CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shidaaziz

[MERGED] Shamsiah Md Noor

[Copy link]
Post time 14-9-2007 01:10 PM | Show all posts



Tajuk: Bulan Berbisik
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Halaman: 512
Harga: RM19.90


Sinopsis

BULAN BERBISIK memaparkan perjuangan dua orang wanita. Pertama: Seorang isteri bernama Khadijah dalam melayari bahtera perkahwinan. Kedua: Seorang gadis mualaf bernama Aima Adawiyah yang mencari erti sebuah kehidupan baru..
Khadijah seorang isteri yang sangat setia telah secara tidak sengaja terbaca e-mel-e-mel cinta suaminya (Khaled Irfan) pada Aima. Sejak kecil, Aima (Wong Ai Leen) dibayangi oleh idolanya iaitu Andak Rabiah yang selalu membacakan syair Rabiah al-Adawiyah. Dia mengenali agama Islam daripada Andak Rabiah dan berusaha untuk memeluk agama tersebut apabila dewasa.
Namun, dalam pencariannya dia telah terperangkap secara tidak sengaja dalam retorik cinta mainan Khaled Irfan.
Khadijah pula dalam usaha menyelongkar kcurangan suami, terpikat dengan syair-syair nukilan Rabiah al-Adawiyah yang dikirimkan oleh Aima kepada Khaled. Pun begitu, parah di hati hanya dia sahaja yang menelannya kerana cerita kecurangan sang suami tidak dipekungkan pada sesiapa hatta kedua ibu bapa. Dalam melayari bahtera, Khadijah menelan duka, menilai sang suami lewat e-mel-e-mel suami kepada buah hati. Pilunya hati hanya ALLAH yang mengetahui.
Berbagai-bagai cara dilakukan buat membalut luka di hati tetapi lara datang juga. Lambaian Masjidilharam membawanya ke sana dengan keizinan suami. Dia menemukan sesuatu di bumi anbia; Baitullah, Makam Nabi, Masjid Nabawi, Raudhah memberi pengertian baru dalam hidup Khadijah.
Berbekalkan kekuatan diri, setelah pulang ke tanah air, Khadijah mengambil keputusan untuk bersemuka dengan Khaled Irfan dan Aima Adawiyah.
Dia akur... andai badai rumah tangga melanda, kolek kecil teroleng-oleng di samudera besar, nakhoda hilang arah, bukan bererti punah sebuah cerita. Dugaan ALLAH datang dalam pelbagai cara. Bermunajatlah agar ditunjukkan ALLAH jalan keluar yang bermakna.
Dan dia yakin... andai seorang lelaki bergelar suami begitu enteng membuka ruang cinta baru untuk dihuni hati yang lain, tidak bermakna seorang wanita perlu menutup perasaan hati dek rasa kecewa. Dunia ini luas, sangat luas. Tempat manusia melampiaskan selangit cinta. Bukan hanya cinta sesama manusia tetapi yang lebih bermakna CINTA pada yang ESA!
BULAN BERBISIK mengajak kita berfikir tentang banyak perkara. Hati lelaki yang sukar ditafsir persis liuk lentok lelayang yang sedang berkembang. Hati wanita yang mudah terusik dengan segala macam perkara!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 01:13 PM | Show all posts
alamak..sowii...awat terpost 2x nie .....ya ampun mod
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 05:36 PM | Show all posts
Originally posted by aprilsnow at 14-9-2007 01:10 PM
http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/Bulan-Berbisik.gif


Tajuk: Bulan Berbisik
Penulis: Samsiah Mohd Nor
Halaman: 512
Harga: RM19.90

Sinopsis

BULAN BERBISIK memaparkan perj ...


erm.. br baca sinopsis jer dh rasa best sgt..
harus ku beli novel nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 06:26 PM | Show all posts

Reply #123 BaBY_GuRL's post

memang bes.. masa lunch tadi sempat minah redah sesak jalan raya demi bulan berbisik.. tak jadi kerja dibuatnya kat opis.. curi curi baca.. bahasa dan plot kak samsiah de bomb.. kemas dan lancar, penuh falsafah dan ada unsur keagamaan. biar baru baca suku dpt rasakan ni bukan cerita cinta yg meleweh leweh.. ni novel penuh berisi..cewah... minah baru sampai bab mak khadijah asyik pot pet bab pesanan kalu anaknya kahwin ngan khaled. topik kawin ngan org yg gadis tak kenal masih jadi isu kat novel ni.. mungkin ada yg anggap tu basi... tapi cara kak samsiah olah tu yg kita seronok nak baca...

[ Last edited by  minahleter at 14-9-2007 06:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 07:07 PM | Show all posts

Reply #124 minahleter's post

amboii cik kak. laju ek   sesak pun sesak lah ye? ehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 07:10 PM | Show all posts
post lebih

[ Last edited by  sixret at 14-9-2007 07:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2007 07:10 PM | Show all posts
post lebih

[ Last edited by  sixret at 14-9-2007 07:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 07:11 PM | Show all posts
post lebih

[ Last edited by  sixret at 14-9-2007 07:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2007 07:11 PM | Show all posts
mmg..saya baca sinopsis terus sangat teruja nak beli.

karya penulis lama ni mmglah saya nanti-nantikan.

yang pasti buku ni dah masuk list wajib beli saya. (berpeluh2 coz bulan ni je dah banyak spend untuk buku)
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2007 08:19 PM | Show all posts
takat ni ok lah novel... banyak falsafah, banyak makna tersirat... bukan cinta ringan ringan gitu. banyak unsur agama, ketuhanan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 09:28 AM | Show all posts
dah lama dia tak kuarkan buku baru...
hopefully best...
paling suka baca tangisan bulan madu...
coz itulah buku pertama yg buat saya menangis bila baca...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by minahleter at 14-9-2007 06:26 PM
memang bes.. masa lunch tadi sempat minah redah sesak jalan raya demi bulan berbisik.. tak jadi kerja dibuatnya kat opis.. curi curi baca.. bahasa dan plot kak samsiah de bomb.. kemas dan lancar, penuh falsafah dan ada unsur keagamaan. biar baru baca suku dpt rasakan ni bukan cerita cinta yg meleweh leweh.. ni novel penuh berisi..cewah... minah baru sampai bab mak khadijah asyik pot pet bab pesanan kalu anaknya kahwin ngan khaled. topik kawin ngan org yg gadis tak kenal masih jadi isu kat novel ni.. mungkin ada yg anggap tu basi... tapi cara kak samsiah olah tu yg kita seronok nak baca...


nie yg buat x sabar nk g kedai buku ptg nie..
RM19.90 kn hrga dia?..

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 02:06 PM | Show all posts
Originally posted by minahleter at 14-9-2007 06:26 PM
memang bes.. masa lunch tadi sempat minah redah sesak jalan raya demi bulan berbisik.. tak jadi kerja dibuatnya kat opis.. curi curi baca.. bahasa dan plot kak samsiah de bomb.. kemas dan lancar, ...




wah2 minah...advanced ya..hahah..memang tak sabar nak beli nih....lama sangat dah tak baca SMN punya novel...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2007 02:57 PM | Show all posts

Reply #133 khaly's post

baru baca sampai bab 8.. pasal khadijah kena jeling jeling dngn mak mentua yg tak suka dia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2007 11:40 PM | Show all posts
Originally posted by BaBY_GuRL at 12-9-2007 06:22 PM


saya baca novel SINDORA nie masa time sek menengah dulu.. tp novel tu dh hilang ke mana ntah.. but still ingat sikit2 citer nie.. mmg BEST sgt citer nie..
citer psl percintaan 3 segi antara ... SINDORA, ABBOT & DUKE..    ingat lagi nama2 dorg..
SINDORA suka pd ABBOT & begitu juga sebaliknyer.. cuma masing2 x penh berterus terang.. at last.. playboy USM aka DUKE yg berjaya twn hati sindora..

sedih citer nie.. x rugi baca.. saya pn tgh cari smula novel nie.. masa dulu2 dok terfikir, kalaulah citer nie dijadikan 'filem @ drama'.. msti best giler..


SINDORA! yes, memang feeling abis citer nie...
my very 1st novel that I bought by my own....
because of 'sindora' I fall in love ngan novel2 melayu...:flower: :flower: :flower:
dari dulu lagi ingatkan ada la yang nak jadikan citer ni filem.
rasa cam nak volunteer je berlakon jadi sindora...coz dah sebati rasanya ngan watak tu...
hehe (masa tu lah) skang dah tak brapa sesuai jd innocent n angel cam sindora tu...
-one of my valuable collections-



[ Last edited by  gabriela at 17-9-2007 11:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 12:56 PM | Show all posts
Originally posted by gabriela at 17-9-2007 11:40 PM

QUOTE:
Originally posted by BaBY_GuRL at 12-9-2007 06:22 PM


saya baca novel SINDORA nie masa time sek menengah dulu.. tp novel tu dh hilang ke mana ntah.. but still ingat sikit2 citer nie.. mmg BEST sgt citer nie..
citer psl percintaan 3 segi antara ... SINDORA, ABBOT & DUKE..    ingat lagi nama2 dorg..
SINDORA suka pd ABBOT & begitu juga sebaliknyer.. cuma masing2 x penh berterus terang.. at last.. playboy USM aka DUKE yg berjaya twn hati sindora..

sedih citer nie.. x rugi baca.. saya pn tgh cari smula novel nie..
masa dulu2 dok terfikir, kalaulah citer nie dijadikan 'filem @ drama'.. msti best giler..





SINDORA! yes, memang feeling abis citer nie...
my very 1st novel that I bought by my own....
because of 'sindora' I fall in love ngan novel2 melayu...:flower: :flower: :flower:
dari dulu lagi ingatkan ada la yang nak jadikan citer ni filem.
rasa cam nak volunteer je berlakon jadi sindora...coz dah sebati rasanya ngan watak tu...
hehe (masa tu lah) skang dah tak brapa sesuai jd innocent n angel cam sindora tu...
-one of my valuable collections-


erm.. mmg BEST kn citer nie..
tp novel tu dh hilang ke mana ntah.. rasa sedih sgt..
dh try cari2 kt kedai buku, tp xde.. kbnyknnyer smua buku baru je yg ader..
TERINGIN nk baca lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 01:33 PM | Show all posts
yeah hah... dah abis baca bulan berbisik. citer ni bukanle citer mcm novel cinta alaf yg lain tu.. patut le dlm catatan penulis, samsiah ada menyebut sekarang ni dah 'matang' dlm menulis.
kalau ada yng membayangkan novel ni mcm sehangat asmara ke, mcm tangisan bulan madu atau mcm manisnya cinta ke... uhuu mesti terkejut jugak nanti dngn hasil bulan berbisik.
citer ni penuh semangat islam, falsafah islam, pasal tanggungjawab bini. bini mesti patuh dan taat pada suami. tu sebab si khadijah ni mcm menahan rasa aje bila jumpa segala emel khaled dengan aima tu.
cuma minah frust sebab samsiah tak kembangkan kisah hubungan khaled dengan aima. sepanjang hubungan dengan emel yg penuh kata falsafah, kata puitis segala bagai.. mungkin penulis nak tekankan konsep keislamannya. jadi serba serbi memang berhemahlah dlm novel ni.
dlm citer ni pun kekadANG tak terasa sangat klimaksnya. mcm mendatar saja kecuali kita akan terpesona dengan kata-kata indah dlm novel ni. tu yg minah cakap dlm post sebelum, kalau tak tengok penulis, kalau baca isi aje, mungkin kita akan ingat ni penulis indon.. citer ni penuh pengajaran dan tunjukkan kesabaran bini. pergerakannya agak slow jugaklah. ada beberapa benda yg minah blur dlm novel ni contoh, khaled kahwin dengan khadijah, mcm mana boleh tak timbul konflik mak si khalid ni dari awal... alih alih timbul mak khaled tak suka khadijah, masa minang cam ne.. samsiah jugak tak tunjukkan adegan khaled kena panah asmara dgn aima, yg paling mcm tak logik, selalu sangat khadijah baca emel suami, takkan si khaled begitu cuai sampai tak terperasan semua emel diceroboh bini..
anyway, yg pasti bulan berbisik akan beri kelainan pada produk alaf sebab ni bukan novel popular yg mcm biasa yg jadi trademark alaf.
ada tidak paling minah suka bab khadijah ke makkah, detail samsiah cerita. terasa mcm kita sama kat makkah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 04:08 PM | Show all posts

Reply #137 minahleter's post

minah boleh tau tak citer ni heppy ending ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 05:28 PM | Show all posts
Originally posted by haizaiza at 18-9-2007 04:08 PM
minah boleh tau tak citer ni heppy ending ke tak?



citernya happi ending   lepas khadijah tu buat keputusan berdepan, bertentang mata dengan aima dan diajaknya si khaled yg tak sedor diri tu ... terkulat kulat khaled , kesian khadijah  sebab lepas tu pun si jantan tak sedar diri tu :@ :@ ada hati jugak nak pujuk ajak aima nikah.. tapi tu le, citernya slow motion sikit
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 07:01 PM | Show all posts
baca novel BULAN BERBISIK ni buat aku insaf ...yg paling terasa dan terharu bila Khadijah digambarkan berada di MEKAH untuk mengerjakan umrah...mengalir air mata keinsafanku....mmg real sangat....tabahnya dia menghadapi suami yang curang dalam diam. betapa redhanya dia bila melamarkan Aima untuk suaminya sendiri. buat aku jadi terfikir sesuatu......lepas baca novel ni mmg boleh membuatkan para2 isteri sekelian bermuhasabah diri...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063320 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list