CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mac_taylor

Malaikat Jatuh Cinta...

[Copy link]
 Author| Post time 10-10-2008 07:07 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 04:39 PM

waaaa....takotnye part nie...maknenye sape yg percaya kisah nie benar maka dia boleh tergolong dalam golongan kafir ke...


Klu camtu, jgnlah amik serius sgt part tu. Anggap jer sebagai satu info.
Tapi dlm Quran, mmg ada kisah Harut & Marut. Dan mereka mmg diutus sebagai ujian kpd manusia.
Tapi samada kisah mereka ada kaitan dgn tajuk thread ini atau tidak, aku pun x tau.
Maybe no body knows. Atau mgkn hanya segelintir org jer yg tau.
However, kafir atau tidaknya seseorg, Allah jua yg berhak menghukum.
Wallahua'lam...


Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 04:39 PM
tapi confused plak pasal mereka dikatakandigantung secara terbalik disebuah gua di Babil mcm forummer kat depan2tue cite...maknenye nie pun takde laa kan...


Sebab tu aku kata, jgn amik serius sgt. Take it as just another side info.
Mungkin kisah Harut & Marut xde kaitan pun dgn tajuk tread ini.
Mgkn ia sebenarnya berkaitan dgn malaikat lain.
Atau mgkn cite tu langsung x wujud, hanya dongeng & mitos.
X perlu peningkan kepala memikirkan tentang kebenarannya.
Walau pun aku sendiri yg bukak thread ini, but i'm open to all possibilities.
Could be true, could be not true...
We're only here to discuss the possibilities, not to fight whether it's true or untrue...
And the possibilites are endless...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2008 07:26 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 10-10-2008 07:00 PM
aku pun hairan kenapa manusia berminat dgn benda2 pelik nih ...

sedangkan rahsia solat 5 waktu pun manusia x dapat memahami lagi ...

kenapa subuh tuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat , maghrib ti ...


Ko dah lari jauh dah ni encik sirri.
Kat thread ini, xde siapa pun yg pertikaikan soal zaman kegemilangan Islam.
Xde siapa pun yg ANGGAP 'keimanan & keyaqinan kpd ALLAH SWT itu serta berpegang teguh dgn ALQURAN & ASSUNNAH di anggap perkara jumud, taqlid, pasif serta tidak berfikir out of the box ..'
Astaghfirullah...  mengucap panjang aku membacanya...  kerana kata2 ko itu dah menjadi satu fitnah...   

Semua itu ACCUSATION ko sendiri. Ko sendiri yg BERSANGKA sprt itu, kenapa letakkan ke atas bahu kami di sini?
Klu niat engkau nak menyedarkan & menyampaikan, BAGUS. Aku dah pun ucapkan terima kasih kat ko.
Tapi ko terlepas MEMBACA post aku di mana aku berkata, just because thread sprt ini dibuka, TIDAKLAH BERMAKSUD pada masa yg sama, aku abaikan apa yg WAJIB/fardhu.
Itu semua SANGKAAN ko sendiri. Ko sendiri yg berpemikiran NEGATIF kpd thread ini & org2 yg berminat utk berpikiran aneh2 sprt ini. Kenapa?

Kenapa ko x boleh MENGHORMATI hak kami utk bertanya soalan2 so-called ANEH sprt yg ada dlm thread ini?
Adakah semata2 sebab aku buka thread mcm ni, maka aku xde keyakinan kpd Allah, kpd sahabat2 Nabi?
Engko hanya MEMBACA apa yg engko nak baca saja. Ko ambik benda out of context.
Benda yg aku xde ckp, u put it into my mouth. Kenapa buat mcm tu?    
Sedangkan dlm post aku kat bnyk threads, aku selalu bgtau supaya landaskan perbuatan/pemikiran kpd sunnah, hadis & Quran.
X pernah plak aku kata - 'keimanan & keyaqinan kpd ALLAH SWT itu serta berpegang teguh dgn ALQURAN & ASSUNNAH di anggap perkara jumud, taqlid, pasif serta tidak berfikir out of the box ..'
Kenapa fitnahkan aku?       

Tak pe la encik sirri. Ikut suka engko la. Klu engko rasa aku berfikiran mcm yg engko SANGKA, JUST SKIP THIS THREAD.
Xyahlah engko susahkan diri engko masuk ke thread ini semata2 utk BERSANGKA2.
Setiap org ada HAK utk mengetahui tentang sesuatu. Meski pun engko sendiri x paham mengenainya.
Tapi engko x perlu paham pun. Cukuplah engko belajar MENGHORMATI hak org lain.
Itu adalah BASIC klu nak berdakwah kpd sesiapa pun. HORMAT, & bukannya menjatuhkan HUKUM.
So sangkaan ko terhadap aku, aku pulangkan kpd Allah jua.
Allah knows best...   
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 10-10-2008 06:21 PM



Jin, malaikat & manusia dicipta dari JISIM yg berbeza & menghuni alam yg berbeda.
Jin dicipta dari api, malaikat dari cahaya, manusia dari tanah.
Tapi api, air & tanah itu sendiri ialah  ...


satu penerangan yang baik dan menarik...
kalo dapat huraikan lagi pasal 6th sense tue lagi besh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 08:25 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 10-10-2008 07:00 PM
aku pun hairan kenapa manusia berminat dgn benda2 pelik nih ...

sedangkan rahsia solat 5 waktu pun manusia x dapat memahami lagi ...

kenapa subuh tuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat , maghrib ti ...



ya akhi sirri, ente sudah lari topic, jauhnya melaut,  

i takut, kalau kami bincang pasal perniagaan, u tukar topic lagi,
kalau  kami bercerita pasal scyscrappers, u lari topic lagi
kalau kami bercerita pasal program angkasa lepas, u lari topic lagi.....


sesuatu yg dibincang, haruslah ade objectif, maka objective thread ini adalah, Malaikat yg Jatuh cinta, yg direfer sebagai Harut Marut. Maka wacana perbincangannya harus berlegar ke topic yg dibincangkan. daerah2 dan sempadan yg sewajarnya. Maka dgn ini, kita akan mencapai tujuan dan matlamat yg jelas.  Noktah.


Mmmg org akan kata setiap sesuatu berkait,ada rantaian dan hubungannya, namun, rantaian dan hubungan itu takkan bersambung melainkan bulatan ibunya telah terbentuk. jika bulatan ibunya tidak terbentuk, maka bagaimana harus dihubungkan jaring.


jika kita mahu ulas isu tamadun, mencontohi zaman para sahabat, maka wajarlah kita buka thread yg lagi satu.   
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 08:50 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 08:20 PM


satu penerangan yang baik dan menarik...
kalo dapat huraikan lagi pasal 6th sense tue lagi besh..



bagi i, sixth sense adalah sebuah keupayaan yg special. hanya org2 tertentu shj.
ia bukannya umpama sebuah kebolehan asas seperti berjalan, berlari, menangis atau menafsir perasaan org lain
So bermaksud ini berbalik kepada reality.

Yakni kebolehan berlari 100M sepantas 9.55s. Tidak semua boleh capai kehebatan seperti itu. Mungkin ada yg 10s shj, malah ada yg berlari hanya mampu 18 saat!.
Pun begitu tetap ada wajaran purata berapa saat manusia lari dlm 100M.
Sesungguhnya , seacara lumrahnya, tidak mungkin didunia fana ini, semua manusia boleh berlari sepantas 9.55s. Maka byk faktor yg mempengaruhi, yakni genetik, fizik , cara latihan, kecergasan, psikology, science, regime latihan dan faktor persekitaran yg membentuk seseorg manusia itu.  Jadi , hakikatnya, kononnya dgn dipupuk, semua manusia boleh berlari sepantas 9.55, itu tidak lain dr omongan kosong shj.
Lantaran faktor2 diatas. Again, yes kita boleh latih, kita boleh paksa diri kita to train hard, and berdoa, but maybe paling laju kita berlari pun adalah 12.00 second. maknanya, setiap manusia ada limit masing2.
dan kalau org tu takde kaki, maka tak dapatlah dia berlari.

Berbalik kpd 6th sense sama jugalah mcm berlari. ia harus dipupuk, tetapi tidak semua org boleh achive tahap yg sama, malah mungkin someone takkan capai seumur hidup. sama juga tidak semua boleh berjaya menemukan hukum atom, dan dapat memanipulasikan atom2 itu melainkan segelintir manusia.....
tidak semua yg ingin mencari atom boleh menemui atom, dan tidak semua yg dapat belajar mengenai atom, dapat kefahaman dah falsafah mengenai atom2 itu sendiri. maka sebab itulah 'Realitinya' pengetahuan manusia itu, ada level sijil, level Bach, level Master, level PHD , malah level Nobel  dan seterusnya....

Jadi kesimpulannya, 6th sense itu adalah deria yg ada, tetapi bukan untuk semua, pun begitu ia masih bergantung kepada bagaimana kita definasikan 6th sense. Dan disini, i refer ke sesuatu yg merujuk kpd telepathy, regenarate, elektrik, telekinetik ... dan bukan kepada naluri atau ilham : D.
Maksud i, contohnya, yes, all of us, ada aura, and maybe gelombang otak,  namun ia memerllukan tahap tertentu untuk membolehkan berkumpul dan membentuk menjadi tool untuk menggerakkan benda lain. maka tidak semua org boleh mencapai tahap itu. walaupun lepas training seumur hidup, mungkin boleh kearah itu, tp tak semestinya dia akan berjaya. maka itulah faktanya.
Jika tidak,haruslah kat dunia ni Amerika akan mewujudkan Universiti Prof Xavier, untuk melatih 1 juta penduduknya khas untuk mempunyai kelebihan ini untuk menguasai dunia .

Sama juga  mcm telepathy, it was like a connection secara ruhaniah antara dua jiwa, yg mana si A mempunyai kesedaran dan keupayaan, maka dgn kesedaran dan keupayaan ini, maka dia boleh membaca dan dgr apa yg si B pk. kerana , setiap sesuatu getaran akan memberi kesan kepada alam, gelombang pemikiran manusia, haruslah jua dapat memberi kesan yg tertentu kepada persekitaran.  dan memberi isyarat, yg mana, bagi mereka yg mempunyai kebolehan ini, maka deria mereka boleh sampai. kepada si B. tetapikan, i lebih suka untuk mengatakannya sebagai pertemuan antara 2 jiwa.
Maka dgn konsep yg sama juga, kadangkala si A , dapat mempengaruhi tindak tanduk si B. Pun begitu, apa yg i percaya, si A hanya mampu menyampaikan isyrat kepada si B, agar buat seperti itu dan ini, tetapi si B lah yg boleh buat pilihan. samada nak ikut atau tak. dan bukannya betul2, si B, tiba2 jadi bengong nak ikut isyarat yg si A suruh buat secara psikik.

Lainlah, kalau si A, ada kebolehan untuk control organ2 , hipotalamus atau jiwa si B. adakah mungkin?.... mungkin ya mungkin tidak, sbb kita secara normalnya, kalau kawan kita buat salah, kita boleh bagi isyarat dgn cara bercakap , bagi advice,
but kita pun boleh paksa kawan kita guna fizikal agar tidak buat benda tu. namun samada berjaya atau tidak, bergantung dgn kerelaan si B, atau kekuatan si B. walaupun kita bercakap dgn si B, "weh jgnlah pi sana", tp kalau si B nak pergi jugak, maka dia akan pergi. sama juga dgn kekuatan, kalau budak2 kita bolehla paksa, itupun sudah susah maaa, tp kalau org dewasa, ?  so begitulah jua dgn sixth sense.

[ Last edited by  alyana at 10-10-2008 08:55 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 08:57 PM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 10-10-2008 06:55 PM



Banyak ler, satu hal plak aku nak kopipes dlm excel...    






Mcm tu ker?  
Maksud aku, apa kata sumer soklan tu ko letak points, 1-100 ker... pastu buat selang satu  ...



tak lari topic lah,

tu semua ada kaitan dgn Quote yg i merah dan hijau kannn... yakni kefahaman dan beza antara sihir syaitan dan sihir harut marut, dan bezanya dgn ilmu Ariffin masa Zaman Nabi Sulaiman , dan juga mukjizat , ilham, dan lain2....   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2008 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by alyana at 10-10-2008 08:50 PM



bagi i, sixth sense adalah sebuah keupayaan yg special. hanya org2 tertentu shj.
ia bukannya umpama sebuah kebolehan asas seperti berjalan, berlari, menangis atau menafsir perasaan org la ...


wahhh...terrernye dapat pk camnie...
takpe..nanti kite fahamkan satu persatu....
thanks yana...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 08:59 PM


wahhh...terrernye dapat pk camnie...
takpe..nanti kite fahamkan satu persatu....
thanks yana...



ni kefahaman i, ttg mcm mana i tgk relitiy secara org lari 10s takkan sama dgn org lari 18s

tetapi org lain akan percieve lain, yg lari 18s boleh angkat berat 1 ton, tp yg 10s cuma 1kg jek, maknanya ade kelebihan masing....


so i pun excited nak tgk kepahaman org lain mcm mana,  i nak tgk apa kata mac tylor...


bagi cinta ungu pulak apa ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 10:18 PM | Show all posts
tuan umah dan forummer sekalian,
kita baru baca kisah Harut & Marut dalam buku kaji agama yang bertajuk "Samudera Al-Fatihah" oleh bey arifin

terbitan Pustaka Nasional Singapura tahun 1977..kisah ini ada pada muka surat 37.
sekiranya ada kesalahan harap dimaafkan dan sila ajukan aduan kepada penerbit buku ini..
sesungguhnya kita sekadar ingin berkongsi apa yang telah kita baca....

Diriwayatkan oleh Ibnu Hatim dari 'Assham Bin Rawwad, dari Adam, dari Abu Ja'far, dari Qais bin 'Ubaid, dari Ibnu Abbas r.a berkata Ibnu Abbas:

"Semakin lama semakin banyak juga manusia anak cucu Adam di permukaan bumi ini. Dan semakin banyak pula kerusakan dan maksia-maksiat yang mereka lakukan. Di antaranya mereka kafir terhadap Allah. Melihat kejadian itu, para Malaikat dilangit lalu berkata kepada Tuhan: Ya Tuhan, alam yang Engkau ciptakan untuk tempat berbakti dan beribadat terhadap Engkau, sudah dijadikan manusia menjadi tempat mengengkari (mengkafirkan) Engkau, tempat berbunuh-bunuhan, memakan harta haram, berzina, mencuri, minum tuak , dan lain-lain perbuatan mungkar."

Kepada Malaikat diperintahkan memilih 2 Malaikat. Mereka lalu memilih Harut & Marut. Kedua Malaikat yang bernama Harut dan Marut ini diperintahkan turun ke bumi. Kepada kedua Malaikat ini dibangkitkan Allah semua nafsu dan keinginan-keinginan yang ada pada manusia (bani Adam). Kepada kedua Malaikat ini diperintahkan oleh Allah agar beribadat dan mematuhi perintah Allah, dan jangan mempersekutukan Allah, keduanya dilarang Allah membunuh jiwa yang dilarang membunuhnya, dilarang memakan harta yang haram, berzina, mencuri dan minum tuak. Kedua Malaikat itu turunlah kebumi dan bertempat tinggal padanya beberapa lamanya, menghukum antara manusia dengan hak, yaitu di zaman Nabi Idris a.s.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
(part nie C and paste..x larat nak taip)

pastu masuk cerita wanita cantik yang dikenali sbg Venus(Kejora).
cerita bahagian nie sama dengan page 4 iaitu:

Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi,apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mulaberdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakahengkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku keatas diriku". Jawab rakannya "Benar". Lalu Harut dan Marut pun cubamemikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itumenolak dan pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, wanita jelitaitu datang lagi dan berkata "Baiklah!Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalumembunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut danmenolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT.Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya.

Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya adasebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelitaitu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Diatidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan.Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dariAllah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar,yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak".

Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telahmabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secarakebetulan,kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ,lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuhorang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan, dalamkeadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang ditunjukanwanita jelita tersebut.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

setelah kedua Malaikat itu sembuh dari mabuknya, dan menyedari bahawa keduanya sudah melakukan dosa-dosa yang amat berat, keduanya ingin naik kembali ke langit, tetapi sudah tidak sanggup, sebab antara bumi dan langit dipasang tutup bagi keduanya.

Melihat kejadian itu sedarlah semua Malaikat yang ada dilangit, bahwa manusia yang tak kenal akan alam ghaib pantas kurang takut mereka berbuat dosa, sehingga dapat mereka mengerti kalau banyak manusia yang berbuat dosa.

Sejak saat itu seluruh Malaikat dilangit  di samping memuji Allah, mereka selalu berdoa agar Allah sudi kiranya mengampuni dosa-dosa manusia beriman yang tinggal dimuka bumi ini.

Terhadap kedua Malaikat yang dijadikan percobaan itu oleh Allah disuruh pilih menjalani siksa dunia atau siksa akhirat. Keduanya memilih siksa dunia, karena dunia ini tidak kekal, sedang siksa akhirat adalah siksa yang kekal. Begitulah kedua Malaikat itu akhirnya disiksa di Babil.

Akhirnya banyak manusia yang mendatangi Malaikat ini untuk belajar ilmu sihir yang dapat menceraikan antara suami isteri. Kedua Malaikat itu tidak lupa menerangkan kepada orang banyak, bahwa ilmu sihir itu adalah sebagai fitnah bagi mereka, dan tidak akan berbekas apa-apa kecuali dengan izin Allah jua, dan pasti mendatangkan kerusakan semata. Sekalipun begitu, masih banyak saja manusia yang ingin mempelajarinya yang terang tidak mendatangkan manfaat dan malah akan mendapat siksa yang amat berat diakhirat nanti. Alangkah busuknya harga yang mereka perdapat dengan menjual diri mereka masuk Neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:20 PM | Show all posts
cont'

Firman Allah:

"Dan mereka (Yahudi) mengikuti apa-apa yang diceritakan oleh Setan-setan tentang kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman tidak kufur, hanya Setan-setan itulah yang kufur. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia, dan ilmu yang diturunkan kepada 2 Malaikat di Babil, bernama Harut dan Marut, padahal keduanya tidak mengajarkan melainkan sesudah berkata: Kami ini tidak lain melainkan satu percobaan, sebab itu janganlah engkau kufur. Tetapi tetap mereka (Yahudi) belajar dari kedua (Malaikat) itu (ilmu) buat menceraikan antara suami dan isteri, dan mereka tidak bisa membahayakan seseorang melainkan dengan izin Allah

Tetapi mereka telah mempelajari apa yang membahayakan mereka dan tidak memberikan manfaat kepada mereka padahal mereka itu tahu, bahwasanya orang yang menggunakan (sihir) itu tidak mendapatkan kebahagiaan yang baik diakhirat kelak, dan alangkah busuknya suatu (harga) yang dengannya mereka jual akan diri-diri mereka, jika mereka mengetahui."
                                                                                                                                                                                                        (al-Baqarah:102)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ayat tersebut membantah tuduhan Yahudi yang mengatakan bahawa Sulaimanlah yang mula mengajarkan ilmu sihir, tetapi yang sebenarnya Setan-setanlah yang mengajarkan sihir itu. Kemudian sekali lagi mereka dicobai melalui Malaikat Harut dan Marut. tetapi saja mereka mempelajari sihir kepada kedua Malaikat itu sekalipun keduanya telah memperingatkan bahawa sihir itu adalah cobaan agar mereka jangan melanggar dan mempelajarinya. Namun mereka tetap mempelajarinya.

Cerita Harut dan Marut yang ditengkan diatas dan tersebut dalam ayat diatas ini telah menimbulkan banyak perbedaan pendapat dikalangan ahli-ahli tafsir. Apa mungkin Malaikat yang telah diakui dalam banyak ayat dan hadis bahwa mereka suci dan tak bersalah, lalu mengerjakan kesalahan yang begitu berat: berzina, minum tuak, membunuh dan mengerjakan ilmu sihir?

Ada yang berpendapat bahawa tidak mungkin Malaikat mengerjakan dosa-dosa berat seperti yang tersebut diatas ini. Sebab itu buat mereka, kedua malaikat yang bernama Harut dan Marut itu yang sebenarnya bukan Malaikat, tetapi manusia biasa yang amat salih, sehingga dalam masyarakat ketika itu mendapat julukan seperti Malaikat (baca tafsir al-Furqan oleh Ustaz A. Hasan hal.29)

Lain pihak, termasuk Ulama-Ulama Salaf sendiri, yang mengatakan bahwa diantara banyak hadis-hadis gharib, dhaif dan palsu yang bersumber kepada cerita-cerita Israiliat tentang kejadian Harut dan Marut ini, terdapat pula beberapa hadis yang cukup baik dan kuat yang dapat dipercayai. Mereka menetapkan bahawa Harut dan Marut ini benar-benar Malaikat dari langit. Sekalipun Malaikat dinyatakan suci dan ma'sum, tetapi tidaklah mustahil atas kehendak Allah satu dua diantara Malaikat itu berbuat salah (bukan semuanya), seperti terjadi pada Iblis karena Iblis itu termasuk pada mulainya Malaikat juga (baca Tafsir Ibnu Katsir Juz 1 hal. 139-140).

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ya, Tuhan tahu dan Malaikat pun tahu bagaimana hebatnya godaan Iblis, Setan dan nafsu-nafsu yang dihadapi manusia dalam kehidupannya diatas muka bumi ini.Karena itulah oleh Allah kepada manusia diberi senjata-senjata yang luar biasa hebatnya, yaitu senjata yang bernama "Akal" dan yang bernama "Hidayat Allah" itu. dan akhirnya oleh Allah buat manusia ditambah pula sebuah senjata lagi, satu senjata yang tidak mungkin dapat dikalahkan oleh Setan atau Iblis. Senjata itu boleh kita namakan Senjata Terakhir dan senjata terakhir itu ialah AL-MAGHFIRAH atau ampunan Allah. Senjata terakhir ini tampaknya adalah hadiah terbesar bagi manusia yang bersalah dan terlanjur berbuat dosa dipermukaan bumi ini.

Nabi Adam dan Hawalah manusia pertama dan kedua yang telah mendapat Hadiah Terbesar ini buat pertama kali, setelah Adam dan Hawa berbuat kesalahan lalu minta ampun dan taubat.

"Adam telah menerima beberapa kalimat dari Tuhannya. Allah memberi ampun (taubat) kepadanya, karena sesungguhnya Allah Pemberi ampun dan Penyayang."
                                                                        (al-Baqarah:38)

Hadiah Besar yang pertama sudah diberikan Tuhan. Hadiah-hadiah Besar berikutnya akan terus-menerus diberikan Tuhan kepada siapa saja diantara hambaNya yang beriman yang merasa bersalah dan sudi minta ampun dan taubat kepadaNya. Pintu taubat dibukakan Allah seluas-luasnya bagi umat Muhammad s.a.w setiap saat, saban minit, saban jam, saban hari tidak peduli siang atau malam.

Sungguh satu kesadaran yang besar sekali bila manusia suka, sering dan selalu bertaubat dan minta ampun kepada ALlah, siang-malam, petang-pagi dengan tak putus-putusnya sampai hari kiamat atau mati.

- End-
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 10:23 PM | Show all posts
Originally posted by alyana at 10-10-2008 09:14 PM



ni kefahaman i, ttg mcm mana i tgk relitiy secara org lari 10s takkan sama dgn org lari 18s

tetapi org lain akan percieve lain, yg lari 18s boleh angkat berat 1 ton, tp yg 10s cuma 1kg j ...


erk...kita tak arif nak huraikan perkara nie..
yang Yana tulis pun kite tengah nak fahamkan betul2...
apatah lagi yang forummer lain tulis kat depan2 tue...
kite agak slow utk mendigest maklumat2 yang berbelit camnie...

nanti kite tengok pandangan mac dulu yek...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by alyana at 10-10-2008 06:13 PM

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak
Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan

apa yang diturunkan kepada dua malaikat:Harutdan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu),oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yangboleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal merekatidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan)dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itutidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."

quote kat atas ini pula ade 2 warna merah dan hijau. I puntak paham, adakah ia bermaksud



1. Sihir itu ade 2, yakni yg melalui Syaitan,sepertimana yg i warnakan Merah?   dan sihir yg apa diturunkan kepadaHarut & Marut yakni Malaikat, sebagaimana yg i colorkan hijau?

-Sihir itu ada banyakjenis dan yang pertama adalah Sihir Pisah yang dipelajari oleh penduduk Babil.
-Sihir yang diajarkan kepada manusia itu sebenarnya adalah melaluiSyaitan
-Sihir yang diturunkankepada Malaikat Harut & Marut itu adalah sebagai dugaan kepada manusia untuk menguji keimanan terhadap Allah swt 杝ama ada mereka kuat iman untuk tidak mempelajarinya ataupun rapuh imannya lalubelajar dan mempraktikkan sihir ini.


2. Kemudian dlm terjemahan "Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari darimereka berdua"  siapakah yg dimaksudkan dgn Orang-orang itu?

- menurutbuku kaji agama Samudera Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 11:53 PM | Show all posts
Originally posted by alyana at 10-10-2008 08:50 PM

bagi i, sixth sense adalah sebuah keupayaan yg special. hanya org2 tertentu shj.
ia bukannya umpama sebuah kebolehan asas seperti berjalan, berlari, menangis atau menafsir perasaan org la ...


Jika kita percaya bahwa Allah itu Maha Adil, maka kita harus juga percaya bahwa semua manusia dilahirkan dgn mempunyai kelebihan/kekurangan yg sama rata. So aku percaya bahwa setiap manusia dilahirkan mempunyai tenaga dalaman/6th sense yg sama. Tapi sprt yg aku kata sebelum ini, mengikut masa, gen manusia berubah bersama evolusi. Klu dulu, sewaktu zaman Nabi Musa contohnya, Nabi Musa blh hidup sehingga hampir 1000 tahun, zaman skg, average umur manusia utk hidup ialah sampai 60-70 jek. Betapa singkatnya kehidupan ini, bila kita renung2kan...   

Dlm erti kata yg lain, gen manusia bnyk mengalami perubahan. Ini melibatkan juga perubahan dalaman, sprt DERIA KE 6. Jadi, walau pun setiap manusia dilahirkan dgn deria ke 6, tapi BUKAN SEMUA mampu menghidupkan kembali cakra deria ke 6 mereka. Mari kita amik contoh Edgar Cayce (March 18, 1877 – January 3, 1945). Edgar Cayce ialah seorg yg mistikus. Beliau mempunyai kuasa psychic dan telah meramalkan bahwa suatu masa nanti, bumi Amerika akan hilang dari peta dunia. Semasa beliau masih kecil, beliau melihat bahwa manusia dikelilingi oleh semcm satu aura yg mempunyai pelbagai warna di sekeliling mereka. Pada mulanya, beliau sangkakan bahwa org lain juga turut melihat apa yg dia lihat. Tapi kemudian baru dia sedar, bahwa kebolehannya melihat aura manusia itu adalah satu kelebihan. Beliau ialah contoh seorg yg mempunyai 6th sense yg x perlu diharness kerana dah mmg aktif dlm diri beliau sejak kecil lagi.

Di Rusia, di dlm kawasan latihan militari rahsia, kanak2 seusia 6 thn, diajar 'mengaktifkan' kuasa psikik. Kanak2 ini adalah kanak2 yg dilatih sebagai tentera pembunuh psychic, di mana mereka dilatih menggunakan kuasa psychic, sprt kebolehan utk menembak missile yg bergerak di langit. Mereka dilatih menggunakan kuasa minda. Jadi apabila berlakunya peperangan, kanak2 ini akan digunakan utk menyerang mana2 negara yg berperang dgn Rusia. Hebat bukan? Kecik2 dah terer. Itu baru Rusia, blm sentuh negara lain.       

Apa yg aku cuba nak sampaikan ialah, manusia mempunyai deria ke 6 yg sama banyak, instilled since they are still inside the womb, tapi disebabkan perubahan pada gen, maka bukan semua manusia mampu aktifkan semula deria tersebut. Klu ada yg mampu aktifkan semula pun, bukan semua dpt capai peringkat yg sama. Ada yg hebat, ada yg biasa2 saja. Ada yg sampai mati pun, x dpt aktifkan semula kuasa deria ke 6 itu. Kerana itu kita sangka bahwa deria ke 6 itu sesuatu yg SPECIAL & x semua ada. Sebenarnya, semua manusia ada deria ke 6 ini, kerana setiap manusia ada sesuatu yg dipanggil sebagai CAKRA. Utk lebih spesifik, setiap manusia ada sesuatu yg dipanggil sebagai MATA KE 3. Sekiranya seseorg manusia itu mampu membuka/aktifkan MATA KE 3 ini maka x mustahil, manusia tersebut mampu menguasai DERIA KE 6nya. Di saat itu, manusia tersebut mampu melakukan bnyk perkara di luar pemikiran normal manusia biasa.      

Kekurangan manusia pd zaman ini ialah, kita terlalu fokus kpd material, sehingga kita lupa utk fokus kpd kekuatan tenaga dalaman kita sendiri. Sedangkan sepatutnya, kita fokus kpd dalaman kita dulu, sebelum kita fokus kpd material di luar tubuh.

Ok, so back to cite psl malaikat yg jatuh cinta ini. Aku masih x pasti samada cite malaikat jatuh cinta ini adalah sebenarnya kisah Harut & Marut, atau mungkin malaikat lain, atau cite itu x pernah wujud sama sekali. Tapi harus diingat, beribu tahun dulu, ada bnyk magic yg di zaman ini, x masuk akal klu berlaku. Beribu thn dulu, binatang pun blh berkata2. Kuasa magic/sihir berlaku dgn bebasnya, sesuatu yg normal mcm makan nasi. Manusia terbang, ilmu teleportation, serta bnyk lagi yg klu berlaku di zaman skg, nescaya manusia blh jadi gila sebab x dpt bezakan yg mana realiti, yg mana fantasi...  

So, x mustahil juga cite malaikat jatuh cinta ini mmg benar2 ada berlaku...  
Apa pun, kita amiklah mana yg boleh dijadikan sebagai iktibar & pengajaran...  
Sesungguhnya, kehidupan ini ada bnyk misteri yg x terjangkau dek akal...  
Sama ada kita mahu menggunakan lebih dari 5% kuasa minda utk berfikir tentang kehidupan, atau kita lebih selesa dgn hanya setakat makan, minum, tido, mati....  
Keputusan di tgn anda...  
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:28 AM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 10-10-2008 11:53 PM


Jika kita percaya bahwa Allah itu Maha Adil, maka kita harus juga percaya bahwa semua manusia dilahirkan dgn mempunyai kelebihan/kekurangan yg sama rata. So aku percaya bahwa setiap manusia d ...


maknanya setiap manusia mempunyai 6th sense.
tetapi oleh kerana mereka tidak menggunakannya
maka kehadiran 6th sense itu hampir tidak disedari atau tidak disedari langsung sampai bila-bila...yek...?


So, x mustahil juga cite malaikat jatuh cinta ini mmg benar2 ada berlaku...  
Apa pun, kita amiklah mana yg boleh dijadikan sebagai iktibar & pengajaran...  
Sesungguhnya, kehidupan ini ada bnyk misteri yg x terjangkau dek akal...  
Sama ada kita mahu menggunakan lebih dari 5% kuasa minda utk berfikirtentang kehidupan, atau kita lebih selesa dgn hanya setakat makan,minum, tido, mati....  
Keputusan di tgn anda...  


yup..totally agreed with you...
terlampau banyak perkara yang tak terjangkau dek akal fikiran kita..
semuanya kuasa Allah swt yang menjadikan langit & bumi ini atas kehendaknya..
dan kalau kita nak tahu dengan sangat mendalam setiap satu kisah mungkin akan menjadi tertekan & seterusnya gila..
kesimpulannya seperti yang anda katakan..kisah2 sebegini mana yang baik diambil jadikan iktibar..
dan yang tidak baik itu jadikan pengajaran...
sesungguhnya rahsia alam ini sungguh menakjubkan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 10:20 PM
cont'

Firman Allah:

"Dan mereka (Yahudi) mengikuti apa-apa yang diceritakan oleh Setan-setan tentang kerajaan Sulaiman, padahal Sulaiman tidak kufur, hanya Setan-setan itulah yang kufur. Me ...


Ada juga riwayat lain... sesiapa yang nak belajar sihir dari Harut dan Marut, diminta untuk membuang air kecil dahulu. Jika mereka nampak sesuatu keluar dari kemaluan lalu terbang ke langit, barulah diajarkan sihir itu. Ini bermakna satelah Iman mereka terlucut baru Harut dan Marut mengajarkan sihir kepada sesaorang.

Macam syarat perjanjian dengan syaitan jer !
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:35 AM | Show all posts
what is love?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 12:45 AM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 10-10-2008 11:53 PM


Jika kita percaya bahwa Allah itu Maha Adil, maka kita harus juga percaya bahwa semua manusia dilahirkan dgn mempunyai kelebihan/kekurangan yg sama rata. So aku percaya bahwa setiap manusia d ...



OMG! ur theory almost same with mine,

lain wadah but still berteraskan konsep yg sama ,  it was like formula matematik, that i solve use kaedah 1, but u also solve it with kaedah 2. but end up with same answer.


mcm mana mac_taylor can reach kefahaman sebegini, sbb u deliver your kaedah besertakan contoh kejadian ... as if u do research to thing yg u tahu base on concept that u already paham, then u menemukan sample kejadian melalui contoh2 yg berlakku disekeliling dunia.  

whereas i hanya mampu decrypt to level logic/mantiq shj. but u lebih advance.   i rasa maybe u berumur lebih 25 tahun , someone who had dug benda2 mcm ni sejak zaman sekolah.

anyway since i dun know your religion, your sect and your mazhab, so it is all about logic we r talking about here.

[ Last edited by  alyana at 11-10-2008 12:47 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 12:56 AM | Show all posts
Originally posted by Nazrulism at 11-10-2008 12:29 AM


Ada juga riwayat lain... sesiapa yang nak belajar sihir dari Harut dan Marut, diminta untuk membuang air kecil dahulu. Jika mereka nampak sesuatu keluar dari kemaluan lalu terbang ke langit,  ...



bagaimana mungkin  harut marut menjadi syaitan?  

i'm using kaedah reasoning to understand ur statement


1. Harut Marut ada ilmu sihir
2. Manusia yg nak belajar ilmu sihir kena buang air kecil
3. If one buang air kecil , then keluar sesuatu from it then ia akan ajar sihir
4. Buang air kecil = lucut iman
5. Sihir = Syaitan


otak i hang! and hurt badly sbb tak menemukan titik pertemuan to 4 thing above.

1. how come deduksi yg mempunyai sihir adalah syaitan, sedangakn ur 1st statment merujuk Harut Marut yg ada sihir.  which mean X = HArutMArut, so how suddenly variable X boleh bertukar value menjadi HArutMArut??? melainkan u maksudkan HarutMarut=Syaitan???..
This is contrradict sbb adakah HarutMArut itu syaitan sedangkan diketahui umum dia adalah malaikat.  And wajarkah menyamakan konsep malaikat itu dgn syaitan sedang kita sedia maklum malaikat wataknya adalah kebaikan dan syaitan kejahatan? can contradict.

Lepas tu, manusia yg nak belajar sihir kena lucutkan iman, helppppp .......  sbb dlm word u, pemilik sihir adalah harutmarut, how come a malaikat menkehendaki mansuia itu melucutkan iman, then only dia nak ajar,


ouchh, my brain hurt
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 01:03 AM | Show all posts
Originally posted by cinta_ungu at 10-10-2008 11:02 PM



1. Sihir itu ade 2, yakni yg melalui Syaitan,sepertimana yg i warnakan Merah?   dan sihir yg apa diturunkan kepadaHarut & Marut yakni Malaikat, sebagaimana yg i colorkan hijau?

-Sihir i ...




tq cinta, hooray, cinta_ungu faham juga soalan saya

[quote]2. Kemudian dlm terjemahan "Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari darimereka berdua"  siapakah yg dimaksudkan dgn Orang-orang itu?

- menurutbuku kaji agama Samudera Al-Fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 01:05 AM | Show all posts
Originally posted by mziskandar at 11-10-2008 12:35 AM
what is love?



what is motif?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.082967 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list