CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: I-chi-ban

:RAMADHAN DATANG LAGI:

[Copy link]
Post time 14-8-2009 06:58 AM | Show all posts
lagi 6 hari................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2009 09:59 AM | Show all posts
Sebaik-baik amalan di bulan Ramadhan ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a:

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, maka tibalah bulan yang memberi berkat, iaitu diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kami berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka jahannam, diikat syaitan-syaitan di bulan Ramadhan, ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, sesiapa yang memuliakan, maka ia mendapat kemuliaan daripada Allah”.

Oleh itu pada bulan yang mulia ini hendaklah kita sentiasa melakukan sebanyak mungkin amalan kebajikan selagi mampu kerana setiap amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipatgandakan pahalanya. Antara amalan yang boleh boleh dilakukan pada bulan Ramadhan adalah dengan memperbanyakkan membaca al-Quran secara tadarus berkumpulan atau secara sendirian, berdoa, solat sunat dan terawih secara berjamaah di surau atau di masjid, sedekah dan bersahur. Ini kerana ada sebuah hadis yang menyebut bahawa:

“Orang yang sembahyang pada bulan Ramadhan, setiap kali sujud, akan dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah di dalam syurga daripada permata. Bagi orang yang berpuasa dan beribadah 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya daripada pagi hingga tenggelam matahari dan dibina sebuah mahligai baginya”.

Selain itu, terdapat juga hadis dari Jabir dari Nabi s.a.w:

“Apabila malam terakhir dari bulan Ramadhan datang, maka menangislah seluruh langit, bumi dan para malaikat, kerana musibah yang akan menimpa umat Muhammad” Rasulullah s.a.w ditanya: “Musibah apakah ya Rasulullah?” Nabi s.a.w menjawab: “Perginya bulan Ramadhan, kerana di dalam bulan Ramadhan itu semua doa-doa dikabulkan, semua sedekah diterima dan semua kebaikan dilipatgandakan pahalanya serta seksa pun dihentikan”. “Apakah ada musibah yang lebih besar daripada perginya bulan Ramadhan?”, “Kalau semua langit dan bumi menangis demi kepentingan kita, maka tentu kita lebih banyak menangis dan lebih menyayangkannya kerana terputusnya segala keutamaan dan kemuliaan”.


Hadis ini menunjukkan bahawa amalan-amalan orang yang berpuasa sentiasa dalam pemerhatian Allah S.W.T. dan barangsiapa yang banyak berdoa dan ikhlas dalam amalannya, nescaya Allah akan memakbulkan doa orang-orang yang bertakwa.

Seterusnya terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a katanya:

“Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tolak orang yang meminta walaupun dia kafir”, kata seorang sahabat, “Ya Rasulullah! Adakah kami bersedekah dengan sesuatu dari harta kami kepada orang kafir?”, Jawab Nabi: “Mereka juga adalah makhluk Allah. Hakikatnya sedekah itu jatuh pada tangan Tuhan Yang Maha Merahmati”.

Ini menjelaskan bahawa amalan bersedekah ini sangat dimuliakan di sisi Allah walaupun sedekah tersebut dihulurkan kepada orang kafir. Ini kerana yang dinilaikan di sisi Allah ialah keikhlasan hati seseorang dalam menghulurkan hartanya kepada orang lain dan keikhlasannya dalam melaksanakan sesuatu ibadah.

Ianya juga meneladani sifat Ar Rahman dan Ar Rahim di sisi Allah S.W.T, di mana dengan sifat Ar-Rahman iaitu penyayangnya Allah kepada makhluk di syariatkan sedekah yang boleh diluaskan pemberiannya kepada semua makhluk sekalipun kafir. Begitu juga dengan sifat Ar Rahim iaitu Maha Pengasihnya Allah kepada orang-orang yang beriman kepadaNya, dikiaskan dengan perlaksanaan ibadah zakat yang hanya dikhususkan kepada umat Islam memberi dan menerimanya.

Sesungguhnya Islam itu tidak membebankan hambanya. Oleh itu orang yang berpuasa juga digalakkan melakukan amalan bersahur pada pertengahan malam sehingga terbit fajar dan sunat dilewatkan. Ini bagi mengelakkan mereka dari merasa lapar ketika melakukan ibadah puasa pada keesokan harinya.

Dari Zaid bin Thabit berkata: “Kami bersahur bersama Rasulullah s.a.w, lalu kami berdiri untuk menunaikan solat, saya bertanya: “Berapakah jarak antara keduanya?” Ujar Nabi s.a.w: “50 ayat (lebih kurang 15 minit)”.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

أهلا يا رمضان


Ihsan Mimbar Ulama
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 09:59 AM | Show all posts
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN DAN BERAMAL DI DALAMNYA

Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

>Keistimewaan Bulan Ramadhan
>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat

Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”
Ihsan Mimbar Ulama
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:00 AM | Show all posts
Post Last Edit by seroja23 at 14-8-2009 10:02

Selamat Menyambut Ramadhan

Wishing all Muslim friends - selamat berpuasa ..Ramadhan hampir menjelang dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat kesan yang baik di sepanjang bulan Ramadhan.

CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan)
2. Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
3. Sembahyang Isya’ berjamaah di masjid/surau.
4. Solat Tarawih 20 rakaat / 8 rakaat.
5. Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
7. Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur. Kalau di Sabah dan Sarawak lebih awal-jam 5 pg-515 pg telah masuk Subuh.
10.Jangan tidur sesudah sahur.
11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.
12.Tadarus pendek.
13.Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
14.Jam 9.00 pagi tunaikan solat sunat Dhuha.
15.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam di waktu sahur)16.Solat Zuhur berjemaah.
17.Tadarus pendek.
18.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
19.Solat Asar berjemaah di Masjid.
20.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
21. Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
22.Segera Solat Maghrib di Masjid.
23.Makan malam bersama keluarga.
24.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

ISTIQAMAHLAH DENGAN AMALAN INI
1. Menghadiri majlis ilmu yang diadakan di tempat anda sepanjang Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya.
2. Melazimi solat berjemaah sepanang Ramadhan dan bulan-bulan seterusnya.
3. Membuat hubungan baik kepada kedua ibu bapa dengan penuh kasih sayang.
4. Menyampaikan hajat saudara seIslam yag memerlukan bantuan kita.

RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN
1. Sepuluh hari yang pertama adakan muhasabah amalan.
2. Sepuluh hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.
3. Sepuluh hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :
i. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah.
ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah
iii. Duduk dengan air sembahyang dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul), Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas dan Surah Yasin.iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

SELAMAT TINGGAL RAMADHAN
i. Pastikan Tarawikh terakhir.
ii.Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2009 10:08 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA DENGAN RENDAH DIRI TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, INSYAALLAH

ikhlas,
@oja
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 10:27 AM | Show all posts
Assalamualaikum,

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Ti ...
seroja23 Post at 14-8-2009 10:08



waalaikumusalam oja

moga ramadhan kali ini lebih baik daripada thn2 sebelumnya....insyaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2009 10:50 AM | Show all posts
mana hilang posting nani ni
nampak last nani yg post
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2009 03:37 PM | Show all posts
sangkut umah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-8-2009 10:47 AM | Show all posts
malam kita memegang....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2009 05:03 PM | Show all posts
malam kita memegang....
I-chi-ban Post at 21-8-2009 10:47 AM

malam kita memegang tu apa maknanya aki?
xpernah guna istilah memegang tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2009 12:26 AM | Show all posts
malam kita memegang tu apa maknanya aki?
xpernah guna istilah memegang tu

arifah_72 Post at 21-8-2009 17:03


rujuk thread arkib.......... atau tanya makteh........







memegang... maknanya nak mula puasa...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 06:36 AM | Show all posts
malam kita memegang tu apa maknanya aki?
xpernah guna istilah memegang tu

arifah_72 Post at 21-8-2009 17:03


maksudnya malam ni kita memegang murtabak mem kasturi ler ana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2009 11:43 PM | Show all posts
1st 2 nite OK...masjid masih full..... pasar ramadhan pun sama....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2010 11:00 AM | Show all posts
Assalamualaikum semua
Ramadhan makin menghampiri kita.
Upkan balik Thread ni.

Eloklah saling ingat mengingati diantara satu sama lain.
Kdg2 kita mungkin lupa @ leka @ lalai kan?

dh abis ganti puasa?



Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 03:09 PM | Show all posts
W/salam Mas

10hb ni teropong anak bulan kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2010 11:10 PM | Show all posts
Assalamualaikum semua
Ramadhan makin menghampiri kita.
Upkan balik Thread ni.

Elokl ...
masarju Post at 3-8-2010 11:00


waalaikumussalam mas


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN...kepada semua rakan2 forum cari....saya ingin memohon kemaafan kepada kalian semua jika ada kata2, gurau senda, post saya selama disini  menyakiti hati kalian semua ~SELAMAT MENYAMBUT BULAN PUASA~

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2010 11:31 AM | Show all posts
SALAM SEME....

SELAMAT MENJALANI IBADAH POSE PADA SEME...
MOGA IBADAH KITA SEPANJANG BULAN POSE INI DIBERKATI ALLAH.... AMIN.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 02:24 PM | Show all posts
SALAM SEME....

SELAMAT MENJALANI IBADAH POSE PADA SEME...
MOGA IBADAH KITA SEPANJANG BULAN POSE ...
mem_kasturi Post at 10-8-2010 11:31



wassalam mem
selamat berpuasa buat mem sekeluarga
moga ibadah ramadhan kali ini lebih baik dari thn2 sebelumnya
insyaAllah....
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2010 05:24 PM | Show all posts
malam ni insyaAllah start tarawikh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2010 12:49 AM | Show all posts
salam, selamat berpuasa pada umat islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 07:54 PM GMT+8 , Processed in 1.227003 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list