CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: joyahglam

~MERGED~ Shamsiah Fakeh

[Copy link]
Post time 20-10-2008 08:11 PM | Show all posts
buku tu mungkin dah di tarik balik. tapi kalau nak yang fotocopy tu memang ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 08:12 PM | Show all posts

Shamsiah Fakeh srikandi Malaya 1

Shamsiah Fakeh srikandi Malaya

Roslan SMS
08:55pm 30 Dis 2004

Sekiranya disebut nama Shamsiah Fakeh berkemungkinan ramai anak-anak muda hari ini tidak mengenalinya apalagi dapat mengaitkan beliau dalam perjuangan membebaskan tanahair. Malah nama Shamsiah bagi yang mengecam atau mengenalinya pun apabila disebut maka akan digambarkan wajah seorang pengganas atau terroris yang pernah terlibat bersama Partai Komunis Malaya PKM satu ketika dahulu sehingga mencetuskan huru-hara dalam Negara.

Bagi kita di luar, Shamsiah lebih dikenali sebagai seorang yang ganas dan jahat. Inilah gambaran yang telah diasak bertalu-talu oleh penjajah British kepada kita dan inilah yang telah kita terima dan perakui melainkan bagi mereka yang rapat atau mengenalinya dengan dekat.

Lantaran itu karya beliau yang telah diterbitkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia berjudul Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke Rejimen ke-10 seharusnya dapat memberikan gambaran yang kontra dari apa yang telah pihak British sajikan pada kita selama ini. Apakah versi British atau versi Shamsiah yang benar, terserahlah kepada rakyat untuk membuat perhitungan. Langkah UKM menerbitkan buku ini seharusnya dipuji demi mendapatkan gambaran sejarah yang seimbang walaupun ada pihak yang mendesak agar karya ini diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Sesunggunya Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM yang ditubuhkan pada tahun 1945 di Ipoh merupakan satu-satunya parti politik Melayu yang terawal ditubuhkan di tanahair. Ia berfahaman kebangsaan progresif dan kemudiannya melahirkan sayap-sayap lain yang bersifat kiri umpamanya API atau Angkatan Pemuda Insaf yang diketuai Ahmad Boestamam dan AWAS ataupun Angkatan Wanita Sedar yang diketuai oleh Shamsiah. Memoir Shamsiah ini menghuraikan darihal penglibatan beliau dalam PKMM melalui AWAS dan pendedahan awal beliau terhadap gerakan politik tanahair.

Sesuatu yang menarik dalam bukunya adalah apabila Shamsiah mendedahkan darihal perkahwinannya dengan Ahmad Boestamam. Shamsiah menurut Memoirnya berkahwin sebanyak 5 kali dan perkahwinannya dengan Ibrahim Mohamad adalah yang terakhir baginya. Boestamam tidak pernah menulis darihal perkahwinan ini dalam mana-mana karya beliau. Menurut Shamsiah perkahwinannya dengan Boestamam terganggu dengan penahanan Boestamam oleh kerajaan penjajah British pada April 1947.

Dalam hal ini Shamsiah menyatakan betapa Boestamam telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan menghasut melalui karya panas beliau Testamen API yang telah diharamkan oleh pihak penjajah. Boetamam telah didapati bersalah dan kemudiannya didenda seribu dua ratus ringgit ataupun 9 bulan penjara. Boestamam telah membayar denda tersebut dan kemudiannya telah dibebaskan.

Menurut seorang bekas pegawai Polis yang pernah berkhidmat dengan Cawangan Khas Shamsiah sebenarnya telah mendesak Boestamam agar tidak membayar saman tersebut kerana tindakan itu akan dikira sebagai tunduk kepada British sedangkan mereka berjuang menentang British. Namun Boestamam memikirkan yang beliau lebih penting berada diluar dari dibelenggu di penjara maka keputusan Boestamam membayar denda itulah sebenarnya yang telah mencetuskan penceraian mereka kerana Shamsiah tidak dapat menerimanya. Namun dalam memoirnya Shamsiah tidak menyatakan demikian.

Apabila penjajah British mula mengekang gerakan politik Melayu yang dianggap ekstrim dan kiri, Shamsiah dan rakan-rakannya mula terasa tertekan. Penahanan Boestamam dan ramai lagi mengakibatkan API dan badan-badan gerakan kebangsaan lain kemudiannya diharamkan dan lumpuh kecuali Umno. Umno tidak diambil tindakan dan tidak seorang pun ahlinya ditahan oleh kerena menurut Shamsiah jelas parti tersebut pro penjajah malah bekerjasama pula dengan penjajah untuk menekan dan menindas golongan yang dikatakan kiri.

Akibat daripada tekanan pihak penjajah yang berterusan inilah akhirnya Shamsiah membuat keputusan menurut jejak langkah rakan-rakan seperjuangannya untuk lari masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan bersenjata dari sana. Shamsiah yakin dengan tindakan ini malah kepada soalan mengapa perlu masuk hutan Shamsiah menyatakan:

Bagi orang-orang yang memperjuangkan Kemerdekaan maka tidak ada pilihan lain lagi melainkan berjuang mengangkat senjata untuk menggulingkan penjajah apabila jalan damai sudah ditutup. Bukan kita yang menutupnya tetapi penjajah British.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:13 PM | Show all posts

Shamsiah Fakeh srikandi Malaya 2

Sememangnya perjuangan melalui PKMM dan AWAS merupakan perjuangan demokratik secara terbuka. Namun pihak British tidak pernah selesa dengan tindak-tanduk mereka, lantaran itu pengharaman badan-badan siasah ini bagi Shamsiah dan rakan-rakan merupakan isyarat bahawa berakhirlah perjuangan melalui lunas demokrasi dan bermulalah perjuangan melalui angkat senjata.

Dalam hal ini Shamsiah menulis:

Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanahair dan Kemerdekaan serta kesetiaan kepada perjuangan telah mebuat aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting ialah mencapai Kemerdekaan. Pada fikiranku setelah Merdeka maka segala-galanya akan dapat diselesaikan.

Shamsiah seorang yang tidak biasa dengan keadaan hidup di hutan. Dalam memoirnya dicatakan kesukaran beliau ketika berada di sana dan pernah 3 kali sesat dalam hutan berseorangan. Pernah setelah diserang hendap beliau bertempiaran lari pada awalnya berseorangan tetapi setelah menyedari telah kemudian terpaksa mengendong bayinya yang baru lahir, lari merentasi hutan dengan cuma pakaian tidur tanpa senjata. Hutan inilah akhirnya mendewasakan Shamsiah dan memantapkan lagi pegangan beliau terhadap perjuangannya.

Bayi inilah kemudiannya telah dibunuh oleh anggota PKM sendiri tanpa pengetahuan Shamsiah kerana bimbangkan kehadirannya akan menyusahkan pergerakan mereka. Dalam Memoirnya Shamsiah mencatatkan betapa sedihnya beliau apabila mengetahui keadaan yang sebenarnya namun menerima keputusannya sebagai takdir Allah swt. Cuma yang beliau kesalkan adalah apabila bekas Pengerusi PKM Musa Ahmad pernah semasa wawancara di RTM pada tahun 1981 menyatakan bahawa Shamsiah telah mencampakkan sendiri anaknya ke sungai untuk mati. Dan dalam Utusan Malaysia pada tahun 1987 seorang yang mengaku sebagai bekas teman sekolahnya telah menyatakan bahawa Shamsiah telah menghempaskan anaknya ke batu setelah mengetahui suaminya menyerah diri kepada polis. Kedua-dua kenyataan tersebut adalah bohong dan dusta menurut Shamsiah.

Ketika berhadapan dengan British dan tentera tempatan yang ditaja mereka Shamsiah telah berjuang habis-habisan dari hutan. Mengapa PKM menentang askar Melayu ketika itu, menurut Shamsiah:

Dalam perang adil dan tak adil memang sukar dielakkan pertumpahan darah. Barangsiapa yang berdiri di pihak penjajah dengan bersenjata sudah tentu akan dibalas, itu salah mereka kerana berdiri di pihak penjajah.

Kata Shamsiah ketika itu mereka sebenarnya bukan pengganas, mereka berjuang untuk membebaskan Negara untuk memerdekakan Negara. Pengganas yang sebenarnya adalah British kerana mereka menentang usaha ini dan bertindak membakar rumah rakyat dan tenteranya telah memperkosa ramai wanita Melayu di kampung-kampung.

Namun setelah kemerdekaan Negara pada tahun 1957 PKM terus mengangkat senjata menentang kerajaan Malaya merdeka. Ini dilakukan menurut Shamsiah kerana:

Perang rakyat Malaya yang pada mulanya melawan penjajah British telah berubah menjadi perang dalam negeri sesudah merdeka. Ini adalah perang saudara iaitu perang rakyat Malaya melawan rakyat Malaya. Di sinilah letak persoalannya. Tentera Pembebasan Nasional Malaya diubah menjadi Tentera Rakyat Malaya.

Seterusnya dari hutan pada tahun 1956 Shamsiah berhijrah dengan suaminya Ibrahim Mohamad ke China, dihantar oleh PKM untuk belajar. Pasangan ini terus berada di sana dan memegang berbagai peranan termasuklah bertugas bagi siaran Melayu Radio Beijing antarabangsa. Pada tahun 1965 mereka ditugaskan ke Indonesia yang ketika itu mengamalkan NASAKOM iaitu Nasionalisma, Sosiolisma dan Komunisma sebagai ideologi kebangsaan di bawah Soekarno. Kehadiran Shamsiah adalah untuk kemudiannya menubuhkan pejabat perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia.

Mereka bebas beroperasi sehinggalah tercetusnya ketegangan di Jakarta apabila berlaku rampasan kuasa tentera dan Suharto mengambil-alih kuasa pemerintahan. Beliau dan rakan-rakannya ditangkap oleh penguasa Indonesia pada tahun 1965 sehinggalah dibebaskan pada tahun 1967 dengan bantuan kedutaan Vietnam. Dan dari sana beliau diterbangkan ke Vietnam dan kemudian kembali ke China.

Shamsiah kemudiannya menghadapi situasi pergolakan dalam PKM sehinggalah beliau dan suaminya dipecat dari parti yang mereka anggotai itu lalu menjadi rakyat biasa di China sehinggalah berjaya pulang ke tanahair pada tahun 1994 atas keizinan kerajaan Malaysia. Kepulangannya menjadi mungkin ekoran perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia dan PKM pada tahun 1989 yang bagi beliau menandakan tamatnya permusuhan 41 tahun kedua-dua pihak.

Namun sebagai seorang pejuang tulen, bagi Shamsiah perjanjian itu bukan bermakna pihak kerajaan telah menang di medan perang. Ianya lebih merupakan kejayaan kedua-dua pihak di meja perundingan yang sebelum ini tidak pernah diiktiraf oleh kerajaan sejak perjumpaan di Baling gagal.

Bagi Shamsiah beliau adalah pejuang kemerdekaan Negara walaupun tidak diiktiraf demikian oleh kerajaan. Sumbangan beliau dan rakan-rakannya akan tetap berada di lipatan sejarah walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak tertentu. Secara kesimpulannya untuk memahami perjuangan Shamsiah ini saya petik sebaris perenggan pada prakata Memoirnya:

Sebenarnya aku bukanlah pemimpin wanita Parti Komunis Malaya atau seorang tokoh wanita yang terkemuka. Aku hanya seorang pejuang wanita yang berjuang melawan British untuk kemerdekaan tanahair dan untuk emansipasi (kebebasan) wanita.

Sesungguhnya Memoir ini telah Shamsiah gunakan sebaik mungkin untuk membersihkan segala persepsi jahat terhadap beliau. Malah beliau merakamkan:

Sebenarnya anggota Polis dan tentera memang tak perlu berdendam dengan aku kerana sepucuk pistol dan sebutir bom tangan yang aku pakai dalam hutan dahulu itu tidak pernah meletup dan tak sebutir peluru pun yang membunuh polis atau tentera kerajaan. Sebaliknya akulah yang terkena hujan peluru mereka.

Sejauh manakah ianya dapat diterima terpulanglah kepada para pembaca sekalian. Tak kenal maka tak cinta kata pepatah kita, apakah ianya benar dalam kes Shamsiah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by namharnimsak at 20-10-2008 07:35 PM
seandainya ada antara saudara kita yang hilang angkara komunis,jepun,kita perlu ingat ade juga antara mereka yang berada di zaman tersebutyang hilang lesap dalam tangan Inggeris...


pahlawan2 macam tok janggut dan seangkatan
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:14 PM | Show all posts
mmmmm okay -
gasak korang la
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:15 PM | Show all posts

Memoir Shamsiah Fakeh

揝ehingga pertengahan tahun 1946 iaitu setelah berdirinya UMNO pada 11 Mei 1946, maka di Malaya ketika itu hanya ada dua buah parti politik kebangsaan Melayu yang terbesar iaitu PKMM dan UMNO. Apa yang aku ketahui bahawa PKMM telah ditubuhkan di Ipoh, Perak pada tahun 1945. UMNO pada mulanya dipimpin oleh Dato
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2008 08:15 PM | Show all posts
nah ni topik topik dalam buku tu

; Latar belakang kehidupanku -- 2; Pendidikan, perkahwinan dan perceraianku -- 3; Kunjungan Pasukan Bintang Tiga -- 4; Perkahwinan kedua -- 5; Mencebur diri dalama perjuangan -- 6; Ketua Wanita PKMM di Kuala Lumpur -- 7; Kesedaran wanita -- 8; Bernikah dengan Ahmad Bestamam -- 9; Kongres pertama AWAS -- 10; Sedikit tentang gabungan Putera-AMCJA -- 11; Undang-undang Daruruat diisytiharkan -- 12; Peristiwa sesat kali pertama -- 13; Berdirinya tentera pembebasan Nasional Malaya dan Penubuhan Rejimen Ke-10 -- 14; Perjalanan ke sempadan Malaysia-Thailand -- 15; Aku dan Barisan 33 Pemuda UMNO -- 16; Aku dihantar ke China -- 17; Keadaan semasa di China -- 18; Penubuhan Perwakilan Liga Pembebasan Nasional Malaya di Indonesia -- 19; Situasi positif dan negatif di Indonesia -- 20; Situasi tegang di Indonesia -- 21; Anggota Perwakilan Liga di Indonesia ditangkap -- 22; Pergolakan dalaman PKM -- 23; Merindui Tanah Air -- 24; Perubahan Polisi Kerajaan Malaysia -- 25; Aku sekeluarga diizinkan pulang oleh Kerajaan Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:17 PM | Show all posts


Ni lebih kurang macam isu perang kem Ali vs kem Aisyah + Muawiyyah le ni... Satu pihak memandang yang lagi satu sebagai jahat, vice versa.. Sampai kiamat le orang Syiah tak iktiraf hadis yang bermatankan Aisyah...

Sapa yang rugi? Ummat Islam juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 08:20 PM | Show all posts

Balas #103 juwaini\ catat

agaknya dlm kes ni -
sapa yg rugi ?

rakyat malaysia ?? -
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:24 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 20-10-2008 08:17 PM


Ni lebih kurang macam isu perang kem Ali vs kem Aisyah + Muawiyyah le ni... Satu pihak memandang yang lagi satu sebagai jahat, vice versa.. Sampai kiamat le orang Syiah tak iktiraf hadis y ...


ju itu lain kerana mereka semua telah dijanjikan shurga.

tapi betullah masing masing ada own opinion kan. macam aku baca buku tu rasa macam nak besarkan diri pula si 'pejuang kemerdekaan ni'

teringat kanang anak langkau dan lain lain yang berjuang melawan kominis.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:24 PM | Show all posts

essay

Shamsiah Fakeh

        SHAMSIAH Fakeh, whose real name is Shamsiah Sutan, was an ex-communist who returned to Malaysia after years in exile. She born in 1924 in Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Shamsiah was the eldest in the family of 18 children.

        "Fakeh" was the name given to her father, Sutan Sulaiman, because of his wide knowledge in religion. Shamsiah was very close to her father. Shamsiah received her initial religious education at Kampung Pelangai near Kuala Pilah.


        She then continued her studies at Sekolah Agama Rahmah Al-Yunusiah in Padang Panjang, Sumatra. Shamsiah loves to read and was good in literature and debating. She studied until Standard Nine and taught in the same school.

        Shamsiah was first married to Yassin Kina on August 13, 1941, on the advice of their religious teacher, Lebai Maadan Layang, while attending school. She was 17 when she got married and her husband was 19 years old. They had two children, a daughter and a son. However, both the children died due to malnutrition during the Japanese Occupation.

        After her divorce from her first husband, Shamsiah had two other marriages. She married Ahmad Boestamam, the leader of Angkatan Pemuda Insaf (API) and in 1956, Shamsiah married Ibrahim Mohamed, a former Communist Party of Malaya (CPM) member, in Thailand. They have three children.

        In Kuala Pilah, Shamsiah used to give speeches to the community to fight for nationalism. In 1946, she was invited to lead the women's wing (Angkatan Wanita Sedar or AWAS) in the Malay Nationalist Party (Parti Kebangsaan Melayu Malaya or PKMM). Hence, she replaced Aishah Ghani from the majority and joined CPM in 1948.
Together with Abdullah C.D. and Wahi Anwar, she joined the 10th Regiment of the Malayan National Liberation Army (MNLA), in Pahang.


        The MNLA was the communist terrorist organisation in southern Thailand, which was in charge of the revolution. Her husband, Ibrahim, was the head of the Jakarta-based Malayan National Liberation League (MNLL) in the late 1960s. He was a communist trade union organiser in Johor before the Emergency. MNLL was the subversive section entrusted with creating the conditions for a revolution in West Malaysia and Singapore.



        For over 40 years, Shamsiah was on the wanted list by the Government for her involvement in CPM. She joined CPM in 1950 and became Temerloh CPM district committee member. She escaped with her husband to establish the MNLL mission in Indonesia.

        The Indonesian Army arrested her and Ibrahim in 1965. After being detained for one year in Indonesia, she and her family left for Hanoi as they were granted political asylum by the then North Vietnamese government.

        Shamsiah and her family ran to the forest to continue their struggle for the country independence. Her new born baby died in the forest, killed by the PKM army without her knowledge. She mentioned that the love towards the country encouraged her to run into the forest to fight against the British for independence.

        A year later, she was deported to China where they moved to Changsa, Hunan.On humanitarian grounds, the Chinese government gave Shamsiah a monthly allowance of 1,310 yuen and a house to stay. She raised her children according to Malay culture. Her children were educated in universities and given jobs in China.

        But China was never her home. The urge to return to her homeland grew stronger.
Shamsiah and her sons, Shamsuddin, Kamarudin and Jamaluddin, returned to Malaysia on July 12, 1994. She denounced her communist ideology. Shamsiah returned to her family home in Kampung Kuala Gemuruh after an absence of 46 years.

        The family underwent a rehabilitation programme by the government at an undisclosed rehabilitation centre. They severed links with CPM and pledged their loyalty to the King and would abide by all the country's laws.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by adik_nazgul at 20-10-2008 08:20 PM
agaknya dlm kes ni -
sapa yg rugi ?

rakyat malaysia ?? -


Yup, rakyat Malaysia...
Berapa kerat yang tau apa yang tersirat dan tersurat di hati pejuang MPAJA ni?

Nama asal depa adalah MPAJA.. Malayan Peoples' Anti Japanese Army (kalau tak silap aku)... Lepas Jepun serender, depa nak kuar hutan. Tapi British wartakan depa sebagai penjenayah...

Ala-ala macam kerajaan sekarang menganggap pembangkang sebagai musuh negara la...

Jangan lupa, sejarah ditulis oleh pihak yang menulisnya (ayat macam haram kan? )...
Sebab tu biasness sirah Islam sebagai contoh, lebih condong ke arah Ali bila melibatkan syiah...

Kita takkan temui kebenaran, sehinggalah saat kita objektif dalam melihat sesuatu isu...

[ Last edited by  juwaini at 20-10-2008 08:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by awangbok at 20-10-2008 08:24 PM


ju itu lain kerana mereka semua telah dijanjikan shurga.

tapi betullah masing masing ada own opinion kan. macam aku baca buku tu rasa macam nak besarkan diri pula si 'pejuang kemerdekaan  ...


Syurga bagi perjuangan adalah tercapainya objektif (bagi yang pesimis, syurga mereka adalah bila berusaha sepenuhnya walaupun kalah )...

Dalam isu ni, kedua-duanya mendapat 'syurga' masing-masing...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:32 PM | Show all posts

Balas #107 juwaini\ catat

mmm ye benar juw -

sbb tu aku teringat thread kak makhluk utk kaji
semula buku sejarah yg mana ada kununnya fakta
sebenar telah dipalsukan demi kepentingan tertentu --
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:33 PM | Show all posts
AL Fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:54 PM | Show all posts
Matlamat menghalalkan cara sudah jadi satu perjuangan yg dibanggakan oleh rakyat sekarang.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2008 08:56 PM | Show all posts
aku check kt mph online ader..nak try gi tgk esok..walopon aku tak semestinya setuju dgn shamsiah fakeh, tapi nak bacer dulu..coz i never heard another side of story of these so called pengkhianat negara
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by namharnimsak at 20-10-2008 07:35 PM
Al-Fatihah untuk beliau

Shamsiah Fakeh...Mungkin orang akan mengatakan bahawa dia pengkhianat...Maaf, saya sependapat dengan Decaffeinated. bukan aku memihak pada komunis...pada saya, semua me ...

idea mcm ni la org nak tgk dlam current issue ni.. bukan nyer maki hamun sana sini....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:57 PM | Show all posts
Al-Fatihah.... peranan dan perjuangan beliau masih memberi impak yg amat besar dr segi sejarah penubuhan Tanah Melayu sampai skang... sedikit demi sedikit pejuang kemerdekaan negara kita semakin kurang .... semoga rakyat Malaysia tidak melupakan pengorbanan pejuang2 terdahulu supaya menjadikan negara kita terus survival ..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 09:01 PM | Show all posts
aku sejak sekolah lagi mengecop shamsiah fakeh nih seorang pengganas dan pengkhianat negara apabila membaca buu sejarah sekolah...

tapi sejak mastika mengeluar edisi khas kemerdekaan mengenai jasa2 pejuang kemerdekaan negara pada bulan ogos dan september arituh, aku jadi respek pada kecekalan dia.. dia bukan lah seorang yg selalu angkat senjata, malah amat kurang menembak, tapi ia lebih kepada men syiarkan seruan kemerdekaan dan menghalau penjajah...setelah ia diperkenalkan oleh tan sri aishah ghani, seorang kawan karibnya ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:10 AM GMT+8 , Processed in 0.526875 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list