CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iscol_klang

[MERGED] Faisal Tehrani

[Copy link]
Post time 4-8-2007 11:30 PM | Show all posts
baru habis membaca bila tuham berbicara, sebenarnya tak lah susah nak menghadam novel nie walaupun agak berat jugak dengan dialog2 yg penuh falsafah dan makna yg mendalam. bagi chip BTB punyai nilai sindiran yg tajam umpamanya pasal dunia hiburan kiter, lebih2 lagi fanatik pada mawi dan siti

tapi keseluruhannya sangat menarik genre yg dibawa dlm bentuk novel drama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2007 01:19 AM | Show all posts

Reply #135 blue^panther's post

sherrina pun mcm blue gak. Dah tiga, empat kali bukak buku ni di kedai tapi rasa berat nak beli. Dah cuba baca kat kedai pun, mcm takleh masuk. Agaknya ni level tinggi kot, tak tercapai akalku lagi.

Sherrina pun dah beli dan baca Ikan Fugu. Best kan. Tak sabar nak tunggu buku Siri Detektif Indigo ni lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2007 02:38 PM | Show all posts
Bila Tuhan Berbicara tu aku dah beli dan habis baca...
secara peribadi novel tu amat lemah...
dia mengaku dia buat novel tu dalam masa yang cukup singkat..

dia mendakwa, novel ini melucukan, tapi bagi aku lebih kepada syok sendiri.. Dia mengaitkan isu-isu semasa dalam novel dia. Jelas sekali dia menyalahkan satu-satu pihak sahaja. Bila sentiasa diulang-ulang, aku menjadi bosan..

sekian, pandangan ikhlas dari aku...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2007 11:25 AM | Show all posts
http://www.tehranifaisal.blogspot.com/

Merdeka Untuk 'Remaja' & 'Kanak-kanak'



Sejak saya berusia 12 tahun apabila saya membongkar buku-buku sejarah milik ibu-bapa, watak Sultan Alauddin yang berjalan malam menangkap pencuri sudah amat mengesankan. Hinggakan saya rasa inilah sultan yang hebat dimiliki Melaka. Sudah lama saya ingin mengangkat watak Sultan Alauddin yang alim dan berani ini dalam karya. Moga-moga dapat dijadikan teladan. Dalam zaman kita kebanjiran idola dan kekurangan teladan dapatkanlah novel kecil ini. Kanak-kanak sekarang memang memerlukan watak begini, yang dibina dari sejarah kita sendiri. Watak Sultan Alauddin amat sesuai kerana karektor baginda dapat dikongsi oleh semua kanak-kanak, apa jua lapisan, apa jua bangsa dan agama.

Baginda adalah model pemimpin universal. Andai saya di sekolah rendah sudah boleh terpaut dengan almarhum, saya percaya ramai lagi kanak-kanak boleh mendapat pengajaran dari kisah-kisah baginda. Juga baiknya, bukan kanak-kanak sahaja yang boleh membaca buku ini, remaja malahan orang dewasa pun boleh mendapat manfaat tanpa ada malunya Insya-allah. Subjek sejarah memang kurang dalam novel kanak-kanak. Juga pesan saya, jangan sangka intinya terlalu berat. Jangan perkecilkan kanak-kanak sekarang. Saya berharap karya ini dapat diperluaskan di sekolah-sekolah. Ketokohan Sultan Alauddin ini perlu diketengahkan. Kita juga memiliki pemimpin berkaliber, boleh diekori, wajar ditekuni dan elok dikagumi.

31 Ogos ini...baginda akan bangkit kembali, di MPH berdekatan. Untuk mereka yang mahu segera, macam biasa Nisah Haron dan suami sedia melayani anda, dapatkan di http://www.ujanailmu.com.my/


Ini petikan ulasan dari blog Hakim:

NBSA menyoroti kisah suka-duka kehidupan Raja Hussain sebelum bergelar Sultan Alauddin, kebijaksanaan baginda sebagai Sultan, dan hasad dengki kekuasaan politik Kesultanan Melaka yang akhirnya telah memberi padah kepada baginda.

Dengan harga yang tidak dapat ditolak dan saiz kecil menggiurkan, menjadikan NBSA amat sesuai untuk dihadiahkan kepada remaja dan menjadi bacaan anak muda.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 11:13 AM | Show all posts
Novel Drama BTB bagi insan punya kekuatan tersendiri...di balik keseriusan ada kelucuan...di balik tragedi ada ilmu...di balik ilmu ada amalan yang boleh dijadikan panduan hidup...

terpulang pada individu untuk melihatnya dari persepsi mana...bagi insan,  novel ini memang bermanfaat dan kekuatannya terserlah melalui bait-bait dialog & corak keperibadian watak2 utama yang mendukung jalan cerita ini.

insan berharap benar moga2 satu ketika nanti, ada hamba ALLAH yang sudi mementaskan novel drama ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 07:15 AM | Show all posts
haiyaaa...die byk buku baru laaa~~ xde masa nak membaca skang. Bila Tuhan Berbicara tu sampai la ni x abis2 lagi  bukan x best, best tp aku x biasa baca genre drama cam ni kot. susah nak masuk. tapi best sbb ade 3 org yg berbeza stranded dlm gua (Bunker)..ade ustaz, ade doktor, dan yg best...ade sorang yg mengalami kecelaruan gender. haha!

apepon.. stakat ni, advencer, 1511[h] dan semestinya...Tunggu Teduh Dulu (smbil angan2 dpt laki cm Saifullah )

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #141 fa_stellar's post

aku baru lepas baca Surat2 Perempuan Johor yg syahdu
& Nama Beta Sultan Alauddin yg best (w/p novel remaja)
baca jgk 9! yg ade cerpen FT 'Homo Fabulans Homo Islamicus' (betul ke aku eja nie)
:bg:
aku enjoy betul baca tulisan mamat neh
tp jeles gak kat hang yg dah baca TTD & 1511
blm berkesempatan lg


[ Last edited by  NickyAzrai at 17-9-2007 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2007 05:29 PM | Show all posts
Aku pun baru baca Nama Beta Sultan Alauddin, seronok & best!
Kurang 1/2 hari aku baca....

NickyAzrai, 1511H ko kene baca cepat2.. sangat best, berkobar2 dada aku baca! ahhaha!
Tunggu Teduh Dulu plak buat aku melayang2~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2007 11:44 PM | Show all posts
Tumpang bertanya. Tuhan Manusia dah jual kat kedai belum?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 12:26 AM | Show all posts

Reply #145 ahasyraf80's post

sudah encik
kat Minerva Jln TAR masih ade stok lg
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 06:28 PM | Show all posts
MPH pun da bersepah2... sila la beli!
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 06:33 PM | Show all posts
ya buku baru dah available kat kedai buku feberet aku

Bedar Sukma Bisu ngan Manikam Kalbu
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 06:36 PM | Show all posts
http://www.ujanailmu.com.my/pd_bedar_sukma_bisu.cfm

Judul : Bedar Sukma Bisu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel Dewasa
Mukasurat : 312  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836296528


Syahdu mempesonakan, kisah sebuah semenanjung. Tanahnya emas, lautannya perak berkilauan. Ada pohon dan tanam-tanaman. Ada hujan menyegarkan. Ada sungai-sungai mengalir perlahan. Ada awan-gemawan melitupi meneduhkan. Ada binatang jinak sering bermanjaan. Ikan-ikan semuanya boleh dimakan. Ada laut yang bergelora permukaan tetapi tenang di dalam. Wegada tidak pernah lelah belayar, sejak masih anak-anak. Dia keluarga dari lautan. Wefada juga dilanda cinta muda, sejarah lampau dan kemelut suadara. Kisah pelayaran menyusuri Nusantara yang agam gemilang oleh ketamadunan Melayu - Islam. Di sini kita akhirnya mengerti, mengapa alam emas ini sering menjadi rebutan, menjadi tarikan dan tumpuan. menjadi sukma di hati. Sebuah saga tepu falsafah, tentang laut, bedar, niaga, perang, cinta, tauhid, peradaban dan sejarah luka.

Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.

http://www.ujanailmu.com.my/pd_manikam_kalbu.cfm

Judul : Manikam Kalbu
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 364  halaman
Cetakan Pertama : 2007
ISBN : 9789836296788

Cinta Ziryab mendalam sekali. Cintanya terhadap kegemilangan Melayu dalam dunia fesyen dan busana. Makna dan falsafah Melayu tercermin pada kurungnya yang cermat dikenakan. Dia menggali semula ketakjuban dalam kesenian. katanya, 'sains itu hanyalah proses sedang seni itu hasilnya'. Dia mempunyai seekor kucing, Manikam Kalbu, dan kucing montel itu penghubung cinta dua zaman. Dunia remaja yang bergelombang. Sebuah novel humor dua zaman yang langka dalam kesusasteraan Melayu.

"Gabungan antara tema, plot, watak dan perwatakan, latar dan bahasa menjadikan Manikam Kalbu sebuah novel remaja yang kuat dan menarik. Novel ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan kajian yang mendalam." - Panel Hakim

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 11:18 AM | Show all posts
Bedar Sukma Bisu pasti menggugah rasa.


itu yg penting~~~ ;) menggugah poket jgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2007 09:36 PM | Show all posts
aku teruja ngan Manikam Kalbu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2007 12:28 AM | Show all posts

Reply #151 fa_stellar's post

hang dah dpt ke buku nie fa

dua2nya aku dah dpt ~ MK & BSB
tak sabar aku nak habiskan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2007 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by ahasyraf80 at 4-10-2007 11:44 PM
Tumpang bertanya. Tuhan Manusia dah jual kat kedai belum?


  Azlina Jailani, Ali Taqi dan Tuhan Manusia




Alhamdulillah, menurut laman MPH On-Line ruangan local malay novel bagi minggu berakhir 30 September 2007, Tuhan Manusia menduduki tempat kedua di tengah-tengah deretan novel popular.

LAMA dahulu apabila nama Azlina Jailani meniti dari bibir ke bibir umat Islam, sebagai seorang pengarang sastera ada dua pertanyaan yang menerjah benak. Soalan pertama saya ialah mengapakah seorang Azlina boleh menjadi begini? Soalan kedua ialah, apakah perasaan keluarga rapatnya?

Majalah Milenia Muslim September 2007 memuatkan temubual dengan ibu dan abang kandung Azlina Jailani. Menurut ibunya, Hajah Kalthum, beliau masih menganggap Azlina sebagai anaknya dan tidak pernah berhenti berharap anak perempuan kesayangannya itu kembali ke pangkuan keluarga dan agama Islam.

Soalan kedua saya itu tadi tertancap dalam benak agak lama. Saya memikirkan jika ada seorang pemuda murtad, katakan namanya Talha; bagaimanakah perasaan adiknya, katakan namanya Ali Taqi. Itulah sedikit sebanyak permainan emosi hebat yang dibawa dalam novel terkini saya Tuhan Manusia tebitan Ameen Publishing. Perasaan duka dan kecewa yang harus dibendung oleh seorang remaja lantaran kemurtadan abangnya menjadi satu kembara ilmu yang berliku untuk Ali Taqi. Ali Taqi cuba menjawab soalan pertama dalam benak saya tadi iaitu, mengapa seorang muslim boleh sampai murtad. Tuhan Manusia yang saya tulis ketika berada di Eropah hujung tahun lalu menjadi sebuah jawapan kepada dua pertanyaan di atas.

Lama dahulu saya terpesona membaca Ateis karya Achdiat K Mihardja. Saya kira Tuhan Manusia adalah sebuah karya kecil yang cuba meneroka jalan besar yang pernah ditempuh oleh pengarang agam Indonesia tersebut.

Ali Taqi adalah seorang remaja yang serius. Minatnya kepada hal-hal serius dalam kehidupan sudah bermula dari rumah, ibunya sering membisikkan kata-kata falsafah yang bermakna ke telinganya. Kerana itu Tuhan Manusia bertitik-tolak daripada pertanyaan. Ali Taqi sering bertanya kerana kunci itu adalah menerusi pertanyaan. Ali Taqi saya gambarkan sebagai seorang remaja yang sungguh-sungguh mempercayai bahawa 抲bat bagi kebutaan adalah dengan terus bertanya, dan sesungguhnya puncak kebutaan adalah terus bersikap diam atas kebodohan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 05:37 AM | Show all posts
Komen dari web faisal tehrani dalam bahasa Ingeris tentang novel Tuhan Manusia

In reading Faisal Tehrani's new novel 'Tuhan Manusia', I am struck by a few things. Mainly how unlike a novel it is. Take away the 'only just' plot, add a few footnotes and a bibliography, and you would've a formidable collection of essays, each demanding the reader digest it separately. Not that it's something that's easily read in one sitting, 'A Thousand Splendid Suns' this is not.

In this book, Mr Tehrani ambitiously tackles the topic of apostasy head on. A politically charged issue in muslim communities worldwide, but especially so in Malaysia, 'Tuhan Manusia' is unapologetic in its staunchly orthodox opposition against it, as well as against movements that call for 'radically liberal' (for lack of a clearer term) reinterpretations of Islam, which the novel considers the poisoned apple that tricks its victims into the ultimate sin of shirk.

The plot revolves around the life of Ali Taqi, a student, as he explores the realms of liberalism and pluralism. This is no hollow academic exercise for him. Rather, it is motivated by his hatred and disgust towards them following his brother's apostasy. Guided by his teachers and mentors, long (and not particularly novel-like) discussions ensue. Antagonistic characters exist in the form of Zehra, a schoolmate (and requisite love interest), and her father, Aris, a public figure associated with a liberal organisation, and they represent the opposite viewpoints in the story. The plot progresses as Ali grows more fervent in his opposition and activism, culminating in a public exchange between him and Aris, whom he holds responsible for his brother's actions.

As a novel, 'Tuhan Manusia' is well-written in an eloquent and excellent Bahasa Melayu, but that is to be expected from Faisal Tehrani, whose works are popular with both critics and readers. And as what I suppose is a mark of a skilled writer, for such a topic laden with emotions, Faisal has avoided smothering the reader with sentiments. And despite this being a book where apostasy is central, fire and brimstone rarely surface. When it is dished out, it is classy and measured.

Instead, the book aims squarely at the reader's intellect, thoroughly researched and replete with reference numbers and quotations, saving us the grief of public executions and 'de-flowerings'. And thankfully, 'Tuhan Manusia' is a free of kissing eyes and stolen glances. What is it with Muslim authors and repressed sexuality anyway?

Unfortunately, this is where the accolades end.

If traditional figures of authority and symbols are frequently painted as one-sided sneering characters in best-selling novels about Islam, here the opposite is true. Those in the 'liberal' camp are portrayed as ignorant, wayward and anarchistic personalities who spout pluralistic dictums without fully understanding what they mean, nor aware that they are mere pawns in a global conspiracy against Islam. And strangely, traditional figures are still not sneer-free.

Conspiracy theories notwithstanding, one cannot help but feel that the same kind of treatment towards orthodoxy is not mirrored towards opinions from the other camp. Readers are made to feel that the ideas espoused by the novel's liberals are not only destructive, but essentially worthless as well.

IMHO, this detracts from the novel's potential. If the author intended to bring some quality preaching (and we all know how plentiful those are) to the choir, he has succeeded. This book is no kuliah maghrib, with cheap laughs and double-entendres. A person with only wisps of distrust towards Liberal Islam prior to reading 'Tuhan Manusia', will certainly find himself well-armed and psyched for battle with those wayward liberals soon after. The number of Quranic verses among the text alone would dazzle some people, but it is highly improbable that the more rationally inclined would even care.

It is difficult to think of this book as any more than a reminder, almost like a novelised version of the anti-apostasy roadshows. The book does not traverse the distance between being purely demagogic to becoming the book that fundamentally changes the direction of the debate. If anything, hard-core supporters from both sides who read the book are probably only going to dig their heels in deeper, one side energised by the powerful arguments and proofs from Islamic texts, gaining some meaning for their oft-repeated slogans; while the other more convinced of the former's inability to think beyond them, thus strengthening the idea of sarong-clad kampung simpletons, clearly of an inferior intellectual plane.

So would I recommend it? Certainly.

If there's only one BM book you're going to read this year, this is it. Whatever disagreements the reader has with the author, there's no denying that this book makes an excellent read.

This book is Faisal Tehrani's salvo in the apostasy debate. It may not solve the problem, but 'Tuhan Manusia' does provide valuable insights into orthodox islam's views towards the burning issues of apostasy, pluralism, liberalism and fundamentalism, which are invaluable to anyone who wishes to understand the hatred and vitriol that abound.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by NickyAzrai at 17-10-2007 12:28 AM
hang dah dpt ke buku nie fa

dua2nya aku dah dpt ~ MK & BSB
tak sabar aku nak habiskan


huhu..skang superbusy! tengah final! after final nak gi indon bercuti (borong buku el-shirazy!)..
bile nak baca FT plak ni...waaa~
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2007 06:40 PM | Show all posts
Originally posted by NickyAzrai at 17-10-2007 12:28 AM
hang dah dpt ke buku nie fa

dua2nya aku dah dpt ~ MK & BSB
tak sabar aku nak habiskan


.............. terpost 2 kali~~ ......... sory!

[ Last edited by  fa_stellar at 7-11-2007 06:42 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.179577 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list