CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 28-12-2009 03:27 PM | Show all posts
Waaahhh... mcm crite Laksamana Sunan plak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2009 06:42 PM | Show all posts
Hati anak muda itu semakin kencang berdegup. Dia pasti sekali bahaya yang menunggu bukan alang kepalang. Namun, sekali melangkah terus melangkah…..
Terowong yang dilaluinya semakin gelap, hanya cahaya merah suram menerangi samar-samar laluannya. Jantung Hadi berdegup kencang. Suhu semakin panas tapi itu semua tidak menggugat konsentrasi Hadi.
“Ada sesuatu di hadapan. Aku perlu bersiap sedia.” Kata hatinya. Langkahnya terhenti seketika.
Tiba-tiba, sesuatu berlaku kepada dinding terowong tanah itu. Bentuk-bentuk muka manusia muncul tersembul memenuhi permukaannya. Wajah mereka yang mengerikan seperti sedang menahan kesakitan dan bunyi erangan mereka terdengar begitu sayu sekali.
“Ya Allah, apa ceritanya ni?” fikir Hadi. Dia bersedia untuk bertindak  tetapi dia bersyukur kerana tiada berlaku apa-apa setelah beberapa ketika selain paparan itu sahaja. Dia terus melangkah sehingga tiba ke sebuah ruang yang lebih luas dan kelihatannya seperti sebuah bilik yang besar. Di hadapannya kini terdapat lima ekor jin pari (jin yang bersayap) sedang meratah mayat-mayat manusia yang bergelimpangan di tanah. Bahagian-bahagian tubuh manusia dan cebisan-cebisan daging berada di sana sini. Hanyir darah dan daging manusia menusuk hidung dan begiru memualkan. Suatu keadaan yang tidak pernah terjangkau dek fikiran anak muda itu. Setelah agak lama mendiamkan diri sambil memerhatikan keadaan dan membuat perancangan, Hadi memantapkan perisai kalimahnya dengan niat dan gerak nafas sepadu.  Jin-jin pari itu kemudiannya menyedari kehadiran Hadi dari aura kalimah yang memancar dan mula bertindak untuk menyerangnya. Wajah mereka yang hodoh berkepala seperti serigala menyeringai ganas memandang Hadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 12:48 PM | Show all posts
Tiga ekor daripada mereka terbang mengepakkan sayap beberapa kaki dari lantai.
Hadi melompat ke tengah-tengah mereka sambil terapung menggunakan ilmu ‘Apungan Jagat’. Ilmu ini hanya boleh digunakan ketika dalam terawangan sahaja.
Makhluk-makhluk itu seperti terkejut dan menjauhkan diri mereka buat seketika. Hadi berpusing-pusing memerhatikan tindak-tanduk mereka seterusnya. Serangan bermula daripada jin pari di tanah yang menerkam untuk membaham kaki Hadi. Jurus ‘Lontar Semutar’ dilakukan Hadi setelah berpusing mengelak. Pukulan berisinya kena tepat memenggal kepala makhluk itu. Kepalanya yang masih menyeringai bergolek di atas tanah. Serangan seterusnya datang daripada ketiga-tiga musuh yang berterbangan dengan serentak. Hadi melayah lebih tinggi menyebabkan mereka tersasar di bawahnya. Ketika itu juga, ‘Hembusan Naga Sakti’ digunakan Hadi. Daripada mulutnya, keluar api yang marak menjilat ketiga-tiga makhluk itu sehingga rentung. Laungan kesakitan mereka membingitkan telinga. Seekor lagi di tanah telah hilang melarikan dirinya.
Sedang Hadi memerhatikan kemusnahan mereka, tanpa disedarinya, dari perut lantai, keluar tali-tali usus yang panjang dan kotor berlendir menerpa dan membelit tangan dan kaki Hadi. Dia panik seketika dan menggelupur dengan kuat namun belitan usus-usus itu semakin kuat.
“Astaghfirullah! Laqad ja..............” Hadi menenangkan dirinya kembali lalu membaca ayat-ayat tertentu. Kemudian dengan penuh konsentrasi, dia mengerah ‘Tenaga Sukma’ yang bergetar hebat agar berpadu di seluruh tubuhnya. Dengan satu tempikan yang kuat, “Allah Hu Akbar!” , usus-usus yang membelit itu hancur berkecai membebaskan Hadi terapung di udara. Dia menyapu sisa percikan berlendir di wajahnya lalu melayah melalui sebuah terowongan lain.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 01:46 PM | Show all posts
menarik menarik
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 05:06 PM | Show all posts
semakin menterujakan cerita ni..
teruskan bercerita..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2009 05:28 PM | Show all posts
“Ya Allah, tabahkan hatiku ini….,” bisk Hadi. Matanya melingas ke sana sini, berwaspada daripada sebarang serangan melulu. Suhu semakin meningkat namun Hadi tidak mempedulikan bahangnya. Walau apapun, Engku Budin mesti diselamatkan. Hadi tidak rela makhluk puaka manapun bermaharajalela mengganggu manusia sepertinya. Syaitan wajib dihancurkan! Tiada kompromi!
Terjahannya semakin perlahan seperti mengesahkan ada bahaya menanti di hadapan. Hadi tidak mahu menjejak tanah yang semakin tebal dilitupi darah dan nanah. Tiba-tiba terdengar bunyi dengusan yang kuat di hadapannya dan pada ketika itu juga muncul bola api yang semakin membesar menuju ke arahnya. Hadi tiada ruang untuk mengelak. Namun ilham hikmahya tidak sekali-kali mengecewakan dengan izin Maha Kuasa. Dengan segera dia duduk dalam keadaan terapung itu. Di tangkupkan kedua tapak tangannya dan di tahan nafasnya. Bola berapi itu terhenti tiba-tiba lebihkurang sepuluh kaki di hadapannya. Bola berapi itu rupa-rupanya adalah kepala seekor lembaga yang kelihatan seperti naga. Rupanya berubah-ubah dengan suara ngauman yang kuat. Hadi melepaskan nafasnya dengan hentakan jurus ’Wali Gunung Jati’ . Makhluk itu terpelanting ke belakang tetapi kemudiannya kembali semula. Ia tidak dapat menerkam Hadi kerana satu tembok penghalang ghaib menahannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-12-2009 05:28 PM | Show all posts
Terima kasih Yenil and Atreyu
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:08 AM | Show all posts
salam pokcik zred...fuhh mngetarkn jiwa membaca nye..teruskan karya ini..:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 12:52 PM | Show all posts
ye..teruskan..best layan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 08:11 PM | Show all posts
Sesungguhnya perisai kalimah tidak pernah mengecewakan. Marah sekali lagaknya lembaga dahsyat itu. Ngaumannya membingitkan telinga.
“Tunggu kamu! ‘Jurus Halilintar' akan melenyapkan kamu.” Lantang sekali suara Hadi yang sedaya upaya mengawal amarahnya. Kerahan tenaga dalamannya menghasilkan percikan api biru di sekeliling tubuhnya. Hadi menyerap tenaga percikan api biru itu supaya mengalir melalui tapak tangannya.
“Allah Hu!” dengan tempikan itu, satu jalur percikan api biru seperti kilat keluar daripada tangannya menghentam makhluk berapi menyebabkan ia meletup dan hancur berkecai.
“Syukur Alhamdulillah” kata Hadi lalu meneruskan pencariannya. Hadi agak risau kerana telah banyak tenaga yang digunakannya untuk bertarung.
“Mungkin ini helah syaitan-syaitan itu untuk melemahkan aku.” Fikirnya.  Seketika kemudian, Hadi tiba di suatu ruang yang pernah dilihatnya sebelum itu. Ruang itu berkabus sedikit menyebabkan pemandangannya sedikit terganggu. Hadi melayang terus perlahan-lahan sehinggalah daripada gumpalan kabus itu muncul tangan berbulu dan berkuku tajam cuba menampar muka Hadi. Mujurlah dia telah bersedia dengan ‘langkah pendekar’ lalu Hadi mengelak dan melepaskan jurus ‘semilir sakti’ dan seketika itu juga terdengar raungan kesakitan yang semakin menjauh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2009 11:36 PM | Show all posts
Thanx Pu3 and Naza
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 11:36 PM | Show all posts
lama x masuk umah pok cik... nak baca cerita sat eaaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:22 AM | Show all posts
wahhh..semakin menarik...teruja nak tunggu sambungan seterusnya...
Selamat Tahun Baru pokcik & semua kawan2 pembaca...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 11:26 AM | Show all posts
nak citer..nak citer..pokcekk..citoo lah laieee.....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 12:13 PM | Show all posts
ala cter dh hbs....
bla nk smbg cter ni...........

klu jd novel ni cmfirm i book dlu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2009 01:34 PM | Show all posts
Makacih, Slimut , Pu3,yt79 and akudarikayangan...Akan disambung...bz sket
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-12-2009 01:47 PM | Show all posts
“Ciss! Jin tanah rupanya,” kata Hadi sambil pandangannya melingas ke sana sini. Jin tanah adalah makhluk yang gemar menyerang hendap. Selalunya mereka yang diganggu akan bermimpikan kerbau atau lembu hitam. Semacam 'trademark'nya sahaja.
“Engku Budin!” laung Hadi beberapa kali tetapi tiada jawapan. Bergema suara Hadi di dalam terowongan itu.
Dia meneruskan pencariannya dengan berlegar-legar di dalam ruangan itu. Hadi terkejut bila sesusuk tubuh jtiba-tiba atuh tergantung di hadapannya.
“Allahuakbar! Engku Budin!” kata Hadi sambil mendekati tubuh Engku Budin yang sudah tidak sepertinya lagi.
Engku Budin telah dibunuh dengan kejam. Matanya dicungkil keluar, kedua tangannya telah tiada lagi seolah-olah telah direntap begitu sahaja. Perutnya pecah dengan ususnya terburai keluar. Hadi merangkul jasad Engku Budin dan meleraikan daripada tali usus yang mengikat lehernya.
‘Aku terlambat,maafkan aku Engku Budin,” kata Hadi dengan linangan airmata membasahi pipinya. Sambil jasad itu dalam pelukannya, Hadi memejam matanya dan menyatukan fakulti spritualnya untuk kembali ke bumi.
Seketika kemudian, Hadi telah kembali berada bersama-sama Engku Damit dan anak-anaknya yang lain. Mereka terpegun melihatkan tubuh Engku Budin yang terjejas sebegitu rupa muncul dalam dakapan Hadi..
“Ya Allah...,” itulah sahaja kata-kata yang keluar daripada mulut Engku Damit sambil terus memeluk jasad anakndanya.
“Maafkan saya ayahnda, saya telah terlambat menyelamatkannya,” kata Hadi perlahan sambil tunduk memejamkan matanya yang basah.
“Ini sudah suratan, terima kasih kerana membawa aruah kembali,” kata Engku Tumiran pula sambil menekup wajahnya.
Engku Damit meletakkan jasad anaknya ke atas tanah lalu memeluk Hadi.
“Terima kasih anaknda...,” kata Engku Damit kepada Hadi sambil teresak-esak perlahan. “Ini adalah korban perjuangan..,”
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 02:30 PM | Show all posts
pakcik azred....
smbg la cter lg....
den xsabor nk habih kn cito ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2010 01:01 AM | Show all posts
sambung di tahun baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-1-2010 10:12 AM | Show all posts
“Bagaimana ayahnda, kita pulang dahulu untuk sempurnakan jenazah?” tanya Hadi. Serba salah juga dia ketika itu tetapi keputusan harus dibuat segera.
“Pantang pendekar berundur. Kita sempurnakan dan kebumikan di sini sahaja.” Balas Engku Damit. Di wajahnya terpancar kemarahan yang teramat. Hadi terperanjat juga dengan keputusan Engku Damit . Semangat berjuangnya mengatasi sebarang sentimen walaupun perihal darah dagingnya sendiri. Kagum sekali Hadi dengan prinsip pendekar bunian itu.
Mereka mengambil masa hampir dua jam menyiapkan segala-galanya sehinggalah arwah Engku Budin selamat disemadikan di tanah lapang itu. Pusaranya hanya ditanda dengan beberapa ketul batu bukit sebagai nisan.
“Cara pengebumian mereka sama seperti manusia rupanya.” Kata hati Hadi.
Setelah itu, mereka mengambil keputusan untuk berehat di kawasan itu sahaja kerana hari semakin lewat dan kesedihan masih menebal di hati masing-masing.
“Malam ini sudah pasti ada perhitungan yang akan terjadi. Kita mesti hancurkan syaitan-syaitan itu!” kata Engku Damit dengan tegas.
Hadi memang perlukan rehat kerana terlampau banyak menggunakan tenaganya tadi. Penggunaan tenaga dalam lebih memerah tenaga berbanding penggunaan tenaga fizikal. Menerawang banyak menggunakan Cakra Ajna di dahi (mata ke tiga) dan itu juga sangat meletihkan dan kadangkala menyakitkan.
Hadi teringat ketika dia mula-mula menerawang setelah Cakra Ajnanya diaktifkan oleh Dr. Salam. Pengembaraan pertamanya adalah melihat ke dalam tanah di ruang hadapan rumah seorang pesakit bapanya. Dia terlihat sebuah kotak kayu kecil lebihkurang tiga kaki sahaja di bawah tanah. Tanpa disedarinya, dia telah berada di dalam kotak kecil itu. Apa yang dilihatnya adalah rangka seorang bayi yang telah berselerak tulang temulangnya. Hadi begitu terkejut dan terpaksa dibantu kembali ke jasadnya oleh Dr. Salam. Hampir demam dia ketika itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.068062 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list