CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: winamp05

[Penulis] Siri Bercakap Dengan Jin - Tamar Jalis (telah meninggal dunia)

[Copy link]
Post time 17-12-2009 02:39 PM | Show all posts
115# midori_katana
ku terpegun,tak tau nak cakap apa..
banyaknyaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2009 03:50 PM | Show all posts
120# CR4Ever
Xpe. TOLONG belikan apa tajuk pun dari Tok Awang Ngah even aku dh ada sekalipun.
TQ
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 01:34 AM | Show all posts
120# CR4Ever  
Xpe. TOLONG belikan apa tajuk pun dari Tok Awang Ngah even aku dh ada sekalipun.
TQ
attokz Post at 17-12-2009 15:50

insyallah..
balik taiping nanti,aku beli kan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2009 09:41 AM | Show all posts
123# CR4Ever

apa nama kedai kat taiping tu... leh tak ko story detaile sket... incase aku pi zoo taiping ker buleh la aku singgah
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 07:51 PM | Show all posts
123# CR4Ever

apa nama kedai kat taiping tu... leh tak ko story detaile sket... incase aku pi zoo taiping ker buleh la aku singgah
midori_katana Post at 18-12-2009 09:41


bkn kedai.. gerai kt dlm stesen ketapi taiping..hanya ada satu gerai jek yang jual majalah,paper n buku2 cerita nieh..
cuba la cari kt situ..aku dah lama tk ke situ..tapi adik aku bgtau,gerai tu masih wujud lg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:18 AM | Show all posts
125# CR4Ever
ada htr 2 org spy/agen gi KTM Taiping, tp malangnya subjek yg dicari tidak ditemui.
haih~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2009 11:31 AM | Show all posts
125# CR4Ever  
ada htr 2 org spy/agen gi KTM Taiping, tp malangnya subjek yg dicari tidak ditemui.
haih~
attokz Post at 30-12-2009 11:18

"subjek" tu kedai ke buku?
nnt aku try confirm balik ngn adik aku..
nak tunggu aku balik tepen,mayb chinese new year la nnt kut...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 11:38 AM | Show all posts
127# CR4Ever
subjek tu merujuk pada buku Tok Awang Ngah..kedai tu masih ada.
Tp xpe, nnt hang balik tepeng hang g skodeng naa..
pastu beli semua!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2010 01:17 PM | Show all posts
insyallah attokz
CNY nie aku balik..nnt aku p skodeng jap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 03:48 PM | Show all posts
129# CR4Ever
Cik Bedah,
amacam? CNY aritu blk tak Taiping? hehehehe~
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2010 10:29 PM | Show all posts
Tamar Jalis manusia misteri-Bercakap dengan Jin



Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
[email protected]

A. Jalil Miran yang dikatakan menulis siri Bercakap Dengan Jin, tidur di tepi kubur dan berjanji untuk berkahwin dengan wanita bermuka gajah.




FARIDAH pernah rasa ditindih makhluk halus semasa tidur di bilik hotel orang mati dibunuh.

NOVEL mistik, Bercakap Dengan Jin amat popular di negara ini pada tahun 1980-an. Namun, pengarangnya, Tamar Jalis, masih misteri.

Ada yang mengatakan penulis sebenar sudah berusia lebih 70 tahun dan tinggal di Bruas, Perak tetapi beliau enggan dikenali.

Seorang lagi yang dikaitkan dengan nama Tamar Jalis ialah A. Jalil Miran yang pernah menulis untuk majalah Variasari dan Variapop.

Jalil meninggal dunia pada Oktober tahun lalu kerana sakit jantung pada usia 57 tahun.

Beliau yang juga bekas wartawan tabloid Buletin Rakyat dan Buletin Utama, dikenali dengan cerita seram dan hantu selain sensasi hiburan yang dihasilkannya.

Hotel berhantu

Menurut isteri arwah, Faridah Lah Omar, 46, Jalil bukan sahaja gemar menulis kisah-kisah hantu, malah beliau mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan makhluk alam ghaib itu. Jalil turut memiliki sisi eksentriknya sendiri, kata Faridah.

Pernah arwah mengajak Faridah tidur di sebuah hotel lama di Kuala Lumpur.


Kami jadi seronok dapat tidur di hotel dengan anak-anak. Sebaik sahaja tengah malam, dia keluar sekejap. Apabila balik, dia tanya apa yang saya rasa semasa tidur.

Saya kata seram sejuk dan ada terdengar suara seperti orang menjerit.

Rupa-rupanya bilik hotel itu merupakan tempat orang mati dibunuh. Terus saya tidak menerima ajakan arwah untuk tidur di hotel lagi selepas itu, katanya ketawa.

Faridah yang berasal dari Jeniang, Kedah, berkahwin dengan Jalil selama 21 tahun dan dikurniakan dua orang anak.

Faridah menceritakan, beliau mengenali Jalil semasa membuka kedai makan bersebelahan dengan pejabat syarikat penerbit Variasari iaitu Variapop Group di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.


Pada mulanya saya tidak berminat untuk mengenalinya walaupun arwah selalu mengurat saya dengan datang makan berkali-kali dalam sehari di kedai makan saya. Dia juga selalu mengutus surat cinta.

Ambil masa setahun juga sebelum saya dapat menerimanya. Itu pun disebabkan kelembutan dan sifat sopan santun arwah, ujar Faridah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Beliau menyifatkan Jalil seorang yang pendiam dan tidak suka diganggu semasa bekerja sepanjang perkahwinan mereka sejak tahun 1987.

Kadang-kadang seharian dia menghadap komputer sampai tak mandi. Malah jika bilik bersepah dengan buku kerana dia membuat rujukan, arwah melarang saya mengemasnya.

Dia juga suka pulang lewat malam dan hanya akan balik selepas mendapat berita yang dikehendaki, ujarnya.

Wanita bermuka gajah

Bicara Faridah lagi, Jalil mempunyai tabiat yang pelik iaitu gemar tidur di rumah tinggal yang dikatakan berhantu.

Dia ingin rasai sendiri pengalaman terserempak dengan hantu.

Malah jika ada individu mendakwa pernah berjumpa dengan hantu, arwah lantas pergi ke tempat yang dimaksudkan itu.

Bila balik ke rumah, arwah akan berceritalah pada saya yang dia jumpa hantu panjang, pocong, puntianak dan sebagainya.

Itu yang kadang-kadang membuatkan saya sukar tidur malam, ujarnya yang pernah mengalami gangguan tidur semasa mengandungkan anak pertama.

Kata Faridah, ketika itu, beliau terasa seperti ada makhluk yang menindihnya semasa tidur.

Selepas saya membaca ayat-ayat suci al-Quran, ia terus hilang, kata beliau.




BUKTI Jalil pernah menuntut ilmu di Indonesia.


Bercerita mengenai arwah suaminya, Faridah memberitahu, Jalil pernah mendapat gambar seorang wanita yang mukanya mirip rupa gajah. Gambar wanita itu pula belum pernah disiarkan oleh akhbar lain semasa beliau bekerja di Variasari.

Saya tidak ingat wanita itu dari negeri mana tetapi arwah ada berjanji akan mengahwininya jika dia dibenarkan menyiarkan gambar tersebut.

Namun dia tidak jadi berkahwin kerana wanita itu meninggal dunia beberapa hari selepas itu.

Banyak lagi aktiviti pelik arwah termasuk pergi berjumpa bomoh tarik duit dan sering ke Indonesia untuk menuntut ilmu dan mencari ilham.

Kadang-kadang seminggu sekali dia akan ke sana. Dia juga memperoleh ijazah dalam bidang mistik di negara itu, katanya.

Namun, adakah Jalil ialah Tamar Jalis yang sebenar tidak dapat Faridah menjawabnya.

Ini kerana saya berkahwin dengannya selepas siri Bercakap Dengan Jin berakhir dan arwah sendiri tidak pernah mengakui dirinya Tamar Jalis kerana dia sememangnya seorang yang kuat berahsia, ujarnya






- Kosmo -


Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 11:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2010 06:33 PM | Show all posts
Peristiwa pahit baginya semasa berkerja di syarikat tersebut ialah beliau pernah di berhentikan kerja serta merta oleh pihak majikan kerana pihak majikan tidak membenarkan beliau melukis komik ketika itu. Perkara yang sama turut belaku pada isterinya yang mana turut berkerja di syarikat yang sama. Namun begitu, kuasa Allah mengatasi segalanya, beliau hanya sempat menggangur selama sehari dan ditawarkan kembali berkerja di Varia Pop oleh Ahmad Mahmud yang lebih di kenali sebagai Tamar Jalis. Di situ beliau bertugas sebagai pelukis ilustrasi untuk Majalah Varia Pop, Varia Filem, Varia Sari (Siri Bercakap Dengan Jin) dan juga turut berilusrtrasi dalam majalah keluarga dan buku masakan. Gopa juga turut bertindak sebagai penilai bagi menilai karya-karya kartunis baru untuk di siarkan di majalah tersebut antaranya kartunis Rossem, Juragan Middie dan ramai lagi kartunis tempatan yang baru mencari nama.



Sources : http://faizalbutterstudio.blogspot.com/2009/07/otai-komik_16.html


Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2010 10:55 PM | Show all posts
Reply 115# midori_katana


    Aku dah kumpulkan SBDJ dari Siri 1 - 124 dalam bentuk softcopy dengan format doc, oleh itu jika ada diantara kenkawan yang menyimpan dalam bentuk softcopy samada format doc @ pdf dari siri 125-221 sangat-sangat diharapkan dapat konsi dengan aku.
Aku juga sedia berkongsi dengan kenkawan dari koleksi simpanan aku tanpa bayaran sesenpun. Kalau ada yang berminat sila emaikan ke [email protected].
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:01 AM | Show all posts
Baru sahaja dapat satu buku Minyak Pengasih Cenuai karya Tok Awang Ngah dari satu kedai buku terpakai. Juga, paling terharu baru sahaja mendapat tahu bahawa Tok Awang Ngah adalah seorang Wali Allah yang belum lama telah pulang ke rahmatullah.

Semoga ilmu yang dikongsinya mendapat keberkatan. Ummul Kitab..Al Fatihah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2010 11:01 AM | Show all posts
Baru sahaja dapat satu buku Minyak Pengasih Cenuai karya Tok Awang Ngah dari satu kedai buku terpakai. Juga, paling terharu baru sahaja mendapat tahu bahawa Tok Awang Ngah adalah seorang Wali Allah yang belum lama telah pulang ke rahmatullah.

Semoga ilmu yang dikongsinya mendapat keberkatan. Ummul Kitab..Al Fatihah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2010 11:34 AM | Show all posts
CR4Ever  
Cik Bedah,
amacam? CNY aritu blk tak Taiping? hehehehe~
attokz Post at 5-3-2010 15:48


attokz tunggu aidilfitri le plak aku balik...(giler lama baru aku reply ek..hehehe..sori..aku bz giler..lama tak skodeng kat porum nieh)

nak tanya kat blog TJ nie http://tamarjalis.blogspot.com/ dah takde sambungan ke lagi?aku teringin giler nk tau cmne kesudahan SBDJ nie...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2010 11:26 AM | Show all posts
Cik Puan CR4ever,
ramadhan ni tak balik tepeng kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 11:26 PM | Show all posts
Reply 134# mes3


    Salam, saya amat memerlukan jasa baik rakan2 jika boleh sharing dengan saya SBDJ siri 214, Dendam Dukun Banten dan siri2 seterusnya. Semoga jasa baik anda Allah jua yg membalsanya. Kalau ada, boleh emailkan ke [email][email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2011 11:35 PM | Show all posts
Reply 136# attokz


    Saya tak berani nak bersetuju dengan tuan, sebab sukar kita nak menentukan seseorang itu wali Allah swt. tetapi apa yang nyata disepanjang pembacaan saya tentang  SBDJ ini, segala perbuatan atok Si Tamar ni berdasarkan amalan-amalan rohani yang sememangnya dianjurkan dalam Islam seperti sembahayang malam, berpuasa dan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam perubatan serta petua-petua tradsional yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Dan yang lebih penting disebalik apa yang tersirat datuk Tamar ni cuba menegakan akidah Umat Islam dengan membentras perbuatan bidaah seperti mengamalkan ilmu sesat yang bertuhankan Iblis dan syaitan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063574 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list