|
Suzuki Raider / Belang 150R - Motor kapcai dengan enjin paling besar
[Copy link]
|
|
aku perlukan motor untuk long distance, PG - Muar once a week.. dan perlukan average speed 14o-15okm/h agak2 moto ni ok tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #121 kutil..'s post
Bleh jer, selamber jer... kalau FXR150 bleh dapat sekitar 150 km/h, bila enjin yang sama bubuh kat body kapcai dah tentu la lagi berdesup gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tengah berkira nak angkat minah ni sekor, tp rasa macam kecik sangat la.. saiz cam ego je.. tak melayang ke? |
|
|
|
|
|
|
|
err.. ada sapa2 tau mana kedai boleh buat easy payment master card tak? aku call maslee moto harga $8030, New Chen $8200, kedai kat Tmn Megah Ria katanya $7200+.. berapa yg betulnya ekk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #120 masterixs's post
info yg bagus..............mekacehh |
|
|
|
|
|
|
|
Suzuki R150
Tangkas dan ringan
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki, pengangkutan dua roda R150 muncul sebagai motosikal yang mudah dikendalikan.
TIDAK kira sama ada harga minyak turun atau naik, pengangkutan dua roda ini tidak pernah hilang peminatnya. Menawarkan penjimatan dari segi penyelenggaraan, petrol dan masa, motosikal tetap menjadi pilihan terutama bagi mereka yang rimas untuk menempuh kesesakan jalan raya ke pejabat.
Angka jualan menjadi buktinya. Pada tahun 2008, jumlah motosikal yang dijual mencecah 540,000 unit, peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Kenaikan itu pastinya menjadi satu berita baik buat pengeluar motosikal tempatan, termasuklah Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd.
Pengarah Urusannya, Kazumasa Watanabe memberitahu, pihaknya mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 81 peratus pada tahun 2008. Sekali gus melebihi nisbah pengembangan pasaran motosikal secara keseluruhannya.
"Di sebalik kemerosotan jualan akibat perkembangan ekonomi yang kurang memberangsang, Suzuki terus mencatatkan kenaikan sebanyak 58 peratus dari bulan Januari hingga Mac 2009.
"Sebab utama Suzuki mampu meningkatkan kadar perkongsian pasaran adalah kerana kami sentiasa memperkenalkan model-model baru yang menarik. Pada tahun 2007, model Suzuki Smash Revo dipasarkan sebelum skuter Step 125cc mula diterima ramai.
"Tahun lalu, Suzuki Shogun 125RR dan SP menjadi taruhan. Hari ini, saya dengan bangganya ingin memperkenalkan model Suzuki Belang R150," kata Watanabe dalam ucapan bahasa Melayu yang kedengaran seperti dia berasal dari Terengganu.
JENTERA ini mempunyai penampilan yang radikal.
Mengetengahkan tagline motosikal sports yang ranggi dan radikal, Suzuki Belang R150 menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki. Maka, terhasillah sebuah motosikal yang ringan dan pantas kerana mempunyai nisbah kuasa-berat yang amat impresif.
Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.
Bertempat di litar go-kart Shah Alam (berhampiran Stadium Shah Alam), penulis sempat menunggang uji Suzuki Belang 150R. Menawarkan kualiti binaan yang tinggi dan enjin penuh kuasa, semua yang hadir tidak sabar untuk mengujinya.
KAZUMASA WATANABE (tengah) yakin pasaran motosikal
Suzuki R150 akan terus mencatat peningkatan.
Memang benar, sebaik sahaja saya memegang hendal, Belang R150 terasa ringan dan mudah untuk dikendalikan. Tubuhnya ringan hasil penggunaan komponen aluminium secara ekstensif. Namun, ia tidak pula berkompromi dengan aspek kekukuhan dan tahan lasaknya.
Harus diakui jentera ini memiliki penampilan yang agak radikal. Lampu hadapannya dipasangkan sekali dengan cowling bagi menyerlahkan ciri agresif, selain meningkatkan tahap aerodinamiknya. Rupa itu disempurnakan lagi dengan rim aloi 10 jejari yang ringan dan bereka bentuk moden.
Dijana oleh enjin Double Overhead Camshafts (DOHC), kuasa yang dihasilkan berupaya menggerakkan tubuh kecilnya tanpa sebarang masalah.
Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, penunggang boleh memanipulasi keseluruhan kuasa dan tork ejin ini dengan efektif. Klac tangannya juga lembut bagi memudahkan lagi gear ditukar terutama ketika hendak mengambil selekoh.
Lebih menarik lagi, gear-gear ini diletakkan pada nisbah yang sesuai untuk apa jua corak tunggangan, selain mengambil kira sama ada anda menunggangnya dalam kesesakan jalan raya atau laluan lurus.
Bagi memastikan enjin yang kerap bekerja pada putaran rpm tinggi ini tidak berdepan sebarang masalah, ia dilengkapi dengan teknologi Suzuki Advanced Cooling System (SACS).
Sistem ini berfungsi menyembur minyak secara terus ke bahagian bawah omboh untuk proses penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini kemudian disejuk mengunakan sebuah radiator bagi menyediakan suhu operasi enjin yang optimum.
Penggunaan material komposit elektro kimia Suzuki (SCEM) turut membantu dalam penghasilan blok enjin yang ringan dan tahan lasak, selain lebih efisyen dalam mengurangkan suhu enjin.
Suzuki cukup terkenal dengan aplikasi suspensi jenis monoshock sejak dahulu lagi. Suspensi ini bukan sahaja menyediakan tunggangan yang selesa, malah meningkatkan tahap kestabilan di atas jalan raya dan kelihatan lebih sporty.
Tiada gunanya jika sebuah motosikal laju tetapi tidak dibekalkan dengan sistem brek sepadan. Justeru, model ini dilengkapi dengan brek cakera bersama reka bentuk garis pusat yang dikosongkan untuk roda hadapan dan belakangnya.
Selepas beberapa kali cuba membrek dengan keras, gabungan brek cakera bersaiz 290mm (roda hadapan) tidak mengecewakan.
MOTOSIKAL ini dipasang dengan satu sistem unik untuk
membolehkan penunggang memilih mod tunggangan yang sesuai.
Biarpun Suzuki Belang R150 dilihat lebih berorientasikan prestasi, namun jurutera Suzuki tidak mengabaikan aspek estetik pada kapcai ini.
Belang R150 hadir bersama speedometer digital dengan paparan LCD yang senang dibaca. Di samping itu ditampilkan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya yang tidak jauh bezanya dengan motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.
Memahami keperluan tunggangan yang berbeza, jentera ini turut dipasang dengan sistem Suzuki Drive Mode Switch (SDMS). SDMS merupakan satu sistem unik yang membolehkan penunggang memilih antara tiga mod tunggangan mengikut keperluan.
Mod tersebut ialah mod tunggangan biasa, tunggangan ekonomi dan tunggangan kuasa. Mod tunggangan biasa tidak mengutamakan aspek ekonomi ataupun kuasa. Ketika menunggang dalam mod ini, tiada paparan ECO/PWR pada LCD.
Setelah menunggang Belang R150 selama beberapa pusingan, apa yang boleh dikatakan ialah jentera ini mampu menawarkan kuasa dan fleksibiliti yang mungkin tiada pada kapcai lain di pasaran.
Jentera penuh kuasa ini dijual pada harga RM7,570 seunit (tidak termasuk cukai jalan). Hanya dua warna ditawarkan iaitu kelabu dan merah. |
|
|
|
|
|
|
|
Moderator pun bukak thread salah Board ke...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 revolusi_30's post
|
|
|
|
|
|
|
salah masuk bod ler |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 revolusi_30's post
rabun kot..... |
|
|
|
|
|
|
|
kena move kat thread motobike ni..tp belang ni nampak cam motor racing je..150cc tu..dengan size n berat camtu..berapa la top speed agaknya...musti jadi muto idaman para rempit sejati neh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
aiyooo... ingatkan newbie yg bukak thread ni tadi
aku moved gi thread moto... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 ryo_takahashi1's post
apsal x merge je ngan tred yg dah ada tu ? |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak test je tu... nak tengok org perasan ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
xlawa bila pasang side mirror standard...nmpak capang semcm ja....bila buang baru cun tp da road block siap la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa tuan rumah tak perasan thread ni dah ada...
Budak2 MBC cakap motor nie ada speed limiter... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #123 kutil..\ catat
Ade sen lebih kalau nak long distance lebih best ambik ZZR 250 Ninja laa...Motor belang cuma dalam klass moped aje...Motor kecik tak sedap bawak jarak jauh tiap2 minggu...Itu pendapat saya aje... |
|
|
|
|
|
|
| |
|