CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: periwinkle..

MERGED : All About Terengganu [Syd]

[Copy link]
Post time 29-11-2006 09:09 PM | Show all posts
Originally posted by miss_kikilala at 23-11-2006 04:26 PM
roundabout batu bersurat Batu Buruk



kat ganu pong ada tmpt nama Batu bersurat ekkk...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


akisharun_italy This user has been deleted
Post time 29-11-2006 09:57 PM | Show all posts
Originally posted by Pe4RL at 22-11-2006 06:07 PM




Nothiing much ler Cali...
tapi aku suka makang sattar & kepok lekor ler:bgrin:

Kalu nak shopping² lepas lepak one day kat Cherating,
then ko terus ajer pergi Kuala Terengganu ...


Kalau nak makang satar yg best gi kuala kemaman, mmg famous.
Kalau lalu paka waktu mlm blh singgah kat klg petronas, tgk lemang besar, terang waktu mlm.
I miss that palace.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 29-11-2006 09:09 PM


kat ganu pong ada tmpt nama Batu bersurat ekkk...


Bukan nama tmpt daa....tapi ada replika batu bersurat kat tengah2 roundabout tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by miss_kikilala at 23-11-2006 04:12 PM
GRAND CONTINENTAL HOTEL, KUALA TERENGGANU



LOCATION:
On Jalan Sultan Zainal Abidin in Kuala Terengganu. A few m ...

sesekali duduk kat hotel nih kalo balik kpg hb.
comfortable dan dlm town...., i like!

[ Last edited by  btho at 4-12-2006 12:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2006 01:18 AM | Show all posts
Assalamualaikum kengkawan, ada sesapa familiar dgn area Besut? Nak tanya pasal Demong Beach Resort, ok tak? Nak lepak 2 mlm sbb ada kenduri kawin kat Jertih bulan Disember ni. Ada satu lagi option Primula Coral View tapi rate dia mahal lagi, kalau 1dbl+1sgl RM179, banding dgn Demong RM120. Beza sgt ke kualiti kedua2 resort ni, dari segi bilik?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2006 12:53 AM | Show all posts
Apa istimewanya Satay Jabi dekat Jertih? Semua yg jual satay kat pekan Jabi tu sama sedap ke atau ada yg memang outstanding?

[ Last edited by  dvpro at 8-12-2006 12:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2006 01:45 PM | Show all posts
World抯 longest forest canopy walk plan
08 Dec 2006

TOURISM in Tasik Kenyir will get a boost in the form of a forest canopy walk in the vicinity of Sungai Ketiar, a river located off the new Kuala Berang-Gua Musang highway.

The canopy walk is designed to be longer than the 400-metre canopy walk at the National Park in Kuala Tahan, Pahang, which is the longest in the world now.

It will cost RM5 million to develop the new attraction and the project will start next year. It will be completed before the launch of Visit Terengganu Year in 2008.

State Industrial Development and Tourism Committee chairman Datuk Mohamed Awang Tera said the Central Terengganu Development Authority (Ketengah) would oversee the development of the project.

"We are satisfied with Ketengah抯 efforts to promote tourism at the lake," he said, when winding up debate on the state 2007 Budget.

"In fact, the executive committee has decided to extend Ketengah抯 jurisdiction to include part of Marang, Setiu and Besut."

Mohamed also said that Pulau Bidong would be gazetted as a recreational island.

"It will not become another Pulau Redang. We will promote day trips to the island. There will be no development as we want to maintain the marine biodiversity."

On the slowdown in investments in the industrial sector, Mohamed said the government could not depend entirely on oil- and gas-related investments, and had decided to diversify its promotions to include agriculture and mineral resources such as granite and silica.

On the setting up of Terengganu Incorporated, he said it was a holding company and would be responsible for all the business activities of government-linked companies.

"The purpose is to co-ordinate and streamline the operations of all the companies.

"Prior to this, all GLCs were left to their own devices and some made poor investment decisions."
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 03:42 PM | Show all posts
Galeri Dasar Laut Pulau Bidong
Oleh Nazura Ngah



REPLIKA Batu Bersurat diletakkan
di dasar laut Pulau Bidong.

CoRal Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Terengganu meletakkan replika Batu Bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu payang sebagai khazanah menarik untuk industri pelancongan

KEJAYAAN Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (CoRal Malaysia) meletakkan enam replika warisan Terengganu di dasar laut Pulau Bidong, Terengganu membolehkan pulau itu bukan saja akan dikenali sebagai pulau yang mempunyai khazanah pelarian yang sarat 1001 cerita, bahkan perut lautnya turut menjanjikan 1001 khazanah menarik.

Umum mengetahui Pulau Bidong yang terletak di Timur Laut perairan Terengganu iaitu kira-kira 30 batu nautika dari Kuala Terengganu pernah menjadi tempat perlindungan hampir 250,000 pelarian Vietnam yang lebih dikenali sebagai orang hanyut selama 16 tahun bermula Mei 1975 sebelum ditutup pada 1991.

Tanggal 19 November lalu, sejarah tercipta dalam industri pelancongan apabila CoRal Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Terengganu melalui projek Galeri Dasar Laut meletakkan replika Gerbang Negeri Terengganu, Batu Bersurat, tepak sirih, tengkolok, keris dan perahu payang di dasar laut pulau itu.



Lebih menarik projek itu dilaksanakan pada musim tengkujuh di mana semua pulau di Terengganu tidak lagi didatangi tetamu, tetapi cuaca baik pada siang hari membolehkan semua kerja menurunkan tukun tiruan bereka bentuk itu dengan selamat.

Kecuali kejadian kren patah ketika meletak replika terakhir iaitu Gerbang Negeri Terengganu, semua lima replika lain kini menjanjikan pulangan pelaburan menarik kepada industri pelancongan negeri itu.

Seramai 24 penyelam terdiri daripada sukarelawan CoRal Malaysia dibantu rakan institusi pengajian tinggi, Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (Kustem), kerja menurun replika yang konsepnya dihasilkan pakar tukun tiruan Kustem, dapat diselesaikan dalam tempoh lima jam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan Negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, berkata kejayaan itu membuka pintu mengenai satu lagi cara untuk mempromosi warisan sejarah negara.

"Kerajaan Negeri Terengganu yang tertarik dengan kertas kerja CoRal Malaysia untuk mewujudkan sebuah galeri tukun tiruan bereka bentuk (designed artificial reef) di dasar laut, membuka pintu pertama ke arah projek ini dengan menaja enam replika membabitkan entiti sejarah yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu dan Malaysia.

"Projek lima tahun CoRal Malaysia ini didahului Kerajaan Terengganu kerana ia bukan saja mencatat satu lagi sejarah bagi Malaysia, bahkan mencipta kelainan membabitkan produk baru kepada sektor pelancongan negara ini," katanya.

Lebih menarik replika yang diperbuat daripada gentian kaca yang diletakkan di dasar laut Pulau Bidong adalah tukun tiruan bereka bentuk di mana semua replika diletakkan di atas asas konkrit. CoRal Malaysia akan memastikan konkrit terbabit akan ditumbuhi terumbu karang yang boleh menyerlahkan keindahan replika terbabit.


PULAU Bidong yang pernah menjadi tempat
perlindungan 250,000 pelarian Vietnam.

Presiden CoRal Malaysia, Jamhariah Jaafar, berkata pihaknya berterima kasih atas kepercayaan yang diberi Kerajaan Terengganu.

"Pelaburan kecil ini bukan saja menghasilkan replika tukun tiruan yang indah, bahkan ia boleh menghasilkan pendapatan berganda kepada industri pelancongan Terengganu, sekiranya ia dipromosi secara besar-besaran," katanya.

Katanya, diharapkan Galeri Dasar Laut yang bermula dengan zon 慚ini Terengganu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2006 05:25 PM | Show all posts
http://www.e-jaja.com/rumahrehat.htm

sesape yg bercadang nak gi bercuti ke trg..
leh laa try masuk laman web tuh..
ade umah rehat yg murah untuk disewa..
rm70 je untuk sehari..

(sumber forum teratak)
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 11:34 PM | Show all posts
sapa2 dh penah stay in Qurata Riverside Kuala Ibai?  any info abt this chalet?  gambar ke?  map ke?

[ Last edited by  duyong95 at 7-1-2007 11:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by duyong95 at 7-1-2007 11:34 PM
sapa2 dh penah stay in Qurata Riverside Kuala Ibai?  any info abt this chalet?  gambar ke?  map ke?


Qurata Riverside Resort
LOT 175 Kampung Kuala Ibai
20400 Kuala Terengganu.
Tel : 609-6275500

try laa call..chalet nih tul2 sebelah ngan masjid terapung..
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2007 10:42 PM | Show all posts
nak tahu ttg kemaman la...ada hotel/chalet/apartment tak? apa yg menarik kat situ? nk g sana cuti raya cina ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 02:27 PM | Show all posts

Reply #152 riss_1688's post

kemaman bandar dia nama chukai...chukai ni dekat dgn cherating...actually cherating lebih dekat dengan chukai berbanding kuantan...selain tu...kat kemaman itself ada byk tmpt2 menarik..paling grand dok la kat Awana Kijal...kalau nak bajet skit try strawberry resort, residence paka, atau hotel2 kat dlm town...pantai lak selain pantai kijal, ada pantai kemasik, pantai telaga simpul...semer lawa lawa....dan kalau dah alang2 tu terus je masuk kertih (leh tgk loji oil and gas), pastu masuk paka, then dungun...kat dungun ada pantai teluk bidara dan tanjung jara....kalau nak grand lagi dok je tanjung jara resort, resort ni adik beradik Pangkor Laut...cherating-chukai-kijal-kemasik-kertih-paka-dungun tu semua dekat dekat je from one to another....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 01:23 PM | Show all posts
Taman Pertanian beroperasi semula
Oleh Shaarani Ismail


KUALA BERANG: Selepas ditutup hampir lima tahun, Taman Pertanian Negeri Sekayu yang pernah menjadi tarikan pelancongan ke Hulu Terengganu kini beroperasi semula dengan kos baik pulih lebih RM4 juta.

Dibuka dan dibangunkan pada 1982 dalam kawasan seluas 85 hektar, Taman Pertanian Negeri yang dulu menjadi lokasi tumpuan aktiviti riadah orang ramai mulai terbiar tanpa diselenggarakan ketika kerajaan Pas memerintah pada 1999.

Perasmian dan pembukaan semula disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee dan Pengarah Pertanian negeri, Md Yusof Maidin.

Idris dalam ucapannya memuji langkah yang diambil Jabatan Pertanian dalam memulihkan semula kawasan itu yang sebelum ini pernah menjadi lokasi tumpuan pengunjung dari dalam dan luar Terengganu.

"Banyak kemudahan di Taman Pertanian ini yang punah dan rosak ketika zaman Pas terutama Taman Burung dan Taman Orkid.

"Apa yang dilakukan kerajaan ketika ini adalah program pemuliharaan alam semula jadi untuk dinikmati semula oleh rakyat rakyat keseluruhannya selepas melihat kemusnahan yang sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, apa yang ada dan dapat dilihat di Taman Pertanian baru sekarang tidak sama dengan sebelum ini selepas ia diberi wajah baru.

Beliau berkata, Taman Pertanian yang baru ini akan memberikan banyak manfaat terutama dalam sektor eko-pelancongan, agro-pelancongan dan pelancongan berkonsepkan penyelidikan.

"Apa yang pasti Taman Pertanian ini sudah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan," katanya.

Antara yang menjadi daya penarik Taman Pertanian ialah taman firdausi, taman eksotika, taman rusa, taman orkid, taman ilmu, rekreasi lasak, dataran festival serta tarikan terbaru yang dijangka mendapat sambutan adalah gelungsur air yang akan dipasang akhir bulan ini.

Selain itu kolam air mineral, ladang buah-buahan dengan konsep petik dan bayar juga dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke Taman Pertanian.

Idris berkata, pada zaman kegemilangannya Taman Sekayu pernah menerima kira-kira 15,000 pengunjung sehari dan usaha ke arah itu kini sedang giat dijalankan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2007 07:41 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 16-5-2007 01:23 PM
Taman Pertanian beroperasi semula
Oleh Shaarani Ismail


KUALA BERANG: Selepas ditutup hampir lima tahun, Taman Pertanian Negeri Sekayu yang pernah menjadi tarikan pelancongan ke Hulu Terengg ...


my hometown... kalau balik kg .. tak penah miss picnik kat sekayu waterfall...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 12:31 AM | Show all posts

Reply #155 cendawan_liar's post

bukan ke sekayu tu ramai sgt dah org mati lemas.?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


puteriteja This user has been deleted
Post time 17-5-2007 10:07 AM | Show all posts
nak gi pulau kapas 1/6 ni.. self drive dalam 2 buah keta.. nak bajet cost perjalanan baper yerk?
maksud puteri toll rate n petrol brape anggarannye ye? lagi satu nak tanya direction ke pulau kapas ni dari kuantan. ade sesape yg tau?
pasar payang ni kat mane yek? ingat nak gi nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 05:05 PM | Show all posts

Reply #157 puteriteja's post

dari kuantan you terus jer heading ke kuala terengganu. sampai di marang u bole ambil boat untuk ke pulau kapas. from marang to kuala terengganu tak jauh mana dalam 25 minutes driving. pulau kapas such a wonderful island. u tidur kat pulau atau balik hari ?
sorry budget plus toll tak plak saya tau sebab balik kg selalu ngan flight...AA murah maaa...3 bulan sebelum fly book la dulu ekekekekek
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2007 06:01 PM | Show all posts
Originally posted by sup_bunjut at 17-5-2007 05:05 PM
dari kuantan you terus jer heading ke kuala terengganu. sampai di marang u bole ambil boat untuk ke pulau kapas. from marang to kuala terengganu tak jauh mana dalam 25 minutes driving. pulau kapa ...


toll dalan rm 19 lebih jee.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2007 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by divasweet_77 at 2-8-2006 05:33 PM
kalau ke KT jgn lupa singgah kat Kemaman.. makan sata ngan otak2 kat Kuala Kemaman
lepas tu pekena kopi kat Hai Peng kat Chukai.


Apatu Sata  / sattar ?  Sate/satay ke ??

[ Last edited by  Ekka at 20-5-2007 06:34 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.486880 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list