tersenarai dalam Top 5 Penyampai Radio Wanita Popular. Persoalannya, apakah penyampai wanita Hot FM itu mampu melunturkan populariti Linda Onn yang kebal mempertahankan trofi sejak diperkenalkan lima tahun lalu?

Turut bersaing ialah Abby Fana, Fara Fauzana dan Nana yang semakin selesa kerana ia bukan pertama kali mereka dicalonkan dalam kategori itu. Bintang realiti, Nikki dan Zahid yang berkolaborasi menerusi lagu duet, Caramu turut menempatkan diri dalam senarai Top 5 kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular menyaingi satu lagi gandingan baru, Jamal Abdillah dan penerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH 2005, Mawi.

Tiga kali mempertahankan trofi Artis Komedi Wanita Popular, apakah ABPBH 2006 akan sekali lagi menyaksikan ia menjadi milik Sheila Rusly? Atau, Sheila berdepan pecahan undian kerana namanya turut tersenarai dalam kategori lain iaitu Pelakon TV Wanita Popular.

Sheila menghadapi tentangan daripada saingan tradisinya seperti Raja Azura dan Adibah Noor, serta dua calon baru, Sharifah Shahira dan Aliza Abdullah (Enot).

Acara kemuncak di Genting Highlands dijadualkan 4 Februari ini pastinya turut bertumpu kepada Kategori Pelakon TV Lelaki Popular apabila sekali lagi menyenaraikan calon yang sudah beberapa kali terpilih ke Top 5 iaitu Rosyam Nor, Zed Zaidi dan Ako Mustapha. Mereka akan dicabar dua wajah yang kian mendapat tempat di hati peminat - Arash Mohamad dan Fahrin Ahmad.

Paling menarik kategori Penyanyi Lelaki Popular apabila pemenang tahun lalu, Mawi, sekali lagi dicalonkan bersama nama gah dalam industri hiburan seperti Amy Search, Awie dan sifunya, M Nasir. Selain mereka, turut membolosi senarai Top 5 ialah pemenang musim keempat Akademi Fantasia, Faizal.

Persoalannya, apakah kesetiaan peminat Mawi akan terus bersamanya selepas melalui pelbagai episod yang menggugat kepercayaan penyokongnya? Lalu dia dihukum dengan mengetepikan peluang untuk penyanyi berkenaan menggenggam kembali trofi itu. Sukar diramalkan kerana semua nama yang bertanding mempunyai kelompok peminat yang cukup kebal.


ABPBH 2006 juga menjadi medan untuk menguji kekuatan populariti Ina Naim apabila namanya dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular. Andai sebelum ini, Ina dikatakan membina nama atas tiket simpati kerana peristiwa putus tunang dengan Mawi, ABPBH 2006 barangkali menyediakan ruang terbaik kepada artis baru itu untuk menangkis dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Ina menghadapi saingan daripada tiga bintang realiti iaitu Amylea, Marsha dan Leez serta penyanyi hitam manis, Farawahida yang memuncak namanya lewat lagu Tanpamu.

Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada sidang media berkata, pelbagai hadiah menarik turut menanti pembaca Berita Harian/Berita Minggu yang membuat pilihan tepat menerusi undian dalam borang pencalonan akhir ABPBH 2006.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) yang juga penaung ABP-BH 2006, Datuk Manja Ismail; Perunding Jabatan Pemasaran dan Komunikasi Habib Jewels, Nadia Aziz serta Pengurus Kanan Pemasaran Naza Kia, Zuraidah Abdul Rahim.

Hishamuddin berkata, sebagai penghargaan kepada pembaca, BHSB dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) menganjurkan siri promosi jelajah ABPBH 2006 di tujuh lokasi terpilih.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan Jualan & Pemasaran POTGH, Ricky Yip; Ketua Pegawai Eksekutif Lira Calzoleria & Apparel Sdn Bhd, Puteri Intan Zuraidah Abdul Rahman; Pengurus Rancangan Radio Era, Rostam Said dan Pengarang Hiburan Berita Harian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2006, Hanizam Abdullah.

Hishamuddin berkata, sebagai penghargaan kepada pembaca, BHSB dengan kerjasama Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) menganjurkan siri promosi jelajah ABP-BH 2006 di tujuh lokasi terpilih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2006 09:04 AM | Show all posts
Best jugak kalau dapat kete ni, tapi payah rasanye nak menang.Slogan yg aku tulis entah apa apa bunyinye.Asal mawi dapat kete tu aku tumpang gembira.Syukuri setiap nikmat yg Allah beri sesungguhnye Allah amat mengasihi hambenye yg bersyukur.

                                          

                    
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 09:38 AM | Show all posts

Reply #126 kekekek's post

yang bold merah tu

siapa yg mengenepikan peluang utk menang?  
peminat ? - tak mungkin.
BH?
WPH?

aku kongfius lagi :nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 09:53 AM | Show all posts
baru sehari borang undian dikeluarkan  dah buat kenyataan mcm tu?....
so bukan peminat yg ketepikan mawi ttp paper yg pandai2 buat penilaian begitu..
apa2 pun jom undi mawi............
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by ikz at 14-12-2006 17:53
baru sehari borang undian dikeluarkan  dah buat kenyataan mcm tu?....
so bukan peminat yg ketepikan mawi ttp paper yg pandai2 buat penilaian begitu..
apa2 pun jom undi mawi............

:setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 10:34 AM | Show all posts

Reply #131 bendera's post

ni apa ke jadah nie .. . :lol .. .
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 11:21 AM | Show all posts

Reply #132 adik_nazgul's post

khusyuk dgr lagu ina tue adik hikhik.......
aku sendiri rase malu nengok gelagat ina tue..... komen masuk top five alahai perasan sungguh......
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 11:21 AM | Show all posts
Ini lah ayam tambatan maestro yang akan membawa pulang Kia Sorento.

            

                                          

[ Last edited by  fizura at 15-12-2006 01:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 01:22 PM | Show all posts


                                                      
                        
               
                  
     
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 01:36 PM | Show all posts

Reply #126 kekekek's post

tang mawi, mesti ada assumption dpd reputz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2006 01:39 PM | Show all posts
cayala fizura..kaler maler lagi support mawi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 05:03 PM | Show all posts

Reply #134 fizura's post

humang aihhhhh.... takut den nengok ayam jantan tuh.... sama tinggi ngan mawi....besaq daripada mawi...:lol

buat kenuri nie 10 hari 10 malam tak abis ayam tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 05:10 PM | Show all posts

Reply #134 fizura's post

mak datuk :lol. ...
bagi inaaa makan ayam tue ... :lol. ..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2006 05:15 PM | Show all posts
ina makan ayam tu kembung perut dia hahahahahah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.560795 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list